BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Tempatan

KAG Wilayah Sarawak meraikan kanak-kanak kurang bernasib baik
KUCHING: Kelab AmBank Group (KAG) Wilayah Sarawak meraikan 50 kanak-kanak daripada Yayasan LaSallian Kuching (YLK) pada sesi membeli-belah serta jamuan malam sempena sambutan Hari Gawai di pusat beli-belah Boulevard semalam.

Acara amal yang diadakan dengan kerjasama Boulevard itu turut membawa keceriaan kepada kanak-kanak daripada yayasan tersebut di mana mereka turut menerima sumbangan wang tunai.

Presiden KAG Syed Anuar Syed Ali menegaskan bahawa program kebajikan sebegini amat penting untuk menimbulkan rasa keprihatinan kepada rumah-rumah kebajikan serta mengeratkan hubungan di antara ahli KAG dan kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Kumpulan AmBank akan terus memainkan peranan penting sebagai warga korporat yang bertanggungjawab melalui inisiatif seperti ini sejajar dengan objektif KAG iaitu untuk menyumbang kepada masyarakat,” ujar Syed Anuar yang juga merupakan ahli yayasan tersebut sebelum ini.

Turut hadir Pengarah AmBank Sarawak Simon Su, Penasihat YLK Datuk Christopher Sim dan Pengerusi YLK Peter Yap.

Menurut Syed Anuar Kumpulan AmBank akan terus menyumbang secara berterusan dalam usaha meningkatkan perkembangan sosioekonomi masyarakat melalui pendekatan sebegini demi mencapai objektif supaya lebih efektif sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.

YLK mempunyai 200 kanak-kanak daripada keluarga kurang mampu dan pihak yayasan beroperasi menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai di mana kos operasinya mencecah sehingga RM200,000 setahun untuk pembiayaan sewa pusat, tenaga pengajar dan pentadbiran.

Penduduk S’wak berhak nikmati kemajuan seperti di negara maju, kata Morshidi
KUCHING: Penduduk Sarawak berhak menikmati kemajuan seperti dinikmati di negara maju seperti Australia dan benua Eropah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Morshidi Abdul Ghani.

Justeru, katanya kerajaan negeri bertanggungjawab mengeksploitasi sumber-sumber seperti empangan hidroelektrik bagi tujuan manfaat generasi sekarang dan masa depan.

“Kerajaan negeri percaya penduduk Sarawak berhak mendapat sama peluang dari segi kemudahan dan perkhidmatan awam seperti penduduk di Eropah atau Australia atau di mana-mana sahaja di dunia ini,” katanya berucap pada sesi pembukaan Kongres Sedunia Persatuan Kuasa Hidro Antarabangsa (IHA) 2013 di sini, kelmarin.

Menurutnya, bagi mencapai matlamat memberi kesejahteraan kepada penduduk Sarawak, kerajaan merancang pembangunan ekonomi utama dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Katanya objektif utama SCORE untuk menggunakan keupayaan tenaga elektrik yang datang daripada sumber semula jadi seperti sungai yang dapat dibangunkan empangan hidroelektrik.

Sarawak katanya berpotensi menjana tenaga hidro sehingga 20,000 megawatt.

Tenaga yang dihasilkan itu akan dibekalkan dan dijual kepada industri-industri berintensifkan tenaga menerusi SCORE.

“Sebagai pulangan, pelaburan besar ini akan menjana peluang pekerjaan baharu terdiri daripada separa mahir dan mahir kepada penduduk Sarawak agar mencapai pendapatan tinggi dan standard hidup tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd (SEB) Torstein Dale Sjotveit berkata pembinaan Empangan Hidroelektrik Murum yang kini siap 80 peratus tidak mengabaikan kebajikan dan penempatan semula penduduk yang terjejas.

“Dalam pembinaan Empangan Hidroelektrik Murum, menjadi keutamaan kami memastikan kelancaran pemindahan dan penempatan semula di kalangan mereka yang terlibat,” katanya.

TBS Sri Aman serah bantuan kepada seramai 26 penerima
SRI AMAN: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Sri Aman telah menyerahkan bantuan kepada seramai 26 penerima yang mencakupi bantuan Kelengkapan Asas Masjid dan Surau, Bantuan Fardu Kifayah dan Bantuan Aktiviti Akademik kepada organisasi-organisasi Islam di sini kelmarin.

Kesemua jenis bantuan itu diserahkan kepada wakil organisasi di sini menerusi majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Baitulmal Cawangan Sri Aman.

Timbalan Residen Pembangunan Bahagian Sri Aman Hamsein Atar diberi penghormatan untuk menyerahkan bantuan itu sambil diiringi Ketua Zon Selatan Tabung Baitulmal Sarawak Shamsul Bahri Manap.

Shamsul menerusi ucapannya menyatakan bahawa bantuan kelengkapan Asas Masjid dan Surau diberi bagi menaik taraf keperluan utama fungsi masjid dan surau selain menambah baik struktur bangunan yang uzur.

Shamsul berharap masyarakat Islam dapat memanfaatkan kesemua bantuan zakat yang diterima oleh mereka bagi tujuan murni terutama dari segi bantuan yang melibatkan pendidikan dan akademik.

Beliau turut mengingatkan penerima bantuan agar memanfaatkan peruntukan dana zakat dan baitulmal yang telah disalurkan untuk aktiviti agar dapat memberi kesan serta kesedaran kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Timbalan Residen Pembangunan Bahagian Sri Aman Hamsein Attar ketika berucap pada majlis tersebut menjelaskan bahawa TBS sentiasa membantu golongan dan badan-badan yang memerlukan melalui tiga program bantuan utama TBS iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam.

Hamsein menegaskan bahawa TBS sentiasa beriltizam dalam menyumbang kesinambungan pendidikan dalam kalangan masyarakat Islam selain menuntut peranan agensi kerajaan dan swasta turut memainkan obligasi yang sama kerana menerusi ilmu maka setiap individu mampu meletakkan posisi diri masing-masing seiring dengan arus perubahan yang semakin kompleks pada masa sekarang.

“Kerohanian dan pendidikan adalah elemen terpenting bagi membentuk perwatakan dalam sesebuah masyarakat,” tegasnya.

Justeru katanya, setiap anggota masyarakat perlu melibatkan diri dalam pelbagai usaha bagi menjayakan setiap penganjuran aktiviti agar ia mencapai matlamat utama pada masa datang.

“Kesepakatan perlu ada dalam mengimarahkan pelbagai aktiviti kerana terdapat segelintir pengurusan organisasi Islam tertentu yang pernah mendapat bantuan tidak menggunakan peruntukan sebaik mungkin,” katanya.

Hamsein juga memaklumkan bahawa TBS sentiasa memainkan peranan proaktif dalam menangani permasalahan ummah sejajar dengan keperluan asnaf dan pada masa yang sama menyeru umat Islam di Sarawak agar selalu meyakini bahawa kefarduan berzakat boleh membawa manfaat kepada individu serta komposisi masyarakat Islam,” tegasnya.

Dua sahabat rugi ribuan ringgit, kereta dipecah
KUCHING: Dua sahabat mengalami kerugian ribuan ringgit selepas beg mereka dilarikan pencuri ketika bersiar-siar di sebuah taman rekrasi di Jalan Song di sini, lewat petang kelmarin.

Mangsa yang masing-masing berusia 36 dan 30 tahun itu dikatakan hanya menyedari perkara tersebut selepas mendapati pintu kereta mereka dirosakkan sekitar jam 7.30 malam.

Pemeriksaan dalam kereta mendapati, dua buah beg milik kedua-dua mangsa yang mengandungi barang-barang berharga termasuk dokumen peribadi telah hilang.

Menurut mereka, antara yang terkandung di dalam dua beg tersebut ialah empat buah telefon pintar, jam tangan dan wang tunai.

Mangsa kemudian terus membuat laporan polis berhubung kejadian di balai polis berhampiran.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, seorang wanita tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya diragut di hadapan sebuah kedai fotostat di Batu Kawa, petang kelmarin.

Mangsa, 43, memberitahu dia semasa kejadian sedang menunggu bukunya yang sedang dicetak sebelum dikatakan didatangi seorang lelaki menggunakan sebuah motosikal yang meragut rantai lehernya dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.20 petang.

Menurutnya, dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas namun dia sempat mencatatkan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan oleh suspek.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM2,000 dan siasatan polis masih dijalankan.

Lelaki Filipina dipenjara kerana masuk haram
MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen pagi semalam kerana kesalahan masuk ke negeri ini secara haram.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan.

Jalal Tulijan, 56, dari Laminusa, Filipina telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya serta boleh disebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditangkap pada jam 4.30 petang, 15 Mei lalu di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Permyjaya di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana dipercayai warga asing.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh merupakan warga asing yang berasal dari Filipina dan telah masuk ke negeri ini tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah yang membolehkan dia memasuki dan tinggal di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mary Ong di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Lelaki dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana melakukan ugutan jenayah
MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pengawal keselamatan wanita, melakukan pencerobohan jenayah dan khianat ke atas harta benda sebuah sekolah di sini.

Mazlan Mustapha, 40, dari Kampung Lembah Hijau, Jalan Riam di sini telah didakwa atas tiga tuduhan masing-masing mengikut Seksyen 506, Seksyen 447 dan dibaca bersama Seksyen 34 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh telah melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pengawal keselamatan wanita, Fauziah Yunus dengan niat hendak mendatangkan kematian atau cedera parah ke atas mangsa.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh telah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan sekolah SK Miri, Jalan Bulan Sabit di sini.

Sementara dalam tuduhan ketiga, tertuduh juga telah melakukan khianat atau kerosakan ke atas harta benda kepunyaan SK Miri dengan anggaran kerugian lebih kurang RM800.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 12.10 tengah malam, 18 Mei lalu di SK Miri, Jalan Bulan Sabit di sini.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan, kesalahan kedua enam bulan dan kesalahan ketiga lapan bulan penjara. Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan serentak.

Pemberian benih getah, anak sawit perlu lebih efisien
KUCHING: Kerajaan dan agensi pelaksana Program Bantuan Biji Benih Getah dan Anak Pokok Sawit perlu menyemak semula kaedah pemberian dan pelaksanaan bantuan tersebut agar lebih efisien.

Ini kerana, menurut ADUN Lambir Ripin Lamat kaedah pemberian dan pelaksanaan bantuan tersebut telah menerima banyak rungutan daripada penduduk kampung atau pemohon di kawasannya.

“Pemohon tidak menerima jawapan daripada pihak agensi berkaitan malah berlaku permohonan yang kemudian tetapi terlebih dahulu mendapat bantuan.

“Berlaku juga permohonan yang begitu lama sehingga menunggu dua atau tiga tahun malah ada yang lebih daripada itu,” katanya pada ucapan perbahasan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Justeru, beliau berkata rakyat berharap masalah ini akan dapat diselesaikan.

“Ini bagi memastikan mereka dapat menikmati bantuan kerajaan dan seterusnya dapat meningkatkan sosioekonomi keluarga terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Ripin turut menyeru agar kerajaan membekalkan air bersih di Kampung Usaha Jaya Batu 8 iaitu kawasan penempatan baharu yang melibatkan 535 lot perumahan.

Menurut beliau, penempatan baharu itu telah diluluskan kerajaan atas konsep pembesaran Kampung Batu 8 dan telah dilengkapi kemudahan elektrik serta jalan namun tiada bekalan air bersih.

“Ini telah menyukarkan rakyat yang telah membuat rumah dan berpindah ke kawasan ini.

“Saya menyeru kerajaan menyegerakan pelaksanaan projek bekalan air bersih ke kampung ini untuk memberikan kemudahan dan kehidupan yang lebih baik kepada penduduk,” katanya.

Tambah beliau, begitu juga bagi kawasan perkampungan Lusut supaya projek bekalan air dapat dilaksanakan ke kampung-kampung yang belum mendapatnya.

Beliau turut menggesa agar penyerahan projek yang telah siap daripada JKR kepada pihak LAKU Management Sdn Bhd dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya bekalan air bersih yang baharu siap itu dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung tersebut.

K’jaan negeri disaran tubuh syarikat penerbangan sendiri
KUCHING: ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng menyarankan agar kerajaan negeri menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.

Menurutnya, ia bagi meningkatkan perkhidmatan udara negeri ini.

“Kerajaan negeri harus meningkatkan perkhidmatan udara.

“Yang terbaik ialah kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri dan bukannya bergantung kepada MAS dan AirAsia.

“Ini ekoran tambang udara menjadi semakin mahal,” katanya ketika membahaskan usul pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kerajaan menyediakan lebih banyak penerbangan terus antara Sibu dan Kota Kinabalu di mana laluan tersebut sekarang adalah di bawah perkhidmatan MASwings.

Beliau turut menyeru kerajaan agar memenuhi janji bagi menyediakan penerbangan antara Sibu dan Singapura serta menghubungkan Sibu dengan China.

“Sehingga kini, hanya ada satu penerbangan dari Sibu ke Johor Baharu.

“Saya lihat kebanyakan penerbangan di sepanjang laluan ini penuh.

“Ramai penumpang ini merupakan yang bekerja di Singapura dan mereka sering bertanya kenapa tiada penerbangan terus antara Sibu dan Singapura,” katanya.

Pengilang sawit kenakan pelbagai caj terhadap pekebun kecil
KUCHING: Kerajaan diminta campur tangan dalam struktur bayaran daripada kilang memproses minyak sawit melibatkan pekebun kecil kelapa sawit di kawasan Sadong Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, ia ekoran beliau banyak menerima keluhan daripada pekebun kecil berkaitan hal itu.

Beliau menjelaskan, ada pengilang kelapa sawit mengisytiharkan membeli CPO (Crude Palm Oil) daripada pekebun kecil sedangkan mereka (pekebun) menjual buah kelapa sawit sahaja iaitu tandan buah segar (FFB).

Tegasnya, disebabkan itu pengilang mengenakan pelbagai caj CPO seperti caj MPOB cukai SES bulanan, cukai jualan CPO Sarawak, cukai jualan isirung kelapa sawit Sarawak dan banyak lagi.

“Ini sudah tentu tidak adil kepada pekebun kecil dan mengurangkan banyak bayaran yang sepetutnya diterima oleh mereka.

“Oleh itu, saya memohon kerajaan campur tangan dalam hal ini yang dihadapi pekebun kecil ini bagi membantu masalah pekebun kecil kita di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini kelmarin.

Pada masa yang sama Aidel turut memohon agar kerajaan mengeluarkan geran tanah kepada peserta yang terlibat dalam projek pembangunan kelapa sawit tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang melibatkan 627 peserta di kawasan Sadong Jaya.

“FELCRA Berhad telah memajukan sejumlah besar kawasan di Sadong Jaya dari 1990-an lagi untuk penanaman kelapa sawit.

“Kawasan ini dikenali sebagai kawasan Asajaya/Sadong Jaya Blok 4 peringkat 1 hingga 7 yang mempunyai 627 peserta namun hingga kini pengeluaran geran tanah belum lagi dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mewakili para peserta memohon kerajaan mengeluarkan geran tanah kepada para peserta yang terlibat.

Selain itu, Aidel turut mencadangkan agar kerajaan membuat pelan pembangunan bandar baharu di Sadong Jaya bagi memenuhi keperluan penduduk di situ dalam jangka masa empat tahun akan datang.

Jelasnya, ia ekoran pembinaan Jambatan Batang Sadong yang dijangka bakal membawa arus kepesatan ekonomi di kawasan itu nanti.

Malah, beliau memberitahu bahawa kawasan perumahan mampu milik juga perlu diwujudkan di situ bagi menyediakan kawasan perumahan yang lebih strategik kepada penduduk di luar bandar.

Selain itu, Aidel turut meminta agar kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, lampu jalan serta sistem perparitan di Sadong Jaya diperkasakan.

“Saya juga berharap agar pihak berkuasa dapat memantau aktiviti judi siber yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di pinggir bandar yang dilihat mampu merosakan anak-anak muda,” ujarnya.

TTPRS terima 100 aduan sejak penubuhannya pada 2010
KUCHING: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) menerima 100 aduan sejak penubuhan pada Jun 2010 hingga Mei 2013.

Daripada jumlah tersebut, 23 kes diselesaikan melalui mahkamah, 21 kes diselesaikan di luar mahkamah iaitu secara mediasi manakala selebihnya di luar bidang kuasa.

Menurut Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, aduan-aduan yang diterima merangkumi perkara-perkara seperti kelewatan penyerahan, kecacatan mutu kerja dan tidak mematuhi spesifikasi seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli (S&P).

Dari segi bayaran pampasan, sebanyak RM82,114.00 telah dibayar oleh pemaju kepada penuntut iaitu RM64, 114 melalui sesi pendengaran (mahkamah) manakala RM18,000 melalui sesi mediasi (luar mahkamah).

“Melalui tribunal kita dapat melihat dan memantau pelaksanaan projek-projek perumahan di kalangan pemaju terutama yang melibatkan perumahan kos rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam sempena Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Semula Ahli-ahli TTPR.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun lagi mulai 1 Mei 2013 hingga 30 April 2016.

Antara yang dilantik semula ialah Datuk Maznah Dasmi sebagai pengerusi, Peter Lim Thiam Seng sebagai (timbalan pengerusi) dan empat ahli terdiri daripada Alhadi Ibrahim, Morni Wahie, Mike Boon Chee Khian dan Robert Elone Sireng.

Mengulas mengenai operasi TTPRS, ia menyediakan alternatif selain daripada mahkamah untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah yang menuntut ganti rugi/pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan efisien.

TTPRS bersedia untuk menerima dan mendengar sebarang kes tuntutan pembeli rumah jika kes dalam bidang kuasanya.

Sekiranya kes yang didengar di luar kawasan Kuching, TTPRS akan memohon kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Residen dan Daerah berhubung dengan tempat pendengaran kes.

Dalam pada itu, sebarang pertanyaan dan aduan berhubung tuntutan pembeli rumah boleh menghubungi Setiausaha TTPRS Ezlanshah Abdul Rahman di talian 082-312507/312517 atau faks ke 082-312499.

Usah leka ledakan teknologi
Perkasa sistem pengajaran, guru berperanan penting bendung generasi narsisistik

KAPIT: Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi dikhuatiri akan melahirkan generasi yang terlalu me-muja, mementingkan dan mengagumi diri sendiri.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kewujudan golongan narsisistik itu amat berbahaya dan boleh menjejaskan usaha kerajaan melaksanakan program-program pembangunan rakyat.

“Segala usaha pembangunan yang telah dirancang selama ini boleh terbatas jika lahirnya golongan ini pada masa akan datang akibat ledakan teknologi maklumat yang semakin canggih dari semasa ke semasa.

“Momentum kecanggihan teknologi kini sangat dikhua-tiri kerana berupaya melahirkan golongan terbabit seperti di negara-negara Barat.

“Justeru, peranan guru amat diperlukan bagi mendidik anak-anak dari peringkat awal umur lagi bagi mengelak daripada lahirnya golongan itu kelak.

“Guru juga perlu memperkasakan sistem pengajaran mereka agar tidak terlalu mengharapkan teknologi dalam mendidik murid-murid kerana ada keburukan di sebalik kecanggihan tekno-logi terkini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Kapit di sini, semalam.

Hadir sama ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda Kebudayaan dan Wari-san Liwan Lagang, Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam, Timbalan Residen Bahagian Kapit Mohd Ikhmal Abdullah dan Pegawai Pelajaran Daerah Kapit Ringgit@ Gawan Saut.

Tema sambutan Hari Guru kali ini ialah Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda.

Taib berkata, kaedah pe-ngajaran konvensional harus dikekalkan, justeru guru perlu merapatkan diri dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan pelajar.

Beliau menjelaskan, kecanggihan teknologi boleh mempengaruhi pemikiran seseorang dan pelbagai maklumat di dalam Internet yang tidak dapat dipastikan ke- benarannya mampu menyemai narsisisme.

“Jangan leka terhadap kecanggihan teknologi kerana ia boleh merosakkan diri sendiri. Eloklah para guru mengekalkan cara pengajaran kita pada masa sekarang,” katanya.

Beliau menyarankan para guru agar sentiasa mendekat-kan diri dengan PIBG, ibu bapa dan pelajar dalam apa jua aktiviti di sekolah.

“Seimbangkan cara pengajaran kita di mana komuni-kasi secara sosial dan pengajaran teknologi harus diterap-kan kepada para pelajar. Biarlah para pelajar mempunyai banyak pergaulan melibatkan komunikasi serta memperolehi ilmu teknologi yang terkawal,” jelasnya.

Sementara itu, Taib mahu para guru di negeri ini mewujudkan komunikasi yang erat dalam usaha mendidik pelajar.

“Para guru dianggap sebagai pemimpin dalam masyarakat kita. Mereka adalah pendidik yang boleh menentukan hala tuju masa depan seseorang.

“Justeru, diharap guru dapat membantu kerajaan melahirkan golongan bijak pandai untuk membawa lebih banyak kemajuan kepada negeri dan negara ini, serta mengelak wujudnya generasi narsisistik,” tegasnya.

Pada sambutan Hari Guru kali ini, Mohamed Zain Abang Ismail dari Sibu dan Dato Sri Michael Manyin Jawong dari Serian masing-masing dipilih sebagai Tokoh Guru Sarawak 2013 dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Sarawak 2013 atas sumbangan besar dan jasa mereka dalam kemajuan bidang pendidikan di negeri ini pada masa lalu.

Polis Miri tumpas sindiket pecah rumah, curi
MIRI: Polis Miri berjaya me-numpaskan satu sindiket pecah rumah dan curi yang baharu bergerak aktif di bandar raya ini dengan tertangkapnya sepasang kekasih dan merampas pelbagai barang curi dalam serbuan ke atas sebuah rumah di RPR Batu 6 di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Polis (ACP) Mun Kock Keong berkata, de-ngan tertangkapnya kedua-dua suspek terbabit, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah dan curi yang dilaporkan berlaku di kawasan terbabit.

“Kita berharap dengan tertangkapnya lelaki warga asing terbabit dan kekasihnya, seorang gadis tempatan, polis dapat me-nyelesaikan sekurang-kurang-nya empat kes pecah rumah dan curi yang dilaporkan berlaku di kawasan RPR Batu 6 di sini baru-baru ini,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini tengah hari semalam.

Menyentuh lanjut tentang tangkapan ke atas kedua-dua suspek terbabit, Mun memberitahu bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 4.40 petang 16 Mei lalu, sepasukan polis diketuai Inspektor Koay Kok Ping telah menyerbu sebuah rumah di tepi sungai di RPR Batu 6 di sini.

Dalam serbuan itu, katanya, polis berjaya menahan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 24 tahun dan merampas pelbagai barangan termasuk seunit iPad Apple dan sebuah komputer riba jenama Acer kerana dipercayai barang curi.

Turut dirampas sebuah beg yang mengandungi perkakas pecah rumah seperti dua pemutar skru, satu pemotong wayar, sebilah parang, satu playar pelbagai guna, satu set mata pemutar skru, sepasang sarung tangan berwarna kuning dan sebuah motosikal Yamaha EGO berwarna hitam untuk dijadikan barang kes.

“Ketika soal siasat awal polis, suspek terbabit telah mengaku bahawa kekasihnya, seorang gadis tempatan turut terlibat dalam kegitan pecah rumah dan curi,” katanya.

Berikutan itu, kata Mun, sekitar jam 5.10 petang 17 Mei lalu, polis sekali lagi telah pergi ke rumah sama dan menangkap seorang gadis berusia 18 tahun kerana disyaki terbabit sama melakukan jenayah tersebut.

Polis yang memeriksa lanjut rumah berkenaan turut merampas pelbagai barang seperti sebuah TV Samsung 40”, dua unit pemain DVD, satu unit Sony PSP, satu kamera digital Fujifilm, satu unit antena, satu alat pengecas komputer riba, dua telefon bimbit Nokia, satu telefon pintar Samsung Galaxy S3 dan seutas jam tangan Espirit kerana dipercayai harta curi.

“Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” jelas beliau lanjut.

Menurut Mun, sindiket terbabit merupakan kumpulan baharu yang bergerak aktif melakukan pecah rumah dan curi mulai penghujung Mac lalu.

Tambahnya, siasatan awal polis mendapati modus operandi sindiket itu adalah menjadikan rumah yang ditinggalkan tidak berpenghuni pada siang hari sebagai sasaran dan akan memecah masuk rumah terbabit melalui pintu belakang atau hadapan yang dipecahkan.

“Justeru, saya menasihatkan orang awam agar tidak membeli barangan yang disyaki barang curi kerana ia juga merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

“Barang siapa yang didapati dengan curang menerima atau menyimpan harta curi, boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” ujar beliau.

Anugerah rancak industri pelancongan
KUCHING: Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak 2011/2012 akan merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini apabila pemenang-nya diberi peluang mendedahkan operasi mereka di luar negara, khasnya di Asia Pasifik.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pemenang-pemenang anugerah itu akan dibawa menjelajah destinasi pemasaran di rantau terse- but.

Kata beliau, ia merupakan sebahagian daripada ganjaran kepada pemenang selain sijil dan piala yang akan disampai-kan pada majlis penyampaian anugerah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada 26 Oktober depan.

“Kita akan membawa pemenang-pemenang anugerah ke luar negara iaitu pasaran yang yang disasarkan di Asia Pasifik secara percuma, di mana kementerian akan menanggung semua perbelanjaan.

“Dengan ini, mereka akan dapat mendedahkan diri ke-pada pelancongan di negara-negara terbabit, selain men-jalin hubungan rangkaian dan sebagai persediaan pemain-pemain industri kita untuk meletakkan diri sama dengan standard luar negara,” kata-nya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Anugerah Pelancongan Ke-nyalang Sarawak 2011/2012 dan pelancaran laman sesawang anugerah di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, me-nyasarkan destinasi seperti Hong Kong, China, Australia dan beberapa negara lain, ganjaran itu merupakan ganjaran terbaharu kepada pemenang anugerah berkenaan.

Selain itu, kata beliau, pada tahun ini ia turut menyaksikan julung kalinya orang ramai diberi peluang mencalonkan individu atau organisasi anu-gerah melalui laman web yang dilancarkan.

“Pencalonan bagi anugerah dibuka dari 1 Jun hingga 31 Julai dan keputusan akan kita umumkan pada majlis makan malam penyampaian anuge-rah pada 26 Oktober di BCCK,” jelasnya.

Bagi pencalonan anugerah dan undian, orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.sarawakhornbilltourism awards.com/index.php.

Anugerah anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) itu terdiri daripada sembilan kategori iaitu Penyedia Penginapan dan Hotel Cemerlang, Syarikat Peng-urusan Destinasi Cemerlang, Pemandu Pelancong Cemerlang, Outlet Makanan Cemerlang, Sumbangan Cemerlang Industri Desa kepada Industri Pelancongan, Sumbangan Pengangkutan Cemerlang kepada Industri Pelancongan, Sumbangan Media Cemerlang kepada Industri Pelancongan, Penyedia Venue serta Tarikan Pelancongan Cemerlang dan kategori Anugerah Khas Ke-nyalang.

Dua suspek rogol dua gadis bawah umur kena reman
SIBU: Dua remaja yang ditahan polis selepas disyaki merogol seorang gadis berusia 12 tahun telah direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes.

Kedua-dua suspek berumur 17 dan 19 tahun telah ditahan pagi Isnin lalu, selepas mereka ditemui bersama dua gadis bawah umur di sebuah rumah di Jalan Lai Chee, di sini oleh saudara mereka.

Sebelum itu, ayah mangsa telah membuat laporan polis selepas dua anak gadisnya tidak pulang ke rumah pada jam 3 petang, 12 Mei lalu.

Selepas dimaklumkan oleh saudara mereka, ayah mangsa bergegas dari rumahnya di Jalan Batu 6, Jalan Oya dekat sini dan mendapati kedua-dua anak gadisnya bersama kedua-dua suspek di sebuah bilik.

Difahamkan, ibu bapa remaja lelaki tersebut sedang tidur di bilik lain semasa ayah mangsa muncul di situ.

Mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap anaknya, ayah mangsa kemudian mengheret dua remaja tersebut ke Balai Polis Sentral Sibu.

Difahamkan, gadis berumur 12 tahun tersebut mengaku telah mengadakan hubungan seks bersama salah seorang daripada remaja terbabit.

Bagaimanapun, kakak mangsa yang berumur 13 tahun hanya berdiam diri apabila disoal oleh ibunya.

Pagi kelmarin, dua adik-beradik perempuan tersebut telah menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu dan gadis berumur 12 tahun telah disahkan dirogol oleh salah seorang suspek.

Namun, ia belum dapat dipastikan sama ada kakak mangsa turut dirogol.

Mangsa berumur 12 tahun dan kakaknya terpaksa dimasukkan ke wad kerana sedang demam.

Kes tersebut kini dalam siasatan lanjut pihak polis.

JKKK diingat guna geran untuk bangun kampung, rumah panjang
SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis mengingatkan setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini agar menggunakan geran yang diagihkan oleh wakil rakyat untuk tujuan pembangunan di kampung serta rumah panjang masing-masing bukannya untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya sepatutnya geran yang disalurkan wakil rakyat itu adalah untuk pembangunan serta melaksanakan pelbagai program di rumah panjang atau kampung bukannya untuk kepentingan peribadi JKKK terlibat.

“Oleh yang demikian, kami selaku wakil rakyat tidak mahu melihat ada di kalangan JKKK membahagikan geran yang disalurkan kepada tabung JKKK untuk kepentingan peribadi sebaliknya geran itu digunakan untuk pembangunan rumah panjang atau kampung untuk mengadakan aktiviti JKKK,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap semasa melawat Rumah Sherit, Titikah Undop, Sri Aman dekat sini baru-baru ini.

Dalam hal ini, peranan pengerusi JKKK di setiap rumah panjang atau di kampung-kampung seharusnya mengambil kira setiap perkara kerana pengerusi JKKK harus tahu ke mana tujuan untuk membelanjakan wang peruntukan untuk JKKK mereka itu.

“Seandainya geran tersebut dibahagikan untuk setiap pintu bilik dalam sesebuah rumah panjang atau kampung itu digunakan untuk tujuan membeli perkakasan rumah serta untuk tabung persekolahan anak-anak mereka tidaklah kisah, tetapi sekiranya untuk tujuan yang tidak berfaedah, maka ia adalah perbuatan yang salah.

“Sepatutnya wang tersebut untuk tujuan membeli perkakasan rumah atau perbelanjaan anak-anak ke sekolah dan sebagainya, sebaliknya wang yang dibahagikan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah dan tidak menguntungkan sesebuah keluarga mahupun JKKK yang terlibat,” jelasnya.

Oleh yang demikian, pengerusi JKKK sendiri harus memikirkan dengan ahli-ahli JKKK mereka bagaimana hendak membelanjakan wang tersebut, asalkan ia diguna untuk tujuan pembangunan JKKK mereka.

Turut hadir Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang Patrick Michael Dian, Kaunselor Sawing Sumar serta ahli JKKK yang lain.

Dalam pada itu, Harden turut menyampaikan geran kerajaan berjumlah RM8,000 kepada JKKK berkenaan untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun mereka.

Penutupan klinik lama timbul masalah
MIRI: Walaupun Klinik Kesihatan Long Lama yang baharu mula beroperasi sejak tiga hari lalu, namun timbul pelbagai masalah ekoran penutupan klinik lama yang terletak di pekan Long Lama, di Ulu Baram.

Malah pembukaan klinik baharu tersebut bukan memberi kemudahan dan keselesaan sebaliknya menambahkan lagi kesengsaraan sekali gus menjejaskan lebih 40,000 penduduk yang bergantung kepada khidmat di klinik kesihatan yang lama, sebelum ini.

Senator Lihan Jok yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, berkata bukan sahaja lokasi klinik baharu itu yang terletak di seberang pekan Long Lama tidak strategik, malah ia meningkatkan beban pesakit khususnya golongan miskin apabila bayaran perkhidmatan feri pula melonjak sehingga RM150, menjelang malam.

“Ini kerana klinik baharu terletak di seberang sana (pekan Long Lama) dan untuk sampai ke sana pesakit perlu menaiki feri dengan tambang RM15 satu perjalanan pada siang hari, tetapi apabila malam harga tambang melonjak menjadi RM150.

“Ini kerana pada sebelah malam feri tersebut tidak beroperasi dan pesakit yang berdepan kes-kes kecemasan dan memerlukan rawatan segera tidak mempunyai pilihan selain menyewa feri dengan kadar RM150 hanya untuk menyeberangi Sungai Baram,” tambahnya.

Manakala bagi penduduk yang tidak mampu mendapatkan khidmat feri terutama kaum Penan, mereka terpaksa berjalan kaki meredah hutan, menaiki dan menuruni bukit sejauh dua kilometer untuk sampai ke klinik yang baharu itu.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo kelmarin, selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar di Pejabat Residen Miri di sini berhubung isu Klinik Kesihatan Long Lama tersebut.

Walaupun baharu dua hari dibuka (sejak Isnin) Lihan berkata, beliau dan ketua-ketua masyarakat serta pegawai kerajaan berkaitan di Long Lama, menerima banyak aduan terhadap masalah dan kesukaran yang timbul ekoran lokasi dan Klinik Kesihatan Long Lama yang baharu itu dibina di lokasi yang tidak sesuai dan banyak kemudahan yang perlu dibina dan dinaik taraf.

Lebih memeritkan katanya, klinik yang baharu itu pula terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air bersih dan elektrik.

Bagaimanapun katanya, hasil mesyuarat itu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam minggu ini.

“Mesyuarat pagi tadi (kelmarin) juga bersetuju dan mencapai persepakatan untuk mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri bagi penyelesaian jangka pendek iaitu memohon agar klinik lama dibuka semula sementara klinik baharu terus beroperasi,” katanya sambil menambah ia bagi mengurangkan tekanan dan kesukaran penduduk sementara menunggu masalah dan infrastrukur (klinik baharu) dibangunkan.

“Penyelesaian kedua ialah meminta kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan feri yang menyeberangi Sungai Baram itu daripada pihak swasta dan dengan demikian tambang feri boleh diturunkan kepada RM1.50.

“Selain itu, mesyuarat juga bersetuju agar pengusaha feri yang ada sekarang memberikan tambang percuma kepada kakitangan klinik kerana ketika ini ramai kakitangan masih tinggal di Long Lama dan terpaksa membayar tambang RM30 untuk berulang-alik,” katanya.

Lihan berkata, mesyuarat turut mencadangkan agar kerajaan membina sebuah pengkalan di tebing sungai yang akan menyambungkan laluan pejalan kaki terus ke klinik agar pesakit dapat mengelak daripada melalui tanah berlumpur yang separas lutut, jika mereka menggunakan perahu.

“Kami amat berharap agar kerajaan prihatin dan memberi perhatian terhadap masalah ini yang bukan sahaja demi kebaikan dan kepentingan rakyat tetapi juga kakitangan klinik tersebut,” tambahnya.

Klinik Kesihatan Long Lama merupakan satu-satunya klinik yang lebih besar dan dilengkapi kemudahan lebih baik berbanding klinik desa, yang memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada penduduk di Long Lama, Tutoh Apoh dan Ulu Baram.

“Seramai 1,000 pelajar dan kakitangan SMK Long Lama turut bergantung kepada klinik ini selain penduduk Penan daripada 15 rumah panjang dan penduduk Kayan serta Kenyah dari lebih 20 rumah panjang, di samping pekerja kem pembalakan dan ladang-ladang sawit,” jelas Lihan lagi.

Sementara itu mesyuarat semalam turut dihadiri oleh wakil Jabatan Kesihatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, JKR, pengusaha feri, ketua-ketua jabatan, Pejabat Residen dan Daerah Miri.

Kenaikan imbuhan tidak harus menjadi isu
KUCHING: Kenaikan imbuhan termasuk gaji dan elaun tetap kepada ahli-ahli pentadbiran dan wakil rakyat tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia selari dengan permintaan dan tuntutan masa kini termasuk daripada rakyat sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata kenaikan gaji dan elaun tetap itu amat bermakna terutama kepada wakil rakyat di luar bandar yang mempunyai kawasan pentadbiran yang luas.

“Kita tidak boleh menghalang sesiapa sahaja yang mempertikaikan kenaikan ini kerana itu adalah pandangan mereka, cuma apa yang mereka perlu tahu adalah kenaikan itu sebenarnya adalah bagi membolehkan wakil rakyat terus berkhidmat.

“Saya tidak tahu bagi wakil rakyat di bandar tetapi bagi luar bandar, kenaikan ini amat bermakna dan tidak perlu bimbang bahawa apa sahaja wang yang kami terima, akhirnya ia akan diberi balik kepada rakyat (berkhidmat),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Tambah beliau, kini permintaan rakyat semakin tinggi, di mana mereka menjangkakan wakil rakyat mereka akan turun padang untuk berkhidmat kepada mereka

Katanya bukan itu sahaja, segala kemudahan atau pengangkutan untuk turun kawasan juga akan meng-gunakan elaun atau gaji ber-kenaan sebagai usaha untuk mendekati rakyat.

“Sebagai contoh kawasan saya untuk pergi ke Long Banga (Baram) saya perlu menyewa kenderaan pacuan empat roda yang kosnya RM2,400 sekali pergi.

“Bayangkan disebabkan permintaan rakyat tinggi untuk saya turun padang, dalam sebulan berapa kali saya perlu pergi,” katanya sambil memberitahu ia belum termasuk jemputan majlis-majlis yang diadakan masyarakat di kawasan ma-sing-masing.

Sementara itu ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi ketika ditemui berkata, imbuhan yang diperolehi anggota pentadbiran dan ADUN kini setaraf dengan pentadbiran di beberapa negara jiran.

Sebelum ini ujarnya, kadar gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat agak terlalu rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja dan Vietnam.

“Di negara jiran gaji wakil rakyat mereka adalah sekitar RM20,000 di Indonesia dan Thailand serta RM15,000 di Filipina dan Kemboja.

“Angka-angka ini kelihatan lebih tinggi jika dibandingkan dengan jumlah elaun yang diterima ADUN kita sekarang,” katanya.

Selain itu Dr Abdul Rahman berkata, antara lain ia mengambil kira kos sara hidup yang sentiasa meningkat pada masa kini termasuk kepada ADUN.

Disebabkan faktor itu maka kemampuan seorang wakil rakyat untuk menjaga masyarakat di kawasan mereka turut dipengaruhi oleh peningkatan kos sara hidup masa kini.

“Kita sedia maklum bahawa kali terakhir gaji anggota pentadbiran dan elaun ADUN dikaji semula ialah kira-kira 21 tahun lalu, maka itu sudah tiba masanya kita meminda rang undang-undang ber-kenaan,” katanya.

Sementara itu ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen berkata komen-komen negatif daripada orang ramai mengenai kenaikan elaun bagi para ahli pentadbiran dan DUN berkemungkinan disebabkan kekayaan negeri yang gagal dikongsi bersama rakyat.

“Orang ramai melihat ke-kayaan negeri telah dimono-poli oleh kumpulan serta para ahli keluarga pemimpin kerajaan yang memerintah justeru mereka kurang berpuas hati ditambah dengan pengumuman kenaikan elaun para ahli pentadbiran dan DUN,” ujarnya.

Chong percaya jika rakyat diberi peluang yang sama rata dalam peluang-peluang ekonomi pandangan negatif tersebut mungkin tidak akan timbul.

“Wakil rakyat seperti mana orang ramai sama-sama me-rasakan kenaikan kos sara hidup namun ia merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk mensejah-terakan rakyatnya.

“Disebabkan itu saya telah bersetuju dengan usul kenaikan elaun tetapi dengan syarat tiada kumpulan atau para ahli keluarga terdekat kerajaan yang memerintah membida untuk projek-projek negeri,” tambahnya.

Sementara itu pada Selasa lepas, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang (Imbuhan, Pencen dan Gratuiti) Ahli-ahli Pentadbiran dan Ahli-ahli DUN 2013 yang menyaksikan kenaikan lebih 200 peratus imbuhan, pencen dan gratuiti dinikmati mereka.

Pembinaan Jambatan Igan perlu dipercepat
KUCHING: Kerajaan digesa menyiapkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Igan bagi tujuan kemu-dahan penduduk setempat selain akan merancakkan lagi sosioekonomi penduduknya.

Abu Seman Jahwie (BN-Jemo-reng) berkata, subjek berkenaan telah dikemukakan sebelum ini namun masih menjadi modal cerita orang kampung kerana ia belum bermula lagi.

“Projek ini telah diluluskan sebenarnya cuma kini ia masih belum ‘take-off’ lagi.

“Menyedari kepentingan jambatan ini kepada penduduk khasnya merancakkan lagi sosioekonomi masyarakat setempat, saya berharap kerajaan dapat mempercepatkan projek berkenaan,” katanya berucap membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada Isnin lepas, pada Persidangan DUN, semalam.

Menurut Abu Seman, pembinaan Jambatan Igan yang menghubungkan daerah Matu dan daerah Kecil Igan sangat penting kerana ia merupakan projek berimpak tinggi.

Sementara itu berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, katanya pihak pembangkang tidak mahu menerima hakikat kekalahan mereka dengan menganjurkaan demonstrasi jalanan.

“Mereka berpakaian gelap hitam kononnya demokrasi sudah tidak ada atau wujud di Malaysia.

“Kita percaya demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang tidak akan mengubah keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN),” katanya

Tambah beliau, dengan kemena-ngan BN pada 5 Mei lalu, tidak ada pihak yang boleh membantah kerana rakyat telah membuat pilihan melalui sistem demokrasi.

“Perhimpunan jalanan bukanlah cara untuk menentukan siapa yang layak menjadi kerajaan, malah mereka cuma tidak matang ber-politik dan menganjurkan demonstrasi jalan cuma membuang masa,” tegasnya.

Kejayaan PRU13 bukti rakyat terima dasar BN
KUCHING: Kejayaan Barisan Nasional (BN) memperolehi 133 kerusi Parlimen pada PRU13 merupakan testimoni kepada penerimaan rakyat terhadap dasar kerajaan BN dalam memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi memberitahu, kejayaan BN memperolehi 25 kerusi Parlimen di peringkat negeri menunjukkan bahawa majoriti rakyat Sarawak memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.

“Perlu ditekankan bahawa BN Sarawak telah berjaya memenangi bilangan kerusi terbanyak dan memperolehi undi popular tertinggi berbanding negeri-negeri lain dengan memperoleh 480,138 undi berbanding pihak pembangkang dan calon Bebas iaitu 340,508 undi,” ujar Dr Abdul Rahman sewaktu membahaskan ucapan perasmian Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan DUN semalam.

Dr Abdul Rahman berkata kejayaan memberansangkan BN Negeri turut diberi pengiktirafan oleh kerajaan pusat apabila 10 pemimpin Sarawak telah dilantik menjadi menteri penuh dan timbalan menteri baru-baru ini.

Sementara itu beliau turut menggalakkan generasi muda supaya menghayati pengorbanan dan keperitan perjuangan para pejuang kemerdekaan sempena sambutan 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia bertemakan Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati.

“Perpaduan rakyat telah disemai dengan begitu baik sejak sekian lama walaupun pernah tergugat pada 1969.”

“Namun cabaran terhadap perpaduan kaum ini timbul sekali lagi semasa dan selepas PRU13 yang lepas,” katanya.

Menurutnya pendekatan yang dibawa oleh pihak pembangkang adalah amat jelas untuk memenangi pilihan raya dan sanggup melakukan banyak perkara negatif sehingga hampir menghancurkan asas dan tiang seri negara iaitu perpaduan kaum.

“Di samping menabur fitnah serta propaganda yang menjurus kepada sifat kebencian dan hilang kepercayaan rakyat kepada pemimpin negara, pakatan pembangkang telah dan sedang melakukan beberapa siri perhimpunan haram yang mampu memporak-perandakan negara.”

“Kita telah menggunakan serta mempraktikan sistem ‘first past the post’ yang telah diwarisi daripada penjajah Inggeris dalam pilihan raya namun penyanggahan keputusan pilihan raya oleh ketua pembangkang adalah di luar daya pemikiran yang rasional,” tambahnya.

Beliau turut bersetuju dengan luahan Menteri Dalam Negeri mengenai ‘pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian dan pencegahan awal lebih murah harganya berbanding penyelesaian masalah’.

“Saya meminta kepada ketua polis negara dan ketua polis negeri supaya tidak mengizinkan demonstrasi haram yang dianjurkan di mana-mana sahaja di sini,” tegasnya.

Menyentuh mengenai pembangunan bandar, pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup, Dr Abdul Rahman berkata pihak Kementerian Perumahan, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti harus menyediakan satu pelan induk jangka panjang untuk menguruskan pertambahan penduduk bandar akibat proses penghijrahan masyarakat ke bandar supaya asimilasi rakyat dapat berjalan dengan lancar.

Di samping itu, melalui penubuhan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), masalah keciciran golongan muda kini dapat dibendung.

“Saya ingin mencadangkan supaya anggota pentadbiran TEGAS diperkembangkan dengan membentuk Briged TEGAS yang terdiri daripada para sukarelawan belia bagi membantu menyebarkan objektif TEGAS kepada masyarakat,” katanya dalam usaha membangunkan modal insan.

RM300 juta bagi naik taraf bekas jalan balak di Sarawak, kata Jabu
KUCHING: Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan menaik taraf bekas jalan-jalan balak di Sarawak bagi tahun 2012 hingga 2015.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, peruntukan yang diluluskan itu adalah bertujuan menaik taraf bekas jalan-jalan balak yang terbiar dan tidak diselenggarakan.

Bagaimanapun menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar itu, jalan berkenaan masih digunakan penduduk luar bandar untuk tujuan perhubungan dan meneruskan kehidupan seharian.

“Justeru pada tahun 2012, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin dan berjiwa rakyat telah meluluskan peruntukan berjumlah RM64 juta bagi menaik taraf 142 kilometer (km) bekas jalan-jalan balak di negeri ini.

“Manakala sejumlah RM70 juta telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun ini untuk menaik taraf 108.38 km bekas jalan balak,” katanya pada Persidangan DUN di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menajawab pertanyaan daripada Malcom Mussen Lamoh (BN-Batang Ai) berhubung berapa banyak peruntukan diperuntukkan bagi menaiktaraf jalan-jalan balak untuk beberapa tahun akan datang.

Jabu turut memberitahu bahawa baki peruntukan berjumlah RM166 juta akan diagihkan bagi tahun 2014 hingga 2015 untuk menaik taraf bekas jalan-jalan balak lain di negeri ini.

Sementara itu bagi soalan tambahan Mussen mengenai sama ada terdapat jalan di Batang Ai termasuk dalam perancangan berkenaan, kata Jabu kerja menaik taraf berkenaan akan melihat kepada keutamaan terlebih dahulu.

Bagaimanapun beliau percaya Batang Ai antara kawasan yang layak dalam usaha menaik taraf bekas jalan balak itu.