Sekolah mungkin ditutup

0

Jabatan Pelajaran S’wak terpaksa ambil tindakan lanjut jika Sungai Rajang semakin cetek

SIBU: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak mungkin akan mengambil tindakan menutup beberapa buah sekolah yang terletak di kawasan Merit hingga ke pekan Belaga sekiranya pa-ras air di Sungai Rajang semakin cetek serta menyukarkan laluan di situ.

KIAN CETEK: Kawasan berbatu semakin kelihatan di laluan Sungai Rajang, tidak jauh dari jeram Pelagus.

Menurut Pengarah JPN Sarawak, Mortadza Alop, pihaknya berkemungkinan akan mengambil tindakan sewajarnya jika masalah itu bertambah buruk dari semasa ke semasa sehingga menjejaskan laluan ke sekolah-sekolah di kawasan terbabit.

“JPN Sarawak akan meng-ambil tindakan selanjutnya serta mengambil kira bebe-rapa faktor lain berhubung dengan masalah terbabit jika keadaan bertambah buruk di situ.

“Setakat hari ini (semalam), JPN masih belum menerima apa-apa lagi panggilan kecemasan dari sekolah-sekolah yang terletak di kawasan ter-babit.

“Bagaimanapun, JPN me-lalui Pejabat Pelajaran Da-erah (PPD) Kapit kini telah bersiap sedia sebagai langkah berjaga-jaga terhadap feno-mena terbabit,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pihak sekolah terbabit serta di kawasan terjejas boleh menghubungi atau memaklumkan kepada Jawatankuasa Ben-cana Alam di bahagian Kapit dengan segera jika memerlukan bantuan.

“Keadaan Sungai Rajang sekarang sangat cetek sehingga menyukarkan perjalanan dari kawasan Merit hingga ke pekan Belaga. Selain itu, beberapa jabatan kerajaan di bahagian Kapit turut menghadapi masalah serta terjejas dalam menjalankan urusan rasmi mereka dengan menggunakan perahu ke kawasan-kawasan terbabit,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa      sidang media selepas me-nyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan dan Staf Sarjan Kadet Remaja Sekolah (KRS) peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kem  Belia Kemuyang di sini, semalam.

Seramai 160 orang pelajar dari sekolah menengah di seluruh bahagian di negeri ini telah menyertai kursus ter-sebut yang bermula pada 23 hingga 26 Oktober.

Kursus ini dikelolakan oleh PPD Sibu yang berobjektif melahirkan ahli KRS Sarawak yang berkaliber dan mahir mengikut latihan kurikulum selain menanam semangat persahabatan, persefahaman dan kesukanan antara ahli.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di JPN Sarawak merangkap Ketua Sektor KRS Negeri Sarawak, Ellen @ Maniam Engang, Penolong Pengarah Unit Koku-rikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia merangkap Penolong Pengarah KRS Malaysia, Mohammad Shah Kassim serta Pegawai PPD Sibu merangkap Pegawai KRS da-erah Sibu, Wong Chung Kung.

Mortadza memberitahu disebabkan keadaan sungai cetek ia menyebabkan perkhidmatan bot ekspres tidak dapat beroperasi buat sementara waktu namun ia masih dapat dilalui oleh perahu.

“Sehingga kini keadaan masih baik dan pihak kita ti-dak menerima sebarang laporan berhubung dengan sesi persekolahan di kawasan ter-babit terjejas akibat dari fenomena tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, tambah-nya, JPN Sarawak turut memaklumkan masalah terbabit kepada wakil-wakil rakyat serta pihak yang berkenaan di kawasan tersebut bagi mendapatkan bantuan lanjut sekiranya keadaan bertambah buruk.

“Saya berharap selepas ini keadaan akan berunsur pulih dan diharap fenomena ter-babit tidak mengganggu sesi persekolahan di sana (di kawasan Merit hingga ke pekan Belaga),” ujar Mortadza lagi.

Dalam pada itu, Pegawai PPD Kapit, Jamit Ajok, memberitahu pemberita, setakat ini sekolah-sekolah yang terletak di kawasan Merit hingga ke pekan Belaga masih menerus-kan sesi persekolahan masing-masing seperti biasa.

“Pihak kami di Kapit se-hingga hari ini (semalam) belum menerima sebarang laporan dari sekolah-sekolah di kawasan tersebut berhubung dengan masalah terbabit dan masih dalam keadaan baik di sana walaupun Sungai Rajang sangat cetek.

“Sehingga ke hari ini (semalam), tiada sebarang sekolah pun terjejas dilaporkan di kawasan-kawasan tersebut,” katanya lagi.

Jamit memberitahu, se-banyak 45 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah yang terletak di bahagian Kapit sementara daerah Belaga mempunyai 11 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.

Di daerah Song pula terdapat 17 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah me- nengah.

“Ini bermakna, Belaga,  Kapit dan Song mempunyai 8,000 pelajar sekolah rendah sementara pelajar sekolah menengah pula mencatatkan sebanyak 12,000 pelajar,” jelasnya lagi.