BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Tempatan

PRS sekadar ‘sedikit’ kecewa
TETAP TEGUH: Masing (duduk dua kiri) pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PRS di Kuching, semalam.

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan mengambil tindakan yang boleh menjejaskan parti dan Barisan Nasional (BN) hanya disebabkan kecewa dengan barisan kabinet persekutuan yang baharu dibentuk.

Presidennya, Tan Sri James Masing berkata, tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk bertindak keluar dari BN, meskipun seolah-olah diketepikan dalam jawa­tan tertinggi kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas.

“Saya dan parti secara keseluruhannya tidak pernah terfikir untuk keluar dari BN hanya kerana perkara ini… kerana kami adalah BN yang sebenarnya. Kami hanya tidak gembira dengan pelantikan tersebut.

“Ia tidak bermaksud hanya kerana jawatan yang diberi­kan sedikit mengecewakan, maka kami akan menentang BN. Persoalannya, kami tidak gembira dengan pelantikan tersebut, itu sahaja,” kata Masing.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PRS di ibu pejabatnya di Jalan Pending di sini, semalam.

Turut hadir pada mesyuarat dan sidang media itu ialah Setiausaha Agung PRS Datuk Wilfred Nissom, Timbalan Presiden Datuk Joseph Entulu Belaun serta ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.

Masing berkata, kepent­ingan utama parti bukanlah pada jawatan yang diberikan, tetapi jawatan yang bersesua­ian dengan parti serta kawasan yang diwakili oleh PRS yang dapat membantu rakyat luar bandar.

“Saya telah cuba memujuk Datuk Joseph Salang untuk menerima jawatan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang diberikan kepadanya, tetapi beliau tetap enggan.

“Saya memberitahu beliau supaya bersabar dahulu, kami akan berbincang dengan Per­dana Menteri dan lihat sama ada beliau boleh diletakkan dalam portfolio yang bersesua­ian yang boleh membantu rakyat diwakili,” jelasnya.

Masing turut memberitahu beliau telah menulis surat ke­pada Perdana Menteri untuk pertemuan dan perbincangan bagi mendapatkan pertim­bangan beliau berhubung jawatan dalam barisan kabinet persekutuan serta pengganti Salang.

“Kami cuma membuat temu janji bagi mendapatkan nasihat Perdana Menteri mengenai perkara ini. Kami menghargai keputusan tera­khir beliau mengenai siapa yang akan beliau pilih sebagai menterinya, itu kami faham.

“Tetapi kami cuma mahu mendapatkan pertimbangan beliau untuk melihat se­mula pelantikan ini meman­dangkan PRS telah memberi sumbangan yang besar ke­pada kemenangan BN. Enam kerusi itu cukup banyak dan kawasannya hampir separuh daripada Semenanjung Ma­laysia,” katanya.

Antara portfolio yang dili­hat agak bersesuaian dengan PRS ialah Kementerian Per­tanian dan Industri Asas Tani atau portfolio lain yang men­jurus kepada pembangunan luar bandar, katanya.

Gandingan lama, baru dalam kabinet persekutuan perkukuh kepimpinan
SAYANG IBU: Nancy memeluk ibunya, Bibi MacPherson, 83, setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Gandingan muka lama dan baharu dalam kabi­net persekutuan adalah bagi kekukuhan kepimpinan dan pelaksanaan manifesto Barisan Nasional (BN) agar lebih telus.Ahli Parlimen Batang Sa­dong yang baharu dilantik sebagai Menteri di Jaba­tan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, pelantikannya adalah berdasarkan maklum balas dan hasil pemerhatian yang dijalankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

“Saya selalu turun padang untuk bersama dengan pen­duduk dan memahami serta mendengar keperluan mereka di kawasan Parlimen saya.

“Justeru, saya akan menerus proses penambahbaikan serta cuba memenuhi keperluan rakyat menurut manifesto BN yang telah dijanjikan.

“Lagipun, perkara ini bukan asing di negara luar, mungkin ia masih baharu di sini dan terlalu awal untuk kita perso­alkan,” ujarnya ketika tiba di Lapangan Terbang Antara­bangsa Kuching (LTAK) petang semalam.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang yang memper­tikaikan kedudukannya se­lepas dilantik menjadi menteri penuh dalam kabinet baharu persekutuan yang diumumkan Najib pada Rabu lalu.

Namun demikian, katanya, beliau belum dapat menya­takan portfolionya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setakat semalam kerana belum dimaklumkan mengenai perkara itu.

Sementara itu, Nancy me­luahkan rasa syukur atas pelantikan beliau dan berjanji untuk menambah prasarana pembangunan dan kelengka­pan kemudahan negara teru­tama di kawasan luar bandar Sarawak.

“Tidak ada sesiapa pun yang tahu melainkan mereka adalah orang yang bertugas di sana, mereka yang turun padang atau tinggal di kawasan pedalaman dan melihat sendiri kekurangan kemudahan dan pembangunan yang masih ban­yak diperlukan,” katanya.

Nancy turut menyatakan harapan agar peruntukan yang lebih diberikan kepada Ahli Parlimen selain kuasa ‘Touch Point’ bagi mempercepatkan proses pelaksanaan projek di kawasan luar bandar kepada Perdana Menteri.

Katanya, usaha itu telah disuarakan kepada Perdana Menteri pada mesyuarat perta­ma kabinet baharu kelmarin.

Turut hadir menyambut ketibaan Nancy di LTAK petang semalam ialah ibunya, Bibi MacPherson, 83, suami, keluarga, saudara-mara dan penyokong.

Riot tumpu isu pelaksanaan gaji minimum
MENTERI KAMI: Masyarakat Bidayuh dari Parlimen Serian menyambut ketibaan Riot di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.

KUCHING: Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem yang akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai menteri kabinet Isnin ini akan memberi tumpuan kepada isu pelaksanaan gaji minimum.Beliau memberitahu, isu itu diambil perhatian kerana mahu ia diselesaikan sebelum Januari tahun depan.

“Isu lama yang perlu per­hatian adalah pelaksanaan gaji minimum kerana ia adalah satu isu yang perlu diselesaikan se­belum Januari tahun hadapan dan saya akan meneliti perkara ini sebaik sahaja masuk ke pejabat baharu pada Isnin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik VIP selepas tiba di Lapangan Ter­bang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Pada masa sama, Riot mem­beritahu beliau turut mem­punyai pelan jangka pendek 50 hari, 100 hari dan 150 hari untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan ke­menterian itu.

Malah, beliau menjelaskan kakitangannya dari kemente­riannya sebelum ini akan diserap ke kementerian baha­runya bagi membantu beliau di situ kelak.

Ketika diminta mengulas mengenai isu pekerja asing, Riot menjelaskan perkara itu akan dilihat sebaik sahaja beliau masuk ke pejabat ba­harunya itu.

“Saya belum lagi masuk ke pejabat baharu dan saya akan terbang balik ke Kuala Lumpur Isnin ini untuk meng­galas tugas sebagai menteri penuh, baharulah saya boleh menjawab pertanyaan itu,” katanya.

Beliau yang mencipta seja­rah sebagai bangsa Bidayuh pertama dilantik menteri penuh dalam kabinet Ma­laysia berkata: “Saya tidak akan menghampakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggalas tugas sebagai menteri penuh dengan sebaik-baiknya.”

Pada masa yang sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib atas keper­cayaan melantik beliau sebagai menteri penuh.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PM kerana keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap saya untuk membarisi jentera kabinet dan juga terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana tanpa sokongan beliau, saya tidak fikir saya berada di kedudukan ini,” tambah­nya.

Malah, Riot turut me­luahkan rasa teruja apa­bila ketibaannya di LTAK semalam disambut meriah oleh kira-kira 200 penduduk dari Serian termasuk tiga cahaya matanya.

Sementara itu, ketika di­minta mengulas mengenai ada pihak mempersoalkan pelan­tikan beliau sebagai menteri penuh meskipun Parti Rak­yat Bersatu Sarawak (SUPP) hanya menang satu kerusi daripada yang ditandingi pada PRU13, Riot bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

“Saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana pelantikan ini atas budi bicara PM dan kepercayaan beliau terhadap seseorang untuk menggalas tugas yang telah diberikan,” ujarnya.

Cinta ditolak, lelaki Nigeria mengamuk
KUCHING: Marah cinta ditolak, seorang lelaki warganegara Nigeria mengamuk sehingga mencederakan seorang wanita dan dua lelaki di sebuah universiti swasta di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku setelah cintanya ditolak oleh seorang wanita berbangsa Cina yang juga merupakan pensyarah di universiti tersebut sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan diri dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6 petang.

Menurut sumber, suspek dikatakan telah berkali-kali cuba memikat wanita tersebut yang berusia 34 tahun, namun tidak berjaya.

Perkara tersebut telah menyebabkan suspek marah dan bertindak menikam wanita tersebut dengan kunci, namun dihalang oleh dua lelaki yang juga rakan kepada mangsa.

Bagaimanapun, dua lelaki tersebut turut dibelasah oleh suspek sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa anggota badan.

Wanita tersebut kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, namun tetap dikejar olah suspek sehingga dihalang oleh seorang lagi lelaki yang juga pensyarah di universiti tersebut.

Suspek kemudian berjaya dipujuk dan diarahkan beredar dari tempat kejadian.

Risau akan terjadi perkara yang tidak diingini, mangsa segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) ekoran kecederaan yang dialaminya.

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.

S’wak guna banci, verifikasi e-Kasih
PENAMBAHBAIKAN: Fatimah ketika mempengerusikan Mesyuarat Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan Negeri, semalam. Turut kelihatan Rodziah (kiri). — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sarawak menggunakan pendekatan membuat bancian dan verifikasi permohonan pendaftaran e-Kasih untuk mendapatkan data yang lebih berintegriti bagi memastikan mereka yang benar-benar layak didaftarkan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, bancian dan verifikasi itu akan dijalankan dengan menempatkan dua kakitangan di semua Pejabat Daerah di negeri ini, yang akan turun padang bagi mengesahkan sama ada pemohon adalah dikategorikan miskin atau layak didaftarkan.

“Ia adalah atas permintaan Pejabat Daerah, di mana pihak mereka akan menempatkan dua orang yang bertugas membanci dan verifikasi (pengesahan) dengan turun padang untuk memastikan sama ada pemohon benar-benar layak atau sebaliknya.

“Setelah verifikasi dilaksanakan dan pemohon didapati layak, maka nama mereka dimasukkan ke dalam data yang kemudian akan dikategorikan sama ada sebagai miskin tegar, miskin atau mudah miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan Negeri yang dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Rodziah Morshidi di sini, semalam.

Menurut Fatimah, penambahbaikan berkenaan telah mula dilaksanakan di semua Pejabat Daerah di negeri ini sejak Januari lepas dan mereka bertugas sebagai kakitangan kontrak. Tambahnya, penambahbaikan itu amat penting kerana semua bantuan yang diberikan di bawah program pembasmian kemiskinan kini bergantung kepada data yang lebih berintegriti selain menyesuaikan bantuan yang sewajarnya kepada pemohon.

“Dengan data tersebut, mereka yang dipilih akan diberikan bantuan sama ada melalui program untuk meningkatkan pendapatan seperti AZAM Tani, AZAM Khidmat, AZAM Niaga, AZAM Kerja dan sebagainya,” jelasnya.

Fatimah memberitahu sehingga semalam, 89,920 Ketua Isi Rumah (KIR) telah berdaftar dalam e-Kasih di Sarawak dengan 22,557 dikategorikan sebagai Miskin Tegar, 27,341 Miskin dan 15,093 dikategorikan Mudah Miskin sementara 24,853 terkeluar.

Bagaimanapun, katanya, kategori yang terkeluar berkenaan adalah mereka yang telah berkahwin, didapati meninggal dunia, mendapat sara hidup atau telah mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Mobile Team, katanya, kementerian komited untuk meneruskan program yang disifatkan holistik dan bersepadu dilaksanakan di Sarawak itu berdasarkan geografi dan topografi yang sangat luas.

“Kita berasakan pendekatan ini amat sesuai dilaksanakan di Sarawak dengan keluasan yang ada pada negeri ini untuk kita mencapai rakyat di luar bandar atau pedalaman yang memerlukan bantuan,” katanya.

Antara ciri-ciri kawasan tumpuan atau ‘hot spot’ program adalah yang sukar dicapai termasuk pengangkutan yang hanya boleh dicapai melalui sungai atau sebagainya selain tidak mempunyai kemudahan asas seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Program Mobile Team dilaksanakan di lima kawasan bermula Mac 2013 hingga April 2013 iaitu di Kawasan Beliong di Daerah Asajaya, Ulu Lemanak (Lubok Antu), Ulu Mujok (Julau), Ulu Sangan (Tatau) dan Tusok (Daro).

Dua wanita jadi menteri penuh pengiktirafan besar, kata Fatimah
KUCHING: Pelantikan dua wakil rakyat wanita dari Sarawak sebagai menteri penuh dalam barisan kabinet persekutuan baharu disifatkan sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada keupayaan wanita sebagai pemimpin.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia menandakan bahawa Perdana Menteri tetap konsisten dan sensitif dari segi aspek gender.

“Beliau mengambil kira penglibatan wanita termasuk dua wakil dari Sarawak sebagai pemimpin.

“Sementara itu, bagi pelantikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, ia merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi kementerian kita sebagai rakan (kementerian),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam barisan kabinet baharu itu, selain Rohani, Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mereka berdua antara tujuh daripada wakil rakyat Sarawak yang dilantik sebagai menteri penuh.

Malah, kata Fatimah, pelantikan wakil wanita dari Sarawak sebagai menteri penuh sememangnya satu pengiktirafan apabila ia merupakan pertama kali wanita dari negeri ini memegang profolio menteri penuh di kabinet persekutuan.

“Bagaimanpun, kita percaya ia satu cabaran besar kepada mereka khasnya pembangunan wanita kerana mereka juga perlu melihat keperluan wanita bukan sahaja untuk Sarawak tetapi seluruh Malaysia.

“Kita berharap pelantikan ini mampu menjadi contoh kepimpinan kepada generasi atau pelapis kita di masa akan datang,” katanya.

Persepsi rakyat masa kini, katanya, adalah mereka menganggap kepimpinan Sarawak adalah sangat adil, efisien dan kompeten.

PIBG SMK St Patrick Mukah adakan sambutan Hari Guru
MUKAH: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) St Patrick, di sini mengadakan majlis makan tengah hari sempena Hari Guru yang disambut di seluruh negara semalam.

Sambutan Hari Guru SMK St Patrick diraikan oleh para pelajar bersama guru-guru mereka serta kakitangan sekolah menghadiri makan tengah hari bersama ahli-ahli PIBG.

Selain itu, acara sukan merupakan aktiviti sampingan memeriahkan hari guru itu.

Turut serta Pengetua SMK St Patrick, Anthony Poon Teck Huat, para penaja Penghulu Ting, Dr Nicholas Yii, Sebastian Kong dan Henry Lee.

Panasonic rai 15 wakil pengedar produk pendingin hawa di Kuching
TERIMA KASIH: Jeff (kanan) menyampaikan pemberian istimewa angpau kepada wakil pengedar sambil disaksikan Teo.

KUCHING: Panasonic meraikan 15 wakil pengedar produk pendingin hawa di bandar raya ini dengan menganjurkan majlis makan malam di sebuah restoran terkemuka di sini, kelmarin.

Pengerusi penganjur Teo Kock Ho berkata, majlis itu dianjurkan bagi menghargai wakil pengedar barangan pendingin hawa jenama Panasonic di negeri ini.

“Kita mempunyai 35 wakil pengedar di seluruh Sarawak dan malam ini (kelmarin) kita meraikan 15 orang daripadanya bagi Bahagian Kuching sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka yang telah banyak membantu Panasonic melebarkan sayap di negeri ini,” katanya.

Teo yang juga Pengurus Jualan Bahagian Pendingin Hawa Sarawak Panasonic berkata, pada majlis itu Panasonic turut memberi tanda penghargaan kepada para wakil jualannya.

“Setiap daripada mereka kita berikan angpau sebagai tanda penghargaan daripada Panasonic,” kata Teo lagi.

Selain itu, beliau memberitahu penganjuran majlis itu juga dapat merapatkan hubungan antara pihak urusan Panasonic dan wakil pengedarnya di negeri ini.

“Kita juga berpeluang berkongsi pandangan serta mengetahui perkembangan terkini dan sambutan produk kita iaitu pendingin hawa di negeri ini,” tambahnya.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Penasihat Eksekutif Panasonic Malaysia Sdn Bhd Jeff WL Lee, Pengurus Cawangan Bahagian Kuching Yeo Chen Khee, pengedar Panasonic Vincent Ong dan wakil-wakil pengedar Panasonic lain.

Perkhidmatan awam diurus baik
KUCHING: Bilangan penjawat awam di Sarawak yang terlibat dengan isu berkaitan rasuah amat minimum kerana perkhidmatan awam negeri ini diuruskan dengan baik.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, setakat ini tiada masalah besar melibatkan rasuah berlaku di kalangan penjawat awam.

Menurutnya, perkhidmatan awam di Sarawak sangat baik memandangkan pelbagai program memerangi rasuah dijalankan agensi kerajaan.

“Secara kasarnya isu rasuah di Sarawak amat minimum kerana perkhidmatan awam diuruskan dengan baik.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian penjawat awam di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Integriti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semalam.

Untuk mengekalkan pencapaian terbaik itu, beliau berkata, lebih banyak program memerangi rasuah patut dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan membolehkan penjawat awam sedar risiko mengambil rasuah.

“Saya rasa program seperti ini (memerangi rasuah) amat bagus dan perlu sentiasa diadakan dalam perkhidmatan,” ujarnya.

Pada masa sama, Morshidi menasihati penjawat amat di negeri ini supaya meningkatkan sistem pencapaian dan mengurangkan karenah birokrasi.

“Kalau dahulu, kita mengambil masa 30 hari untuk memproses tetapi sekarang cuba lakukan dalam 20 hari atau 15 hari.

“Ini adalah perjalanan yang perlu kita laksanakan untuk meningkatkan proses penyampaian dan mengurangkan kerenah birokrasi,” jelasnya.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata, Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak melancarkan Pelan Tindakan State Civil Service (SCS) bagi mempergiatkan proses transformasi dalam perkhidmatan awam.

Pelan tersebut memberi fokus kepada penukaran budaya pengurusan, pengurusan sumber manusia, keperluan pengurusan pelanggan, inovasi dan kreativiti, e-Government, kecemerlangan projek dan program penyampaian serta transformasi pengurusan kewangan.

“Semua ini adalah untuk meningkatkan integriti dan mewujudkan sistem tadbir urus terbaik,” kata Morshidi.

Hadir sama Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan.

Kelemahan sistem punca ada pegawai awam terlibat rasuah
KUCHING: Kelemahan sistem dan prosedur perkhidmatan awam menyebabkan ada di kalangan pegawainya mengambil kesempatan memanipulasi keadaan termasuk terlibat dengan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan berkata, sekiranya berleluasa keadaan itu akan mewujudkan birokrasi dan membuka ruang untuk penyelewengan.

Justeru, menurutnya, peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan perlu dilakukan bagi mengelak gejala rasuah daripada berkembang.

“Semua jabatan dan agensi perlu mengemas kini sistem tadbir urus dan sistem dalaman bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Hari Integriti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sutinah berkata, SPRM mempunyai program jabatan angkat untuk membantu dan memastikan sistem serta prosedur kerja diperkukuhkan sekali gus kalis rasuah.

“Sekiranya setiap kakitangan dapat meneruskan azam dan integriti tinggi, maka sesebuah organisasi akan lebih berjaya,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, DBKU menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negeri ini menandatangani ikrar integriti koporat.

“Ia (ikrar) umpama aku janji dan menjadi cabaran kepada kakitangan DBKU untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan,” jelasnya.

Sehubungan itu, menurutnya, DBKU membentuk Pelan Integriti Organisasi (PIO) bagi membentuk hala tuju dan pelan tindakan organisasi berasaskan integriti.

“Melalui PIO, kita akan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam yang mudah terdedah kepada unsur rasuah serta salah guna kuasa,” kata Wahap.

IIC anjur program perkongsian ilmu hari ini
KUCHING: Pusat Penerangan Islam (IIC) akan menganjurkan program perkongsian ilmu bertajuk ‘Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran’ pada Sabtu ini.

Pengkongsian ilmu itu dijalankan di bawah program IIC yang baharu dikenali IIC Weekend Series.

ICC Weekend Series merupakan program yang akan menyentuh topik mengenai peristiwa penting dalam Islam, penemuan hasil penyelidikan berkaitan Islam serta perkongsian pengalaman.

Perkongsian ilmu ini akan bermula jam 8.30 pagi dan akan disampaikan oleh Profesor Madya Dr Mohd Arip Kasmo, pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada siri kali ini, penceramah akan menerangkan tentang kepentingan berfikir (generasi ulul albab), membaca, memahami dan mengkaji al-Quran.

Selain itu siri kali ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mengamalkan ayat-ayat al-Quran, pengukuhan iman dan kepentingan ilmu sains menerusi al-Quran.

Selain program IIC Weekend Series, pihak IIC akan mengadakan beberapa program sampingan melibatkan penceramah tersebut bermula di Kolej Teknologi Sarawak pada 17 Mei 2013 pada jam 2.30 petang, di Musolla IIC pada 17 Mei 2013 jam 6.30 petang dan di MRSM Kuching pada 18 Mei 2013, jam 2.30 petang.

Program-program yang diadakan selaras dengan usaha IIC mempromosi dan menyampaikan maklumat Islam serta memacukan pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan penduduk berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Program ini dibuka kepada umum dan untuk keterangan lanjut sila hubungi Muhamad Zakaria Ashmat atau Ahmad Shah di IIC menerusi talian 082-420798/082-420628 atau faksimili 082-414809.

Bekerjasama, berpandangan jauh, ingin maju ciri penting mantapkan organisasi
SRI AMAN: Sikap bekerjasama, berpandangan jauh dan ingin maju adalah ciri-ciri penting untuk memantapkan lagi sesebuah organisasi kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya sekiranya sesebuah organisasi tersebut tidak mempunyai ciri-ciri terbabit, ia secara tidak langsung dapat mencerminkan sesebuah organisasi berkenaan tidak bekerjasama, berpandangan jauh dan tidak dapat maju lebih jauh.

“Oleh yang demikian, saya mahu organisasi di negeri ini agar menepis sikap sedemikian dan untuk maju sesebuah organisasi perlu mempunyai sikap bekerjasama dan berpandangan jauh,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Karaoke dan Majlis Makan Malam anjuran Kelab Hok Lin Sri Aman di sebuah restoran terkemuka di sini malam kelmarin.

Katanya sikap bekerjasama, berpandangan jauh dan ingin maju bukanlah satu-satunya  penentu untuk meletakkan sesebuah organisasi tersebut di tempat teratas di kalangan organisasi lain malah organisasi tersebut harus sentiasa menerima teguran dan pandangan orang lain dengan hati terbuka.

“Ini bermakna mereka yang menjadi ahli kepada sesebuah organisasi tersebut perlu menerima setiap teguran mahupun nasihat dengan hati terbuka kerana segala teguran mampu meningkatkan kemajuan organisasi kita.

“Ada sebahagian anggota masyarakat tidak dapat menerima teguran atau pandangan orang lain sehingga mengakibatkan perpecahan dalam organisasi terbabit,” jelasnya.

Justeru, perkara paling penting yang perlu wujud dalam sesebuah organisasi terbabit ialah sikap bekerjasama, saling faham memahami dan sentiasa menerima teguran dengan hati yang terbuka adalah pendorong utama kepada kemajuan dan kemantapan sesebuah organisasi,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan Temenggung Sii Toh Peng serta ahli-ahli kelab yang lain.

Kempen Kitar Semula E-Waste hari ini
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Komputer Sarawak (CSSA) Miri mengajak orang awam menyokong Kempen Kitar Semula E-Waste pada Sabtu ini bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang di tempat letak kereta Tamu Muhibbah.

Aktiviti ini antara program dalam Ekspo Hijau yang diadakan sempena sambutan Hari Bandar Raya Miri.

Orang awam boleh menghantar barang elektronik yang telah rosak semasa aktiviti ini.

Antaranya komputer, aksesori komputer, barangan elektrik lama seperti televisyen, set hifi, peti ais, mesin basuh dan barangan elektrik lain.

Dalam pada itu, penganjur menawarkan khidmat mengutip e-waste yang melebihi 300 kilogram dari pejabat.

Untuk setiap sekilogram, penduduk akan menerima sekeping kupon letak kereta berharga RM0.42 daripada penganjur.

Sebanyak 15,000 keping kupon ditawarkan semasa aktiviti ini.

Penganjur melantik syarikat kitar semula E-Concern M Sdn Bhd untuk kempen ini.

Hasil daripada kempen ini akan disumbangkan kepada Pertubuhan Pesakit Kanser Kanak-kanak Sarawak (SCCS).

RM238,000 peruntukan diguna MDS laksanakan tiga projek
SARIKEI: Sejumlah RM238,000 peruntukan telah digunakan oleh Majlis Daerah Sarikei (MDS) untuk melaksanakan tiga projek yang menjurus kepada penambahbaikan infrastruktur masyarakat di sini, sejak sebulan lepas.

Pengerusi MDS Chan Pan Chan berkata, ia merangkumi pelaksanaan projek menaik taraf kemudahan lampu isyarat yang terletak di tengah pusat bandar Sarikei, tempat letak kereta di kawasan Central Market Baharu Sarikei dan pelindung cuaca aluminium di bahagian hadapan dan belakang pasar berkenaan.

“Bagi kemudahan lampu isyarat, disebabkan lampu isyarat yang lama sudah usang dan kerap rosak, kami terpaksa melakukan pemasangan sistem baharu di lampu isyarat terbabit dan ia telah menelan peruntukan RM116,000 .

“Untuk menaik taraf tempat letak kereta di kawasan Central Market Baharu Sarikei, jumlah perbelanjaan yang digunakan adalah berjumlah RM84,000 dan kemudahan ini apabila siap nanti akan menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang mempunyai kapasiti sekitar 30 kereta.

“Bagi pelindung cuaca aluminium di bahagian hadapan dan belakang Central Market Baharu Sarikei pula, ia telah menelan belanja RM38,000,” tegas Chan kepada pemberita, sewaktu melawati tapak pembinaan tempat letak kereta di kawasan Central Market Baharu Sarikei, kelmarin.

Tambahnya, semula kemudahan terbabit adalah untuk keselesaan dan salah satu langkah pihak berkuasa tempatan memperbaiki kemudahan yang ada di bandar ini.

“Bagi pelindung cuaca aluminium di bahagian hadapan dan belakang Central Market Baharu Sarikei, projek tersebut telah siap sepenuhnya manakala untuk pembinaan tempat letak kereta dan lampu isyarat ia sedang giat dijalankan sekarang.

“Kami berharap bagi pengguna dan masyarakat yang berkemungkinan berhadapan dengan masalah kesulitan semasa kerja pembinaan tersebut, kami berharap kerjasama dan sikap timbang rasa daripada semua pihak dapat diberikan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Tambah Chan, sempena sambutan Hari Gawai yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pihak MDS telah memberi kebenaran kepada para peniaga di bandar ini untuk meletakan barangan jualan mereka di kawasan kaki lima kedai mereka dengan syarat ia tidak mengganggu pergerakan lalu-lalang.

“Jika sebelum ini kami telah tetapkan syarat bahawa para peniaga hanya dibenarkan meletakkan barangan perniagaan mereka dalam lingkungan dua kaki sahaja dari  pintu hadapan premis perniagaan mereka, tetapi menjelang musim perayaan ini, kami akan berikan kelonggaran.

“Peluang ini akan kami berikan kepada para peniaga di kawasan ini bermula dari tarikh 17 Mei (Jumaat) hingga 31 Mei (Jumaat) sahaja,” tegas Chan.

Turut menemani Chan dalam lawatan kerja tersebut ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Chang Kheng Hock dan Juruteknik (Bahagian Kerja Awam) Jasmi Husni.

Bangunan Pusat Internet 1Malaysia sedang dibina di Kampung Judan
MUKAH: Sebuah bangunan untuk mengakses Internet iaitu Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang diusahakan kerajaan untuk kegunaan masyarakat kini sedang dibina di Kampung Judan, di sini.

Ketua Kampung Judan Murad@Morrison Ibrahim, 63, berkata pusat Internet tersebut akan memberi kemudahan kepada masyarakat di kawasan berkenaan dan memberi banyak manfaat terutama kepada anak-anak muda.

“Apabila pihak atasan memberitahu untuk mewujudkan sebuah bangunan untuk mengakses Internet maka kami penduduk di  sini sangat bersetuju.

“Melalui kemudahan seumpama itu, penduduk di sini tidak perlu pergi ke bandar Mukah untuk mengakses Internet.

“Selain itu, bagi yang belum mengetahui penggunaan Internet mereka dapat belajar dalam kalangan mereka sendiri,” katanya ketika ditemui.

Murad memberitahu, anak-anak muda di kawasan mereka sangat mengharapkan Internet tersebut.

Penduduk Judan, Karnisa Manja 26 memberitahu bahawa dia sangat teruja apabila mendengar khabar di kampung itu akan diwujudkan pusat Internet.

“Saya rasa amat bersyukur dan beterima kasih kepada kerajaan kerana telah mewujudkan pusat Internet tersebut.

“Jika ada kemudahan seperti itu, maka  anak-anak muda berasa lebih seronok atas pemberian kerajaan.

“Selain itu, anak-anak juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan mengakses Internet dan mampu mengelak mereka daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Sementara itu, Zanariah Abdullah, 39, melahirkan rasa gembira dan memberitahu bahawa kemudahan seumpama itu banyak memberi manfaat kepada anak-anak muda.

“Anak-anak muda terutama yang masih bersekolah dapat mengumpul maklumat yang diperlukan dalam pelajaran mereka di pusat Internet itu nanti.

“Sekarang ini, anak-anak muda sangat memerlukan kemudahan seperti ini kerana sekarang ini zaman banyak berubah dan kewujudan pusat Internet tersebut sejajar dengan perkembangan dunia yang semakin maju,” katanya.

Jadikan KIK aktiviti utama tahunan
KUCHING: Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Key Focus Activity (KFA) Jabatan Pertanian Sarawak dicadang menjadi aktiviti tahunan utama dalam kalendar aktiviti jabatan tersebut.

Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Jangu berkata, ia bagi melahirkan lebih banyak KIK pada konvensyen yang serupa tahun depan.

Berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK dan KFA 2013 Jabatan Pertanian di sini malam kelmarin, beliau berkata konvensyen terakhir yang dianjurkan Jabatan Pertanian adalah pada tahun 1998 di Institut Pertanian Semenggok.

“Usaha ini nampak se-olah-olah telah lama dilupai, namun inisiatif menghidupkan semula Konvensyen KIK harus diteruskan setiap tahun.

“Ini merupakan pentas atau platform yang terbaik bagi mengiktiraf projek-projek inivasi yang diusahakan oleh kumpulan-kumpulan KIK,” katanya.

Menurut Ngenang, konvensyen berkenaan merupakan peringkat awal bagi mengiktiraf ciptaan-ciptaan inovasi oleh kumpulan KIK sebelum dipertandingkan di peringkat Zon dan seterusnya di peringkat negeri.

Beliau berkata, untuk menjadikan Jabatan Pertanian sebagai salah sebuah agensi yang mendukung usaha transformasi Perkhidmatan Awam Negeri, jabatan harus melihat semua aspek tujuh Bidang Utama Pelan Tindakan SCS 10-20 sebagai agenda yang mesti dicapai dan dilaksanakan.

Tujuh bidang terbabit ialah Perubahan Budaya Peng-urusan, Pengurusan Bakat Sumber Manusia, Keperluan Pengurusan Pelanggan, Kreativiti dan Inovasi, e-Kerajaan, Program Kecemerlangan Penyampaian dan Projek serta Transformasi Pengurusan Kewangan, ujarnya.

“Untuk mencapai agenda tersebut, setiap penjawat awam khasnya warga Jabatan Pertanian mesti membudayakan lima ‘Shared Core Values’ yang terkandung dalam Pelan Tindakan SCS 10-20.

“Ini penting kerana penjawat awam merupakan tonggak yang akan merealisasikan pelan tindakan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Lai Kui Fong dalam ucapannya berkata, pada konvensyen itu ia bukan sahaja mempertandingkan inovasi dari KIK tetapi juga memberi peluang kepada kumpulan KFA membentang penemuan dan pengalaman mereka.

“Anugerah yang disampaikan pada malam ini (kelmarin) merupakan usaha kesinambungan jabatan yang diadakan semula dan ia adalah sebagai penyuntik semangat kepada semua peserta KIK.

“Mereka telah mengete-ngahkan inovasi yang berimpak tinggi serta mampu menjana perubahan yang signifikan dalam penyam-paian perkhidmatan kerajaan amnya dan jabatan khususnya,” kata beliau.

Pada konvensyen itu, sebanyak tujuh KIK yang terlibat dalam pertandingan dengan menyaksikan KIK Agrosoils sebagai johan diikuti KIK Toli di tempat kedua dan KIK Agrowarrior, ketiga.

JGDBS berusaha pastikan Majlis Makan Malam Gawai bermula awal, selesai awal
SIBU: Jawatankuasa Gawai Dayak Bahagian Sibu (JGDBS) 2013 berusaha memastikan Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu pada 26 Mei ini bermula awal serta selesai awal mengikut jadual sepatutnya.

Pengerusinya, Ir Alice Jawan berkata tahun-tahun sebelum ini majlis seumpama ini sering bermula lewat dan selesai agak lewat malam iaitu sehingga mencecah jam 1 pagi atau jam 2 pagi.

Katanya, ini adalah dise-babkan bermula agak lewat iaitu sekitar jam 8 malam meskipun para hadirin tiba pada majlis itu sekitar jam 6 petang atau jam 7 malam.

“JGDBS akan memastikan majlis kali ini akan berjalan dengan baik dan lancar serta tidak terlalu banyak aktiviti sampingan diselitkan yang boleh dianggap membuang masa.

“Ini kerana, jika kita (peng-anjur) gagal mematuhi masa yang ditetapkan oleh pihak hotel, kita akan dikenakan bayaran sejumlah RM1,000,” katanya.

Justeru, kita harus mematuhi masa bagi mengelakkan bayaran tersebut kerana majlis yang diadakan adalah di hotel serta disewa dan bukannya di rumah panjang yang boleh sesuka hati kita menetapkan masa majlis.

“Selain itu, majlis yang sering lewat selesai dan bermula agak lewat juga adalah tidak baik serta boleh memberi imej yang tidak baik kepada komuniti Dayak di bahagian ini.

“Justeru itu, saya menyeru kepada semua jawatankuasa terlibat agar bekerjasama serta melihat aspek ini dengan lebih mendalam,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat terakhir JGDBS di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Naib Pengerusi I JGDBS Steven Rom, Naib Pengerusi II JGDBS Mejar Moses Ripai, Setiausaha JGDBS, Angelyn Uchi Maseng serta ahli-ahli JGDBS yang lain.     Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu akan diadakan di Hotel Kingwood pada 26 Mei ini, jam 6 petang dan ‘Tuai Pengabang’ (tetamu kehormat) pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri, Dato Sri Empiang.

Pelbagai program diadakan sempena majlis itu seperti pertandingan Kumang dan Keling Gawai Dayak Sibu 2013, penyampaian insentif kepada anak-anak Dayak yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam, per-sembahan kebudayaan dan hiburan.

Sementara itu, Alice berharap hadirin dapat datang awal mengikut jadual yang ditetapkan iaitu sebelum jam 6 petang agar majlis dapat tamat sebelum jam 12 tengah malam.

“Disiplin ini amat penting bagi kita melancarkan majlis serta kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan. Justeru, kita mahu orang ramai yang membeli tiket dapat hadir sebelum jam 6 petang bagi memenuhi meja-meja pada majlis itu di mana jam 6.30 petang tetamu kehormat akan tiba seterusnya majlis bermula.

“Jangan biarkan tetamu kehormat menunggu kita untuk memulakan majlis. Awal kita datang, cepat kita pulang,” tegasnya sambil memberitahu keputusan Keling dan Kumang Gawai diumumkan sebelum jam 11.30 malam.

Beliau berharap JGDBS 2013 ini akan berjaya mencipta sejarah bagi bahagian ini menganjurkan majlis yang bermula awal serta tamat sebelum jam 12 tengah malam.

Sehubungan itu, orang ramai yang masih belum membeli tiket meja untuk majlis tersebut bolehlah membelinya dengan meng-hubungi Angelyn Uchi di talian 016-8825861 dan harga semeja tiket makan malam itu dijual dengan harga RM550, RM500 atau RM450.

Pihak penganjur turut meng-undang artis-artis popular Iban seperti Clemence Joy’s, Stella Philip dan Ivy Manish bagi menghiburkan hadirin pada majlis itu.

Orang ramai dipelawa saksi uji bakat Kumang Gawai Dayak esok
SIBU: Orang ramai dipelawa untuk menyaksikan uji bakat Kumang Gawai Dayak Sibu 2013 yang akan diadakan di Hotel Li Hua, di sini jam 1 petang pada 19 Mei (esok).

Menurut pengerusi jawatankuasa penganjur, Angelyn Uchi Maseng bayaran masuk menyaksikan uji bakat itu ialah RM10 setiap seorang.

“Pihak penganjur mengenakan bayaran disebabkan ada sedikit jamuan kepada hadirin yang hadir.

“Justeru, kita mengalukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan uji bakat tersebut,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, sebanyak 13 peserta kumang mengesahkan penyertaan untuk merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2013 pada 26 Mei ini.

Peserta Kumang pada kali ini turut dipertandingkan dengan kategori Miss Photogenik di mana orang ramai boleh mengundi peserta pilihan mereka dengan bayaran RM1 sahaja pada 26 Mei ini.

Masa mengundi ialah bermula jam 5.30 petang hingga jam 7.30 malam.

Undi boleh dibeli daripada pihak penganjur pada majlis itu nanti.

Sebarang pertanyaan lanjut atau yang ingin membeli undi diminta menghubungi Angelyn Uchi di talian 016-8825861 atau Teresa Suli Noel (010-4099100).

Jamuan malam bekas pelajar dan guru SMK Marudi tinggal seribu kenangan
MERIAH: Entri (lima kiri), Ose, Penguang dan Anyi (tiga kiri) antara bekas pelajar yang memeriahkan majlis makan malam pertemuan semula SMK Marudi di Miri malam kelmarin.

MIRI: Majlis makan malam pertemuan semula bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi (yang dahulu dikenali sebagai Marudi Government Secondary School) meninggalkan seribu kenangan malam semalam.

Majlis diadakan di Mega Hotel, di sini disertai lebih 500 bekas pelajar dan guru berkenaan sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas sekolah tersebut.

Majlis itu adalah untuk menghimpun semula bekas pelajar dan guru sekolah tersebut serta berkongsi kenangan mereka ketika menimba ilmu di sekolah terbabit.

Ia bukan sahaja disertai oleh mereka dari Miri, Bintulu, Marudi, Sibu, Kuching, bahkan turut dimeriahkan beberapa bekas pelajar dan guru yang menetap di luar negara seperti Australia, USA, New Zealand dan negara lain.

Antara program yang memeriahkan majlis ialah mesej daripada bekas pengetua pertama Ong Boon Lim, sesi berkongsi pengalaman, persembahan video pendek ‘Down Memory Lane’, tarian Ngajat Datun Julud, tarian keramaian, tarian Babylon dan lain-lain.

Antara bekas pelajar yang turut menyerikan majlis tersebut ialah Menteri Muda Bekalan Air, Datuk Sylvester Entri Muran, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Ose Murang dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Datuk Dr Penguang Manggil.

Sementara itu, semalam (17 Mei) sekolah tersebut turut me-raikan sambutan ulang tahun Jubli Emas yang bertemakan ‘MGSS made the difference, we were there!’ berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Pelbagai program dianjurkan memeriahkan sambutan tersebut seperti pertandingan badminton akhir perseorangan wanita, lelaki dan beregu campuran, tayangan video, nyanyian karaoke, per-sembahan tarian pelbagai etnik, jualan makanan dan minuman, cabutan bertuah dan lain-lain.

Sekolah terbabit merupakan sekolah menengah kerajaan yang pertama di daerah Baram (yang kini adalah daerah Marudi).

Kemasukan pertama ke sekolah berkenaan ialah pada 1963, dengan kurang 100 pelajar dan mempunyai dua buah kelas tingkatan satu dan sebuah kelas peralihan.

Pelajar tingkatan tiga menamatkan sesi berkenaan pada 1965, kemuadiannya melanjutkan pelajaran ke Miri.

Sesi tingkatan empat mula diperkenalkan pada 1967 di sekolah tersebut. Kini, terus membangun menjadi antara sebuah sekolah kerajaan menengah di Sarawak yang mempunyai kelas sehingga tingkatan enam.

Lapan tahun, terus menanti
MOHON BANTUAN: Iba (kiri) menunjukkan salinan laporan polis serta dokumen berkaitan di ibu pejabat SUPP Sibu, semalam. Turut kelihatan menantunya, Timbong Ajat (kanan).

SIBU: Meskipun lebih lapan tahun selepas kematian suaminya yang lemas dalam satu kejadian tongkang karam di Nanga Temalat, Song, namun sehingga kini keluarga mangsa masih gagal membuat sijil kematian mangsa.

Walaupun telah berkali-kali merujuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak yang berkenaan, namun isteri mangsa, Iba Vincent, 43, sehingga kini terus menemui jalan buntu.

“Kini, sudah lebih lapan tahun suami saya meninggal dunia dalam kejadian tongkang karam. Namun, saya masih gagal membuat sijil kematiannya.

“Selepas suami saya meninggal dahulu, saya diarahkan oleh pihak JPN untuk menunggu tujuh tahun memandangkan mayat suami saya sehingga kini tidak ditemui.

“Namun kini sudah lapan tahun, saya masih gagal membuat surat kematian mendiang suami saya dengan pelbagai alasan diberikan oleh pihak berkenaan,” katanya ditemui di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu, semalam.

Kerana terus menemui jalan buntu, Iba yang kini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran dengan pendapatan lebih kurang RM300 sebulan mendapatkan bantuan Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga pengerusi Unit Bumiputera SUPP Sibu, Andrew Shilling Bangit.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, beliau telah pergi ke JPN baru-baru ini bagi memohon sijil kematian suaminya namun diarahkan menunggu sebulan lagi, selain diminta mencari laporan akhbar berhubung kejadian tongkang tenggelam itu.

Selepas sebulan, katanya, beliau diarah merujuk Pejabat Biro Guaman bagi membuat surat sumpah yang mengesahkan suaminya benar-benar  meninggal dunia bersama seorang anaknya yang berusia 21 tahun.

“Saya memerlukan surat mati ini bagi menguruskan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendiang.

“Kami dari keluarga yang susah dan amat memerlukan simpanan ini lebih-lebih lagi anak kedua saya sering berulang alik ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan leukemia.

“Dengan pendapatan tidak seberapa serta terpaksa membayar sewa rumah, bagaimana saya hendak menyara keluarga dan meneruskan kehidupan ini,” katanya yang kini menyewa di Jalan Bukit Assek.

Berasal dari Machan, Kanowit, Iba memberitahu tidak menerima bantuan kebajikan dan hanya anaknya yang menghidap leukemia menerima bantuan sebanyak RM60 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya berharap JPN dapat membantu saya memohon sijil kematian mendiang suami saya dengan segera,” katanya dengan nada sedih.

Mendiang suami Iba dikatakan mati lemas dalam kejadian tongkang karam ketika membawa muatan kayu balak pada 4 April 2005, kira-kira jam 4.30 petang di Nanga Temalat, Song.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, kejadian dikatakan berlaku akibat tekanan air kuat. Lima anak kapal terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala mendiang suami Iba, Lias Machau hilang dan dikhuatiri mati lemas.