BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Nasional http://www.theborneopost.com Largest English Daily In Borneo Mon, 20 May 2013 02:42:58 +0000 en-GB hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.5.1 Atlet cacat penglihatan rentas Selat Pulau Pinanghttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/atlet-cacat-penglihatan-rentas-selat-pulau-pinang/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/atlet-cacat-penglihatan-rentas-selat-pulau-pinang/#comments Sun, 19 May 2013 23:52:46 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306850

BUKAN PENGHALANG: Faiq Adnan menyeberangi Selat Pulau Pinang semasa mengambil bahagian dalam renangan sejauh lima kilometer di Butterworth, semalam. — Gambar Bernama

BUTTERWORTH: Seorang atlet Paralimpik semalam berjaya berenang menyeberangi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer selepas bergelut melawan ombak selama dua jam 20 minit dan 30 saat.

Kejayaan Faiq Adnan, 23, itu telah merealisasikan impian beliau yang dipendam sejak lima tahun lalu sekali gus mencatat rekod peribadi buat dirinya.

Menurut Faiq beliau menghadapi saat getir pada 40 minit pertama apabila sangkar renangnya pecah akibat dipukul ombak kuat menyebabkan beberapa bahagian badannya disengat obor-obor, setelah memulakan cabaran di Pelabuhan Swettenham pada jam 9 pagi.

“Tetapi saya nekad untuk terus berenang dan melupakan kesakitan itu kerana ini adalah impian saya sejak dahulu lagi walaupun mula rasa putus asa pada mulanya,” katanya pemberita ketika ditemui di Pantai Bagan Ajam di sini.

Pelajar tahun dua jurusan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya (UM) itu berkata sangkar renang itu dapat dibaiki dalam masa 15 minit menyebabkan beliau tiba agak lewat dari waktu yang disasarkan.

Faiq anak kelahiran Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, berkata dorongan dan kata-kata semangat dari jurulatih, Datuk Ooi Win Juat yang bertindak sebagai pengiring dan penunjuk arah turut membakar semangatnya untuk menamatkan cabaran itu.

“Datuk Ooi telah menjadi jurulatih saya semasa belajar di Sekolah Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam semasa saya darjah tiga lagi dan walaupun sibuk dengan kerjayanya sendiri kini, beliau tetap meluangkan masa membantu latihan saya,” kata Faiq yang juga atlet Paralimpik Pulau Pinang.

Beliau yang telah bergiat akktif dalam sukan renang sejak berusia sembilan tahun berkata bagi menjayakan misi itu beliau berlatih secara konsisten sejak 2011.

“Saya memang berlatih secara konsisten iaitu berenang sebanyak 40 pusingan di kolam renang empat kali seminggu untuk mengekalkan stamina,” katanya menambah latihan kelajuan dan ketangkasan di laut dijalankan sejak enam bulan lepas.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berharap kejayaannya itu dapat memberi inspirasi kepada golongan kurang upaya agar berani mencabar diri sendiri untuk melakukan aktiviti yang biasanya dilakukan mereka yang normal.

Untuk cabaran seterusnya, Faiq berkata beliau berazam merentasi Selat Inggeris pada awal tahun 2015.

Program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya Pulau Pinang (PESRON) itu turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Meteorologi dan PUSPAKOM. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/atlet-cacat-penglihatan-rentas-selat-pulau-pinang/feed/ 0
PPZ-MAIWP sasar pungutan zakat RM430 juta tahun inihttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/ppz-maiwp-sasar-pungutan-zakat-rm430-juta-tahun-ini/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/ppz-maiwp-sasar-pungutan-zakat-rm430-juta-tahun-ini/#comments Sun, 19 May 2013 23:52:27 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306853 KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan pungutan zakat RM430 juta tahun ini meliputi 120,000 pembayar di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata bagi tempoh Januari hingga 17 Mei lalu, sebanyak RM135 juta telah dikutip.

“Berdasarkan kutipan tahun lalu kita yakin sasaran ini dapat dicapai kerana kesedaran masyarakat Islam di negara ini mengenai kepentingan membayar zakat telah meningkat,” katanya kepada media selepas merasmikan Mini Karnival Cinta Ilmu 2 anjuran PPZ-MAIWP, di sini semalam.

Katanya, tahun lalu sebanyak RM402.8 juta berjaya dikutip daripada 114,402 pembayar zakat.

Mustafa berkata, PPZ-MAIWP akan meneruskan kempen untuk menggalakkan umat Islam membayar zakat termasuk mengadakan pertemuan secara terus melalui siri karnival seperti yang diadakan semalam.

“Untuk tahun ini kita fokus pada saluran untuk membayar zakat termasuk melalui potongan gaji dan pembayaran dalam talian,” katanya.

Menurut Mustafa, setakat ini dua karnival mini telah diadakan dan dua lagi program akan diadakan di Pantai Dalam dan Danau Kota bulan depan.

Selain daripada pembukaan kaunter penerangan mengenai zakat, Mini Karnival Cinta Ilmu 2 yang diadakan di Masjid Al-Muqarabbin Bandar Tasek Selatan di sini turut mengadakan ceramah ‘Keluarga Bahagia’ oleh Datuk Siti Nor Bahyah Mahmud, ‘Bicara Selebriti’ oleh artis Yatt Hamzah dan ceramah oleh Chef Ismail mengenai ‘Air Tangan Ibu Barakah’. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/ppz-maiwp-sasar-pungutan-zakat-rm430-juta-tahun-ini/feed/ 0
Sasaran tiga guru J-Qaf di sekolah rendah menjelang 2016http://www.theborneopost.com/2013/05/20/sasaran-tiga-guru-j-qaf-di-sekolah-rendah-menjelang-2016/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/sasaran-tiga-guru-j-qaf-di-sekolah-rendah-menjelang-2016/#comments Sun, 19 May 2013 23:52:09 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306852 KOTA BAHARU: Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dijangka dapat memenuhi sasaran menempatkan sekurang-kurangnya tiga guru program pendidikan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardu Ain (J-Qaf) di semua sekolah rendah di seluruh negara menjelang 2016.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam kementerian itu, Abdullah Md Din berkata sasaran itu boleh dicapai apabila terdapat lebih 20,000 guru J-Qaf mulai tahun ini.

Menurut Abdullah hasil kajian bahagiannya mendapati sejak kementerian memperkenalkan pengambilan guru J-Qaf pada 2006, sebanyak 90 peratus murid mencapai matlamat penguasaan pendidikan Islam dalam penulisan, bacaan jawi, bacaan al-Quran dan fardu ain. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/sasaran-tiga-guru-j-qaf-di-sekolah-rendah-menjelang-2016/feed/ 0
Perpustakaan Awam Terengganu akan perkenal program e-Bookhttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/perpustakaan-awam-terengganu-akan-perkenal-program-e-book/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/perpustakaan-awam-terengganu-akan-perkenal-program-e-book/#comments Sun, 19 May 2013 23:51:42 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306849 KUALA TERENGGANU: Dalam usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan orang ramai, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan memperkenalkan program e-Book bagi membolehkan mereka membuat pinjaman buku melalui talian.

Pengarah PPAT Nor Akmal Abdul Fatah berkata program itu akan diperkenalkan mulai Julai ini.

“Program itu kini dalam proses penyediaan dan dengan adanya kemudahan itu kelak, pembaca boleh membuat pinjaman menerusi dalam talian tanpa perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku.

“Kaedah itu diperkenalkan sejajar dengan perkembangan semasa untuk kemudahan ahli di samping meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, pada masa ini 87 judul buku pelbagai jurnal termasuk buku untuk kanak-kanak telah diprogramkan dalam e-Book dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Sejajar dengan perkembangan itu katanya, mereka yang belum menjadi ahli boleh juga mendaftar keahlian secara dalam talian tanpa perlu hadir ke perpustakaan.

Pada masa ini, PPAT mempunyai kira-kira 400,000 ahli di seluruh negeri melibatkan perpustakaan negeri, daerah dan 90 perpustakaan desa, katanya.

Beliau berkata pada tahun ini PPAT mendapat peruntukan kira-kira RM2 juta untuk menyediakan bahan bacaan dan meningkatkan kemudahan di perpustakaan. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/perpustakaan-awam-terengganu-akan-perkenal-program-e-book/feed/ 0
Kelab media disaran contohi KAWAT tubuhkan koperasihttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/kelab-media-disaran-contohi-kawat-tubuhkan-koperasi/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/kelab-media-disaran-contohi-kawat-tubuhkan-koperasi/#comments Sun, 19 May 2013 23:51:25 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306728 BESUT: Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus menyarankan pengamal media di seluruh negara supaya mencontohi langkah Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) menubuhkan koperasi demi faedah anggota mereka.

Katanya Koperasi Media (KOMEDIA) yang ditubuhkan KAWAT merupakan koperasi pertama yang diuruskan anggota media di negeri ini yang dianggotai lebih 100 anggota berdaftar.

“Sudah sampai masanya wartawan mempunyai koperasi sendiri seperti yang dilakukan oleh KAWAT agar ianya bersesuaian dengan langkah media yang sentiasa memberikan penekanan terhadap penubuhan koperasi di negara ini,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Menurutnya, penubuhan koperasi mampu memberi banyak faedah kepada anggotanya sesuai dengan SKM yang mahukan lebih banyak koperasi ditubuhkan bagi meningkatkan bilangan 10,000 koperasi yang kini beroperasi di seluruh negara .

Sementara itu Presiden KAWAT, Ayob Mamat berkata KOMEDIA ditubuhkan hasil buah fikiran anggotanya yang mahukan agar kelab menceburkan diri dalam bidang tertentu bagi menambah pendapatan untuk menggerakkan kegiatan anggota kelab itu yang terdiri daripada petugas media cetak dan elektronik pelbagai agensi.

Katanya, pada masa ini, 111 daripada 136 anggota berdaftar KAWAT telah menyertai KOMEDIA dengan sijil pendaftarannya dikeluarkan SKM semalam.

Sebagai permulaan, KOMEDIA akan menjadi perunding media dan pengurusan majlis untuk mana-mana pihak yang berminat menganjurkan aktiviti yang boleh menghasilkan pendapatan kepada persatuan itu. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/kelab-media-disaran-contohi-kawat-tubuhkan-koperasi/feed/ 0
Muzium Terengganu pulihara dua rumah tradisional Melayuhttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/muzium-terengganu-pulihara-dua-rumah-tradisional-melayu/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/muzium-terengganu-pulihara-dua-rumah-tradisional-melayu/#comments Sun, 19 May 2013 23:51:09 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306848 KUALA TERENGGANU: Lembaga Muzium Negeri Terengganu akan memulihara dua rumah tradisional orang Melayu yang dibeli pada harga RM3 juta dua tahun lepas, bagi mempamerkan kehandalan tukang rumah zaman dahulu.

Pengarahnya Mohd Yusof Abdullah berkata pihaknya sedang mencari pakar untuk membaik pulih struktur yang rosak, bagi memastikan keaslian dua rumah yang terletak di Kampung Losong Haji Su itu tidak terjejas sebelum dibuka kepada orang ramai seawal-awalnya pada 2015.

“Kita akan lantik kontraktor atau orang perseorangan yang betul-betul mahir dan pakar dalam membaik pulih rumah tradisional Melayu Terengganu itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, dua rumah berkenaan dibina pada 1805 oleh seorang bangsawan bernama Haji Mat Kaya yang kemudian diwarisi anaknya Haji Su.

Rumah terbabit dibina dengan kepakaran tukang kayu zaman dahulu dan langsung tidak menggunakan paku, katanya.

Beliau juga yakin dua rumah terbabit akan menjadi daya tarikan pelancong kerana kedudukannya yang strategik.

“Dari bandar Kuala Terengganu, sebaik sahaja masuk ke kawasan Kampung Losong, kita akan jumpa pusat pengeluaran keropok dan makanan tradisional di kiri kanan jalan berkenaan.

“Kemudian di pinggir sungainya terdapat pusat pengeluaran Keropok T’Lekor selain perusahaan membina bot dan juga pokok-pokok nipah dan sebagainya,” katanya. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/muzium-terengganu-pulihara-dua-rumah-tradisional-melayu/feed/ 0
Pembalakan haram hutan simpanan kekal di Semenanjung terkawalhttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/pembalakan-haram-hutan-simpanan-kekal-di-semenanjung-terkawal/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/pembalakan-haram-hutan-simpanan-kekal-di-semenanjung-terkawal/#comments Sun, 19 May 2013 23:50:48 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306729 IPOH: Kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan simpanan kekal di Semenanjung masih dalam keadaan terkawal, kata Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Datuk Dr Abd Rahman Abd Rahim.

Peratusannya sangat kecil iaitu tidak sampai satu peratus daripada 4.7 juta hektar kawasan hutan simpanan kekal di Semenanjung dicemari aktiviti pembalakan haram, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari RTM ke-67, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Telekomunikasi Sedunia peringkat negeri Perak di sini, semalam.

Majlis anjuran bersama Jabatan Perhutanan Perak, RTM Perak dan Telekom Malaysia Berhad itu dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Abd Rahman berkata terdapat 5.6 juta hektar hutan di Semenanjung yang merangkumi hutan simpanan kekal, hutan tanah kerajaan dan hutan tanah bermilik.

“Hutan yang diuruskan Jabatan Perhutanan ialah hutan simpanan kekal manakala hutan tanah kerajaan dan hutan tanah bermilik adalah di luar bidang kuasa kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah melancarkan kempen ‘One Citizen, One Tree’ pada tahun 2010 dengan sasaran menanam 26 juta pokok menjelang 2014.

Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai memandangkan setakat ini sebanyak 10.9 juta pokok telah ditanam di Perak.

Terdahulu, Zambry dalam ucapannya berkata kerajaan negeri mensasarkan untuk menanam satu juta pokok dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kalau kita boleh tanam dua atau tiga juta pokok dalam tempoh itu adalah lebih baik,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Pengarah RTM Perak Kham Siah Hindon Md Said. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/pembalakan-haram-hutan-simpanan-kekal-di-semenanjung-terkawal/feed/ 0
Exco S’gor guna formula 3:3:4http://www.theborneopost.com/2013/05/20/exco-sgor-guna-formula-334/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/exco-sgor-guna-formula-334/#comments Sun, 19 May 2013 21:39:35 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306727 PELABUHAN KLANG: Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: PAS), beliau sekali gus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi DUN, DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) menggunakan formula 4:3:3 bagi barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan exco telah diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

“Saya telah berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan. Jika ada sebarang perubahan baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran DUN Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini malam kelmarin.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah exco kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Mengenai calon PKR yang bakal menganggotai barisan exco serta sama ada Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut tersenarai, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak akan diumumkan sehinggalah hari upacara mengangkat sumpah.

Ketika diminta mengulas tindakan DAP yang menamakan dua ADUN nya iaitu bekas Speaker yang juga ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kuota Exco, beliau berkata: “Itu cadangan mereka dan nama yang diterima akan diumumkan sebelum angkat sumpah pada minggu kedua.”

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua pada 14 Mei lepas, berangkat ke luar negara semalam bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU13 dan beliau dijadual pulang Jumaat ini. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/exco-sgor-guna-formula-334/feed/ 0
Perairan Pulau Kapas, Pulau Bidong aktif dengan aktiviti candat sotonghttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/perairan-pulau-kapas-pulau-bidong-aktif-dengan-aktiviti-candat-sotong/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/perairan-pulau-kapas-pulau-bidong-aktif-dengan-aktiviti-candat-sotong/#comments Sun, 19 May 2013 21:37:58 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306705 KUALA TERENGGANU: Perairan Pulau Kapas dan Pulau Bidong merupakan antara lokasi kegemaran peminat aktiviti mencandat sotong, kata Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) cawangan Terengganu Wan Supian Datuk Wan Ishak.

Beliau berkata berdasarkan kajian serta maklumat pelancong, haiwan itu banyak terdapat di kedua-dua lokasi manakala bulan Mei hingga Julai merupakan musim mencandat sotong paling baik.

“Kita jangka antara 10 hingga 30 bot dalam seminggu pergi untuk aktiviti mencandat antara lokasi Pulau Bidong dan Pulau Kapas,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Pakej Candat Sotong 2013 oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia Datuk Mirza Muhammad Taiyab di Prinzpark Resort semalam.

Wan Supian juga berkata pelancong tidak perlu risau dari segi keselamatan di laut kerana semua bot nelayan mempunyai lesen dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sementara itu, Mirza berkata Pelancongan Malaysia menyasar ketibaan 26.6 juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini dan 28.3 juta sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Untuk tiga bulan pertama tahun ini, sambutan menggalakkan dari segi jumlahnya, tahun lepas bilangan pelancong yang datang adalah seramai 25.3 juta orang, hal ini menunjukkan peningkatan daripada tahun ke tahun,” katanya.

Selepas sidang akhbar, barisan artis daripada Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) menguji kehandalan dengan memasak pelbagai resipi berasaskan sotong seperti kari, masam manis, spaghetti, percik dan Maggi. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/perairan-pulau-kapas-pulau-bidong-aktif-dengan-aktiviti-candat-sotong/feed/ 0
Anggota UMNO diseru eratkan kembali perpaduan selepas PRU13http://www.theborneopost.com/2013/05/20/anggota-umno-diseru-eratkan-kembali-perpaduan-selepas-pru13/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/anggota-umno-diseru-eratkan-kembali-perpaduan-selepas-pru13/#comments Sun, 19 May 2013 21:37:51 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306725 PONTIAN: Semua anggota UMNO diseru mengeratkan semula perpaduan untuk memastikan kekuatan parti kembali utuh selepas menghadapi cabaran getir pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, dalam keadaan parti yang agak parah diserang pembangkang pada pilihan raya umum lepas, anggota parti tidak boleh lagi terlalu ghairah dan berbalah tentang soal kuasa yang akhirnya hanya akan melemahkan UMNO.

“Kalau kita asyik berbalah, kita akan mati ‘dibunuh’ secara politik, biarlah kita berlawan secara sihat kerana yang penting kita perlu fikirkan tentang perpaduan bukan sahaja di kalangan anggota parti tetapi juga rakyat,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai mesyuarat pemilihan UMNO peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi. Ahmad ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah baharu nelayan di Kampung Seri Tanjung di sini.

Ahmad berkata semua anggota UMNO yang terlibat perlu mengamalkan sikap berkompromi dan perbincangan untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham yang boleh menjejaskan parti.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Anggota Parlimen Pontian berhasrat menjadikan Pontian sebagai model kawasan pertumbuhan ekonomi baharu di negara ini dengan melaksanakan pelbagai projek yang boleh meningkatkan lagi sumber ekonomi penduduk setempat.

“Kita merancang untuk mengadakan pelbagai projek seperti river cruise Sungai Benut selain mewujudkan medan ikan bakar dan pusat jualan ikan segar yang membolehkan nelayan menjual terus hasil tangkapan bukan sahaja untuk penduduk sekitar tetapi juga rakyat Singapura yang kerap berkunjung ke sini.

“Jika berjaya kita akan kongsi pengalaman ini di peringkat tertinggi untuk membantu meningkatkan ekonomi di lebih banyak kawasan di negara ini,” katanya. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/anggota-umno-diseru-eratkan-kembali-perpaduan-selepas-pru13/feed/ 0
Mustapa bidas cadangan Karpal Singh mahu mansuh Dewan Negarahttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/mustapa-bidas-cadangan-karpal-singh-mahu-mansuh-dewan-negara/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/mustapa-bidas-cadangan-karpal-singh-mahu-mansuh-dewan-negara/#comments Sun, 19 May 2013 21:37:16 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306726 TUMPAT: Cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuh, disifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dakwaan Karpal kononnya kewujudan Dewan Negara tidak memberi makna dan membazir hanyalah tuduhan dangkal.

“Saya selaku bekas Senator amat tidak bersetuju dengan pandangan Karpal, dan saya bersetuju dengan pandangan bahawa ini adalah permulaan DAP yang lepas ini mahu hapuskan bermacam-macam lagi.

“Buktinya, beberapa tokoh korporat seperti Datuk Seri Idris Jala pernah berada dalam Dewan Negara dan kini sudah menjadi menteri, yang sudah tentu pandangan mereka itu telah berjaya membangunkan negara,” katanya kepada pemberita selepas bertemu jentera pilihan raya UMNO Tumpat di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Karpal Singh kononnya Dewan Negara tidak perlu, dan perbelanjaannya tidak perlu ditanggung oleh rakyat. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/mustapa-bidas-cadangan-karpal-singh-mahu-mansuh-dewan-negara/feed/ 0
Kedah rancang bina rumah mampu milik untuk penduduk luar bandarhttp://www.theborneopost.com/2013/05/20/kedah-rancang-bina-rumah-mampu-milik-untuk-penduduk-luar-bandar/ http://www.theborneopost.com/2013/05/20/kedah-rancang-bina-rumah-mampu-milik-untuk-penduduk-luar-bandar/#comments Sun, 19 May 2013 21:37:12 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306717 PENDANG: Kerajaan negeri Kedah merancang membina rumah mampu milik untuk rakyat di kawasan luar bandar, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mukhriz berkata perancangan itu dibuat selaras dengan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menyelesaikan masalah perumahan masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai rumah sendiri.

Beliau berkata, pihaknya akan mengenal pasti tanah di kawasan tertentu untuk membina kira-kira 100 hingga 200 rumah mampu milik dan mengadakan kampung tersusun seperti di Changlun.

“Kalau boleh kita akan bina rumah seperti kampung terancang di setiap daerah. Setiap daerah kita buat satu kampung tersusun, ia mudah bagi penduduk luar bandar yang tak ada rumah untuk beli rumah di kawasan itu.

“Kita tak bincang lagi secara menyeluruh, tapi saya ingat kita akan buat projek perintis dan akan tengok adakah formula tersebut berjaya dan diterima baik,” katanya kepada pemberita pada majlis kenduri kesyukuran di Pejabat UMNO Bahagian Pendang semalam.

Mukhriz berkata bagi mereka yang mempunyai tanah dan tidak memiliki rumah, pihaknya akan mencari pendekatan dan formula terbaik bagi menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Mengulas projek perumahan bermasalah yang dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, beliau berkata pihaknya akan melakukan kajian secara menyeluruh dan menyemak semula projek itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita nak lihat lokasi, kualiti dan harga yang perlu kita ambil kira. Saya tak mau gelojoh untuk buat keputusan, kita juga ambil kira sama ada projek tersebut boleh diselamatkan atau tidak.

“Soal dana tak cukup kita boleh usahakan, dan jika projek perumahan tersebut tidak dapat permintaan atas faktor geografi, kita tak akan buat sebab takut bazirkan duit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tumpuan khas kepada Kedah selepas rakyat memberi mandat kepada BN untuk memerintah semula negeri ini.

Beliau berkata Kedah agak terpinggir daripada arus pembangunan dan memerlukan perhatian untuk mencari formula terbaik bagi membawa masuk pelabur asing serta membuka peluang pekerjaan.

Katanya, kerajaan negeri mahu Kedah maju seiring pemodenan negara dan yakin dengan bantuan kerajaan Persekutuan, hasrat itu akan tercapai. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/20/kedah-rancang-bina-rumah-mampu-milik-untuk-penduduk-luar-bandar/feed/ 0
Rakyat Malaysia tidak sedar bahaya penyakit retinahttp://www.theborneopost.com/2013/05/19/rakyat-malaysia-tidak-sedar-bahaya-penyakit-retina/ http://www.theborneopost.com/2013/05/19/rakyat-malaysia-tidak-sedar-bahaya-penyakit-retina/#comments Sat, 18 May 2013 21:22:16 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306394 KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mengenali penyakit retina berkaitan glaukoma dan katarak, namun pengetahuan mereka mengenai Degenerasi Makula Berkaitan Umur (AMD) serta retinopati diabetes yang boleh menjejaskan penglihatan masih rendah.

Presiden Persatuan Oftalmologi Malaysia (MSO), Dr Fang Seng Keong berkata, mereka yang berusia 50 tahun ke atas dan menghidap diabetes amat berisiko untuk hilang penglihatan akibat dua penyakit tersebut.

“Ramai yang menghidap penyakit berkaitan retina menunggu sehingga penglihatan mereka terjejas barulah mereka mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita pada program Minggu Kesedaran Penyaki Retina di sini semalam.

Program julung kali itu merupakan kerjasama antara MSO dengan Majlis Kebangsaan bagi Orang-orang Buta Malaysia, AMD Alliance International dan Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia.

Ia dirasmikan Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Dr Aishah Ong.

Dr Fang berkata, AMD merupakan penyakit mata yang dihidapi mereka yang berusia 50 tahun ke atas disebabkan kerosakan makula secara perlahan-lahan.

“Manakala retinopati diabetes pula ialah pendarahan dan pembengkakan luar biasa pada retina disebabkan penyakit diabetes yang tidak terkawal. Ia merupakan penyebab utama kebutaan di seluruh dunia. Di Malaysia ia merupakan penyebab utama kehilangan penglihatan di kalangan orang dewasa,” tambahnya.

Pengerusi penganjur program itu, Dr Kenneth Fong berkata kedua-dua penyakit retina tersebut boleh dipulih menerusi langkah pencegahan awal dan rawatan.

Beliau menjelaskan bagi AMD jenis kering atau peringkat awal, penjagaan diet pengambilan makanan yang mengandungi antioksidan dan zink serta mengelak dari merokok adalah amat penting bagi menstabilkan penglihatan seseorang.

“Manakala bagi AMD jenis basah, suntikan anti-VEGF setiap bulan boleh membantu melambatkan kesan penyakit serta rawatan laser Photodynamic juga boleh membantu,” katanya.

Dr Kenneth berkata kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka meghidap AMD atau retinopati diabetes kerana ia tidak mendatangkan rasa sakit dan hanya merujuk kepada doktor apabila ia telah berada di peringkat teruk.

Beliau berkata, sesetengah pesakit pula tidak menyambung rawatan kerana faktor kos dan hanya bergantung pada penglihatan sebelah mata yang tidak terjejas tanpa menyedari mereka berisiko untuk hilang penglihatan buat selama-lamanya.

“Bagi mereka yang berisiko (usia melebihi 50 tahun dan penghidap diabetes) digalakkan melakukan pemeriksaan mata secara berkala lebih kerap bagi mengelak kesan risiko atau kesan lebih teruk.

“Manakala bagi mereka yang normal dan masih muda, pemeriksaan mata adalah digalakkan setahun sekali,” katanya. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/19/rakyat-malaysia-tidak-sedar-bahaya-penyakit-retina/feed/ 0
Keputusan sabotaj UMNO PRU13 dijangka diketahui minggu depanhttp://www.theborneopost.com/2013/05/19/keputusan-sabotaj-umno-pru13-dijangka-diketahui-minggu-depan/ http://www.theborneopost.com/2013/05/19/keputusan-sabotaj-umno-pru13-dijangka-diketahui-minggu-depan/#comments Sat, 18 May 2013 21:21:53 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306386 KUALA LUMPUR: Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

“Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO pada PRU13.

Sebelum ini pada 18 April, Lembaga Disiplin UMNO memaklumkan telah menerima beberapa aduan sabotaj dalam kalangan anggota parti menjelang pilihan raya.

Megat Najmuddin berkata, perbuatan sabotaj yang dilaporkan itu berlaku di peringkat bahagian di beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah, dengan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang, menghasut anggota UMNO lain dan enggan membuka bilik gerakan pilihan raya.

“Bagaimanapun ini tidak membabitkan kesalahan anggota bertanding sebagai calon bebas atau menjadi penyokong dan pencadang bagi calon selain UMNO. Mereka ini telah kita pecat,” jelasnya.

Katanya, hukuman yang akan diputuskan bergantung kepada keseriusan perbuatan sabotaj yang dibuat.

Bagi PRU13, UMNO telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi UMNO dan empat wakil Lembaga Disiplin parti bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti.

Pada 22 April, UMNO memecat 58 anggota serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, sebanyak 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin UMNO yang menyaksikan tiga anggota dipecat manakala enam digantung keanggotaan selama tiga tahun, dan seorang anggota diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/19/keputusan-sabotaj-umno-pru13-dijangka-diketahui-minggu-depan/feed/ 0
Rakyat M’sia diseru jadikan budaya melawat muzium setanding Eropah: Ibrahimhttp://www.theborneopost.com/2013/05/19/rakyat-msia-diseru-jadikan-budaya-melawat-muzium-setanding-eropah-ibrahim/ http://www.theborneopost.com/2013/05/19/rakyat-msia-diseru-jadikan-budaya-melawat-muzium-setanding-eropah-ibrahim/#comments Sat, 18 May 2013 21:21:36 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306391 KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu menjadikan amalan melawat muzium di negara ini setanding dengan budaya masyarakat Eropah, kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail.

Beliau berkata, usaha merealisasikan budaya itu merupakan cabaran kepada semua pihak terutama kakitangan muzium dan rakan media untuk menghebahkannya kerana lawatan itu perlu dijadikan sebagai perkara yang menyeronokkan dan bukan semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan.

“Pihak muzium sahaja tidak kuat untuk mendukung usaha ini, jadi masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dengan menyerahkan koleksi mereka yang berkaitan budaya untuk disimpan dan dipamerkan di muzium bagi perkongsian semua pihak.

“Dengan itu, orang ramai khususnya generasi muda akan lebih menghayati tentang peranan muzium dalam negara dan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat,” katanya pada sidang media sempena Hari Muzium Antarabangsa di Muzium Negara di sini semalam.

Katanya pelancaran sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan akan diadakan pada 23 Mei ini di Muzium Sarawak, Kuching bertemakan ‘Muzium (Kenangan + Kreativiti = Perubahan Sosial)’.

“Lebih menarik sambutan kali ini turut diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia dan juga Tahun Melawat Sarawak 2013,” katanya.

Kesemua muzium di bawah kendalian Jabatan Muzium Malaysia dibuka percuma hari ini sempena sambutan itu.

Antara aktiviti yang diadakan hari ini ialah pameran, gerai jualan seperti barangan lama serta persembahan pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan wakil pancaragam daripada sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung, Syarifuddin Said, 29, berkata peluang masuk muzium secara percuma dapat menggalakkan orang ramai datang dan mengenali muzium dengan lebih dekat serta memperkenalkan lagi Malaysia di mata dunia.

Pemilik gerai barangan lama, Syazwana Rahanam, 25, berkata perniagaannya di muzium itu mendapat sambutan menggalakkan kerana tidak ramai peniaga yang berminat untuk menjual produk berkenaan.

Bermula sebagai hobi, kini ia bertukar sebagai kerjaya buat keluarganya yang memulakan perniagaan itu sejak dua tahun lalu. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/19/rakyat-msia-diseru-jadikan-budaya-melawat-muzium-setanding-eropah-ibrahim/feed/ 0
Kedah hentikan sementara pembalakan untuk kajian semula, kata Mukhrizhttp://www.theborneopost.com/2013/05/19/kedah-hentikan-sementara-pembalakan-untuk-kajian-semula-kata-mukhriz/ http://www.theborneopost.com/2013/05/19/kedah-hentikan-sementara-pembalakan-untuk-kajian-semula-kata-mukhriz/#comments Sat, 18 May 2013 21:21:22 +0000 admin http://www.theborneopost.com/?p=306393 ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri ini supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.

“Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini semalam.

Katanya, beliau mahu memastikan bahawa setiap syarat yang dikenakan kepada mana-mana konsesi pembalakan dipatuhi oleh pihak-pihak terlibat.

“Sekiranya ada sebarang aduan yang berasaskan bukti menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut walaupun sedikit yang tidak dipatuhi, saya tidak akan teragak-agak mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan segera. Saya nak semak semula konsesi-konsesi ini. Kita bukan nak kacau rezeki orang. Saya nak pastikan kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan.

“Pada masa hadapan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi pembalakan lagi…saya ingat dah cukup. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah. Bagi saya pokok yang tegak berdiri lebih besar nilainya daripada pokok yang ditebang. Ada potensi dan peluang untuk industri pelancongan dan sebagainya,” katanya.

Isu pembalakan tidak terkawal oleh kerajaan negeri sebelum ini merupakan satu isu yang membelenggu rakyat Kedah terutama di kawasan-kawasan terlibat.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) termasuk Rektornya Prof Datuk Dr Jamil Osman dalam usaha menyelesaikan masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Katanya, beliau telah meminta Exco terlibat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain supaya memberikan perhatian mengenai masalah berkenaan.

“Beliau akan memberikan laporan yang lebih menyeluruh kepada saya untuk kita memutuskan hala tuju baharu bagi KUIN. Kita juga berbincang dengan pihak lain yang terlibat dengan KUIN. Paling penting kita kena jaga kebajikan pelajar, kakitangan barulah pengurusan,” katanya.

KUIN merupakan satu lagi masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Kakitangan KUIN berhadapan masalah dengan pihak pengurusan yang mereka dakwa melakukan penyelewangan termasuk gagal membayar caruman kepada pihak ketiga walaupun ada pemotongan dibuat dalam slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan KUIN juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukar kehidupan para pelajar yang terpaksa berpindah randah. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/19/kedah-hentikan-sementara-pembalakan-untuk-kajian-semula-kata-mukhriz/feed/ 0
Kerjasama semua pihak mampu kurangkan nahas kenderaan berathttp://www.theborneopost.com/2013/05/18/kerjasama-semua-pihak-mampu-kurangkan-nahas-kenderaan-berat/ http://www.theborneopost.com/2013/05/18/kerjasama-semua-pihak-mampu-kurangkan-nahas-kenderaan-berat/#comments Sat, 18 May 2013 02:03:42 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=306338 KUALA LUMPUR: Kerjasama semua pihak terutama pengusaha kenderaan berat adalah penting dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jenis itu.

Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ir Mohamad Dalib berkata pengusaha kenderaan berat perlu menekankan aspek pendidikan serta kursus berteraskan kesedaran.

Beliau berkata usaha itu dapat memberi kesedaran kepada pemandu agar lebih bertanggungjawab ketika memandu di jalan raya dengan mempraktikkan gaya pemanduan yang tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Pelbagai latihan serta kursus kesedaran perlu diadakan lebih kerap dengan medium pembelajaran yang lebih mantap selain latihan pemanduan selamat,” katanya selepas dialog ‘Peranan Syarikat Trak dan Bas Dalam Menyumbang Kepada Pemanduan Selamat serta Cabaran Pengambilan Pekerja Industri Kenderaan Berat’ di sini, semalam.

Mohamad turut memuji beberapa syarikat petroleum yang berjaya melahirkan pemandu kenderaan berat berwibawa serta berdisiplin melalui siri kursus yang disediakan syarikat berkenaan.

“Syarikat-syarikat ini memberi kursus terbaik kepada pemandu kenderaan berat mereka serta mempunyai jadual kerja teratur yang dapat mengelakkan pemandu memandu dalam keletihan disebabkan terpaksa mengejar ‘trip’,” katanya.

Mengenai kesedaran pemanduan berhemah di kalangan pemandu kenderaan berat, Mohamad berkata seseorang pemandu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk memastikan pemanduan secara selamat.

Dialog itu diadakan sempena Pameran Komponen Bas dan Trak Antarabangsa yang bakal diadakan pada 13 hingga 15 Jun ini di Pameran Antarabangsa Malaysia dan Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Seri Kembangan. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/18/kerjasama-semua-pihak-mampu-kurangkan-nahas-kenderaan-berat/feed/ 0
Rohani yakin pengalaman sebelum ini dapat membantuhttp://www.theborneopost.com/2013/05/18/rohani-yakin-pengalaman-sebelum-ini-dapat-membantu/ http://www.theborneopost.com/2013/05/18/rohani-yakin-pengalaman-sebelum-ini-dapat-membantu/#comments Sat, 18 May 2013 02:01:24 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=306328

SELAMAT BERTUGAS: Rohani (tiga kiri) bersalaman dengan sebahagian kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sempena hari pertamanya memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim yakin pengalamannya di dua kementerian sebelum ini dapat dimanfaatkan untuk memperjuangkan nasib golongan wanita, keluarga dan masyarakat dengan lebih berkesan.

Katanya, antara tumpuan utama beliau di kementerian yang baharu diterajuinya itu ialah usaha mengatasi masalah kemiskinan dan gelandangan di seluruh negara, selain menambah baik dasar-dasar serta rang undang-undang berkaitan.

“Kita nak menuju negara maju, bantuan bukan daripada segi subsidi sahaja, malah kita perlu melihat agar golongan miskin dan gelandangan ini dapat berdiri atas kaki sendiri,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat di kementerian itu di sini, semalam.

Rohani yang merupakan anggota Parlimen Batang Lupar, Sarawak sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau yang memulakan tugas sebagai menteri penuh semalam, menyuarakan keyakinannya untuk menambah baik dan menjayakan segala inisiatif yang dirancang, menerusi kerjasama dan kepakaran pegawai-pegawai kementerian itu yang sebelum ini diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau seterusnya memberi jaminan akan berkhidmat kepada masyarakat secara keseluruhan, selain membanyakkan program-program turun padang dan bertemu dengan golongan sasar di samping memberi penerangan mengenai program-program yang dijalankan.

Rohani berkata kementerian juga akan mewujudkan lebih banyak pusat ‘Anjung Singgah’ – khusus untuk gelandangan, dan ‘Anjung Kasih’ – tempat penginapan bagi mereka yang datang dari jauh untuk rawatan susulan di hospital di samping meneruskan dan menambah baik program seperti 1AZAM dan Komuniti Persatuan Wanita.

Katanya kementerian juga akan terbabit dalam persidangan antarabangsa mengenai wanita seperti ‘3rd Global Conference Women Deliver’ dan ‘Global Summit Women’.

Rohani berkata, peranca-ngan kementerian yang lebih terperinci akan dibincangkan selepas mesyuarat bulan depan. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/18/rohani-yakin-pengalaman-sebelum-ini-dapat-membantu/feed/ 0
GERAKAN tidak akan tutup bilik gerakan di Selangorhttp://www.theborneopost.com/2013/05/18/gerakan-tidak-akan-tutup-bilik-gerakan-di-selangor/ http://www.theborneopost.com/2013/05/18/gerakan-tidak-akan-tutup-bilik-gerakan-di-selangor/#comments Sat, 18 May 2013 02:00:29 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=306327 PETALING JAYA: Parti GERAKAN Selangor tidak akan menutup bilik gerakan mereka di negeri itu walaupun kesemua calon mereka kalah di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Pengerusi GERAKAN Selangor Senator A. Kohilan Pillay.

“Walaupun kami kalah, kami akan tetap meneruskan perkhidmatan seperti biasa kerana kami sentiasa menghargai pengundi kami dan tidak akan mengecewakan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

GERAKAN Selangor tewas kesemua kerusi yang ditan-dingi mereka pada pilihan raya umum lepas iaitu kerusi Parlimen Puchong dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Teratai, Bukit Lanjan dan Bukit Gasing.

Kohilan berkata walaupun tewas, jumlah peng-undi yang menyokong BN di kesemua empat kerusi ditandingi mereka me-ningkat berbanding Pilihan Raya Umum Ke-12 dan ini membuktikan jentera mereka telah memberikan perkhidmatan sepenuhnya tetapi belum cukup kuat untuk memikat pengundi muda dan baharu.

Beliau berkata kekalahan itu berpunca daripada peng-undi muda dan pengundi baharu yang mudah terpedaya dengan janji populis pembangkang.

“Bagi kami, apa yang pen-ting, kami jujur kepada peng-undi dan jelaskan apa yang kami akan buat dengan pelbagai program transformasi,” katanya. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/18/gerakan-tidak-akan-tutup-bilik-gerakan-di-selangor/feed/ 0
Dr Subramaniam fokus tingkat kesedaran gaya hidup sihathttp://www.theborneopost.com/2013/05/18/dr-subramaniam-fokus-tingkat-kesedaran-gaya-hidup-sihat/ http://www.theborneopost.com/2013/05/18/dr-subramaniam-fokus-tingkat-kesedaran-gaya-hidup-sihat/#comments Sat, 18 May 2013 02:00:15 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=306326 PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan yang baharu Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata antara fokus beliau sebagai pe-ngamal perubatan ialah me-ningkatkan kesedaran rakyat berhubung gaya hidup sihat dengan memastikan mereka memahami dan mempraktikkan konsep ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

Beliau berkata, kerajaan juga boleh mengurangkan kos perubatan yang semakin meningkat sekiranya rakyat benar-benar mengamalkan amalan hidup sihat.

Katanya beberapa penyakit seperti kencing manis boleh dikawal di peringkat awal menerusi gaya hidup sihat, tetapi kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan terpaksa berbelanja besar untuk mengubati penyakit itu.

“Kita kena beri tekanan kepada penjagaan kesihatan, mencegah daripada meng-ubati dengan mengurangkan perbelanjaan perubatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perpisahan untuk beliau dan bekas timbalannya Datuk Maznah Mazlan di Kementerian Sumber Manusia di sini semalam.

Beliau juga menyifatkan menerajui Kementerian Kesihatan adalah tugas mencabar daripada segi untuk memenuhi harapan dan kehendak rakyat yang mahukan perkhidmatan kesihatan terbaik.

Mengenai pengalaman di Kementerian Sumber Manusia, Dr Subramaniam berkata beliau gembira kerana bebe-rapa pembaharuan antaranya gaji minimum RM900 bagi sektor swasta; umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun yang akan dilaksanakan 1 Julai 2013 dan pemeriksaan per-ubatan percuma bagi ahli Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berumur 40 tahun ke atas telah diterima baik oleh rakyat. — Bernama

]]>
http://www.theborneopost.com/2013/05/18/dr-subramaniam-fokus-tingkat-kesedaran-gaya-hidup-sihat/feed/ 0