BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Sabah

Sindiket pemalsuan IC wujud kerana kesediaan PATI membayar
KOTA KINABALU: Kesediaan pendatang asing tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, diberitahu semalam.

Pensyarah kanan Sosial Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Dayang Suria Mulia berkata memperoleh IC merupakan strategi pendatang asing tanpa izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar harga tinggi untuknya.

“Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC,” katanya.

Dayang Suria juga berkata pendatang asing tanpa izin mempunyai saudara-mara di Sabah yang memudahkan mereka untuk datang ke sini.

Beliau menjelaskan saudara-mara berkenaan akan membantu menjamin keselamatan mereka apabila mereka masuk ke negeri ini menerusi saluran tidak sah.

Dayang Suria berkata dalam kajiannya mengenai pendatang yang tidak mempunyai dokumen pada 1999, beliau mendapati mereka yang tidak mempunyai dokumenberpendapat ia memberi kebebasan untuk mereka bertukar kerja.

Katanya jika seorang pekerja asing mempunyai permit untuk bekerja dalam sektor perladangan, sekiranya dia mahu tukar ke sektor lain, dia perlu memohon permit kerja yang baharu.

“Apa yang saya dapati menarik (dalam kajian itu), tidak mengira betapa ketatnya undang-undang ke atas mereka, terdapat mereka yang tidak bimbang,terdapat mereka yang tidak takut (kepada undang-undang). Sesetengahnya memilihuntuk tidak mempunyai dokumen,” katanya.

Dayang Suria juga menegaskan industri-industri di Sabah, khususnya dalam sektor perladangan dan pembuatan, amat bergantung kepada bekalan pekerja asing.

Beliau menjelaskan atas hakikat bahawa penduduk tempatan tidak bersedia menjadi buruh kasar, majikan terpaksa bergantung kepada agensi penyumberan luar bagi memenuhi keperluan mereka.

Ditanya oleh pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin adakah industri akan lumpuh tanpa sokongan pekerja asing, Dayang Suria berkata industri akan terjejas walaupun tidak lumpuh kerana ia memberi kesan kepada produktiviti.

Sementara itu, anggota Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) Mohd Ansar Maidin menafikan dakwaan dalam sebuah blog tahun lepas bahawa DPPIMS terlibat dalam mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk pendatang tanpa izin.

Beliau berkata anggota DPPIMS sentiasa memastikan mendapatkan permit kerja untuk pekerja asing mereka, dan tidak membantu mereka mendapatkan kewarganegaraan.

Suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panel juga terdiri daripada bekas Naib Canselor UMS Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besarnegeri.

Prosiding siasatan bersambung tengah hari ini. — Bernama

ADUN Sabah sokong cadangan kenaikan gaji wakil rakyat
KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong cadangan untuk menaikkan gaji wakil rakyat di negeri ini selaras dengan arus perkembangan ekonomi semasa.

Bagi ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenaikan gaji itu seharusnya dipertimbangkan bagi memenuhi kehendak rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan di kawasan yang diwakili.

“Saya bersetuju jika ada cadangan untuk menaikan gaji Adun di Sabah kerana rakyat sekarang mahu kami (wakil rakyat) bekerja lebih gigih dan membantu membela nasib mereka.

Kenaikan ini perlu dilihat berdasarkan keadaan semasa dan walaupun tidak naik seperti di Sarawak, sekurang-kurang 100 peratus sudah cukup memadai,” katanya yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

Pada Mei lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan kenaikan gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri itu, sebanyak kira-kira tiga kali ganda.

Gaji untuk Ketua Menteri naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

ADUN Lumadan yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Kamarlin Ombi berkata cadangan kenaikan itu perlu dikaji bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang mendapat pembelajaan yang sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Sabah yang juga ADUN Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan itu sama ada bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun tidak. — Bernama

“Kenaikan gaji ADUN akan membabitkan wang cukai rakyat tetapi jika ia bersesuaian sudah tentu kita akan menyokong cadangan itu,” katanya. — Bernama

Dua pemandu lori terselamat dalam kemalangan
Lori dikatakan mengalami kerosakan brek.

RANAU: Dua pemandu lori terselamat dalam dua kemalangan berasingan Khamis lalu di jalan Ranau-Kundasang, kira-kira 500 meter dari pekan Ranau.

Dalam kejadian pertama, sebuah lori 10 tan penuh dengan muatan batu tiba-tiba terbabas lalu terbalik, dikatakan mengalami kerosakan brek manakala kejadian kedua sebuah lagi lori rosak teruk dihempap pokok tarap yang tumbang secara tiba-tiba menghala ke jalan raya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.25 pagi itu menyebabkan ratusan kenderaan dari Kundasang dan dari pekan Ranau terpaksa menunggu beberapa minit sementara para petugas JKR mengalihkan pokok tarap yang menghempap lori di kawasan jalan raya.

Pemandu lori yang terbalik, David Sauting, 30, ketika ditemui memberitahu lori yang dipandunya tiba-tiba mengalami kerosakan brek menyebabkan dia tidak dapat mengawal lalu merempuh sebuah jentera berat di tepi jalan sebelum melanggar seorang penunggang motosikal yang mengalami patah tulang bahagian bahu kiri, kini masih dirawat di Hospital Daerah Ranau.

Ekoran kejadian itu, pihak Unit Polis Trafik dari IPD Ranau menasihatkan orang ramai khususnya para pemandu kenderaan supaya lebih berhati-hati apabila menggunakan Jalan Ranau-Tamparuli.

Ia bukan sahaja kawasan yang banyak selekoh, sempit dan curam malah sering berlaku tanah runtuh termasuk pokok tumbang secara tiba-tiba terutama ketika angin kencang.

Mangsa tetak tombak sabit kini dilaporkan stabil
MANGSA dikelilingi oleh ahli keluarga yang lain sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth kelmarin.

KOTA KINABALU: “Abang sememangnya seorang yang berperwatakan baik dan setahu saya dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” kata Setia Adau, 57, berhubung abangnya yang menjadi mangsa kejadian samun yang begitu kejam di Kampung Susuk Sapok, Sipitang, pada Rabu lepas.

Tidak menyangka kejadian seumpama itu terjadi, Setia yang merupakan adik ketiga daripada tujuh beradik berkata, sewaktu abangnya digegaskan ke hospital dia hanya bertawakal kepada Tuhan agar menjauhkan perkara buruk berlaku.

Mangsa yang dikenali sebagai Laud Adau, 68, kini dalam keadaan stabil meskipun mengalami cedera parah akibat ditetak di bahagian leher dan tengkuknya menggunakan tombak sabit, dalam insiden kira-kira jam 11 malam itu.

“Tuhan sahaja tahu sebaik kami sekeluarga dimaklumkan bahawa abang kami ditetak ketika tidur dan syukur Alhamdullilah dia kini sudah berada dalam keadaan stabil meskipun mengalami kecederaan parah.

“Saya dimaklumkan sewaktu kejadian, dia hanya mampu memberikan isyarat berdehem sehingga ditemui oleh penduduk. Bayangkan, waktu insiden itu berlaku sekitar jam 11 malam dan dia hanya ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah kira-kira jam 8 pagi,” katanya ditemui di wad Hospital Queen Elizabeth (HQE) kelmarin.

Difahamkan, mangsa menerima beberapa jahitan pada bahagian tengkuk serta lehernya yang cedera parah dalam insiden memeranjatkan itu.

Mangsa belum pernah berumahtangga dan mendiami rumah kebun itu secara seorang diri.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Supritendan Mustapha Othman, ketika dihubungi berkata seorang suspek berusia lingkungan 20an itu berjaya ditangkap di kawasan berhampiran lokasi kejadian jam 5 petang Khamis lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan kita masih menyoal siasat motif kejadian. Buat masa kini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pembangunan dan pemuliharaan biodiversiti diteruskan
SUKARTI (dua kanan) menyaksikan Charles (dua kiri) bertukar RD dengan Sato (kanan) sambil diperhatikan oleh Shahril (kiri).

KOTA KINABALU: Usaha memulihara dan membangunkan biodiversiti di negeri ini diteruskan dengan jalinan kerjasama melibatkan kerajaan negeri, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Jica).

Menerusi program pembangunan dan pemuliharaan biodiversiti, dua buah program dimeterai dalam satu majlis menandatangani Dokumen Perbincangan (RD).

Program berkenaan termasuklah Projek Pembangunan Mapan untuk Pemuliharaan Biodiversiti dan Ekosistem di Sabah (SDBEC) serta Kursus Latihan Biodiversiti Bersepadu dan Pengurusan Ekosistem.

Majlis RD berkenaan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman yang mewakili kerajaan negeri di sini kelmarin.

Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri, Mahruzahrin Maskan berkata SDBEC adalah kerjasama yang dijalinkan buat kali kedua selepas pelaksanaan program Biodiversiti dan Pemuliharaan Ekosistem Borneo (BBEC) yang tamat pada September tahun lepas.

Menurutnya, BBEC dijalankan menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dibawah Kementerian Luar Negeri dan Program Latihan Negara Ketiga di bawah Jica.

Kerjasama kali kedua itu katanya, dijalankan untuk tempoh empat tahun bermula 2013 hingga 2017.

Menurutnya, ia memfokuskan kepada penambahbaikan kapasiti serta penyebaran maklumat mengenai pemuliharaan biodiversiti.

“UMS menerusi Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) iaitu pusat penyelidikan yang terkenal di negara ini dalam biologi dan pemuliharaan bertanggungjawab dalam menjalankan kursus ini.

“Kita begitu optimis supaya program yang dimeterai ini berjaya mencapai objektifnya merangkumi skop yang lebih luas,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah IBTP UMS, Prof Madya Dr Charles Santhanaraju Vairappan berkata tujuan utama pelaksanaan projek SDBEC adalah mempromosikan pembangunan mapan dalam biodiversiti.

Beliau berkata, projek itu dijangka mencapai dua hasil dapatan iaitu mengambil kira penerimaan masyarakat setempat terhadap kapasiti pembangunan yang dijalankan.

Selain itu katanya, menerusi SDBEC, Sabah dapat berkongsi pengalamannya secara nasional dan antarabangsa mengenai pembangunan mapan serta pemuliharaan biodiversiti.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof Dr Shahril Yusof yang mewakili Naib Canselor UMS dan Ketua Wakil Jica, Sato Kunihiko.

‘Louis Vuitton’ tiruan dirampas
BEBERAPA pegawai PPDNKK sedang melakukan pemeriksaan pelbagai barangan jenama Louis Vuitton yang dirampas dalam operasi kelmarin.

KOTA KINABALU: Pelbagai barangan tiruan jenama Louis Vuitton bernilai lebih RM80,000 dirampas oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sabah dalam dua serbuan berasingan di sini kelmarin.

Serbuan itu dilakukan ke atas sembilan premis di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu selepas PPDNKK menerima maklumat dan aduan oleh wakil pemegang cap jenama berkenaan.

Ketua Penguatkuasa PPDNKK Sabah, Suhaimi Mat Sari, berkata dalam serbuan itu pihaknya berjaya merampas 24 gulung kain jenama Louis Vuitton sepanjang 773.54 meter bernilai RM23,553 yang boleh digunakan sebagai alas dan kusyen kereta.

Katanya, operasi membabitkan enam premis di Kompleks Beli-Belah Wisma Merdeka dan tiga lagi di Alamesra, Segama dan Putatan.

“Antara lain yang dirampas adalah beg tangan dan dompet, tali pinggang, kasut, sarung telefon bimbit, tong sampah, gelang tangan, klip rambut dan anting-anting mencecah RM57,530,” katanya.

Menurut Suhaimi, keseluruhan barangan rampasan itu dianggarkan bernilai RM80,903 dan berdasarkan siasatan awal, kesemua barang berkenaan dibawa masuk dari China dan Korea.

“Ketika rampasan, tiada pemilik ditahan, namun kita akan menyiasat untuk mengesan pemilik sebenar barangan itu,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011, iaitu Larangan Perihal Dagangan Palsu berhubung dengan Cop Dagangan dan mereka yang terlibat boleh dikenakan denda maksimun RM15,000 bagi pertubuhan manakala perseorangan boleh dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000.

Dalam pada itu, Suhaimi menegaskan pihaknya akan mempergiatkan lagi operasi membanteras barangan tiruan terutama menjelang musim perayaan nanti.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan
TAWAU: Satu kes kemalangan maut dilaporkan berlaku di daerah ini melibatkan seorang penunggang motosikal akibat berlanggar dengan sebuah lori di kawasan simpang masuk ke Lapangan Terbang Tawau, Batu 18 di sini sekitar jam 9.15 pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, berdasarkan dokumen pengenalan diri (pasport Indonesia) mangsa, identiti penunggang motosikal itu dikenal-pasti sebagai Ferdi Judin dan berusia 25 tahun.

“Alamat terakhir mangsa adalah di Ladang Sg Kawa,” katanya serta menyatakan punca kematian mangsa dipercayai akibat kecederaan parah yang dialaminya di bahagian kepala dan badan dalam kemalangan ngeri itu.

Mengulas lanjut, Awang berkata pemandu lori jenis Tipper yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dikenali sebagai Hasruddin Halimin, 25, dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan kemalangan itu berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda hendak bergerak keluar menuju ke arah Balung dari Jalan Lapangan Terbang Tawau.

“Bagaimanapun, mangsa bertembung dengan lori terbabit pada masa itu,” katanya sambil mengesahkan bahawa lori berkenaan datang dari arah Balung dan menuju ke Apas sebelum insiden itu berlaku.

Ekoran itu, beliau berkata pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diharap supaya menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Menyentuh mengenai kekerapan kes kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan jentera berat seperti lori di daerah ini, Awang mengingatkan para pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan masing-masing.

“Jangan abaikan peraturan-peraturan keselamatan di jalan raya dan pastikan segala aspek keselamatan kenderaan sentiasa dititik-beratkan untuk mengelak kejadian-kejadian sebegini daripada terus berlaku,” katanya.

60 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah angkat sumpah
KOTA KINABALU: Semua 60 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah termasuk 12 wakil pembangkang daripada DAP, PKR dan Parti Reformasi Sabah (Star) semalam mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said.

Majlis itu bermula dengan upacara angkat sumpah oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, diikuti tiga timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Ini disusuli dengan menteri-menteri Kabinet Sabah dan pembantu-pembantu menteri serta anggota dewan yang lain, dikuti 12 ahli DUN daripada pembangkang.

Mereka termasuk Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias), Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Star-Bingkor) dan Hiew King Cheu (DAP-Luyang).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lepas, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga meminta semua ahli dewan menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat khususnya wakil BN dengan berkhidmat sebaik mungkin sepanjang persidangan berlangsung.

“Kepada ADUN BN kita anggap tanggungjawab yang diamanahkan rakyat itu harus ditunaikan bagi mewakili kawasan masing-masing.

“Ahli dewan juga diminta berbahas dengan berwibawa, sopan santun dan mengikut peraturan sedia ada kerana ini adalah dewan yang mulia,” katanya.

Perasmian pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin, 17 Jun manakala persidangan DUN akan diadakan selama tiga hari bermula Selasa, 18 Jun.

Sementara itu, Salleh yang juga ADUN Usukan mengangkat sumpah secara berasingan di hadapan Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun pada sebelah petang. — Bernama

Pemandu trak tunda meninggal dunia setelah rebah
Kelihatan mangsa yang rebah ke dalam kenderaannya dalam kejadian itu.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu trak penunda disahkan meninggal dunia setelah rebah berhampiran kenderaannya yang terbabas ke parit, dekat bangunan Maybank Inanam, di sini kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Hamsa Othman, 38, dikatakan sedang dalam perjalanan ke Inanam dari Kolombong untuk bertemu saudaranya di Terminal Bas Inanam bagi tujuan membawanya ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan setelah mengadu sakit dada.

Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian di Batu 6 Jalan Tuaran itu, mangsa dipercayai cuba memberhentikan kenderaannya di tepi jalan namun terbabas ke sebuah parit berhampiran Maybank Inanam.

Menurut beberapa saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa telah bertindak keluar dari trak tundanya sambil mengusap-usap dada sebelum rebah di situ.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

“Mangsa kemudiannya telah digegaskan ke Klinik Kesihatan Inanam oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia yang dipercayai akibat diserang angin ahmar.

Monyet liar mengganas di rumah kongsi
MONYET liar yang dikatakan mengganas di sebuah kawasan rumah kongsi pekerja kilang besi di Batu 3 Jalan Apas berjaya ditangkap oleh JPAM Tawau.

TAWAU: Seekor monyet liar setinggi kira-kira satu meter bertindak ganas dan cuba menyerang orang-orang yang cuba menghampirinya di sebuah kawasan rumah kongsi pekerja kilang besi di Batu 3 Jalan Apas di sini kelmarin.

Bagaimanapun, kehadiran monyet liar itu yang menimbulkan kebimbangan di kalangan pekerja kilang besi terbabit dapat diredakan selepas pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tawau berhasil menangkapnya.

Menurut Pegawai JPAM Tawau, Zulfaiduri Ramlee, enam anggotanya dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada pekerja di kilang terbabit pada jam 12.27 tengahari.

“Kehadiran monyet itu disedari oleh seorang pekerja di rumah kongsi terbabit semasa pulang ke rumahnya untuk berehat dan pada awalnya dia menyangkakan ada orang lain di dapur rumahnya.

“Pekerja itu berasa terkejut selepas mendapati monyet liar itu berada di dalam rumahnya, dan dia terus memaklumkan perkara berkenaan kepada beberapa rakan sekerjanya,” katanya.

Zulfaiduri berkata, pekerja-pekerja kilang itu cuba menangkap monyet terbabit namun gagal apabila haiwan berkenaan mula bertindak ganas dan menyerang mereka yang cuba menghampirinya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pasukan JPAM yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mendapati monyet terbabit berkelakuan ganas dan masih berada di dalam rumah kongsi salah seorang pekerja kilang besi berkenaan.

“Kita terpaksa menutup semua pintu dan tingkap rumah itu untuk mengelakkannya daripada meloloskan diri dan kita berhasil menangkapnya selepas hampir satu jam dengan menggunakan penjerat,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata pihaknya akan menghantar monyet liar terbabit kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki parah kereta terbabas di Kolombong
KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan cedera parah setelah kenderaan yang dipandunya terlibat nahas dalam satu kejadian di Jalan Iramanis, Kolombong berhampiran bangunan Puspakom, di sini kelmarin.

Mangsa dipercayai berusia 30an mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.30 pagi itu.

Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan ke Inanam dari arah Luyang sebelum dikatakan gagal mengawal kereta jenis Perodua Myvinya dan terbabas lalu merempuh pokok di pembahagi jalan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa telah digegaskan ke hospital berdekatan oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi insiden bagi menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian terbabit.

Menurut beliau, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu dalam kes berasingan di Taman Awam Tanjung Lipat, Likas menyaksikan sebuah motosikal dipercayai jenis Honda Ex5 terbakar dalam satu kejadian petang Rabu lepas.

Dalam insiden sekitar jam 6 petang itu, difahamkan motosikal berkenaan yang diletakkan berhampiran taman terbabit musnah teruk akibat terbakar.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi memadamkan api dan kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Amaran keras kepada pihak jejaskan kepentingan awam
KOTA KINABALU: Tindakan undang-undang akan akan diambil kepada semua pihak yang cuai melakukan pembangunan sehingga menjejaskan kepentingan awam.

Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Fadillah Yusof memberi amaran tegas terbabit kepada pihak pemaju mahupun individu yang tidak mematuhi perundangan atau peraturan dalam pelbagai aspek.

“Kita mengambil tindakan bukan untuk menghukum tetapi untuk memberikan pengajaran kepada mereka serta amaran kepada orang lain bahawa kita mempunyai tanggungjawab sosial.

“Apabila kita melakukan pembangunan sama ada di tanah sendiri, maka kita perlu mengambil tindakan berhati-hati agar tidak menyebabkan orang lain terjejas seperti tanah runtuh dan jalan raya terputus hubungan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek jalan raya Lok Kawi-Kota Kinabalu, Lok Kawi-Donggongon dan jalan tanah runtuh Penampang-Tambunan, di sini kelmarin.

Katanya, sekiranya tindakan undang-undang diambil kerajaan turut menuntut ganti rugi daripada pihak terbabit bagi membina semula jalan yang terjejas.

Mengenai kejadian tanah runtuh yang menyebabkan jalan terputus di Penampang- Tambunan, Fadillah berkata ia disebabkan kelemahan dalam pelaksanaan individu atau syarikat yang ingin melakukan sesuatu pembangunan.

Katanya, pihak terbabit didapati tidak mematuhi kehendak serta tidak melihat dari segi konteks kejuruteraan yang akhirnya menyebabkan jalan raya terbabit runtuh.

“Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsensi yang telah mengambil tindakan segera membolehkan laluan jalan sementara ini sudah dibuka semula.

“Bagaimanapun, kita sudah pasti mencari jalan penyelesaian untuk memperkukuhkan lagi jalan raya ini dengan keadaan yang mencabar terutamanya di kawasan gunung dan pinggiran bukit ini,” katanya.

Dalam pada itu, ketika tinjauan dua projek di bawah Program Naiktaraf Jalan Raya Pan Borneo, Fadillah turut berpuas hati dengan pelaksanaan terbabit kerana kemajuan yang memuaskan walaupun baru dilaksana pada April lalu.

Katanya, projek itu ditumpukan di kawasan yang sesak dengan laluan trafik iaitu jalan Kota Kinabalu-Lok Kawi sejauh 6 kilometer (km), dan Lok Kawi sehingga bulatan ke pasar Donggongon kira-kira 14km.

“Ini melibatkan kos yang agak besar kerana kita bukan sahaja membuat jalan tetapi membayar pampasan terhadap tanah yang diambil untuk pembesaran jalan dari empat lorong kepada enam lorong, dan dua lorong menjadi empat lorong,” katanya.

Katanya, ia turut membabitkan pemindahan ameniti yang sedia ada seperti lampu, elektrik, air, termasuk tiang telefon bagi tujuan pembesaran jalan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan tetamu kehormat yang lain.

Letupan di Semporna tiada kaitan dengan pengganas
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menolak dakwaan insiden letupan yang mengakibatkan seorang warga Pakistan maut di Kampung Air, Semporna kelmarin mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

“Siasatan tidak menunjukkan apa-apa unsur berkaitan dengan pengganas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, semalam.

Beliau berkata mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah menetap di Sabah dalam tempoh kurang dari setahun dan menjalankan perniagaan di Semporna secara sambilan.

Dalam insiden kira-kira jam 4.20 pagi kelmarin, Attaulah Hukmat Khan, 35, maut manakala empat rakan senegara yang berusia antara 22 hingga 50 tahun tidak cedera.

Sementara itu, Hamza berkata jumlah tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) setakat ini adalah seramai 132 orang.

“Ada yang telah dibebaskan…ada yang telah dirujuk kepada pihak imigresen. Walau bagaimanapun ada yang dituduh dan dibicarakan, setakat ini masih belum dijatuhkan hukuman kerana kes tersebut masih dalam proses pendengaran,” katanya.

Terdahulu, Hamza menyerahkan cek Skim Pampasan Ex-Gratia bernilai RM1,347 kepada balu Wira Negara yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sumiati Suarah, 51.

Menurutnya sumbangan itu diberikan kepada anggota keluarga polis yang terkorban semasa Operasi Daulat termasuk melibatkan kecederaan dan kematian semasa menjalankan tugas rasmi.

Beliau berkata agihan pembayaran sumbangan itu akan diberikan secara bulanan sehingga anak-anak mencapai umur 21 tahun berbanding sebelum ini diberikan bayaran sekali gus.

Terdahulu ketika berucap, Hamza berkata Polis Diraja Malaysia telah meluluskan bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja bagi anggota polis yang terkorban dalam Ops Daulat dan bayaran diberikan kepada waris mereka. — Bernama

Wanita terbunuh setelah kepala digilis lori kontena
ADIK mangsa gagal mengawal perasaan hiba setelah kematian kakaknya dalam kejadian itu kelmarin.

PUTATAN: Ngeri. Seorang wanita tempatan terbunuh dalam keadaan yang amat mengerikan setelah tempurung kepalanya pecah digilis sebuah lori kontena dalam satu kejadian berhampiran Pekan Sabindo, Jalan Lok Kawi pagi kelmarin.

Insiden yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu difahamkan berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Samsidar Samaruddin, 21, membonceng motosikal yang ditunggang oleh adik lelakinya, berasal dari Kampung Andus, Papar, menuju ke pusat bandar.

Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, tidak semena-mena motosikal yang ditunggang telah bergesel dengan sebuah lori kontena sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

Lebih mengerikan, ketika tercampak mangsa telah digilis tayar lori kontena berkenaan dan mengakibatkan tempurung kepala mangsa pecah dengan otak bersepai di atas jalan raya.

Ketua Polis Penampang, Deputi Superitenden Ratan Kumar Singh berkata mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian sementara adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

“Sementara itu, pemandu lori terbabit yang berusia 30an telah ditahan mengikut siasatan lanjut,” katanya sambil menambah kes terbabit akan disiasat Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tempat kejadian apabila adik mangsa enggan berganjak dan hanya mampu menangis di samping mayat kakaknya.

Lelaki dera anak tiri dipenjara tiga tahun
KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas kesalahan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus memjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zulfatika Yusof, 23, selepas mengaku bersalah mencederakan anak tirinya.

Tertuduh telah mendatangkan kecederaan terhadap mangsa pada 3 Mac tahun ini jam 2 pagi sebuah rumah, Blok C Cempaka, kuaters Bukit Padang, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Sekyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(2) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan, boleh didenda tidak lebih RM20,000 dan boleh dipenjara tidak lebih sepuluh tahun, atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 3 Mac lalu pengadu telah membuat laporan polis menyatakan telah dipukul oleh suaminya iaitu tertuduh, dan turut diugut.

Hasil siasatan, pada hari kejadian di tempat yang sama, setelah pengadu, mangsa dan tertuduh tiba di rumah mereka daripada menghadiri jamuan, pengadu telah meninggalkan mangsa di dalam bilik lalu ke dapur untuk memasak.

Ketika memasak, pengadu terdengar mangsa menangis lalu pergi ke dalam bilik untuk melihat. Pengadu melihat tertuduh memulas tangan mangsa sehingga biru lalu dengan pantas mengambil mangsa daripada pengadu.

Tertuduh telah memukul pengadu dan mengugut akan membunuhnya serta anaknya.

Selain itu, tertuduh juga mencekik dan cuba menghempas serta melambungkan mangsa, tetapi berjaya diselamatkan oleh pengadu.

Mangsa telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, pemeriksaan fizikal mengesahkan mangsa mengalami kecederaan dan hasil siasatan pihak polis, tertuduh telah lama mendera mangsa.

Dalam pada itu, mahkamah juga mengarahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan deposit sebanyak RM3,000 atau penjara tiga bulan.

Terdahulu, tertuduh memohon agar hukumannya dijalankan serentak atas kesalahan mengugut untuk membunuh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan mencederakan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dan memohon agar tempoh hukuman dikira dari tarikh tangkap.

Namun, Timbalan Pendakwaraya Uma Devi Balasubramaniam menyatakan tertuduh harus dijatuhkan hukuman penjara untuk suatu tempoh masa yang lama.

Selain itu, kejadian terbabit melibatkan keganasan terhadap kanak-kanak yang mana tidak seharusnya berlaku dalam kalangan masyarakat.

Masidi saran TTS tetapkan jumlah kemasukan pengunjung
KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun menyarankan agar pihak Taman-Taman Sabah (TTS) menetapkan jumlah kemasukan pengunjung ke Sub Stesen, Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu, Ranau dalam satu-satu masa.

Langkah itu katanya, bagi mengelak keadaan yang terlalu sesak dan ramai orang hingga menyebabkan longgarnya kawalan keselamatan.

Menurutnya, keadaan yang terlalu ramai orang juga menyukarkan pengunjung terutamanya ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka.

Ini kerana katanya, situasi seperti itu juga dikenal pasti antara punca yang mengakibatkan seorang kanak-kanak ditemui lemas di kawasan kolam renang taman berkenaan yang berlaku awal bulan ini.

“Saya minta supaya pegawai TTS membuat kawalan keselamatan yang lebih baik terutamanya di kawasan kolam renang.

“Selain itu, para ibu bapa khususnya mereka yang mempunyai anak kecil supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengawal anak masing-masing,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Buat masa ini jelasnya, kes berkenaan masih dalam siasatan polis kerana punca tragedi belum dapat dikenal pasti secara keseluruhan.

Beliau berkata, laporan awal mendapati mangsa berpindah daripada kawasan kolam renang kanak-kanak ke kolam renang dewasa tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Sehubungan itu, Masidi menyeru agar pihak TTS menjalin kerjasama erat bersama pihak polis untuk mendapatkan hasil penyiasatan yang terperinci.

Awal bulan ini, mangsa Norain Atikah ditemui lemas di kolam renang dewasa semasa bercuti bersama keluarganya di taman terbabit.

Lelaki ditemui gantung diri di laman parkir rumah
KOTA KINABALU: Kawasan kejiranan di Taman Austral, Kepayan gempar seketika setelah menyaksikan sekujur tubuh lelaki yang ditemui tergantung di laman parkir di salah sebuah kediaman di situ dalam satu kejadian pagi kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Koo Kian Kok, 45 dari Kampung Campuran, Ampang, Selangor itu telah ditemui oleh isterinya, 40an, kira-kira jam 7 pagi sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata mangsa dipercayai membunuh diri dengan menggunakan seutas tali yang digantung berhampiran perkarangan tempat letak kenderaan di kediamannya dalam kejadian itu.

“Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.35 pagi dan sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi itu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil siasatan awal kita menolak sebarang insiden jenayah di dalam kejadian ini dan polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat.

Kes kematian warga Pakistan, suspek diburu: Hamza
KOTA KINABALU: Polis kini memburu suspek terlibat dalam kes kematian seorang lelaki warga Pakistan yang terbunuh terkena letupan bom buatan sendiri di Kampung Air Tengah, Semporna Isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek adalah lebih daripada seorang individu, dan usaha menjejaki mereka kini giat dijalankan termasuk mengambil keterangan empat rakan senegara mangsa.

Menurut beliau, polis kini berusaha merungkai motif sebenar kejadian itu sama ada berkaitan dengan dendam, cemburu, hutang atau sebagainya memandangkan proses mengumpul bukti sedang giat dijalankan.

“Setakat ini belum ada motif dan kita tidak menafikan suspek adalah lebih seorang, bagaimanapun polis masih mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

“Kita juga menolak andaian bahawa kes ini adalah berkaitan dengan pengganas mahupun kejadian bahan letupan dan peledak yang telah dicuri di Sepanggar pada April lepas,” katanya sambil menambah, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dalam kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi kira-kira 10 kilometer dari Pekan Semporna, mangsa dikenali sebagai Attaulah Hukmat Khan, 35, terbunuh setelah terkena bahan letup dipercayai buatan sendiri ketika tidur di perkarangan ruang tamu rumah terbabit.

Impak daripada letupan juga telah menyebabkan lantai ruang tamu berkenaan bocor sehingga dikatakan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam air sebelum ditemui oleh penduduk setempat.

Ketika kejadian turut berada di rumah itu adalah empat rakan senegara mangsa yang berusia 22 hingga 50 tahun.

Rakan-rakan mangsa dikatakan telah menjalankan pelbagai urusniaga termasuk menjual kain sejak setahun yang lalu manakala mangsa baru memasuki negara ini selama tiga bulan lepas.

“Kita menafikan insiden kematian mangsa merupakan serangan pengganas dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan terhadap suspek.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk tidak panik dan melakukan andaian sendiri mengenai kejadian ini bagi mengelak daripada keadaan kucar kacir,” katanya.

Hamza berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Cek Bulanan Skim Pampasan Bencana Ex Gratia bagi anggota terkorban semasa Ops Daulat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan kelmarin.

Balu kepada Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sumiati Suarah menerima cek bernilai RM1,347 diagihkan secara bulanan bagi memperingati jasa Allahyarham yang telah terkorban ketika bertugas menentang pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu awal Mac lepas itu.

IPD Kota Kinabalu capai penurunan 15.56 peratus indeks jenayah
JAUTEH menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis bersempena Perhimpunan Bulanan IPD Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menurunkan peratusan indeks jenayah di ibu negeri sebanyak 15.56 peratus sepanjang Januari hingga Jun lepas berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata kejayaan penurunan indeks jenayah itu dilihat berada di landasan tepat dalam memastikan tahap keselamatan masyarakat bandar terus berada dalam keadaan aman.

Mengulas mengenai peratusan itu, beliau menjelaskan 635 kes telah dicatatkan sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 752 kes pada tahun 2012.

“Ia sekaligus menunjukkan penurunan sebanyak 117 kes jika dibandingkan bagi tahun ini dan tahun lepas.

“Namun begitu, kita telah mencatatkan peningkatan terhadap dua kes iaitu curi motosikal serta pecah rumah dengan masing-masing meningkat kepada 4.90 peratus dan 13.46 peratus,” katanya.

Jauteh berkata demikian ketika berucap bersempena Perhimpunan Bulanan IPD Kota Kinabalu, di sini kelmarin.

Sementara itu, dalam ucapan yang sama beliau menyeru kepada para pegawai dan anggota polis IPD Kota Kinabalu untuk terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab menjadikan pusat bandar itu sebagai bandaraya terselamat di negara.

Polis marin rampas rokok seludup
Seorang anggota polis marin sedang memeriksa rokok yang dirampas.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin di sini berjaya merampas 2,660 bungkus rokok seludup yang dianggarkan bernilai lebih RM41 ribu di tepi pantai Bandar Ramai-Ramai, pagi kelmarin.

Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, Inspektor Sri Vikneswaran A/L Renganathan berkata bertindak atas maklumat orang awam, pihaknya telah pergi ke tepi pantai Bandar Ramai-Ramai kira-kira jam 10.30 pagi.

Pihaknya telah memantau di kawasan berkenaan dan kelihatan beberapa orang lelaki sedang melakukan aktiviti pemunggahan.

Beliau berkata, apabila pihaknya menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis semua suspek bertindak melarikan diri dan tidak dapat dikesan.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui 2,600 bungkus rokok jenis Marlboro merah dan 60 bungkus rokok jenis Mighty,” katanya.

Sri Vikneswaran berkata, nilai barang rampasan termasuk nilai rokok, duti import dan cukai eksais dan duti jualan bernlai RM41,336.40.

Pihaknya mensyaki rokok yang dirampas itu diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini, katanya.

Beliau berkata, semua rokok dirampas kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Rogol anak tiri: Pemandu lori dipenjara 20 tahun, 18 sebatan
LAHAD DATU: Akibat terlalu mengikut nafsu sehingga tergamak merogol anak tirinya yang masih bersekolah, seorang pemandu lori ladang menerima pembalasan apabila dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 18 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin.

Hakim M Rajalingam SS Maniam menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berusia 37 terbabit setelah mengaku melakukan kesalahan itu kepada mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan di dalam bilik tidur rumahnya di Ladang Sime Darby Mostyn, Kunak pada satu tarikh tidak diingati dalam bulan Januari 2013, jam 1 petang.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan minimum 10 kali.

Mengikut fakta kes, ibu mangsa yang mengesyaki anaknya mengandung telah menyuruh anaknya membuat laporan polis dan mangsa melaporkan kejadian itu di Balai Polis Kunak pada 1 Jun 2013.

Hasil siasatan manngsa mengaku dirogol bapa tirinya awal tahun ini dan mangsa disahkan hospital mengandung 23 minggu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuatkuasa tarikh tangkapan 1 Jun 2013.

PPM Tawau rampas barang subsidi dari dua feri penumpang
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau sekali lagi berjaya merampas barangan bersubsidi yang disyaki hendak dipasarkan di negara jiran menerusi dua operasi berasingan dalam tempoh kurang dua jam di sini Sabtu lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, kali ini PPM Tawau berjaya merampas barangan bernilai kira-kira RM3,072 hasil daripada pemeriksaan di dua buah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Tawau ke Nunukan, Indonesia.

“Kita merampas 1,104 paket gula pasir, 100 paket minyak masak dan empat botol minyak masak di dalam Op Landai yang dijalankan oleh PPM Tawau dari jam 1.25 hingga 2.45 petang di kawasan Laut Tanjung Batu,” katanya di sini kelmarin.

Awang berkata kesemua barangan terbabit didapati disembunyikan di ruang kargo bagasi di kedua-dua feri penumpang terbabit dan tidak ada penumpang yang tampil mengaku sebagai pemilik barangan-barangan berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan menyerahkan kesemua barangan terbabit kepada pihak Bahagian Pencegahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Kita akan meneruskan usaha memantau dan memeriksa sebarang jenis pengangkutan laut termasuk feri penumpang untuk menangani sebarang isu berkaitan penyeludupan barangan kawalan dan subsidi ke negara jiran,” katanya.

Beliau berkata pihak polis sentiasa memandang serius dan peka terhadap kes-kes penyeludupan di daerah ini serta mengambil tindakan sewajarnya untuk membendung kegiatan terbabit daripada terus berleluasa.

Bagaimanapun, beliau turut menggesa anggota masyarakat setempat supaya sentiasa berhubung dengan pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyeludupan dari masa ke semasa.

“Bantuan daripada orang ramai dari segi penyaluran maklumat berhubung sebarang kegiatan penyeludupan di daerah ini amat kita perlukan,” katanya sambil menambah, pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan jenayah yang berlaku.

PBT perlu tangani masalah rakyat setempat
KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu peka dengan permasalahan rakyat setempat dan segera menanganinya sebelum ia menjadi isu yang diperbesarkan dalam media sosial.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, rakyat kini celik internet dan pantas menghebahkan sesuatu masalah jika PBT terlepas pandang atau tidak menyelesaikannya.

“Kita tidak boleh ambil ringan rungutan orang ramai. Kalau tidak, kita akan dianggap tidak bertanggungjawab, lalai dan tidak berfungsi.

“Kita mesti cepat bertindak sebelum golongan tidak bertanggungjawab menuduh kita bukan-bukan dan menyebar fitnah tentang perkhidmatan kita,” katanya pada Majlis Sekalung Budi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah di sini semalam.

Hajiji berkata, kementeriannya juga telah menubuhkan satu unit ‘cybertroopers’ bagi memantau dan menjawab persoalan yang disiarkan di laman-laman media sosial.

Beliau juga berharap kakitangan di bawah kementeriannya kerap mengadakan program kesedaran di kalangan masyarakat khususnya mengenai kebersihan dan kesihatan di premis restoran dan kawasan awam.

Jelasnya, kerjasama masyarakat juga penting dalam melaksanakan tugas dengan berkesan, termasuk dalam memberi persepsi positif kepada pelancong ke negeri ini.

Bekas pembantu-pembantu menteri Datuk Ghulam Haidar Bahadar Khan dan Datuk Edward Yong Oi Fah, yang masing-maing bertukar menjadi pembantu menteri di Jabatan Pembangunan Infrastruktur dan Jabatan Ketua Menteri, diraikan pada majlis itu.

Hajiji berkata beliau berbangga mendapat peluang bekerja bersama Ghulam Haidar dan Yong pada penggal lepas dan yakin dengan kerjasama yang akan diberikan oleh pembantu-pembantu menteri baru di kementeriannya iaitu Datuk Zakaria Edris dan Datuk Dr Joachim Gunsalam. — Bernama

80 peratus rumah rosak akibat pencerobohan sudah dibaik pulih
LAHAD DATU: Kira-kira 80 peratus daripada lebih seratus rumah yang rosak di Zon Tanjung Labian ekoran insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lalu sudah dibaik pulih,  kata Ketua Pengarah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata kerja membaik pulih rumah penduduk yang rosak berikutan pertempuran antara anggota keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh berkenaan dilaksanakan oleh agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Berhubung dengan rumah-rumah yang musnah (sama sekali) akibat kejadian (pencerobohan) itu, kita dapati terdapat 77 buah rumah yang musnah. Saya difahamkan rumah ini sedang digantikan  secara berperingkat dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Mohammad berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan lima ketua kampung dan wakil masyarakat daripada tujuh buah kampung yang terdapat dalam Zon Tanjung Labian.

Turut hadir dalam perjumpaan berkenaan ialah Pengarah Perisikan I ESSCOM Datuk Ahmad  Nadzer Nordin, Pengarah Perisikan II ESSCOM Datuk Mohd Noor Osman dan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESSCOM Datuk Abdul Rashid Harun.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Lok Buani, Kampung Tanjung Labian, Kampung  Sungai Merah,Kampung Tanagian, Kampung Tegupi, Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Batu yang mempunyai kira-kira 5,000 penduduk.

Mengulas mengenai perjumpaan itu yang bertujuan meninjau dan mendapatkan maklum balas berhubung kawalan keselamatan dan sosial masyarakat Zon Tanjung Labian, Mohammad berkata ia  berjalan dalam suasana cukup harmoni.

Katanya antara perkara dibangkitkan penduduk dalam perjumpaan itu termasuk kebimbangan mereka mengenai aspek kawalan keselamatan oleh pasukan keselamatan dan rumah-rumah mereka yang  rosak serta musnah berikutan insiden pencerobohan.

“Berdasarkan tinjauan yang kami buat, keadaan keselamatan di sini memang terjamin dan keadaan hidup penduduk Zon Tanjung Labian sudah kembali seperti biasa…mereka menaruh kepercayaan yang amat tinggi terhadap kemampuan kawalan keselamatan kita,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kesiapsiagaan kawalan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah tidak pernah berkurangan malah terus dipertingkatkan namun ia dilakukan dalam bentuk yang  berlainan. — Bernama

Pusat penyelidikan marin Kepulauan Sugud ditubuhkan
PUSAT PENYELIDIKAN: Bangunan utama bagi Pusat Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) di Pulau Billean. — Gambar Bernama

SANDAKAN: Sebuah pusat penyelidikan telah ditubuhkan untuk menambahbaik ekosistem marin di Pusat Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) di timur Sabah.

Pusat Penyelidikan Marin Kepulauan Sugud (SIMRC) ditubuhkan susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) kelmarin di Pulau Billean di perairan Sandakan.

SIMRC, terletak di Billean, ialah usaha sama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Reef Guardian Sdn Bhd dan Universiti Cardiff.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata SIMCA telah untuk lebih 12 tahun, memainkan peranan penting menguruskan pemuliharaan terumbu karang yang telah membawa manfaat kepada ekopelancongan dan perlindungan biodiversiti.

Kerajaan negeri Sabah pada 3 Dis, 2001, mengisytiharkan kawasan seluas 46,317 hektar terdiri daripada pulau-pulau Lankayan, Tegaipil dan Billean yang meliputi terumbu karang di kawasan cetek sebagai kawasan pemuliharaan, kini lebih popular dikenali sebagai SIMCA.

“Reef Guardian, yang dilantik untuk menguruskan SIMCA sepenuhnya dengan kerjasama rapat Jabatan Hidupan Liar Sabah, sedang menjalankan inisiatif baharu bersama-sama dengan Universiti Cardiff.

“Penubuhan pusat ini akan meningkatkan penyelidikan dan pemuliharaan ekosistem marin dan menilai kejayaan kawasan pemuliharaan secara saintifik.

“Kami bangga menjadi sebahagian inisiatif ini yang pastinya akan meningkatkan minat saintis tempatan dan antarabangsa dalam penyelidikan ekosistem terumbu karang di rantau ini, dan meningkatkan ekopelancongan di pantai timur Sabah,” katanya.

Pegawai Penyelidik Reef Guardian dan Pengurus SIMRC Davies Austin Spiji berkata objektif pusat itu termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelidikan marin dan pemantauan menerusi latihan, bengkel dan penyelidikan bersama bagi pengurusan sumber marin dan pemuliharaan biodiversiti secara efektif.

Beliau berkata SIMRC juga menyediakan kemudahan latihan dan pembelajaran kepada universiti dan institusi antarabangsa untuk merasai sendiri pengalaman dalam ekosistem terumbu karang tropika.

“SIMRC juga akan membantu dalam pengisian semula spesies marin yang terancam dan penting untuk pengkomersilan di Sabah menerusi amalan marikultur dan menggalakkan kesedaran pemuliharaan marin kepada awam dan pemegang amanah tempatan,” katanya.

Pengarah Danau Girang Field Centre (DGFC) dan penyelidik bersama Universiti Cardiff Dr Benoit Goossens berkata penubuhan pusat penyelidikan di SIMCA akan menyediakan kemudahan pendidikan bertaraf dunia dengan struktur dan sumber diperlukan untuk inisiatif sains ekosistem marin, khususnya mengenai pulau tropika kecil dan ekologi terumbu karang.

Goossens, yang mewakili Naib Canselor Universiti Cardiff berkata universiti akan menawarkan kursus-kursus lapangan kepada pelajarnya dan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa yang menjalani latihan di SIMRC.

Universiti juga akan menguruskan pengambilan pelajar dan program kerja lapangan di pusat itu, dan akan membantu mengumpulkan dana bagi pemerolehan peralatan tambahan makmal untuk aktiviti di SIMRC.

“Kini, Universiti Cardiff berada dalam kedudukan untuk menawarkan kursus-kursus lapangan dan peluang penyelidikan dalam dua ekosistem paling berbeza di dunia – terumbu karang tropika di SIMRC dan hutan hujan tropika di DGFC dalam kawasan Kinabatangan, juga di pantai timur Sabah.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Reef Guardian bagi sokongan dan semangat setiakawan mereka dan kami menyambut baik kerjasama ini,” kata Goossens. — Bernama

Redah sekatan jalan raya, pasangan kekasih kemalangan
Kelihatan beberapa motosikal yang disita dalam operasi berkenaan.

KOTA KINABALU:  Gara-gara nekad untuk melarikan diri daripada sekatan jalan, sepasang kekasih remaja terpaksa menerima padah apabila terbabit dengan kemalangan dalam satu kejadian di laluan Tanjung Lipat, Likas pada pagi Ahad lalu.

Penunggang motosikal yang berusia lingkungan 19 tahun itu dan teman wanitanya, 16, sedang dalam perjalanan ke pusat bandar dari Yayasan Sabah sebelum terlihat satu sekatan jalan oleh sepasukan polis di hadapan mereka.

Bagaimanapun, tindakan untuk meloloskan diri dengan memecut laju untuk meredah sekatan itu akhirnya mengundang padah, apabila motosikal terbabit hilang kawalan dan terbabas sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.

Mujur pasangan kekasih itu hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu dan digegaskan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut dalam insiden awal pagi Ahad berkenaan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri (KJKA), Deputi Superitendan Mohd Zaidi Abdullah berkata hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit difahamkan telah melakukan kesalahan menunggang dengan laju dan mendatangkan bahaya.

“Kedua mereka hanya cedera ringan dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Penunggang motosikal terbabit juga kini ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata operasi sekatan jalan yang dijalankan pada Ahad lepas merupakan operasi bersepadu antara cawangan trafik Kepayan dan Kota Kinabalu.

Operasi yang dinamakan Ops Samseng itu telah dilaksanakan di beberapa kawasan panas berhampiran pusat bandar.

Menurutnya, sebanyak 37 buah motosikal telah diperiksa dan 11 daripadanya telah disita dalam operasi dilakukan dalam tempoh lima jam itu.

“Polis turut mengeluarkan 13 saman kepada pemilik motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk menunggang tanpa lesen, menunggang tanpa cermin sisi, tiada plat pendaftaran dan cukai jalan,” katanya.

PPM Tawau rampas 384 botol minyak angin
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 384 botol minyak angin aromaterapi bernilai RM3,840 yang ditinggalkan di kawasan Persisiran Batu-Batu, Sabindo di sini pada Jumaat lepas kira-kira jam 12.50 tengahari.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, botol-botol minyak angin berjenama Safe Care dan Fresh Care terbabit disimpan di dalam sebuah kotak yang disyaki melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Rampasan ini dilakukan semasa PPM Tawau menjalankan pemantauan di lokasi berkenaan dan kita percaya barangan ini dibawa masuk dari negara jiran (Indonesia) untuk dipasarkan di daerah ini,” katanya di sini kelmarin.

Awang berkata, kesemua kosmetik itu dirampas kerana tidak memiliki label tanda daftar kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disiasat di bawah Akta Farmasi (Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, Peraturan 18 A).

Mengulas lanjut, beliau turut mendedahkan kejayaan PPM Tawau merampas sejumlah barangan kawalan dan subsidi bernilai RM1,947.75 di salah sebuah feri penumpang yang baru berlepas dari Tawau dan menuju ke Nunukan, Indonesia pada hari yang sama.

“Rampasan yang dibuat kira-kira jam 3.50 petang itu membabitkan barangan seperti gula pasir (360 paket), minyak masak (289 paket), tepung (70 paket) dan minyak masak (lapan botol).

“Rampasan ini dilakukan menerusi Op Landai di laut Sungai Tongkang hasil daripada pemeriksaan di ruang kargo bagasi feri penumpang terbabit,” katanya sambil menambah, tiada sebarang pihak yang tampil mengaku memiliki barangan berkenaan.

Pihak polis katanya, mengesyaki barangan terbabit cuba diseludup keluar untuk pasaran negara jiran, justeru kesemua barangan itu akan diserah kepada Bahagian Pencegahan Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1976.

Pekerja kontrak terbunuh terkena renjatan elektrik
RANAU: Seorang pekerja kontrak maut setelah terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara talian Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kampung Kemburongoh, Jalan Ranau-Tambunan dekat sini Ahad lalu.

Mangsa, 35, yang merupakan lelaki tempatan itu dikenali sebagai Semuil Anggut, dari Kampung Kiaratuan, Ranau meninggal dunia serta merta di lokasi berkenaan dalam insiden berlaku sekitar jam 5.30 hingga 6 petang terbabit.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.02 petang.

“Sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dari JBPM Ranau telah digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menurunkan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut,” katanya.

U Bunuh: Lelaki dijatuhkan hukuman gantung
KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini kelmarin atas kesalahan membunuh seorang lelaki tempatan, pada tahun lalu.

Mohamad Ahamd, 28, yang diwakili peguam Hamid Ismail dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Chew Soo Ho, selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki berusia 29 tahun.

Penghakiman itu dilakukan oleh Chew selepas mendapati dan berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan di luar munasabah selepas di peringkat akhir pembelaan.

Chew berkata, tertuduh telah menyebabkan kematian terhadap mangsa yang mana mangsa telah mengalami banyak kecederaan, manakala tertuduh tidak.

Beliau juga menyatakan tindakan tertuduh tidak menunjukkan perbuatan mempertahankan dirinya, namun menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Tertuduh didakwa membunuh Musleh Salleh pada 5 Januari tahun lalu jam 5.10 petang di kedai Billiard Lim Tai Lung, Lot1, Pekan Menggatal Baharu 2, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika didapati bersalah.

Mohamad yang bekerja sebagai seorang penyelenggara bagi sebuah hotel mula didakwa pada pertengahan tahun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan memohon perbicaraan dijalankan.

Pada 12 April tahun ini, mahkamah mengarahkan tertuduh membela dirinya atas pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 15 saksi, manakala dua orang saksi telah dipanggil oleh pihak pembelaan untuk memberikan keterangan kes terhadap tertuduh.

Pendakwaan itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Ahmad Nazneen.

Tangani masalah dengan cepat
HAJIJI menyampaikan cenderakenangan kepada Ghulam.

KOTA KINABALU: Penubuhan ‘Cyber Troopers’ dalam Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dianggap satu keperluan yang penting.

Menterinya, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata saranan berkenaan bagi menangani setiap aduan atau persoalan yang dikemukakan oleh orang awam menerusi media massa dengan cepat.

Menurutnya, segala aduan yang ditimbulkan perlu mendapat penerangan yang jelas daripada pegawai KKTP terutamanya yang melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita perlu beri penjelasan dan pegawai yang bertanggungjawab mestilah peka dan sensitif terhadap perkara yang berlaku di sekeliling.

“Ini kerana, ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan selalu bertindak melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap kementerian ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Mengenang Budi KKTP di sini kelmarin.

Katanya, walaupun sesuatu isu itu sudah diselesaikan, namun apa yang dipaparkan menerusi media massa tidak menggambarkan situasi sebenar.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua pegawai KKTP supaya tidak memandang ringan setiap aduan yang dikemukakan rakyat.

“Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Matius Sator mengenai keperluan penubuhan ‘Cyber Troopers’ ini.

“Kementerian ini memikul banyak tanggungjawab dan dengan wujudnya Cyber Troopers kita dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan KKTP,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menekankan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan oleh PBT dan majlis daerah di setiap kawasan.

Beliau berkata, antara isu yang sering diperkatakan adalah masalah berkaitan tikus terutamanya di kawasan seperti restoran atau tempat kunjungan umum.

“Masalah kehadiran tikus ini banyak mendapat aduan daripada orang awam. Walaupun kecil, tetapi ia perlu diberi perhatian serius khususnya oleh PBT.

“Kawasan umum sering menerima kunjungan lebih-lebih lagi para pelancong yang melawat tempat kita.

“Selain memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, aspek kesihatan dan kebersihan perlu diutamakan,” katanya.

Pada majlis itu, selain meraikan pelantikan pembantu menteri KKTP yang baru, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Zakaria Edris, pihaknya turut menjemput mantan pembantu menteri KKTP, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Datuk Edward Yong Oui Fah.

Sabah negeri yang mudah dijangkau menjelang 2025
Kerjasama dengan NGO, SWEPA pastikan maklumat tercapaiKOTA KINABALU: Sabah akan muncul sebagai sebuah negeri yang mudah dijangkau menjelang 2025, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Siringan Gubat.

“Kami berharap akan sampai ke peringkat di mana perkhidmatan (sama ada swasta, awam atau yang berasaskan komuniti) dapat disalurkan dari mana-mana tempat, pada sebarang masa dan dengan apa jua cara,” kata beliau.

Siringan berkata demikian dalam kenyataannya di majlis penyampaian sijil dan penutupan latihan tentang “Pengetahuan Asas mengenai Mobile Tablets with iOS and Android Platforms,” di sini semalam.

Beliau berkata ini tugas berat tetapi yakin kerajaan boleh mencapai matlamat ini dengan bekerjasama secara perkongsian pintar dengan badan bukan kerajaan (NGO), terutama Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA).

Dalam hal ini, Siringan menyambut baik inisiatif SWEPA mengadakan kolaborasi dengan Persatuan Komputer Sabah dengan melibatkan anggotanya menceburi bidang ICT agar mereka kekal relevan dalam landskap teknologi hari ini yang sentiasa berkembang.

Beliau berkata usaha kedua-dua pihak itu secara tidak langsung membantu kerajaan negeri merapatkan jurang digital, dan meningkatkan kesedaran masyarakat serta menjadikan mereka mahir ICT. — Bernama

Jawatan presiden, timbalan presiden UMNO tidak wajar dipertandingkan
KOTA KINABALU: Tim­balan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO sewajarnya tidak dipertand­ingkan pada pemilihan parti tahun ini.

Beliau berkata justifikasinya adalah demi memelihara keu­tuhan perpaduan di kalangan anggota UMNO, parti yang menjadi tonggak Barisan Na­sional (BN).

Katanya kejayaan kepimpi­nan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memper­tahankan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan kemenan­gan selesa mengikut standard semasa iaitu 133 daripada 222 kerusi

Parlimen merupakan petan­da bahawa kepimpinannya dan timbalan presiden parti masih mantap dan mendapat kepercayaan rakyat.

“Ini mengambil kira sua­sana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Abdul Rahim yang juga ang­gota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sis­tem demokrasi “westminster” yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan “hung” parlimen .

“Kesimpulannya pertand­ingan terbuka jawatan utama UMNO sudah tentu akan mewujudkan “kem kem” dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan poli­tik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti,” katanya.

Abdul Rahim berkata sua­sana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membole­hkan UMNO dan BN mampu menghadapi PRU14 yang akan datang dengan lebih mantap.

Sementara itu, di RAUB, Pahang, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Mas­lan juga setuju dua jawatan tertinggi parti tidak perlu dipertandingkan demi men­jamin kekuatan, survival parti dan perpaduan Melayu.

Beliau berkata gandingan Najib dan Muhyiddin te­lah berjaya memantapkan UMNO apabila memenangi 88 kerusi Parlimen pada PRU13 berbanding 79 kerusi pada PRU12.

“Lebih bermakna apabila kita (BN) berjaya merampas semula Kedah dan Perak dari­pada pembangkang.

“Misi UMNO dan Barisan Nasional ialah untuk mendapat majoriti dua pertiga undi rakyat pada PRU14 agar kerajaan yang dibentuk lebih man­tap demi masa depan rakyat dan negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan den­gan pemimpin UMNO Raub kelmarin.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, sebuah kerajaan yang kuat amat penting dan sangat diperlukan pada masa ini untuk menjamin kejayaan Wawasan 2020.

Menurutnya pertandin­gan dua jawatan tertinggi itu perlu dielakkan kerana boleh berlaku perpecahan di kalangan anggota parti dan orang Melayu yang kini sudah berpecah kepada penyokong PAS, PKR dan segelintir DAP. — Bernama

Gegaran gempa bumi di Tarakan turut dirasai di Tawau
TAWAU: Gegaran gempa bumi sederhana berukuran 4.9 pada skala Richter yang berpusat di 31 kilometer ke barat laut Tarakan, Indo-nesia dan 118 kilometer ke barat daya Tawau pada kira-kira jam 3.23 pagi semalam turut dirasai penduduk di daerah ini.

Menurut salah seorang penduduk yang hanya ingin di-kenali sebagai Halim, 28, gegaran yang dialami kali ini lebih kuat berbanding ke- biasaannya kerana pertama kali beliau berasakan rumahnya seolah-olah bergoyang dan hendak roboh.

“Memang sebelum ini, saya biasa merasai gegaran akibat gempa bumi di Tawau, tetapi kali ini lebih kuat dan membuatkan saya bimbang,” kata-nya sambil menyatakan maklumat sebenar berhubung kejadian itu hanya diketa-huinya selepas melayari Facebook.

Halim berkata, beberapa saat sebelum kejadian itu, berlaku insiden pelik apabila burung tekukur peliharaannya tiba-tiba meronta seperti hendak melepaskan diri dari sangkar.

Malah, sangkaan awal beliau bahawa bunyi bising dari arah zink rumahnya disebabkan tikus, juga meleset apabila beliau merasai gegaran akibat gempa bumi yang berlaku di wilayah negara jiran terbabit.

Mengulas mengenai insi-den itu, Pengerusi Jawatan-kuasa Bencana Alam Daerah Tawau, Datuk Ismail Mayakob berkata orang ramai harus sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jangan terlalu bergantung kepada siren amaran jika ada berasa gegaran kuat kerana lebih baik jika kita semua mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal demi keselamatan bersama,” katanya.

Ismail berkata, orang ra-mai juga tidak semestinya perlu mendengar siren amaran dibunyikan terlebih dahulu baharu hendak bertindak menyelamatkan diri ke-rana dikhuatiri siren terbabit dibunyikan ketika keadaan sudah terlambat.

Bagaimanapun, beliau menasihati masyarakat supaya tidak panik jika berhadapan dengan situasi sedemikian dan mengikut setiap arahan daripada pihak berkuasa.

“Pada masa sama, pihak Jawatankuasa Bencana Alam Daerah akan sentiasa memantau sebarang perkembangan dan mengambil langkah-langkah perlu untuk berhadapan dengan sebarang bencana alam yang berlaku.

“Pihak Jabatan Meteorologi juga akan sentiasa memberi makluman kepada pihak kita jika ada ancaman bencana alam yang membahayakan keselamatan penduduk dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati rata-rata penduduk di daerah ini tidak panik atau keluar meninggalkan rumah, hotel dan premis masing-masing semasa insiden terbabit walaupun gegaran yang dirasakan lebih kuat berbanding kejadian-kejadian sebelumnya.

Kerajaan beri perhatian kebajikan rakyat Sabah
KOTA KINABALU: Kebajikan masyarakat di Sabah khususnya di kawasan Karambunai akan diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata program memperkasakan kebajikan itu akan diperkenalkan di kawasan Karambunai sebelum diperluaskan ke seluruh Sabah.

“Tujuan program ini adalah untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerima bantuan daripada pihak kebajikan dan perlu mendapat pengesahan dan kerjasama daripada anggota komuniti setiap kawasan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat Pembangunan dan Penyediaan Perkhidmatan jabatan dan agensi negeri di bawah kementeriannya di Wisma Wanita, dekat sini semalam.

Dalam hal ini, Jainab bertekad meningkatkan as-pek kebajikan selain membantu masyarakat keluar dari belenggu kemiskinan.

Mengenai bantuan kebajikan yang beliau sifatkan sebagai sementara dan bukan bantuan seumur hidup, beliau berkata golongan yang layak perlu mendapat pengesahan daripada pihak jabatan kebajikan terlebih dahulu.

“Mereka yang mendapat bantuan perlu melaporkan diri sekurang-kurangnya tiga bulan sekali sebagai bukti mereka masih hidup dan memperbaharui permohonan sebelum tamat tempoh.

“Namun pihak kebajikan juga akan melihat permohonan tersebut sama ada layak untuk menerima semula bantuan atau tidak kerana terdapat pemohon yang mempunyai anak yang bekerja,” katanya.

Menurut Jainab, sekiranya mereka masih ingin memohon bantuan, mereka boleh memohon melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Daerah untuk menyertai program di bawah 1Azam. — Bernama

Cubaan seludup dadah tumpas
HAMZAH (dua kiri) menunjukkan ruang beg yang diubahsuai untuk digunakan menyembunyikan dadah terbabit.

KOTA KINABALU: Cubaan seorang wanita tempatan menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM500,000 gagal selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini pada 27 Mei lepas.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Hamzah Sundang berkata wanita terbabit ditahan oleh pegawai Kastam Cawangan LTAKK kira-kira jam 11.15 pagi selepas pihaknya berjaya mengesan dadah seberat 2.25 kilogram yang disorokkan di dalam beg suspek.

Jelasnya, dadah berkenaan diletakkan di bahagian sulit di dalam beg yang dipercayai diubahsuai untuk menyembunyikan dadah terbabit.

“Siasatan awal mendapati, beg berisi dadah itu dibawa daripada negara India melalui penerbangan ke Changi, Singapura sebelum dibawa ke LTAKK menggunakan penerbangan Silk Air SQ5092.

“Suspek yang berumur lingkungan 40 tahun itu berasal daripada Kuala Lumpur dan juga seorang guru di salah sebuah sekolah swasta.

“Hasil siasatan turut mendapati wanita ini telah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Nigeria dan saya percaya ini satu kaedah yang dibuat oleh pengedar dadah untuk memperdayakan wanita tempatan supaya dijadikan ‘keldai dadah’,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sejak Isnin lepas untuk siasatan lanjut.

Hamzah menjelaskan, sejak akhir-akhir ini, penyeludup dadah menggunakan teknik baharu penyeludupan dengan menjadikan lapangan terbang tempatan sebagai transit daripada LTAKK.

Tambahnya, berkemungkinan teknik terbabit bagi mengelak daripada dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL) kerana pemeriksaan ketat pihak kastam di situ buat masa ini.

Hamzah berkata, kes terbabit adalah yang ketiga dikesan kastam melibatkan dadah di Sabah tahun ini.

Sebelum ini jelasnya, satu kes dilaporkan di Sandakan dengan jumlah rampasan bernilai RM1,000,000 dan di Tawau melibatkan dadah jenis ketamin bernilai RM500,000.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana pejabat kastam berdekatan atau menerusi talian bebas tol 1-8000-88-8855,” katanya.

RM85 juta naiktaraf rangkaian Celcom
KOTA KINABALU: Dengan kepercayaan produk digital di Sabah dan Sarawak dapat dikembangkan dengan baik, Celcom Axiata Berhad akan memperuntukkan lebih RM85 juta untuk memperbaiki dan mengembangkan rangkaian mereka di Malaysia Timur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Shazalli Ramly berkata peruntukan itu merangkumi penaiktarafan rangkaian 3G dan juga LTE (Long Term Evolution).

Beliau berkata, Celcom mensasarkan untuk menambah sebanyak 134 tapak 3G yang baru menjelang akhir tahun 2013 dan 150 tapak LTE menjelang pertengahan tahun 2014.

“Terdapat tujuh lokasi pertama di Sabah yang akan mempunyai perkhidmatan LTE. Ia termasuklah di Jalan Taipakkung Donggongon; City Mall, Jalan Lintas; Suria Sabah, Jalan Haji Saman; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Jalan Kepayan; Jalan Sulaman; Jalan Bungga Anggerik; dan Universiti Malaysia Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa taklimat ringkas media mengenai ‘Pengumuman Eksklusif dan Promosi sempena Pesta Kaamatan’ di Paicific Suter Harbour, di sini kelmarin.

Menurutnya, pengembangan rangkaian itu untuk membolehkan Celcom mengekalkan prestasi sebagai pembekal perkhidmatan rangkaian yang terpantas dan terbesar di Malaysia.

Katanya, melihat kepada sumbangan Sabah dan Sarawak untuk tempoh tiga tahun yang lalu, beliau bertambah yakin untuk mengukuhkan rangkaian perkhidmatan mereka di negeri ini.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, Celcom telah melabur lebih kurang RM300 juta di Sabah dan Sarawak. Ia merangkumi pembinaan 1,000 tapak baru, penaiktarafan peralatan 2G kepada akses rangkaian radio (RAN) bagi memenuhi keperluan LTE dan memodenkan ‘CS Core’.

Shazalli berkata, Sabah dan Sarawak menyumbang sebanyak 30 peratus daripada jumlah hasil yang direkodkan pada tahun 2012.

“Daripada RM7.74 bilion hasil yang dikutip pada tahun lalu, Sabah dan Sarawak menyumbang sebanyak 30 peratus atau RM2.3 bilion,” katanya.

Melihat kepada pencapaian itu, beliau yakin dengan landskap Sabah dan Sarawak, produk perkhidmatan digital boleh dikembangkan dengan baik.

Shazalli berkata, dengan pengembangan perkhidmatan mereka, ia membolehkan pengguna Celcom di Sabah dan Sarawak menikmati perkhidmatan rangkaian yang lebih baik.

Katanya, dengan sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Celcom sedang membangunkan projek BBGP (jalur lebar untuk masyarakat umum) yang melibatkan pembinaan fiber sejauh 327km di Sabah dan 260km di Sarawak.

Pemegang IM13 perlu kelulusan imigresen sebelum keluar Sabah
KOTA KINABALU: Masih ramai dari kalangan pemegang dokumen pengenalan IM13 tidak mengetahui mereka perlu memohon kelulusan daripada Jabatan Imigresen sebelum keluar daripada negeri ini.

Pengarah Imigresen Negeri, Noor Alam Khan Wahid Khan berkata kelulusan berkenaan hanya diperolehi jika pihak berkenaan mendapat surat kebenaran daripada pihak majikan.

Menurutnya, walaupun isu ini belum mencapai tahap serius, tetapi ia perlu diambil perhatian khususnya para pekerja asing.

“Ini kerana dokumen yang mereka miliki itu hanya sah di Sabah dan jika keluar tanpa kelulusan, mereka boleh ditahan oleh pihak berkuasa di negeri lain.

“Ramai yang berdepan dengan masalah ini dan terpaksa membatalkan niat untuk bercuti atau melawat saudara di negeri lain ekoran tidak mempunyai surat kelulusan daripada pihak imigresen,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata, peraturan terbabit hanya melibatkan pemegang IM13 dan pasport sahaja dan ia tidak melibatkan pegawai dagang.

Tambahnya, permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh penerbangan.

Noor Alam berkata, jangka masa maksimum yang diberikan untuk pekerja asing keluar daripada Sabah selepas diluluskan imigresen adalah selama 30 hari.

“Kebenaran daripada majikan bagi mengelakkan pekerja mereka melarikan diri atau mencari pekerjaan lain di Semenanjung atau Sarawak.

“Kebanyakan permohonan yang kita terima adalah bertujuan melawat saudara-mara di negeri lain ataupun bercuti,” katanya.

Imigresen keluar lebih 800 Pasport Polikarbonat di Sabah
KOTA KINABALU: Dalam tempoh dua hari sejak dilancarkan Isnin lepas, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah mengeluarkan sebanyak 836 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Polikarbonat.

Pengarah Imigresen Negeri, Noor Alam Khan Wahid Khan berkata dalam tempoh pengenalan ini, pihaknya berusaha capai piagam pelanggan untuk mengeluarkan pasport dalam tempoh satu jam.

Menurutnya, sejak ia dilancarkan, kaunter permohonan pasport dibuka sehingga waktu malam bagi memberi keutamaan kepada orang awam.

“Kalau di negeri lain, mereka menghadkan pengambilan angka giliran dalam tempoh percubaan ini.

“Tetapi kita di sini cuba beri layanan setakat mana yang boleh kepada para pemohon dengan membuka kaunter sampai malam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di sini kelmarin.

Noor Alam berkata, apa yang menjadi isu utama sekarang adalah masalah gambar pemohon yang kebanyakannya tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

Katanya, masalah gambar melambatkan lagi proses pengeluaran pasport walaupun bahagian pencetakan berjalan lancar.

“Antara kriteria yang digariskan untuk pengambilan gambar pasport termasuklah latar belakang berwarna putih dan tidak boleh ada cahaya berlebihan atau pantulan cahaya pada gambar.

“Ini kerana, apabila kita menggunakan polikarbonat, ia dicetak melalui laser dan kesan cahaya yang terlalu terang menyebabkan gambar tidak dapat dicetak.

“Jika ada bayang atau garisan, ia boleh menyebabkan gambar rosak. Justeru, kami minta kepada orang awam supaya mengetahui ciri yang diperlukan sebelum mengambil gambar pasport,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai perkara ini menerusi laman web www.imi.gov.my.

Selain itu jelasnya, Jabatan Imigresen juga berhubung dengan persatuan jurufoto sekitar Kota Kinabalu supaya mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Orang awam boleh mengambil gambar sendiri, tetapi di kedai-kedai gambar yang berlesen dan maklum tentang ciri-ciri yang digariskan.

“Kami turut menerima banyak aduan pada hari pertama pelancaran kerana banyak gambar pemohon yang ditolak.

“Pihak kami bukan sengaja menolak gambar-gambar pemohon atau melambatkan proses pengeluaran. Justeru, kami mahu orang ramai faham dan menyedari perkara ini,” katanya.

Tambahnya, setakat ini proses pengeluaran Pasport Polikarbonat hanya dijalankan di Kota Kinabalu sahaja dan pelaksanaan di daerah lain akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pada itu, Noor Alam berkata pasport jenis lama masih lagi boleh digunakan jika belum tamat tempoh.

Pasport Polikarbonat yang baru diperkenalkan ini memiliki ciri keselamatan yang lebih berkualiti dan tidak mudah ditanggalkan atau dikoyakkan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Imigresen Sabah (Pengurusan), Nik Mohd Azrul Abd Ghafar.

Jangan guna khidmat ‘orang tengah’: Jainab
JAINAB (dua kanan) pada sidang media bersama Asnimar (kanan), Etong (tiga kiri) dan tetamu jemputan lain.

KOTA KINABALU: Semua permohonan bantuan kebajikan perlu dikemukakan secara terus ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) tanpa perlu menggunakan khidmat ‘orang tengah’.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata inidividu yang ingin memohon hendaklah berurusan ke pejabat kebajikan terdekat di seluruh Sabah.

Ini kerana katanya, penggunaan orang tengah akan menyebabkan permohonan mereka ditolak dan ia merugikan pihak pemohon itu sendiri.

“Kita dapati orang tengah ini selalunya mengambil kesempatan dengan menipu dan menjual borang permohonan terutamanya kepada pemohon yang datang daripada luar bandar.

“Sehubungan itu, kerjasama antara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR), dan ketua kampung perlu diperhebatkan lagi bagi menangani masalah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke pejabat JPKA di sini kelmarin.

Jainab berkata, permohonan yang lengkap akan mendapat maklum balas dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan dikemukakan.

Namun katanya, ramai yang tidak mendapat jawapan selepas tempoh itu kerana orang tengah yang diharapkan tidak menyelesaikan urusan permohonan mereka.

Katanya, pemohon hendaklah memberikan kerjasama dengan menyertakan salinan dokumen seperti kad pengenalan, surat mati atau pengesahan status daripada JKKK atau ketua kampung sebagai sokongan terhadap permohonan masing-masing.

“Sebagai contoh, isteri yang ditinggalkan suami perlu mendapatkan pengesahan status daripada JKKK atau ketua kampung bagi memyokong permohonannya.

“Jika tidak menerima jawapan dalam tempoh 21 hari bekerja, pemohon perlu membuat rujukan untuk mengetahui status permohonan atau memohon semula bantuan berkenaan,” katanya.

Jainab berkata, JPKA bertanggungjawab untuk membuat siasatan terperinci setiap permohonan bantuan yang dikemukakan.

Justeru jelasnya, pemohon perlu berterus-terang mengenai keadaan taraf hidup mereka. Ini kerana, masih ada pemohon yang enggan bekerjasama dengan menyembunyikan maklumat mereka.

Beliau berkata, tindakan pemohon menyembunyikan maklumat sebenar khususnya berkenaan sumber kewangan yang diperolehi menyebabkan permohonan ditolak.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Asnimar Sukardi dan Pengarah JPKA, Etong Terang.

Pejalan kaki maut dilanggar lori
MAYAT mangsa diangkat ke dalam van jenazah oleh ahli keluarganya dan orang awam di lokasi kejadian.

TAWAU: Seorang pejalan kaki warga asing maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat diseret kira-kira 20 meter di atas jalan raya oleh sebuah lori yang melanggarnya di Batu 8, Jalan Apas di sini kelmarin.

Saksi di lokasi kejadian mendakwa kejadian itu berlaku semasa mangsa, Yohanes Kata, 56, sedang melintas jalan sebelum dilanggar oleh lori terbabit kira-kira jam 1.45 petang.

Difahamkan, impak kemalangan itu juga turut mengakibatkan dua lagi kenderaan iaitu kereta jenis Kelisa dan kenderaan pacuan empat roda Dmax turut terbabit di dalam kemalangan ngeri berkenaan.

Mangsa dikatakan terperosok di bawah lori terbabit, sementara pemandu lori, Kelisa dan Dmax yang terlibat di dalam insiden itu pula difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Anak lelaki mangsa yang dikenali sebagai Freddy, 22, berkata sebelum kejadian itu berlaku, ayahnya keluar dari rumah kerana hendak membeli cangkul dan baja untuk bercucuk-tanam.

“Ayah saya dilanggar semasa melintas jalan dan dalam perjalanan pulang dari kedai runcit di seberang jalan,” katanya sambil menambah, ayahnya mengusahakan kebun sayur di kawasan berhampiran kejadian itu berlaku.

Utusan Borneo yang berada di lokasi kejadian mendapati orang ramai yang turut berada di lokasi terbabit membantu pihak polis mengalihkan mayat mangsa dari atas jalan raya ke tepi jalan sebelum mengangkatnya ke van jenazah.