Janin bayi lelaki dalam tong sampah

0

GEORGE TOWN: Janin bayi lelaki yang dipercayai digu­gurkan ditemui dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara, Jalan Makloom, di sini semalam.

MENYEDIHKAN: Bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui di dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara, di Geoge Town, semalam. — Gambar Bernama

MENYEDIHKAN: Bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui di dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara, di Geoge Town, semalam. — Gambar Bernama

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kok Meng berkata janin itu ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong ketika melalui ka­wasan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Janin itu dianggar baru berusia lima bulan berdasar­kan keadaannya yang hampir cukup sifat dan ketika ditemui ia dihurungi lalat.

“Kami percaya janin itu baru sahaja dibuang ber­dasarkan masih terdapat tali pusat dan urinya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata berdasar­kan siasatan awal dan kesan kecederaan teruk di kepala janin itu, polis percaya ia dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri di sini.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — Bernama