BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Sabah

Burnout 360 tarikan sukan pelancongan November ini
KOTA KINABALU: Burnout 360 kini kembali menghangatkan sukan permotoran apabila Casero Events bakal menganjurkan Pertandingan Drift 5 hingga 6 November ini, bertempat di kawasan letak kereta Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Turut mengharapkan penyertaan daripada peserta dari luar Negeri Sabah dalam pertandingan kali ini, Pengarah Casero Events Steve Datuk Johnny Mositun berkata, selepas penganjuran acara berkenaan tahun lalu, ia telah membuktikan potensinya ke arah menjadikan Sabah sebagai pusat tarikan pelancongan baru seiring dengan acara-acara lain seperti Dragon Boat Festival, Climbathon International, Borneo International Marathon yang mana telah terbukti sebagai penarik pelancong untuk datang ke Negeri Sabah.

Katanya, ia sejajar dengan saranan kerajaan iaitu program ETP (Economic Transformation Programme) yang mana negeri Sabah akan mendapat manfaat dari segi pendapatan daripada industri pelancongan dan industri yang terlibat seperti automotif akan meningkat maju.

“Memandangkan kita telah mendapat sokongan penuh daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, penganjuran ini juga boleh memberi peluang kepada warga bandaraya untuk beramah mesra dengan Mayor Datuk Abidin Madingkir,” kata Steve ketika ditemui wartawan Utusan Borneo baru-baru ini.

Bercakap tentang sokongan, Steve turut meluahkan rasa terima kasih di atas kerjasama dan sokongan pelbagai pihak bagi menjayakan pertandingan tersebut, di mana antara yang tampil ialah Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Majlis Belia Sabah.

“Kami percaya dengan sokongan yang ada kali ini acara ini akan menjadi lebih komersial baik dari dalam mahupun luar negeri,” jelas Steve lagi sambil menambah DJ Otheo turut bertindak sebagai pengacara rasmi Burnout tahun ini.

Selain itu katanya, antara syarikat yang telah memberikan persetujuan sebagai penaja adalah 100 Plus yang diwakili oleh Pengurus Pemasaran Wilayah Valerian Hansen Petrus, di mana tajaan adalah dalam bentuk banner dan mini banner serta minuman kepada para petugas dan peserta pertandingan Drift.

“Bagi Burnout 360 pada tahun ini, seperti tahun lalu kami juga masih menaruh kepercayaan dan memberikan tanggungjawab penuh dari segi teknikal pertandingan dan keselamatan yang merupakan aspek penting dalam sukan drift kepada kelab drift pertama di Sabah iaitu D1Club atau Motorsport Kelab Kota Kinabalu.

“Kehadiran salah seorang drifter terbaik Asia dan bertaraf nombor lima dunia sebagai pengarah trek dan ketua juri pasti akan memeriahkan acara Burnout pada tahun ini,” jelas Steve sambil menambah peluang untuk menyaksikan aksi menarik Tengku D’Jan melakukan demo drift pada penampilan khas beliau.

Sementara itu, bagi peserta yang berminat menyertai, yuran sebanyak RM300 dikenakan dan hadiah wang tunai kepada pemenang lima teratas adalah RM3,000, RM2000,RM1,000, RM700 dan RM500, di samping medal penyertaan kepada semua peserta.

Bagi yang berminat untuk menyewa gerai pula, sebanyak 20 sehinggah 30 khemah bersaiz 20×20 kaki dengan kadar sewa yang berpatutan akan disediakan dan maklumat lanjut boleh menghubungu 088-213969 (Shiela) atau 0168010915 (Alfred) pada masa pejabat.

Bagi yang ingin menyertai Burnout 360 Sabah Drift Challenge sebagai drifter hubungi 012-8336562 (Nolan) selain melalui laman sesawang www.caserosabah.com/burnout360.

RCI perlu ditubuhkan tangani PTI , kata Bumburing
RASMI... Bumburing memalu gong sebanyak 13 kali sebagai simbolik perasmian mesyuarat itu.

KOTA KINABALU: Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menangani isu pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini dengan kadar segera.

Timbalan Presiden Upko Nasional, Datuk Seri Panglima Wilfred M Bumburing berkata RCI ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock dan kenapakah ia tidak boleh ditubuhkan untuk menyiasat isu PTI di Sabah.

Katanya, jika perkara ini dibiarkan sudah tentu ia akan menjadi isu utama dalam pilihanraya akan datang dan sebagai parti komponen Barisan Nasional harus berhadapan dengan isu berkenaan.

“Satu memorandum mengenai perkara ini sudah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri tidak lama dahulu dan saya akan tanya sekali lagi perkara ini pada sidang Parlimen akan datang kepada kementerian yang sama kenapa sehingga kini belum mempunyai jawapan yang sahih.

“Kalau ada jawapan yang menyatakan kementerian telah mengkaji kandungan memorandum itu saya boleh terima sebagai individu tetapi pendirian Upko tetap tidak berubah dan mahukan penubuhan RCI terhadap isu PTI ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Komulakan Upko 2011 di sini kelmarin.

Bumburing berkata, apa yang rakyat mahukan adalah menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam banyak aspek seperti ekonomi, sosial, agama dan sebagainya.

“Kita tidak menentang orang luar mencari nafkah di negeri ini secara halal dan sah, tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa semua rakyat Sabah inginkan kerajaan menangani isu PTI dengan segera.

“Kalau proses mendapatkan kad biru itu dibuat secara sah maka ia tidak mendatangkan masalah kepada kami, tetapi kalau pengeluaran kad biru ini dipertikaikan, maka kita berhak sebagai rakyat Malaysia di Sabah meminta pemerintah negara ini agar menyelesaikan masalah PTI dengan segera.

“Satu ketika dahulu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah pernah mengatakan bahawa tidak ada satu pun kad biru dikeluarkan kepada PTI, saya meminta di Parlimen kepada menteri yang bertanggungjawab untuk mengesahkan adakah perkara itu benar dan jawapan yang diberikan adalah benar.

“Menteri berkenaan juga menyatakan bahawa jika ada perkara sedemikian terjadi sila sampaikan perkara ini kepadanya dan inilah dibuat oleh Upko tetapi sehingga kini saya belum mendapat jawapan dan hanya mengatakan bahawa memorandum yang dihantar itu ‘terlalu tebal’ dan perlu masa untuk mengkajinya,” katanya.

Menurut Bumburing, sebagai seorang pemerintah yang sayang kepada kedaulatan negara ini, sememangnya mempunyai tanggungjawab bagi menyelesaikan perkara itu dengan segera untuk kesejateraan hidup rakyat.

Katanya, rakyat perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana beliau dengan berani memperkenalkan Program Tranformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan kini Program Transformasi Politik dengan memansuhkan Akta ISA.

“Ini menunjukkan beliau berani berbuat demikian walaupun terdapat juga unsur-unusr dalam pentadbiran yang tidak bersetuju dengan perkara ini tetapi beliau akur dengan kehendak rakyat untuk memansuhkan ISA.

“Dalam konteks Sabah, saya berharap beliau terus bersikap berani dengan menubuhkan satu RSCI untuk menyelesaikan isu PTI di negeri ini,” tambahnya.

Satu enakmen definisi anak negeri akan dikemukakan
CENDERA KENANGAN...Pengerusi Biro Perundangan dan Hal Ehwal Tanah Upko, Datuk Maijol Mahap (kiri) menyerahkan cendera kenangan kepada Hajiji sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung Upko, Datuk Wilfred Madius Tangau (kanan)

KOTA KINABALU: Suatu enakmen bagi takrifan ‘anak negeri’ hampir bersedia untuk dikemukakan kepada kerajaan tetapi sama ada ia akan diguna pakai adalah masih tidak jelas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor berkata kementerian itu berada peringkat akhir penyediaan rang undang-undang, yang jelas akan menentukan status anak negeri, tetapi masih terdapat beberapa isu-isu yang perlu dijelaskan sebelum ia boleh dibentangkan kepada Kabinet.

“Kami tidak mempunyai apa-apa tempoh masa yang spesifik untuk mengemukakan cadangan, tetapi saya perlu membawa perkara ini ke Kabinet dan barulah boleh membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lihat apa tindakan selanjutnya oleh kerajaan.

“Tetapi urusan itu kini hampir selesai, kecuali beberapa penyesuaian kecil yang mungkin diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Tanah dan Undang-undang Anak Negeri di sini, pada petang Khamis lalu.

Status Anak Negeri telah menjadi topik perbincangan yang berteruskan dalam kalangan rakyat Sabah kerana ia masalah yang wujud adalah berkaitan dengan kesukaran untuk memohon tanah dan mewarisi tanah-tanah adat.

Tafsiran Ordinan (Takrif Anak Negeri) Bab 64 yang digubal pada tahun 1952 menyediakan empat definisi ‘Anak Negeri’, tetapi definisi ini hanya mentakrifkan syarat-syarat yang melayakan seseorang warga Sabah sebagai anak negeri.

Pada tahun 2003, Jawatankuasa Kajian Etnik Sabah yang terdiri daripada beberapa pertubuhan, termasuk Jabatan Muzium, Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Mahkamah Anak Negeri telah ditubuhkan untuk membangunkan draf definisi yang lebih jelas dan lebih spesifik.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kerumitan dan sensitiviti dalam Hak Adat di Sabah, takrifan sebenar masih kekal sukar difahami.

“Kami mengambil masa yang begitu lama kerana ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Kita tidak boleh tergesa-gesa membuat keputusan, kerana jika keputusan yang dibuat itu, maka kita akan dimaki hamun oleh anak-anak dan cucu kita. Ini adalah sebab mengapa kita mengambil masa lama, sehingga benar-benar memuaskan hati barulah ia akan dibuat.

“Terdapat banyak perkara yang perlu diteliti, contohnya jika Bumiputera berkahwin dengan bukan Bumiputera, apa yang akan terjadi kepada status anak-anak mereka. Hak-hak harta ibu bapa perlu pergi kepada anak-anak tetapi status anak negeri dan hak-hak khas yang timbul adalah amat sensitif serta rumit. Oleh itu, kita perlu melihat semua isu yang terlibat,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Sulaman itu berkata kefahaman yang jelas pada takrif anak negeri adalah mustahak kerana ia boleh menjejaskan hak-hak istimewa orang-orang ‘anak negeri’, terutamanya orang-orang yang tertakluk di bawah Ordinan Tanah Bab 64 .

Mengenai isu berkaitan, beliau berkata terdapat kes-kes yang mana anak negeri menyalahgunakan hak yang diberikan kepada mereka dengan menjual tanah-tanah adat kepada pihak lain.

Dalam sesetengah kes, katanya, pemohon tanah menjual tanah itu walaupun sebelum mereka mendapat geran atau hak milik tanah daripada Jabatan Tanah dan Ukur.

“Ada kes-kes di mana orang menjual resit dan mereka telah memberikan kepada pihak lain yang bukan asli.

“Kami memahami bahawa kebanyakan masyarakat bumiputra tempatan berhadapan dengan masalah ekonomi dan memerlukan penyelesaian kewangan yang cepat, resit ini sebenarnya boleh dijual kepada sesiapa sahaja walaupun yang sebenarnya ia tidak boleh dijual,” katanya sambil menambah bahawa langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu itu.

Beliau berkata, untuk memperbaiki lagi pentadbiran tanah di Sabah, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Sistem Maklumat Tanah Negeri Sabah (SALIS),  yang mana Bank Tanah adat akan ditubuhkan untuk membolehkan tanah-tanah adat yang dibangunkan melalui agensi-agensi kerajaan.

“Ini masih dalam kajian, Ia adalah perlu supaya pemiliknya tidak menjual tanah kepada pihak-pihak yang tidak diketahui, masyarakat tempatan boleh menjual tanah mereka kepada agensi-agensi dan memastikan mereka kekal selamat,” tambahnya.

Jepun mahu belajar dari Malaysia
BAHAN LAMA...Pegawai pelajaran dari Jepun yang menyertai rombongan JICA meneliti bahan-bahan yang digunakan dalam sistem pendidikan di Maktab Sabah yang digunakan ketika awal penubuhan sekolah terbabit.

KOTA KINABALU: Sistem pendidikan Malaysia yang memberi penekanan kepada aspek pendidikan alam sekitar dan pembangunan mampan memberi inspirasi kepada Jepun untuk menjalin kerjasama dengan negara ini.

Pengarah Bersama dan Perunding Guru, Lembaga Pendidikan Daerah Yamanashi, Koji Inoue berkata, pengubahsuaian mungkin perlu dilakuksan pada sistem pendidikan Jepun dengan memberi penekanan kepada dua isu terbabit yang disifatkan amat penting.

“Jepun memerlukan perspektif baru terhadap perkara ini dan melihat keperluan menitikberatkan isu alam sekitar dan pembangunan mampan dalam pendidikan Jepun.

“Sebagai negara yang mengalami perkembangan perindustrian yang pesat, penting bagi Jepun untuk memberi lebih perhatian kepada dua subjek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di lawatan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) ke Maktab Sabah, di sini, kelmarin.

“Lawatan ini, adalah sebahagian usaha untuk mengetahuai tentang pendidikan alam sekitar dan pembangunan mapan di Malaysia memandangkan kami juga akan melawat sekolah di Semenanjung,” katanya yang berharap dapat mengumpul maklumat penting untuk peringkat seterusnya.

Maklumat terbabit, katanya, akan digunakan untuk membina jalinan kerjasama dengan Malaysia pada masa depan.

Kata Inoue, mereka juga akan bertemu dengan sukarelawan JICA di negeri ini untuk mengetahui perkembagan semasa usaha-usaha yang dilaksanakan.

“Kami akan ke Keningau untuk meninjau perkembangan kerja-kerja sukarelawan di sana dan kejayaannya setakat ini,” katanya yang menambah, ini merupakan lawatan rasmi pertama mereka ke negeri ini.

Kelmarin, seramai 14 pegawai, penyelidik, perunding guru, penyelia dan penasihat dari kementerian, institut, pusat dan lembaga pendidikan Jepun berkunjung ke Maktab Sabah sebagai salah satu destinasi untuk mengenali sistem pendidikan di negara ini.

Selain tarian tradisional, rombongan dari Jepun turut didedahkan dengan sejarah dan perkembangan Maktab Sabah yang ditubuhkan pada 1957 dan merupakan antara sekolah tertua.

Selain aspek alam sekitar, lawatan ini bermatlamat mengenali kekayaan budaya dan keunikan masyarakat Sabah.

Rombongan akan berada di negeri ini selama tiga hari sebelum meneruskan lawatan mereka ke Semenanjung.

Kumpit seludup keluar minyak
RAMPAS…….. ASP Gan Ping Sin bersama beberapa pegawai memeriksa beberapa tong minyak di atas kumpit berkenaan

70,000 LITER MINYAK RON95 DIRAMPAS, JURAGAN DAN SEMBILAN ANAK KAPAL DITAHAN

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sandakan berjaya merampas 350 tong berisi 70 ribu liter minyak petrol RON 95 dari dalam sebuah kumpit yang dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata sebuah kumpit M/L Satelite dari Filipina yang telah berurusniaga di Pelabuhan Barter Trade Sandakan telah ditahan oleh PGM Sandakan.

“Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan, ASP Gan Ping Sin, bersama anggotanya yang menerima maklumat telah menahan kumpit terbabit kira-kira jam 1.15 pagi pada Khamis,” katanya pada sidang media di Markas Operasi PGM Sandakan, petang kelmarin.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati juragan kumpit berumur 45 tahun telah mengemukakan dokumen-dokumen pelepasan pelabuhan yang mencurigakan.

“Pihak kita percaya kumpit berkenaan cuba mengeksport barang kawalan iaitu minyak petrol RON 95 sebanyak 350 tong berisi 70 ribu liter,” katanya.

Menurut borang Kastam 2, kata Rowell, juragan terbabit hanya mengemukakan empat keping “Delivery Note” yang berjumlah 60 ribu liter ke atas Primax 97.

“Jugaran itu juga hanya mengemukakan ‘baucer pemunggahan berjumlah 20 ribu liter bertarikh 26 Ogos 2011 yang mencurigakan memandangkan kumpit itu hanya masuk ke Sandakan pada 9 September 2011,” katanya.

Tambahnya, juragan itu juga telah mengistiharkan dalam borang miliknya bahawa minyak yang dirampas itu dibeli dengan harga RM3 seliter yang mana kesemuanya berjumlah RM210 ribu.

Beliau berkata, pihak PGM juga mensyaki RON 95 telah diubahsuai dengan menggunakan bahan pewarna untuk menyerupai minyak RON 97 berwarna merah.

“Minyak berkenaan akan dihantar kepada Jabatan Kimia untuk pengesahan,“ katanya sambil memberitahu kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 Seksyen 3 (1).

Rowell berkata, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tetapi jika kesalahan itu dilakukan oleh pertubuhan atau perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250 ribu,“ katanya.

Beliau berkata, juragan bersama sembilan anak kapal dan kumpit serta barang rampasan telah ditahan di Markas Operasi PGM Sandakan.

“Kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rowell meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis marin bagi sebarang kegiatan jenayah di laut terutamanya aktiviti penyeludupan ke talian 089-221423 atau 089-221424.

Penunggang maut, motosikal putus dua
ROSAK TERUK...Motosikal yang ditunggangi mangsa terputus dua akibat kemalangan itu.

KOTA MARUDU:  Seorang lelaki tempatan maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan Pitas-Kanibongan dekat sini malam Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Suzry Suhaimi, 20, berasal dari Pitas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala.

Difahamkan kejadian berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser yang datang dari arah bertentangan.

Akibat perlanggaran itu, motosikal jenis Honda Ex 5 yang ditunggangi mangsa terhumban ke atas sebuah lagi motosikal jenis Modenas yang berada di belakangnya.

Motosikal yang ditunggangi mangsa turut terputus dua akibat pelanggaran itu manakala motosikal Modenas berkenaan terbabas di tengah jalan dan kereta pacuan empat roda terbabit pula terbabas lalu termasuk ke dalam parit di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

“Dipercayai sebelum kejadian, kereta pacuan empat roda berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Kanibongan menuju ke Pitas manakala kedua-dua motosikal yang terlibat berada di arah bertentangan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala manakala pemandu kereta, penunggang dan pembonceng motosikal yang satu lagi (Modenas) hanya mengalami cedera ringan,” katanya menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Cebu Pacific tingkat jumlah penerbangan
KENANGAN...Zainal Adlin (empat dari kanan) dan Michelle (lima dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan STB kelmarin.

KOTA KINABALU:  Syarikat penerbangan nasional terbesar Filipina, Cebu Pacific Air akan meningkatkan jumlah penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Manila kepada 14 perjalanan pada tahun depan.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Michelle Eve De Guzman berkata peningkatan itu amat signifikan dalam memberi kemudahan kepada pelanggan syarikat itu sekali gus meningkatkan prestasi syarikat.

“Perjalanan antara Manila dan Kuala Lumpur pada masa ini dengan kadar 10 kali seminggu akan ditingkatkan kepada 14 kali seminggu bermula 8 Januari tahun depan.

“Bagaimanapun, kita belum membuat keputusan meningkatkan jumlah penerbangan antara Kota Kinabalu dan Manila yang mempunyai tiga penerbangan seminggu pada masa ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan tengahari media bersama Cebu Pacific Air dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi STB, Datuk Seri Tengku Zainal Adlin.

Menurut Michelle, pertumbuhan pelanggan antara Manila dan Kuala Lumpur pada suku pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 31 peratus kepada 76,000 orang berbanding 58,000 orang yang direkodkan tahun lalu.

Selain itu, katanya, penerbangan antara Manila dan Kota Kinabalu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada 16,200 pelanggan berbanding 12,800 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam usaha menambah baik perkhimatan Cebu Pacific Air, pihaknya telah menempah 30 buah pesawat Air Bus A321 neo dan tujuh buah pesawat Airbus A320.

Katanya, tempahan bernilai RM11.9 bilion itu dijangka akan diserahkan antara 2015 dan 2021.

“Pesawat A321 neo ini merupakan yang pertama seumpamanya beroperasi di Filipina dan ia akan mengurangkan kos setiap tempat duduk kami ke satu peringkat yang tidak boleh dicapai menggunakan A320.

“Ini bermakna Cebu Pacific akan mampu menawarkan tambang yang lebih rendah kepada tetamu kami dan menjadi lebih kompetitif berbanding mereka yang menggunakan pesawat yang kurang efisien,” ujarnya.

PROGRAM 5M PERKESO SEDIA JALIN KERJASAMA DENGAN HQE
TAWAU: Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) sedang mengadakan perbincangan bersama pihak Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mengadakan Kajian Pilot-Test berkaitan pelaksanaan Program 5M di negeri ini.

Difahamkan, Program 5M yang hendak dilaksanakan itu adalah berteraskan kepada konsep mengesan kes dengan cepat, memulihkan, memaksimumkan, mengurangkan hilang upaya kekal, dan mempercepatkan proses kembali bekerja.

Menurut Pengurus Kes Perkeso Sabah, Mustafah Omar, sekiranya perkara itu dapat direalisasikan kelak, Kota Kinabalu akan menjadi lokasi pertama program yang berkonsepkan pekerja hilang upaya kembali bekerja dilaksanakan di negeri ini.

“Kalau tidak ada halangan, kita akan laksanakan program ini seawal bulan November,” katanya sambil menambah buat masa ini Perkeso Sabah sedang giat memberikan pemahaman kepada para majikan berhubung hal terbabit.

Mustafah yang ditemui pemberita di sini berkata, banyak perkara yang perlu diambilkira sebelum pelaksanaan Program 5M terbabit, sehubungan itu pihaknya merancang untuk mengambil beberapa sampel kes terlebih dahulu.

Beliau menjelaskan kajian itu diambil sebagai sebahagian cara untuk mengenalpasti terlebih dahulu masalah-masalah yang berkemungkinan timbul sekiranya program itu hendak diimplementasikan di negeri ini kelak.

“Berdasarkan kes-kes (kemalangan pekerja) yang diambil sebelum ini, ramai pekerja yang didapati telah berehat selama lima tahun selepas terlibat dalam kemalangan,” katanya sambil menambah wujud beberapa kekangan di dalam pelaksanaan program berkenaan.

Mengulas lanjut, Mustafah mengakui yang cabaran paling getir terhadap pelaksanaan sistem itu adalah terhadap mentaliti para majikan di negeri ini yang enggan mengambil semula pekerja mereka yang terbabit di dalam kemalangan untuk bekerja.

Tambahnya, dalam Program 5M itu pula, penglibatan majikan semasa proses pemulihan seseorang pekerja akan dimaksimumkan bagi mewujudkan rasa tanggungjawab sosial majikan terhadap kebajikan pekerja mereka.

“Di Malaysia kita belum ada undang-undang yang boleh menyokong pelaksanaan program sebegini. Berbeza dengan negara-negara maju seperti Jerman, Kanada dan Amerika Syarikat. Di sana mereka ada undang-undang khas supaya majikan mengambil semula pekerja mereka.

“Setakat ini, kita cuma ada pendekatan atas dasar timbang rasa di antara majikan dan pekerja. Bagaimanapun, kerajaan Malaysia menggalakkan majikan agar mengambil pekerja mereka yang hilang upaya supaya bekerja semula dengan mereka.

“Contohnya, sekiranya ada majikan yang melakukan apa saja perubahan untuk membolehkan pekerja mereka kembali bekerja, majikan boleh membuat tuntutan dua kali pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

ALASAN ‘MAJIKAN TIDAK TAHU’ SATU PEMBOHONGAN
Majikan: SERAH BANTUAN… Mariam menyerahkan cek kepada Arfai sambil disaksikan oleh kakitangan Perkeso Tawau termasuk Mustafah, Juani dan Tina.

TAWAU: Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) Sabah, Mariam Hassan menyifatkan majikan yang mengemukakan alasan ‘tidak tahu’ sebagai satu pembohongan yang menyedihkan.

Menurutnya, alasan sedemikian tidak seharusnya timbul memandangkan Perkeso telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu di negeri ini, lebih-lebih lagi pihak majikan seharusnya sedar akan kewajipan mereka menjaga kebajikan setiap pekerjanya.

“Majikan kena datang secara sukarela (mendaftarkan pekerja). Kadang-kadang kita akan ketawa bila majikan kata ‘saya tidak tahu’. Berapa lama sudah Perkeso di Malaysia? Di Sabah saja sudah lebih 40 tahun.

“Saya rasa ini satu pembohongan yang menyedihkan. Pihak majikan mahu poket mereka berisi tetapi dalam masa yang sama kebajikan pekerja tidak dipedulikan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Mariam menambah, kebajikan pekerja-pekerja perlu dilindungi dengan cara mendaftarkan pekerja untuk caruman dan prosedur ini bukannya untuk menyusahkan majikan ataupun pekerja, sebaliknya proses itu adalah demi manfaat bersama.

Tambahnya, pihak majikan pula tidak seharusnya menyalahkan Perkeso jika dikenakan tindakan undang-undang kerana jabatannya sekadar menjalankan tugas untuk mengesan majikan-majikan yang masih berdegil untuk mendaftarkan pekerja-pekerja mereka.

“Kalau tidak faham, kita ada pejabat sementara di Kunak, Semporna, Sipitang, Kota Marudu, Beaufort, Kota Belud, Ranau dan Kudat serta pejabat tetap di Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kota Kinabalu, Keningau dan Labuan,” katanya.

Beliau berkata, Perkeso Sabah juga sentiasa berusaha untuk mewar-warkan pelbagai maklumat dan perkembangan baru kepada pihak majikan dan pekerja sama ada menerusi siaran media, kursus-kursus ceramah dan sebagainya.

Mengulas lanjut, beliau berharap kesedaran di kalangan masyarakat di negeri ini khususnya di kalangan pihak majikan dan pekerja dapat dipertingkatkan lagi demi memastikan hak-hak kebajikan pekerja sentiasa dijaga.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Perkeso Sabah menyerahkan cek kepada dua penerima faedah Hilang Upaya Kekal iaitu Arfai Jeddi, 40, dan Mazlan Usman, 26, yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja.

Hadir sama Pengurus Kes Perkeso Sabah, Mustafah Omar, Pemangku Pengurus Perkeso Tawau (Ketua Unit Faedah), Juani Bakidi dan Penolong Pengurus Perkeso Tawau (Ketua Unit Penguatkuasaan), Tina Hazeline Boilis.

Sumbangan kepada Tabung Rayuan Persatuan Bekas Tentera Malaysia
Umum dinasihatkan elak tertipu

KOTA KINABALU: Masyarakat umum di negeri ini dinasihatkan supaya berhati-hati agar tidak tertipu dengan taktik sesetengah pihak meraih sumbangan kepada Tabung Rayuan Persatuan Bekas Tentera Malaysia.

Ketua Penerangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Adrin Dollah berkata pada tahun 2009, insiden seperti itu pernah berlaku di sekitar negeri Sabah.

“Kita berharap supaya umum meneliti terlebih dahulu sebelum melakukan sumbangan kepada tabung kami. Ini kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab berlakon sebagai wakil kami dengan niat untuk memperdayakan mangsa,” katanya yang ditemui di ibu negeri baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa tabung itu sememangnya wujud dan memerlukan bantuan dari orang ramai namun wakil yang sah mempunyai kad kebenaran dan surat daripada pihak polis untuk mengutip derma.

Pengutip derma yang sah juga mempunyai kad tentera yang ditandatangani oleh pihak pengarah Jabatan Hal Ehwal Tentera.

“Modus operandi si penipu ini sangat mudah, mereka menggunakan borang palsu dan meyakinkan orang ramai mereka akan menyalurkan bantuan terus kepada tabung PBTM dan memberi mereka resit palsu,” katanya.

Kutipan derma akan berakhir pada 15 Oktober tahun ini.

Pekerja tempatan ditahan curi besi
LABUAN: Seorang lelaki tempatan ditahan reman kerana disyaki mencuri satu lot rantai besi di Syarikat Franklin Yard, Asian Supply Base (ASB) Pulau Eno, kawasan Perindustrian Rancha-Rancha, baru-baru ini.

Ketua Polis Labuan, Superitendan Saiman Kasran dalam satu kenyataan berkata pengadu Reno James Abie, 25, yang bekerja di Syarikat Franklin Yard 45 ASB mengenai kehilangan satu lot rantai yang disimpan di tempat terbuka syarikat.

Katanya, pada jam 10.30 pagi, berdasarkan catatan keluar masuk, pengadu dengan Polis Bantuan ASB mendapati sebuah lori seberat tiga tan membawa keluar satu lot Wood Disposal Scrap di pondok pengawal ASB.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di salah sebuah kilang penjualan besi buruk di Kampung Sungai Keling mendapati barang yang hilang itu dijumpai di tempat berkenaan.

“Polis berjaya menangkap suspek pada jam 5 petang dan merampas semula besi terbabit,“ katanya sambil menambah besi seberat 4,000 kilogram itu dianggarkan bernilai RM500,000.

Saiman berkata, suspek seorang pekerja di syarikat itu berusia 38 tahun direman sehingga hari ini (Khamis) mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Curi) yang boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan syarikat pembeli besi buruk supaya tidak membeli barangan yang dijual oleh pelanggan terutama barang yang mencurigakan.

”Pembeli besi buruk juga boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana memiliki barangan curi,” katanya.

Lelaki mengamuk rempuh pusat karaoke dan kereta polis
KOTA MARUDU:  Gara-gara berang kerana ‘musuh’ dicari gagal ditemui, seorang lelaki bukan sahaja bertindak merempuh pintu sebuah pusat sebuah karaoke, malah melanggar kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kejadian amuk di Tandek, dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, suspek berusia 37 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk menaiki kenderaannya lalu merempuh pintu pusat karaoke berkenaan.

Difahamkan, selepas merempuh premis berkenaan, suspek kemudian mengeluarkan sebilah parang menyebabkan pemiliknya bimbang berlaku sebarang kejadian tidak diingini lalu melaporkan perkara itu kepada polis.

Sepasukan polis yang tiba beberapa minit kemudian cuba menenangkan suspek, namun gagal. Malah, suspek cuba bertindak lebih agresif selain cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, tindakannya itu gagal apabila kereta dipandu merempuh kenderaan polis yang berada di belakang kereta suspek.

Suspek berjaya diberkas sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof, berkata siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan salah seorang pengunjung premis berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Suspek kembali semula mencari pelanggan berkenaan setiap hari, bagaimanapun gagal menemui lelaki terbabit.

“Berang dengan perkara itu, suspek merempuh premis berkenaan dan terus mengamuk termasuk melanggar kenderaan milik polis sebelum berjaya ditahan,” katanya.

Mohd Isa berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Selain itu suspek juga disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Bapa terima 19 jahitan dibelasah anak tiri
PENAMPANG: Seorang bapa yang cuba meleraikan pergaduhan dua anak tirinya, terpaksa menerima 19 jahitan di dahi apabila dibelasah salah seorang anaknya menggunakan batang besi dalam kejadian di Kampung Petagas, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 53 tahun parah di muka dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari akibat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh berkata sebaik menerima laporan itu, pihak polis bergegas ke rumah mangsa namun gagal menemui suspek yang dipercayai sudah melarikan diri.

“Polis masih menjalankan siasatan termasuk mengesan lokasi suspek yang tidak pulang ke rumah selepas kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau berkata, siasatan lanjut polis mendapati kejadian berpunca daripada anak tirinya yang sering mabuk apabila pulang ke rumah.

“Adik tiri yang bosan kemudian menegur suspek menyebabkan lelaki terbabit berang. Mereka akhirnya bertumbuk sesama sendiri sebelum mangsa campur tangan cuba meleraikan pergaduhan itu.

“Bagaimanapun, suspek yang tidak berpuas hati mengejar dan memukul ayahnya mengunakan batang besi hingga terpaksa menerima 19 jahitan,” katanya.

Ratan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta memaklumkan kepada polis untuk membantu siasatan,” tambahnya.

Agihan kerusi secara adil
SALAM AIDILFITRI...Musa bersalaman dengan sebahagian kakitangan JKM yang menghadiri majlis berkenaan.

Jaminan Musa kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman memberi jaminan akan mengagihkan kerusi secara adil dan saksama untuk semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata yang penting setiap parti dan calon yang bertanding boleh membawa kejayaan dan kemenangan mutlak seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu calon pasti menang.

Katanya, semua parti mempunyai tanggungjawab dan cita-cita masing-masing untuk bertanding seberapa banyak yang boleh.

“Namun kita dalam Barisan Nasional (BN) sentiasa akan berbincang perkara yang terbaik untuk semua pihak, yang penting apabila keputusan sudah dicapai, kita akan kemukakannya kepada Perdana Menteri untuk perbincangan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Ketua Menteri di sini kelmarin.

Perbincangan lanjut akan diadakan mengenai pengagihan kerusi, katanya, apabila ditanya sama ada parti Gerakan mempunyai peluang bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 berikutan kemasukan beberapa ahli politik berpengalaman yang turut memegang jawatan penting dalam Kabinet Negeri ketika ini.

Musa yang juga Pengerusi BN Negeri berkata bukan senang untuk menjadi seorang calon pasti menang kerana peranan yang dimainkan oleh calon itu haruslah bekerja keras dan berkomitmen tinggi terhadap rakyat serta kerajaan.

Selain itu, calon itu juga perlu banyak bekerja supaya rakyat nampak kerajaan sentiasa kominted terhadap tanggungjawab yang diberikan.

Musa menyeru supaya seseorang calon itu tidak berwatakan hanya banyak bercakap dan kurang bekerja agar rakyat boleh menilai wakil itu sama ada dia baik dijadikan wakil rakyat atau tidak.

Beliau turut menasihatkan semua rakan dalam komponen BN termasuk Umno supaya sentiasa bekerja keras dan menyiapkan program atau projek yang sudah dirancangkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ia penting bagi mencapai sasaran yang dikehendaki kerajaan serta dapat memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

Pegawai kanan MDLD maut dipukul 14 lelaki
Polis Sedang melakukan tugas siasatan di tempat kejadian dan juga tembok tepi jalan telah dilanggar oleh Nissan Vanette.

LAHAD DATU: Seorang pegawai kanan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) di sini maut dipukul sekumpulan 14 lelaki selepas dikatakan menegur mereka melanggar papan tanda dan tembok tepi jalan, dalam kejadian yang berlaku di depan sebuah bank di bandar ini, pada awal pagi kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Lahad Datu, ASP Bong Khuet Kuin berkata mangsa dikenali sebagai Ali Jamal, 47, disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu (HLD) kira-kira jam 6.30 pagi akibat kecederaan parah selepas dipukul dan ditikam di bahagian perut dipercayai menggunakan pisau.

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa telah diserang oleh kumpulan lelaki terbabit yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur mereka melanggar papan tanda dan tembok di tepi jalan di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal kita mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan mangsa menegur kumpulan lelaki terbabit sebelum dia diserang yang kemudian membawa kepada kematian mangsa,” katanya di sini kelmarin.

Bong memberitahu sebaik selepas kejadian itu kumpulan lelaki itu telah bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah Nissan Vanette berwarna biru.

“Belum ada tangkapan dibuat setakat ini, dan pihak polis kini juga sedang giat menjalankan siasatan termasuk melancarkan gerakan bagi mengesan kumpulan suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” tambahnya.

KUOTA 2,200 PENGAJAR KAFA BELUM DIISI SEPENUHNYA
ERAT SILATURRAHIM… Zaki menyertai para tenaga pengajar Kafa di daerah ini dalam sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Guru-Guru Kafa Peringkat Tawau.

TAWAU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sabah mengesahkan sehingga kini bilangan kuota seramai 2,200 tenaga pengajar Unit Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) di negeri ini yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat belum dapat diisi sepenuhnya.

Pengarahnya, Ahmad Zaki Arsad berkata Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan sebanyak hampir RM20 juta setiap tahun kepada Jakim Sabah melibatkan bayaran elaun sebanyak RM800 sebulan untuk setiap 2,200 tenaga pengajar di negeri ini.

“Namun demikian tidak semua kuota itu dapat dipenuhi kerana setiap bulan, ada saja guru-guru yang berhenti dan mendapat jawatan tetap di tempat lain,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Guru-Guru Kafa Peringkat Tawau.

Bagaimanapun, Zaki menyeru kepada pimpinan masyarakat di kampung-kampung yang belum ada memiliki kelas-kelas Kafa supaya menubuhkan persatuan ataupun penaja dalam kampung terbabit untuk membuat permohonan kepada pihak Jakim untuk menganjurkan kelas berkenaan.

Beliau menjelaskan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau Persatuan Penduduk ataupun Jawatankuasa Masjid supaya membuat permohonan terbabit demi membantu dan menggalakkan lagi pengembangan pendidikan Islam di Sabah.

“Kita juga berharap untuk tahun-tahun hadapan, kita dapat memperkemaskan lagi pengurusan Kafa ini melalui penubuhan dan penempatan-penempatan khas penyelia di peringkat daerah seperti di Tawau ini yang telahpun diadakan semenjak tiga bulan yang lalu.

“Tawau adalah yang pertama di negeri Sabah yang memiliki pejabat penyeliaannya sendiri. Mungkin selepas ini kita akan wujudkan di Beaufort dan kemudian diikuti oleh Sandakan seterusnya di tempat-tempat yang sesuai,” katanya.

Menurutnya, langkah itu diambil untuk memantapkan lagi pengurusan Kafa di Sabah memandangkan rata-rata pejabat Kafa di seluruh negeri ini sekadar menumpang di masjid-masjid, premis kedai dan dalam kereta.

Mengulas lanjut, Zaki menjelaskan bahawa pihak Jakim Sabah sentiasa menumpukan kepada usaha untuk mewujudkan dan memperkemaskan dakwah Islamiah menerusi pusat-pusat latihan termasuk memperkemaskan perjalanan kelas-kelas saudara baru.

“Jakim Sabah sentiasa membantu agensi-agensi negeri seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Majlis Ugama Islam Sabah, Agensi Zakat, Baitul-Mal dan Jabatan Mufti dalam menjalankan aktiviti dakwah Islamiah,” ujarnya.

Miskin bukan lagi alasan tidak ke sekolah
DIHARGAI…Jamawi ketika menyampaikan cenderakenangan kepada Fadzilah Kamsah selepas program itu.

TENOM: Tiada lagi alasan bagi golongan miskin di negara ini untuk ketinggalan dalam pendidikan setelah kerajaan memberi penekanan yang serius dalam bidang ini.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata dengan pelbagai insentif termasuk menghapuskan yuran sekolah, pemansuhan yuran peperiksaan dan perluasan skim pinjaman buku teks untuk semua pelajar, golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak lagi boleh memberi alasan untuk mengabaikan pelajaran anak-anak mereka.

Sebaliknya, penekanan ketara dalam bidang pendidikan menjadi aspirasi kepada semua rakyat mendapat ilmu pengetahuan yang mencukupi bagi menjamin pembangunan negara dan kesejahteraan hidup.

“Kita tidak mahu kemiskinan menjadi halangan dan alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya ketika berucap menutup program Motivasi Perdana anjuran Pergerakan Pemuda Umno Tenom dengan Kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini baru baru ini.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom berkata, tugas mendidik pelajar bukan lagi merupakan tugas eksklusif pihak sekolah tetapi tanggungjawab bersama semua pihak.

Katanya, para guru ibubapa, anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan semua pihak perlu bersama menggalas tanggungjawab dalam memastikan peningkatan tahap kecermalangan pendidikan negara.

“Kita perlu memastikan pelajar kita dapat dibimbing, dididik dan diberikan suntikan semangat serta motivasi agar menjadi manusia berguna yang dapat meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Menurutnya, transformasi yang dilakukan oleh kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi memerlukan sokongan semua pihak dan pendidikan merupakan antara eleman yang turut membantu menjayakan proses tranformasi berkenaan.

“Pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjana kemajuan pendidikan di negara ini terutamanya bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi awam atau swasta.

“Mereka yang layak akan diberikan biasiswa atau pinjaman melalui pelbagai agensi kerajaan seperti Mara dan Jabatan Perkhidmatan Awam Yayasan Sabah. Perkara yang penting ialah pelajar perlu bersedia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang mereka hadapi,” kata Jamawi.

Sementara itu, pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang menjadi penceramah pada program itu turut memukau lebih 1,300 pelajar, guru-guru dan ibubapa di majlis itu.

Majoriti mereka yang ditemui memuji usaha Pergerakan Pemuda Umno Tenom kerana membawa program itu ke kawasan pedalaman bagi memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting hujung tahun ini dan berharap ianya akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dadah, senjata dan peralatan pecah rumah dirampas
PERALATAN BERBAHAYA...Hamza (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan yang dirampas dalam serbuan Isnin lepas.

KOTA KINABALU:  Polis baru-baru ini menemui sejumlah senjata berbahaya termasuk senjata palsu yang dipercayai digunakan untuk merompak dalam satu serbuan di sebuah bilik tidak bernombor di Jalan Damai dekat sini Isnin lepas.

Antara senjata yang ditemui ialah sebutir bom dan dinamit buatan sendiri, selaras senapang menyerupai AK47, sepucuk pistol angin tiruan, satu magazin peluru AK47, kanister dan satu bungkusan plastik mengandungi bebola kecil dipercayai digunakan sebagai peluru.

Selain itu, beberapa peralatan pecah rumah seperti  kuku kambing, pengumpil besi, parang, pisau rambo, pisau berbentuk sabit, pemutar skru dan pemotong besi yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini turut ditemui di bilik yang sama.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, senjata-senjata terbabit juga ditemui bersama beberapa jenis dadah termasuk pil eramin 5 dan masing-masing satu paket dipercayai mengandungi ganja dan syabu selain peralatan termasuk alat penimbang digital, pembalut aluminium dan pemetik api yang dianggarkan bernilai RM1,150.

“Seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun dan seorang wanita tanpa dokumen pengenalan diri berumur 22 tahun yang berada di bilik terbabit ketika serbuan ditahan dan kini disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1992 kerana memiliki dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini kelmarin.

Menurutnya, susulan penahanan itu, polis menahan dua lagi lelaki tempatan berumur 33 tahun dipercayai pembekal senjata api tiruan dan turut disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960.

“Berdasarkan maklumat orang ramai, polis Kota Kinabalu melakukan serbuan di bilik terbabit pada jam 10.30 pagi, 12 September lalu. Pada mulanya, serbuan adalah untuk mengesan aktiviti pengedaran dadah tetapi siasatan lanjut membawa kepada penemuan senjata api palsu dan peralatan pecah rumah.

“Semakan polis mendapati lelaki berumur 32 tahun itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah. Dua lelaki yang disyaki pengedar senjata tiruan itu pula ditahan di sekitar bandaraya pada 14 dan 15 September,” katanya.

Hasil pemeriksaan terhadap senapang menyerupai AK47 dan pistol angin tiruan itu, katanya, mendapati kedua-duanya berupaya membunuh jika ditembakkan dari jarak dekat walaupun menggunakan peluru palsu.

Kerajaan perlu pertimbang mansuh Ordinan Kecemasan juga
PENYERTAAN BARU... Pang (tengah) bersama Gordon (lima dari kiri) dan Lim Si Pin (enam kiri) memegang bungkusan berupa pendaftaran 200 ahli baru parti itu di sini kelmarin.

KOTA KINABALU: Pemuda Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) menggesa agar Kerajaan Persekutuan turut memansuhkan Ordinan Kecemasan (EO) sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilupuskan seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri dua hari lepas.

Ketua Pemuda Nasional parti itu, Lim Si Pin berkata EO juga perlu dipertimbangkan untuk dimansuh bagi mengubah penggubalan polisi undang-undang berkaitan keselamatan yang serius.

Menurutnya, pembatalan EO akan membawa manfaat di samping menambah keyakinan rakyat terhadap ketelusan kerajaan untuk menambahbaik sistem keadilan dalam keselamatan negara.

“Kita mencadangkan agar kerajaan turut memansuhkan EO bagi penguatkuasaan undang-undang di negara ini bagi mempertingkat sistem keselamatan sedia ada.

“Ini kerana dengan penggunaan ISA dan EO adalah perlu berhati-hati digunakan dan berharap agar kerajaan mempertimbangkan permansuhan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Persidangan Perwakilan Pemuda Gerakan (PGRM) Sabah ke-13 di ibu pejabat parti itu di Jalan Penampang dekat sini kelmarin.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang En Yin, Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Gordon Leong Vui Cheung dan Ketua Pemuda PGRM Sabah, Chang Shui Kiong.

Majlis itu turut menyaksikan lebih 200 penyertaan ahli PGRM baru dengan Pang buat kali pertama menghadiri persidangan berkenaan setelah keluar dari Parti Liberal Demokratik (LDP) tahun ini.

Terdahulu, dalam perutusan khas Hari Malaysia malam Khamis lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan kerajaan memansuhkan ISA dan menggubal dua undang-undang baru yang sesuai bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup dan negara.

Katanya, kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain.

Dalam pada itu, Chang ketika berucap pada persidang berkenaan meminta isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dapat diselesaikan secara menyeluruh dan menunaikan janji jaminan Borneolisasi seperti mana diwar-warkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

“Isu GSTT Sabah nampaknya terus berlarutan sehingga kini. Ia bukanlah isu yang kompleks dan melibatkan kira-kira 578 orang keseluruhannya dan wajar tidak dirumitkan lagi.

“Mengapa peluang keutamaan dipanggil balik berkhidmat hanya diberikan kepada GSTT berpengalaman yang telah mengajar dua tahun atau lebih serta berumur kurang daripada 35 tahun?

“Ini adalah satu polisi ‘double standard’ yang tidak munasabah dan penyelesaian berkenaan hanya akan mengundang tafsiran negatif Barisan Nasional sebagai kerajaan yang tidak berlaku adil kepada anak tempatan,” katanya.

Sehubungan itu, Chang berkata perkara itu haruslah diambil serius oleh kerajaan pusat kerana telah memberi jaminan bahawa isu itu akan diselesaikan segera.

Jangan salah guna kebebasan
KOTA KINABALU: Jangan salah guna kebebasan, demikian nasihat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman kepada rakyat Malaysia sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan.

Kata beliau, walaupun pemansuhan itu adalah khabar yang ditunggu-ditunggu rakyat, langkah murni kerajaan itu tidak seharusnya disalah guna terutamanya oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.

“Ini adalah lambang demokrasi yang diamalkan kerajaan dan sebagai bukti kerajaan telus dan ikhlas. Jadi jangan disalahguna kebebasan yang diberikan.

“Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa berusaha memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Musa berkata, janji Najib untuk mengkaji semula beberapa undang-undang lain menunjukkan bahawa kerajaan berani membuat perubahan untuk kepentingan rakyat dan pastinya akan diterima baik oleh rakyat.

“Secara jelas, kerajaan peka terhadap keperluan semasa tetapi pada masa yang sama tetap komited untuk memastikan keselamatan dan kenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Kerajaan mempunyai rasa tanggungjawab dan keazaman politik yang kuat untuk menjayakan transformasi politik, ekonomi dan pentadbiran dengan matlamat akhirnya adalah untuk kesejateraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

Diminta mengulas dakwaan bahawa tindakan ini adalah kerana kerajaan tunduk kepada pembangkang, Musa berkata pembangkang tidak akan pernah senang hati dengan apa yang dilaksana kerajaan.

“Pembangkang akan sentiasa cari bahan, tetapi kita tidak perlu tergugat dengan apa yang mereka cakap. Paling penting, kita perlu sedar kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib sentiasa peka dengan keadaan dan keperluan semasa,” katanya.