KTS hargai sumbangan kakitangan
February 9, 2010, Tuesday
KUCHING: Berkat kesetiaan kepada majikannya, KTS Resources Sdn Bhd, anak syarikat KTS Group of Companies, Teresa Lau Siik Huong semalam menerima Anugerah Perkhidmatan Paling Lama daripada KTS Holdings Sdn Bhd (KTS) pada majlis yang berlangsung di Imperial Hall, Crown Square di sini, semalam.Teresa telah berkhidmat dengan KTS Resources Sdn Bhd selama 43 tahun, iaitu sejak 16 Januari 1967 dan masih berkhidmat sebagai Ketua Pengurus di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sehingga ke hari ini.
“Saya berasa amat bangga dan gembira kerana dianugerahkan sebagai pekerja yang paling lama berkhidmat di KTS,” katanya ketika ditemui semalam.
Teresa berkata KTS adalah syarikat yang sangat baik dan menjaga kebajikan pekerjanya dari setiap segi dan beliau berasa bertuah kerana dapat bekerja di bawah KTS.
Beliau menasihatkan kakitangan yang lain agar bekerja dengan penuh semangat, dedikasi, rajin dan taat kepada majikan kerana ia pasti akan mendapat balasan baik kemudiaan hari daripada majikan.
Selain Teresa, penerima anugerah yang lain ialah Gande Tuban yang berkhidmat selama 19 tahun, Maureen Kho Yui Yan, Lennon Jiming, Gajut Bakok,Janggu Endin dan Yap Min Su yang masing-masing telah berkhidmat selama 20 tahun.
Chiong Hie Ling, Sia Nyiik Huat, Ngu Leong Chie, Tsai Chiu Fah, Yii Che Hie dan Ling Nai Huong berkhidmat selama 21 tahun.
Ling Nai Huong, 28 tahun, manakala Veronica Lee Lian Choo selama 29 tahun.
Bernadette Ngu Mee Sian, Wong Kee Choon dan Teresa Kong Sing Huong masing-masing selama 31 tahun sementara Pauline Lau Hieh Hua serta Tan Pui Ha selama 33 tahun.
Lau Hie Kiong, Cheng Hua Kieh masing-masing telah berkhidmat selama 39 tahun dan Lo Siew Hung selama 40 tahun.
Anugerah disampaikan kepada 23 pekerja paling lama berkhidmat dengan KTS Holdings Sdn Bhd oleh Pengarah Urusan Kumpulan KTS Holdings Dato Henry Lau.
Ia diadakan sempena majlis berkumpul sempena sambutan Tahun Baru Cina, dan telah dihadiri 460 kakitangan KTS Holdings daripada pelbagai sektor, seperti pembalakan, pertanian, produk industri, media, hartanah, makanan dan hospitaliti serta perkhidmatan pengurusan KTS.


