BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Nasional

Penarik kereta maut akibat terkena tiga das tembakan
ALOR SETAR: Seorang penarik kereta maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya di sini malam kelmarin.

Mayat M. Nagenthiran, 30, ditemui kira-kira 15 meter dari kawasan rumah pangsa itu pada jam 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kota Setar, DSP V. Savaranan yang dihubungi mengesahkan pembunuhan tersebut dan berkata, seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai rakan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Satu tembakan dikesan di bahagian kepala dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran,” katanya.

Savaranan berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Isteri mangsa G. Parameswary, 29, berkata ketika kejadian dia dan dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun sedang tidur dan tidak menyedari kejadian itu sehingga diberitahu oleh pihak polis.

“Sebaik diberitahu, saya terus keluar dan mendapati mayat suami saya terbaring berlumuran darah di koridor rumah pangsa tersebut,” katanya yang baharu berpindah ke situ enam bulan lepas.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata dia ternampak dan terdengar pertengkaran antara beberapa lelaki berhampiran rumah pangsa itu.

“Tiba-tiba satu bunyi letupan kuat seperti tembakan pistol kedengaran.

Bimbangkan keselamatan diri saya, saya duduk dalam rumah dan kemudian menghubungi polis,” katanya. — Bernama

Dua lelaki dituduh terlibat rusuhan hari pengundian
KLANG: Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dalam satu rusuhan di Jalan Mesra, Pandamaran Pelabuhan Klang pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lepas.

Lim Siong Kuan, 32, dan Yap Kwee Heng, 36, bersama beberapa orang lagi yang masih bebas, didakwa terlibat dalam rusuhan dan memiliki topi keledar serta besi yang digunakan sebagai senjata untuk memecahkan cermin sebuah bas syarikat City Liner Sdn Bhd pada jam 4.30 petang, 5 Mei lepas.

Lim dan Yap dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Yap juga didakwa melakukan khianat pada tempat dan waktu yang sama iaitu memecahkan cermin bas City Liner itu yang mengakibatkan kerugian RM5,000.

Pertuduhan dibuat menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Noor meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan bagi Yap dan RM5,000 bagi Lim.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka, yang diwakili peguam R.Ramesh memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan itu bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah dan mahkamah boleh mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis berdekatan dalam tempoh tertentu.

Beliau berkata Yap yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak bekerja sebagai juruteknik penyaman udara dengan pendapatan bulanan RM3,000 manakala Lim juga telah berkahwin dan mempunyai tiga anak merupakan seorang peniaga peralatan sembahyang dengan pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000.

Ramesh memohon jaminan RM1,000 bagi setiap tertuduh dan tertuduh telah memberikan kerjasama kepada polis dalam sisatan.

Bagaimanapun, Farah Wahida berkata jaminan terlalu rendah tidak dapat menjamin kehadiran tertuduh di mahkamah.

Majistret Maslina Mohamed kemudian menetapkan jaminan RM3,000 bagi pertuduhan ke atas Yap mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan RM2,000 bagi setiap tertuduh untuk kes menurut Seksyen 148 kanun yang sama selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap minggu.

Beliau juga menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 19 Jun ini. — Bernama

Polis jejaki pasangan suami isteri
SIBU: Polis sedang menjejaki pasangan suami isteri selepas wanita berkenaan melaporkan suaminya mencederakan anak perempuan mereka berumur tujuh bulan.

Tiong Nga Lee, 19, dari Jalan Tong Sang memberitahu polis bahawa suaminya telah bertindak menampar bayi mereka ketika itu.

Suami wanita tersebut didakwa mencederakan lengan bayi dengan mencucuh api rokok pada lengannya dan membaling tin kosong ke arah mereka.

Pengadu berkata, punca suaminya bertindak sedemikian ialah disebabkan anak kecil mereka menjatuhkan sebotol minyak masak ketika merangkak di lantai.

Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mereka sekeluarga supaya menghubungi Sarjan Abdul Jalil Ishak di talian 084-336144.

Najib janji jadi PM bagi seluruh rakyat M’sia
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berjanji akan menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun ideologi politik.

“Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini.

“Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita,” kata Najib dalam entri terbaharu beliau di Blog 1Malaysia.

Dalam entri bertajuk ‘Terima Kasih Malaysia’ itu, Perdana Menteri juga berjanji kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara.

“Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada para pengundi serta semua pihak kerana memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk terus mentadbir negara.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lepas, BN berjaya mengekalkan mandat untuk memerintah kerajaan pusat dengan majoriti mudah apabila memperoleh 133 kerusi Parlimen.

Najib juga berkata beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjayanya selama ini.

“Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan.

“Sepanjang empat tahun yang lalu, saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.

“Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan pelaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu,” katanya.

Najib turut mengakui bahawa PRU13 merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, katanya, banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat, malah ada yang menyemarakkan semangat, namun tidak kurang juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka.

“Kita baharu sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita.

“Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara,” katanya.

Setelah tamatnya tempoh pilihan raya, Najib meminta semua pihak kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai. — Bernama

Perhimpunan haram: Polis akan panggil semua yang berkenaan
KUALA TERENGGANU: Polis akan memanggil semua yang berkenaan termasuk pemimpin parti politik bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan dijalankan kerana perhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran selain unsur-unsur lain yang menyalahi undang-undang.

“Siasatan sedang dijalankan dan tunggulah, kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu menziarahi pegawai polis, Supt Ghazali Daud yang terbabit kemalangan pada 30 April lepas ketika dalam perjalanan pulang untuk mengundi awal di sini.

Kemalangan awal pagi itu turut meragut nyawa isteri Ghazali dan dua daripada tujuh anak mereka. Lima lagi anak mereka cedera termasuk dua parah.

Perhimpunan haram yang disertai pemimpin parti pembangkang itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana ucapan berbaur hasutan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana diadakan tanpa permit.

Perhimpunan itu bertujuan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu yang didakwa parti pembangkang sebagai mempunyai unsur-unsur penipuan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata proses pilihan raya umum itu berjalan mengikut amalan demokrasi.

“Rakyat telah membuat keputusan jadi janganlah mana-mana pihak nak ambil kesempatan ini untuk lakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya.

Ismail turut meminta semua lapisan masyarakat agar tidak bercakap, menulis atau mengeluarkan pandangan yang berbentuk negatif yang boleh merosakkan perpaduan.

“Janganlah cetuskan provokasi yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan menakutkan orang ramai,” katanya. — Bernama

Shahrizat sifatkan perogol kanak-kanak sebagai binatang
ZIARAH: Shahrizat bersama adik Nur Amyliana Shuhada, Mohd Norhishamsul Mohd Noor serta ibu bapa kanak-kanak itu, Acha Kusain (kanan) dan Mohd Noor Mustapa (kiri) semasa menziarahi keluarga mangsa di Bukit Tinggi di Klang, semalam. — Gambar Bernama

KLANG: Pelaku kes bunuh dan rogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Bukit Tinggi di sini kelmarin telah sifatkan sebagai binatang oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, jenayah kejam seperti itu perlu dibendung supaya ia tidak berulang pada masa akan datang, terutamanya terhadap kanak-kanak dan wanita.

“Mangsa baharu berusia 11 tahun, tergamak mereka lakukan perbuatan ini, saya tidak tahu ini manusia atau binatang,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa di sini semalam.

Kelmarin, mayat seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, dipercayai mangsa kes bunuh ditemui terbaring di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata, pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa.

Polis bertindak menahan dua suspek berusia 19 dan 24 tahun di sekitar tempat kejadian sejurus menerima laporan mengenai kes itu dan mereka direman tujuh hari mulai semalam, bagi membantu siasatan.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berharap pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan bagi memastikan mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

“Ibu mangsa ada beritahu saya tadi (semalam), beliau mahu supaya siasatan dilakukan secepat mungkin dan mendakwa penjenayah supaya kejadian sama tidak menimpa mangsa lain,” katanya.

Beliau berkata, kawasan kejadian merupakan kawasan gelap terutamanya pada waktu petang dan malam sebagaimana dimaklumkan Skuad Sayang Wanita UMNO di kawasan itu.

“Kawasan gelap bukan alasan, apa yang pasti kita mahu Malaysia selamat terutama dari kejadian seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi berkata laporan bedah siasat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati Nur Amyliana Shuhada mati akibat lemas dan berkemungkinan suspek menggunakan alat seperti tuala atau bantal.

“Doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan ditemui pada anggota badan tetapi berdasarkan kesan pendarahan di bahagian kemaluannya, mangsa telah dirogol sebelum dibunuh,” katanya. — Bernama

Tiada kenaikan harga barangan kawalan
KUALA LUMPUR: Harga barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan bahan petroleum seperti petrol RON95, RON97 dan diesel serta gas petroleum tidak naik seperti diperkatakan.

“Harga bagi barang-barang tersebut kekal sepertimana sebelum ini,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kassim dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas dakwaan berkaitan kenaikan harga barangan yang disebarkan semasa dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, beliau berkata pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan akan dikenakan tindakan.

Saripuddin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan ke atas harga dan bekalan barangan terkawal bagi memastikan kestabilan harga dan bekalannya.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa dan pemantau-pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan untuk melaksanakan tugas ini.

“Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan,” katanya.

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya menerusi pejabat cawangan atau menelefon 1MOCC melalui talian 03-80008000 atau menerusi e-talian http://e-aduan.kpdnkk.gov.my jika terdapat peniaga yang menaikkan harga, katanya. — Bernama

Azmin persoal surat berhubung calon MB
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali semalam mempersoal surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar.

Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah kelmarin itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua ADUN parti itu.

“Oleh itu, atas inisiatif rakan-rakan kami telah meng-adakan mesyuarat melibatkan Majlis Pimipinan (PKR) Negeri Selangor petang semalam (kelmarin) dan memutuskan beberapa nama calon yang layak untuk jawatan menteri besar dan diserahkan kepada Wan Azizah semalam (kelmarin).

“Saya tidak persoalkan keputusan PAS-DAP berhubung calon menteri besar, tapi saya bimbang tentang keputusan surat yang dihantar ke istana tanpa terlebih dahulu berbincang dengan ADUN PKR lain, yang juga satu daripada tiga komponen dalam Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Azmin berkata, setakat ini semua ADUN PKR yang dipilih oleh rakyat belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri besar, termasuk dirinya.

Beliau juga mengakui konsensus bagi membuat sebarang keputusan dalam Pakatan Rakyat adalah baik tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku di dalam PKR.

Dalam pada itu, Azmin turut mendesak kepimpinan negeri yang bakal dipilih melakukan reformasi pentadbiran dengan menggunakan rizab bernilai RM2.6 bilion dengan bersikap responsif terhadap permasalahan rakyat seperti isu jalan berlubang, sampah yang tidak dipungut, masalah bekalan air dan banjir.

Berhubung dakwaan beliau kemaruk jawatan menteri besar, Anggota Parlimen Gombak itu berkata sekiranya beliau bersikap sedemikian, jawatan itu telah pun disandangnya sejurus pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.

Katanya, jawatan itu telah ditawarkan kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar Ibra-him setelah parti sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan amalan demokrasi yang melampau dalam pentadbiran negeri, namun menolaknya demi menjaga kestabilan parti.

“Saya tegaskan bahawa ini bukan isu Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar, isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan mestilah melalui perundingan yang telus seperti dituntut al-Quran tetapi jelas dalam proses memilih calon menteri besar, anjuran al-Quran ini tidak dipatuhi,” katanya. — Bernama

Polis surai perhimpunan di pekarangan pejabat SPR
PUTRAJAYA: Polis menyu-raikan perhimpunan kira-kira 50 pemuda yang mengaku sebagai anggota beberapa pergerakan belia dan maha-siswa, di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abd Razak Abd Majid berkata polis bertindak menyuraikan perhimpunan itu selepas kira-kira sejam mereka berhimpun sejak jam  3.30 petang.

Ditanya jika tangkapan akan dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 memandangkan penganjur perhimpunan itu tidak menghantar notis terlebih dahulu, Abd Razak berkata: “Kita akan jalankan siasatan dahulu mengenai perkara itu.”

Kumpulan itu yang men-dakwa daripada Solida-riti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum antaranya mendesak pegawai SPR meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baru dan pilihan raya umum diadakan semula. — Bernama

PAS perlu kemukakan calon MB Selangor: Hasan Ali
SAMBUTAN MESRA: Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron (kiri) menyambut kedatangan Hasan bersama hadirin serta kakitangan Jabatan Ketua Menteri pada Majlis Bacaan Yasin di Melaka, semalam. — Gambar Bernama

MELAKA: Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata PAS Selangor perlu mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor kerana pe-luang ini hanya datang sekali sahaja.

Beliau berkata, calon PAS di negeri itu terdiri daripada golongan profesional yang layak mentadbir dan memajukan negeri Selangor ke tahap yang lebih baik.

“Penduduk Selangor yang didominasi oleh kaum Melayu mahukan pemim-pin yang mampu membangunkan negeri dengan syariat Islam seperti di Kelantan dan Kedah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yassin di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron di Seri Negeri, di sini semalam.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata demikian ketika diminta mengulas suasana politik di Selangor melibatkan PAS, PKR dan DAP dalam menentukan Menteri Besar.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dikekal-kan jawatannya walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding PAS dan DAP masing-masing dengan 15 kerusi. — Bernama

Azizan masih belum sedarkan diri sejak selesai pembedahan
GEORGE TOWN: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat kompli-kasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada jam 11.30 malam kelmarin.

“Sehingga jam 5 petang ini (semalam), beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk me-nyambung rawatan di Kedah,” katanya di sini semalam.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Turut menziarahi beliau Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. — Bernama

Pemimpin veteran MCA gesa Dr Chua segera meletak jawatan
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemimpin veteran MCA mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya segera meletak jawatan memandangkan beliau perlu memikul sepenuh tanggungjawab terhadap kekalahan parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mengakui bahawa mereka berasa sedih dan malu dengan pencapaian parti pada PRU13, kumpulan itu turut menggesa supaya pemilihan pemimpin baharu parti diadakan untuk menentukan halatuju parti, terutamanya berhubung isu perwakilan Cina dalam kerajaan.

Kumpulan 15 pemimpin veteran MCA itu terdiri daripada bekas presiden Tan Sri Lee San Choon dan Tan Koon Swan; bekas timbalan presiden Tan Sri Lim Ah Lek, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Michael Chen, bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Lee Kim Sai dan bekas Ketua Pengarah Pentadbiran MCA Tan Sri Wong Seah Wah.

Selain itu bekas Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Sri Dr Sak Cheng Lum, bekas Bendahari Agung Tan Sri Lau Yin Pin, Datuk Jimmy Lau, bekas anggota majlis presiden Datuk Fu Ah Kiow, Datuk Wong See Chin, Datuk Wong Kam Hong, Datuk Freddie Long, Datuk Seri Kee Yong Wee dan Wang Choon Wing.

“Kami dengan merendah diri meminta presiden kami supaya melepaskan jawatan dan membenarkan pemimpin baharu untuk melakukan perubahan, memulihkan dan memberi kesedaran kepada parti.

“Kami tidak ada agenda diri ataupun menentang Dr Chua secara peribadi. Kami hanya merayu demi kecintaan kami kepada parti dan komuniti,” kata jurucakap kumpulan itu, Tan Koon Swan, dalam sidang akhbar bersama di sini semalam.

MCA mengalami satu daripada kekalahan terburuknya dalam pilihan raya setelah sekadar memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya dalam pilihan raya umum 5 Mei, berkurangan lebih daripada separuh kerusi yang dimenangi parti itu pada 2008.

Sementara itu, dalam mesyuarat agung luar biasa pada 2011, MCA meluluskan resolusi bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya pencapaiannya lebih buruk daripada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada 2008, parti itu memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN, daripada sejumlah 130 kerusi yang ditandinginya.

“Hati saya hancur luluh ketika melihat berita tentang anggota parti yang menurunkan papan tanda di pusat khidmat mereka. Oleh itu beliau (Dr Chua) mesti  melepaskan jawatannya segera dan biarlah jawatankuasa pusat menerusi perlembagaan parti memutuskan kepimpinan baharu dan usaha ke arah pemulihan semula parti.

“Biarlah pemimpin baharu parti memutuskan sama ada perlu atau tidak wakil MCA menerima jawatan dalam kerajaan,” kata Lee.

Veteran parti itu turut menggesa anggota MCA supaya tidak meninggalkan parti di peringkat ini meski-pun mengakui ramai anggota yang tidak mengundi parti itu pada PRU13.

“Kami merayu semua anggota supaya tidak meninggalkan parti, sebaliknya terus meletak kepercayaan kepada parti. Kami merayu mereka supaya kembali kepada parti, datanglah, kembali semula untuk mengubah dan memulihkan parti serta terus berkhidmat kepada komuniti.

“MCA sememangnya sebuah parti yang kuat, dengan sumber yang sangat banyak, melakar sejarah kejayaan yang membanggakan dan infrastruktur yang dibina kukuh. Kami dengan ini meminta semua anggota dan kaum Cina agar tidak hilang kepercayaan, sebaliknya kembali untuk membina semula, mengubah dan memulihkan semula parti,” kata Tan.

Kepada soalan sama ada parti itu, yang beberapa tahun kebelakangan ini dicemari konflik dalaman dan luaran, dapat dipulihkan semula, Tan berkata beliau dan veteran lain menaruh harapan terhadap kemungkinan itu.

Meskipun keputusan PRU12 dan PRU13 menunjukkan majoriti kaum Cina meninggalkan parti itu, namun veteran berkenaan menegas MCA masih rele-van kepada mereka dalam landskap politik hari ini yang sentiasa berubah.

Sementara itu, Lim berkata: “Jika kami merasakan MCA tidak relevan, kami tidak akan berada di sini.

“Apa yang paling penting adalah imej presiden mesti-lah boleh diterima. Saya sendiri turun padang untuk mendekati kaum Cina semasa berkempen bagi PRU13, itulah yang mereka mahu,” katanya.

Beliau berkata imej adalah paling utama dan rakyat tidak akan mendengar cakap pemimpin yang imejnya tercemar dan lebih baik MCA diserahkan kepada pemimpin muda untuk membina semula parti itu.

Pemimpin veteran ber-kenaan turut mengakui kaum Cina kecewa dengan pelbagai isu termasuk rasuah, keselamatan dan keadilan dan kegagalan MCA untuk menangani mereka dengan sewajarnya menjadi antara punca kekalahan besar parti itu dalam pilihan raya lepas.

“Kami sedar mengapa kaum Cina meninggalkan MCA. Saya rasa kekecewaan kaum ini dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh pembangkang,” kata Tan. — Bernama

Tiada perjanjian MB S’gor mesti daripada PKR: Dewan Pemuda PAS
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor semalam  menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang me-ngatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti PAS, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu ‘cermin diri dan sedar diri’ sebelum membuat kenya-taan berhubung perkara itu.

“Dewan Pemuda PAS ne-geri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

“Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri di) Selangor melebihi PAS dan DAP,” katanya.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, Pakatan Rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu dengan PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. Barisan Nasional pula menguasai 12 kerusi DUN. — Bernama

Malaysia perlu lebih banyak kapal selam – bekas Panglima TLDM
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih banyak kapal selam untuk beroperasi secara efektif dalam mengawal kedaulatan negara terutama di Laut China Selatan yang luas, kata bekas Panglima Tentera Laut Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Beliau berkata untuk menjadi sebuah angkatan laut yang berjaya dan berkesan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan enam kapal selam atau sekurang-kurangnya tiga buah.

Malaysia kini memiliki dua kapal selam Scorpene yang berpangkalan di Teluk Sepanggar, Sabah.

“Sampai masa ada kapal yang terpaksa menjalani pembaikan atau servis yang akan memakan masa berbulan-bulan, kalau setakat dua buah kapal, ini akan mengganggu operasi tentera laut,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pembinaan armada kapal selam yang membabitkan beberapa negara serantau seperti Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Singapura baru-baru ini memasukkan kapal selam terpakai dari kelas Archer untuk berkhidmat di samping empat kapal selam dari kelas terpakai Challenger. Mohd Anwar berkata contoh terbaik bagi menghadapi masalah itu ialah pembelian enam kapal perang Gowind oleh TLDM.

Blogger pertahanan, militaryofmalaysia.net yang hanya mahu dikenali sebagai Shahpaskal memberitahu operasi kapal selam tidak sesuai di Selat Melaka kerana lautnya cetek dan mempunyai banyak gangguan sonar.

“Tidak ada kapal selam yang berani menyelam di Selat Melaka. Jika terdapat sebarang konflik dengan tujuan menutup selat itu daripada laluan perkapalan, ia akan berlaku di kawasan Laut China Selatan atau di Teluk Bengal dan Laut Andaman,” katanya.

Beliau berkata umumnya orang ramai keliru dan beranggapan kapal selam hanya mampu menembakkan torpedo serta melancarkan komando dan periuk api.

“Kapal selam merupakan senjata yang paling efektif, ia boleh menjadi aset pengintipan untuk tugas Sigint dan Elint (Signal Intelligence dan pengintipan elektronik) yang berkesan…ini disebabkan Malaysia tidak mempunyai kapal pengintipan elektronik yang dedikasi seperti yang ada di negara maju,” katanya. — BERNAMA

Polis siasat penganjur perhimpunan bantah keputusan PRU13
SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis akan memanggil penganjur perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya, dekat sini malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, selain itu polis juga akan mendapatkan ke-terangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berucap pada perhimpunan itu.

Katanya, 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang ber-ucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjuran perhimpunan itu, 10 hari sebelum acara itu diadakan.

“12.20 tengah hari semalam (kelmarin) kita terima notis, kita minta tunda supaya berlaku adil kepada penduduk sekitar,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihak penganjur tetap mene-ruskan perhimpunan itu dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kegusaran masya-rakat sekeliling serta pengguna lebuh raya kerana sikap tidak bertanggungjawab peserta perhimpunan yang meletakkan kenderaan sesuka hati dan berlapis-lapis sehingga mengganggu aliran lalu lintas.

Tun Hisan berkata, Stadium Kelana Jaya itu hanya mampu menampung 25,000 orang dan mempunyai kira-kira 700 lot parkir dan menurutnya, jika pihak penganjur mengikut peraturan, pihak polis boleh mencadangkan tempat yang lebih sesuai bagi penganjuran perhimpunan itu.

“Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika berlaku kecemasan dalam keadaan lalu lintas yang sesak. Ini menunjukkan mereka ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan kesan perbuatan mereka ke atas masyarakat setempat,” katanya.

Ketika ditanya mengapa penganjur boleh memaklumkan kepada orang ramai lebih awal menerusi laman sosial mengenai penganjuran perhimpunan itu tetapi memilih tengah hari kelmarin untuk memberi notis kepada polis, Tun Hisan berkata, mereka ini sebenarnya adalah golongan bijak dan terpelajar tetapi sengaja hendak mencabar undang-undang.

Katanya, polis ada menerima beberapa laporan polis mengenai insiden kelmarin termasuk daripada seorang wanita yang mendakwa keretanya dibaling dengan botol.

Menurutnya, belum ada sebarang tangkapan dibuat kerana pihak polis masih belum selesai membuat siasatan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

Tun Hisan berkata, perhimpunan kelmarin akan turut disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ini merupakan satu kes yang berat kerana mereka yang disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

“Kita memandang berat kerana mereka secara terang-terangan melanggar undang-undang, tidak hormat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau juga berkata, penganjur dan peserta tidak boleh mempertahankan tindakan mereka sebagai hak asasi tanpa mempedulikan dengan hak asasi penduduk setempat dan juga anggota polis. — Bernama

AS ingin terus kerjasama rapat dengan Malaysia
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) ingin terus be-kerjasama rapat dengan Malaysia dan rakyatnya untuk memperkukuh demokrasi, keamanan dan kemakmuran di rantau ini.

Negara itu mengucapkan tahniah kepada Perdana Men-teri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada  5 Mei lepas.

“Bagi pihak Presiden dan rakyat Amerika, kami mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Najib atas kemenang-an parti gabungan pimpinan be-liau dalam Pilihan Raya Umum pada 5 Mei,” kata kenyataan yang dikeluarkan kedutaan AS di sini semalam yang memetik kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar White House.

PRU13 Ahad lepas menyaksikan BN kembali menubuhkan kerajaan setelah memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Kami juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mencipta rekod dari segi jumlah pemilih yang ke-luar mengundi dan kepada  parti pembangkang yang turut berkempen juga diucapkan tahniah kerana pembangkang yang sihat menjadi asas sebuah negara demokrasi,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Anwar semai politik dendam demi cita-cita
BATU PAHAT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menyemai politik kebencian di kalangan rakyat semata-mata untuk menjayakan cita-citanya menjadi perdana menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi yang melahirkan kebimbangan terhadap perkara itu berkata, ia menyebabkan rakyat terutamanya golongan muda terperangkap dalam permainan pemimpin PKR itu sehingga ramai yang menolak kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

“Saya agak bimbang dengan keadaan politik pada masa kini dengan DAP membawa politik perkauman manakala Anwar membawa politik ‘pecah dan perintah’ menyebabkan rakyat terperangkap dengan taktiknya.

“Malah beliau juga menggunakan taktik tersebut terhadap PAS tanpa memikirkan kesan politiknya itu boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum selain umat Islam di negara ini,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek penurapan jalan sejauh 270 meter di Kampung Parit Kangkung di sini yang telah beliau janjikan kepada penduduk kampung itu sehari sebelum pilihan raya umum.

Keadaan itu juga menurutnya, menyebabkan rakyat tidak lagi melihat kepada pembangunan yang selama ini gigih dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN)sebaliknya lebih terpengaruh dengan sentimen perkauman yang tidak rasional yang akhirnya hanya merugikan masa depan negara.

Beliau turut menyelar Anwar yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 dengan menuduh berlaku penipuan sedangkan Pakatan Rakyat masih kekal berkuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Dia hendak buat road show seperti yang dilakukan malam tadi di (Stadium) Kelana Jaya (Selangor), kali ini dengan menggunakan slogan ‘tipu’. Dah menang di negeri berkenaan masih lagi kata tipu, jadi apakah keputusan pilihan raya di Batu Pahat ini juga tipu?

“Saya sendiri boleh menerima keputusan pilihan raya kali ini (kalah di Parlimen Batu Pahat) dengan hati terbuka walaupun sedikit dukacita apabila ada pihak-pihak yang menghambur saya dengan kata-kata kesat, malah anak saya darjah empat yang bersekolah di Putrajaya juga balik mengadu apabila cikgu sekolahnya bertanya bila hendak tukar sekolah ke Batu Pahat, bapa awak sudah kalah,” katanya.

Namun, menurutnya semua perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Batu Pahat sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian.

Dalam pilihan raya umum lepas, Mohd Puad yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran kalah kepada calon PKR Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi. — Bernama

Azizan akan jalani pembedahan kaki
GEORGE TOWN: Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya ntuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

“Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan,” katanya di sini semalam.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal kelmarin kini stabil. — Bernama

Adnan angkat sumpah Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4
WATIKAH PELANTIKAN: Sultan Ahmad (depan kanan) berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Istana Abu Bakar dekat Pekan, semalam. Turut hadir, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (belakang, kanan) dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (tengah). — Gambar Bernama

KUANTAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan pada jam 5 petang semalam.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Adnan, 63, yang juga Pengerusi Badan perhubungan UMNO negeri, dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas berjaya mengekalkan kemenangan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lepas.

BN memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 37 pada 2008.

Adnan mula menyandang jawatan Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.

Adnan, yang mempertahan kerusi DUN Pelangai, mula bertanding di kawasan itu pada 1986 dan dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 2004, dan penggal ketiga pada 2008.

Beliau dianugerah gelaran ‘Datuk Seri Diraja’ oleh Sultan Ahmad Shah pada 2010 dan merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang. — Bernama

Allahyarham Datuk Shamsir Omar bekas Akauntan Negara
KUALA LUMPUR: Datuk Shamsir Omar yang meninggal dunia pada Selasa, 7 Mei lepas ialah bekas Akauntan Negara.

Bernama semasa mengeluarkan berita mengenai kematian Allahyarham pada Selasa lepas telah menyatakan Allahyarham ialah bekas Timbalan Akauntan Negara.

Bernama memohon maaf atas kesilapan itu. — Bernama