Perhatian istimewa k’jaan

0

Permohonan bina lapangan terbang baru Lawas akan diperinci: Muhyiddin

TAHNIAH: Muhyiddin berkongsi kegembiraan dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas (dari kiri) Alice Wong Sie Cin, Daniel Ngui, Anna Wong Kang Chee, Velerly Chua dan Timothy Padan Dawat yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR ketika melakukan lawatan ke SMK Lawas, semalam. — Gambar Bernama

LAWAS: Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian istimewa terhadap permohonan bagi pembinaan lapangan terbang baru di Lawas, daerah yang paling utara di Sarawak, kata Timbalan Perdana Men-teri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Katanya permohonan akan beliau majukan kepada Kementerian Pengangkutan untuk diperincikan lagi bagi mem- bolehkan projek itu dibangunkan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan bermula tahun depan.

Berucap pada majlis perhimpunan pemimpin bersama rak-yat di Stadium Tertutup Lawas, beliau mengakui keperluan lapangan terbang baru untuk bandar ini memandangkan lapangan terbang yang sedia ada hanya mampu mengendali pesawat kecil seperti Twin Otter.

Katanya mengikut RMK-10, sejumlah RM315 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan infrastruktur daerah Lawas.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata daripada jumlah itu, RM68 juta akan digunakan untuk membaiki dan memperbesarkan beberapa buah sekolah di daerah ini.

Beliau berkata pembinaan hospital baru di Lawas juga akan diberi perhatian bagi mempercepatkan pembinaannya demi memenuhi keperluan rakyat di daerah ini.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta untuk membaiki dan membina semula jeti-jeti berdekatan kawasan sekolah dan penempatan di tebingan sungai di Lawas.

Sebelum itu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata lapangan terbang yang sed ia ada tidak dapat diperbesarkan lagi ber-ikutan kedudukannya berdekatan Sungai Lawas dan sering dilanda banjir.

Katanya cadangan pembinaan lapangan terbang baru yang le-bih besar juga bukan sahaja akan memanfaatkan penduduk di da-erah ini malah akan dapat menampung keperluan penduduk di bahagian selatan Sabah.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kekurangan bekalan bahan binaan dikenal pasti sebagai punca beberapa projek persekutuan di Sarawak tergendala atau lewat disiapkan.

Beliau berkata walaupun kerajaan pusat menyediakan peruntukan yang diperlukan, namun pembekal bahan binaan tidak mampu mengeluarkan bahan binaan yang mencukupi untuk projek-projek berkenaan.

“Saya telah mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan rundingan khas dengan pembekal-pembekal bahan binaan ini supaya sasaran 100 peratus siap dapat dicapai, terutama sekali bagi masalah yang melibatkan (pembinaan) sekolah-sekolah,” katanya.

Ditanya sama ada masalah bekalan bahan binaan di negeri ini kritikal, beliau berkata per-kara itu merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian se-gera.

Muhyiddin berkata kerjasama daripada pihak pembekal bahan binaan itu perlu khususnya dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran supaya dapat memenuhi keperluan.

Mengenai keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam, Muhyiddin berkata beliau bangga prestasi yang ditunjukkan tahun ini jauh lebih baik berbanding beberapa tahun lepas.

Katanya calon-calon tahun ini menunjukkan peningkatan lebih tinggi khususnya dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan mengenal pasti sekolah-sekolah yang tidak dapat mencatatkan keputusan yang baik untuk dimasukkan di bawah Program Intervensi Sekolah. — Bernama