BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Utusan Borneo

Redah api selamatkan anak
MARAK: Api merebak dengan pantas memusnahkan lapan buah rumah di Kampung Limpaong, Limbang pagi semalam.

LIMBANG: Dengan tiga laungan ‘Allahuakbar!’, seorang ibu meredah api menjulang demi menyelamatkan anak bongsu dan seorang anak buahnya dalam kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah di Kampung Limpaong di sini, pagi semalam.

Kejadian mencemaskan pada jam 10.30 pagi itu menyebabkan 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda yang musnah dalam sekelip mata akibat api marak dan merebak dengan pantas.

Mangsa Rosnani Dullah, 35, menceritakan detik cemas itu berkata, ketika kejadian semua ahli keluarganya berada di tingkat bawah rumah kayu dua tingkat itu, manakala anak bongsu lelakinya yang berusia setahun lebih dan anak buahnya, 10, berada di dalam sebuah bilik di tingkat atas.

“Kejadian begitu pantas, kami hanya menyedari kebakaran berlaku setelah diberitahu oleh abang saya yang sedang membeli mi segera apabila ternampak api marak dari bahagian dapur rumah ibu kami.

“Saya yang panik dan terkejut segera berlari untuk menyelamatkan anak lelaki dan anak buah saya yang sedang berkaraoke di dalam bilik walaupun api marak dengan pantas,” ujarnya.

Menurut Rosnani, sebelum kejadian mereka ada terdengar bunyi percikan elektrik dari bahagian dapur sebelum api marak dan merebak memusnahkan lapan buah rumah kayu di kampung tersebut.

“Kami tidak memasak ketika itu, namun ada tendengar bunyi percikan elektrik sebelum api marak dan meranapkan kediamanan kami,” katanya sambil menambah kebakaran itu menyebabkan kerugian lebih RM100,000.

Walaupun masih trauma, beliau bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa berlaku.

Ibu Rosnani, Zaleha Besar yang berusia lewat 70-an berkata, sebaik mengetahui keRosnani Dullah Mangsa kebakaranbakaran itu, beliau memasuki rumah untuk menyelamatkan cucunya, namun sempat dihalang oleh anaknya (Rosnani).

“Jika tidak dihalang oleh anak saya, saya tidak tahu apa yang akan berlaku kerana sudah panik memikirkan kedua-dua cucu yang masih berada di bilik rumah kami,” ujarnya yang mempunyai lapan anak dan 56 cucu.

Selain Rosnani, katanya, rumah tersebut turut didiami oleh dua buah keluarga lain.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon Limbang Anuar Shazat Merdzuki berkata, anggotanya tiba di tempat kejadian tujuh minit selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.47 pagi semalam.

“Seramai 14 anggota bomba, 11 anggota RELA dan 25 anggota pasukan Bomba Sukarela Kampung Seberang Kedai yang datang menggunakan bot turut membantu operasi memadam kebakaran, selain bantuan penduduk kampung, orang ramai dan polis,” katanya.

Anuar menjelaskan, seramai 14 anggota diketuai oleh beliau sendiri turut bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan tiga buah kenderaan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Api berjaya dikawal pada jam 11.45 pagi dan kita menghadapi kesukaran berikutan angin kuat dan keadaan rumah yang terlalu rapat,” katanya.

Turut menyertai operasi tersebut, Ketua Balai Bomba Limbang Awang Mohamad Farbu Abdul Hamid.

Anuar berkata, pihaknya menubuhkan pasukan penyiasat untuk menyiasat punca kejadian dan anggaran kerosakan dalam kebakaran itu.

“Kertas siasatan dijangka siap dalam tempoh 14 hari untuk mengetahui punca kebakaran dan nilai kerosakan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang bertungkus- lumus membantu pihaknya memadam kebakaran tersebut.

Turut berada di lokasi ialah Residen Bahagian Limbang Maria Hasman.

Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail juga berada di lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang berkata, pihaknya akan menyediakan bantuan makanan, peralatan dapur, pakaian, bantuan harian serta bantuan baik pulih rumah kepada 20 keluarga terbabit.

Buat masa ini, kesemua mangsa ditempatkan sementara di asrama Dewan Suarah Limbang.

14,000 penduduk rai Hari Bandar Raya Miri Kelapan
MULA!: Taib melepaskan peserta ‘Green Ride’ sempena sambutan ulang tahun kelapan Miri diisytiharkan sebagai bandar raya di Padang MBM, semalam. Turut kelihatan Ragad, Lawrence, Lee serta tetamu jemputan lain.

MIRI: Kira-kira 14,000 penduduk Miri berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan berjalan di beberapa jalan utama di pusat bandar raya sempena sambutan Hari Bandar Raya Miri Kelapan, semalam.

Majlis sambutan yang bertemakan ‘Miri Bandar Raya Hijau’ itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan acara memotong kek di hadapan ribuan warga Miri yang memakai baju-T bewarna hijau.

Hadir sama isteri Taib Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Datuk Bandar MBM Lawrence Lai, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Residen Miri Antonio Kahti Galis, kaunselor dan ketua-ketua kaum.

Selesai acara memotong kek, Taib dan tetamu jemputan lain melancarkan Ekspo Hijau diikuti dengan ‘Green Ride’ iaitu acara mengayuh basikal dan ‘Green Walk,’ acara berjalan di bandar raya Miri.

Sementara itu, acara kali ini begitu meriah dengan kehadiran orang ramai tanpa mengira usia berjalan memakai baju-T ‘Miri Bandar Raya Hijau’ sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan untuk menjadikan Miri bandar raya hijau.

Miri diisytiharkan sebagai bandar raya pada 20 Mei namun sambutannya pada tahun ini diawalkan kerana tahun ini tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja.

Geografi, kos latih semula faktor halang perubahan sekolah luar bandar: Fatimah
KUCHING: Keadaan geografi Sarawak dan kos tinggi dalam melatih semula untuk meningkatkan kemahiran guru-guru terus menjadi faktor penghalang dalam menjayakan perubahan di sekolah-sekolah luar bandar, meskipun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus berkembang pesat.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar masih merupakan cabaran bagi golongan pendidik dalam usaha memastikan masa depan lebih cerah untuk para pelajar.

“Anda boleh bayangkan tugas menyediakan masa depan lebih cerah untuk pelajar- pelajar luar bandar amat mencabar, lebih-lebih lagi apabila sekolah-sekolah luar bandar kita masih bergelut bersaing dengan sekolah di bandar dari segi penyediaan kemudahan pendidikan asas dan perkhidmatan sokongan profesional.

“Justeru, saya ingin anda menangani kemungkinan mengguna dan memanfaatkan teknologi pendidikan untuk meningkatkan kualiti bahasa pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan budaya,” ujarnya ketika berucap pada perasmian Seminar Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran Inggeris di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dr Lee Boon Hua, Pengerusi Eksekutif Brighton Education Mohd Arif Christopher Bell Abdullah, Pengarah IPGM Batu Lintang Awang Hambali Awang Hamdan dan Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam.

Fatimah berkata, Internet memainkan peranan amat penting dalam masyarakat serta telah mengubah cara berkomunikasi, mengajar dan belajar.

Menurutnya, masyarakat luar bandar yang sebelum ini tidak mempunyai akses kepada komputer dalam pembelajaran, kini menemui cara-cara baharu untuk berhubung dan melayari Internet.

“Begitu juga perisian dan kemudahan pendidikan lain yang berkaitan IT menyediakan kita semua dengan perubahan landskap untuk pengajaran bahasa dan pembelajaran.

“Persoalannya sekarang ialah untuk mencapai keseimbangan yang realistik dan munasabah antara sentuhan manusia dan klik teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris,” katanya.

Memandangkan Sarawak akan menjadi sebahagian daripada rantau global Asia terutama melalui industri-industri besar di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Fatimah memberitahu, kemahiran dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa global adalah satu nilai tambah dan kebolehpasaran kerja.

“Pelajar kita mesti memahami sepenuhnya bahawa penguasaan bahasa Inggeris selain bahasa rasmi negara adalah prasyarat untuk masuk ke dalam ekonomi global,” katanya.

Wanita dibelasah, diheret dan ditolak dari jambatan
KUCHING: Seorang isteri nyaris maut selepas ditolak oleh suaminya dari sebuah jambatan selepas dia dikatakan enggan memberikan wang kepada suaminya itu, lewat petang kelmarin.

Mangsa, 30, juga dikatakan telah dibelasah oleh suaminya sebelum dia diheret ke jambatan tersebut yang terletak berhampiran Kampung Sungai Maong di sini, sekitar jam 6.30 petang.

“Saya telah dipukul serta diterajang olehnya di seluruh badan saya.

Selepas itu, dia menarik rambut saya dan mengheret saya ke jambatan itu lalu menolak saya ke dalam sungai, tetapi nasib saya dapat menyelamatkan diri selepas itu,” katanya.

Mangsa berkata demikian ketika membuat laporan polis berhubung kejadian pada hari yang sama.

Ekoran insiden itu, menurut mangsa, dia mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk mengalami calar di kaki serta lebam.

“Dia juga turut mencekik leher saya dan menampar muka saya beberapa kali dan akibatnya, saya mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat diheret dan sakit di seluruh badan dan kepala saya,” katanya lagi.

Menurut mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan, insiden tersebut bukan yang pertama kali berlaku.

“Ini bukan kali pertama dia berbuat sedemikian terhadap saya, malah dia juga pernah mengugut akan membunuh saya setiap kali kami bergaduh,” jelasnya.

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan siasatan masih dijalankan.

M’sia di kedudukan ke-75 dunia dari segi kebersihan
MIRI: Malaysia kini berada di kedudukan ke-75 dari segi kebersihan di kalangan negara-negara di dunia, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata, bagi memperbaiki kedudukan itu, kebersihan secara menyeluruh terutama kawasan bandar dan bandar raya perlu dipertingkatkan.

“Kita perlu mempertingkatkan tahap kebersihan sekelililing dalam membantu meningkatkan industri pelancongan serta menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat untuk diterokai pelancong,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen 1Malaysia Bersih dan Indah (1MG1MC) di Luak Esplanade Miri di sini, semalam.

Abang Johari berkata, Sarawak amat bertuah kerana mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya bagi pelancong yang ingin melihat keindahan semula jadi dan persekitaran hijau seperti Taman Negara Lambir dan Taman Negara Niah.

Justeru, katanya, rakyat Sarawak khususnya golongan belia perlu memainkan peranan dalam memelihara alam semula jadi bagi memastikan ia terus kekal untuk diterokai bukan sahaja oleh pelancong, bahkan untuk generasi akan datang.

Beliau berkata, tahun lalu industri pelancongan menjana sejumlah RM60.

6 bilion daripada kedatangan 25 juta pelancong dan RM9 bilion adalah dari Sarawak yang mencatatkan kedatangan kira-kira 4 juta pelancong.

“Untuk menarik lebih ramai pelancong pada tahun ini dan tahun- tahun akan datang, kita perlu meningkatkan kemudahan pelancongan dan infrastruktur termasuk meningkatkan kebersihan persekitaran,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri menyediakan sejumlah peruntukan hanya bagi tujuan berkenaan dan peruntukan lain turut disalurkan oleh kerajaan persekutuan.

Sementara itu, kira-kira 600 sukarelawan terdiri daripada orang awam, pegawai serta kakitangan jabatan dan agensi persekutuan dan negeri, pelajar sekolah, belia, penggiat industri pelancongan, institusi pengajian awam dan swasta terlibat menjayakan kempen semalam.

Kempen terbabit merupakan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Sarawak dengan tujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menjaga kebersihan tempat-tempat pelancongan di seluruh negara.

Antara aktiviti yang diadakan ialah membersihkan kawasan pantai Luak Esplanade, menanam pokok, sukan rakyat dan persembahan tarian kebudayaan.

Hadir sama Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Sarawak Radiah Muhammad.

Teruskan kematangan politik Dayak
KEK KEMENANGAN: (Dari kiri) William Nyalau, Aaron, Masing, Entulu, Salang, Masir dan Ugak meniup lilin pada kek bagi meraikan kemenangan mudah PRS pada PRU13, malam kelmarin. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berharap kematangan politik di kalangan masyarakat Dayak akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Dengan adanya kematangan politik, Masing percaya masyarakat Dayak tidak akan dipandang rendah oleh kumpulan lain serta tidak lagi dianggap sebagai pihak yang boleh dijual demi kepentingan peribadi.

“Beberapa parti politik berada dalam keadaan kucar-kacir selepas hari penamaan calon 20 April lepas di mana mereka yang tidak dicalonkan mula marah dan menentang parti mereka sendiri.

“Tetapi kita di PRS tetap bergabung rapat dan berjuang sebagai pasukan yang bersatu menentang pihak lawan sehingga berjaya menyapu bersih kesemua enam kerusi Parlimen yang diperuntukkan.

“Ini menunjukkan kematangan kita dalam politik dan saya amat bangga menjadi pemimpin sebuah parti yang masih bersatu walaupun ada usaha untuk memecahbelahkan PRS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokong dan ahli-ahli PRS pada Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan PRS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di KTS Garden di sini malam kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya, Masing memberikan penghargaan kepada semua warga PRS di seluruh Sarawak kerana telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan seperti yang dikecapi pada hari ini.

Katanya, walaupun PRS merupakan parti termuda dalam gabungan Barisan Nasional (BN), ia berjaya menghadapi segala rintangan yang datang dan memperoleh kemenangan yang besar.

“Pada masa ini, PRS merupakan parti yang keempat terbesar di Malaysia selepas UMNO yang menang 88 daripada 120 kerusi, manakala PBB menang kesemua 14 kerusi, MCA menang tujuh daripada 37 kerusi dan PRS menang kesemua enam kerusi.

“Di Sarawak pula, kita adalah parti yang kedua terbesar dan ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan oleh sebuah parti yang lahir hanya lapan tahun lalu dan yang termuda dalam gabungan BN,” katanya.

Tambah Masing yang juga Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah, tidak ramai penganalisis politik di Malaysia yang memberi kita peluang untuk memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Malah, katanya, ada yang meramalkan bahawa PRS akan kehilangan kesemua enam kerusi tersebut dan tidak kurang juga yang meramalkan kekalahan di Selangau, Hulu Rajang dan Lubok Antu.

“Namun di ketiga-tiga kawasan tersebutlah di mana kita telah menang dengan majoriti yang besar, malah penganalisis politik meramalkan Selangau adalah kerusi yang paling goyah tetapi kini menjadi kerusi PRS yang paling kuat,” katanya.

Pada majlis itu, Masing turut memberi penghormatan kepada keenam-enam Ahli Parlimen PRS yang telah menang iaitu, Datuk Joseph Entulu Belaun (Selangau), Datuk Joseph Salang Gandum (Julau), Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), Masir Kujat (Sri Aman), William Nyalau Badak (Lubok Antu) dan Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang).

Turut hadir Setiausaha Agung PRS Datuk Wilfred Nissom, Ketua Pemuda PRS Datuk Mong Dagang, Ketua Pergerakan Wanita Senator Datuk Sophia Doris Brodie, Pengerusi Pengelola Majlis Wilson Nyambong serta yang lain.

Usah emosional hadapi isu melibatkan parti, BN
KUCHING: Penyokong dan ahli-ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) diingatkan supaya tidak bertindak secara emosional ketika berdepan sebarang isu yang melibatkan parti dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun berkata demikian merujuk kepada barisan kabinet persekutuan yang membangkitkan rasa kecewa di kalangan penyokong dan ahli-ahli parti itu.

Tegas Entulu, dalam apa jua keadaan atau masalah yang berlaku dalam parti, penyokong dan ahli-ahli parti harus kekal bersatu dan bukannya bertindak sebaliknya yang mana akhirnya akan menjejaskan parti.

“Memang kita agak kecewa kerana tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada BN selepas kejayaan kita memberikan mandat yang besar kepada BN untuk menerajui pemerintahan negara bagi tempoh lima tahun lagi.

“Bagaimanapun, pihak parti menerusi Presiden Tan Sri James Masing dalam proses perbincangan bersama Perdana Menteri untuk mempertimbangkan semula portfolio yang sewajarnya untuk wakil kita PRS dalam kabinet persekutuan.

“Sebab itu, saya meminta semua penyokong dan ahli-ahli parti agar tidak bertindak mengikut emosional dan memahami apa yang cuba dilakukan oleh pucuk pimpinan kita dalam menangani perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan PRS pada PRU13 di KTS Garden di sini, malam kelmarin.

Majlis tersebut bukan sahaja untuk meraikan kejayaan enam calon yang berjaya memenangi kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PRS, malah pada masa sama menghargai sokongan dan kerjasama semua ahli dan jentera parti yang telah membawa kepada kejayaan PRS.

Terdahulu dalam ucapannya, Entulu yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata kejayaan PRS menyapu bersih kesemua enam kerusi yang diperuntukkan pada PRU13 didorong oleh semangat perpaduan yang tinggi di kalangan semua ahli dan jentera parti.

Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan ia boleh meruntuhkan keutuhan sesebuah parti seperti yang pernah berlaku dalam parti-parti Dayak sebelum ini.

Namun demikian, katanya, PRS bernasib baik kerana memiliki Masing, seorang pemimpin yang berkaliber serta mampu menerajui parti daripada berpecah meskipun berdepan pelbagai cabaran yang cuba menggugat parti.

Mengulas mengenai kemenangannya di Selangau dengan majoriti 7,555 undi, Entulu yang baharu dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ia membuktikan bahawa masyarakat Dayak di kawasan tersebut tidak berpecah.

Katanya, laporan awal risikan mengatakan Selangau merupakan kawasan hitam yang tidak mungkin dapat beliau pertahankan pada PRU13 apabila menerima tentangan daripada Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) Datuk Sng Chee Hua.

Tetapi, menurut Entulu, hasil kerja keras beliau dan jenteranya sepanjang menyandang kerusi itu serta ketika tempoh rasmi berkempen, akhirnya terbukti beliau dan BN masih diperlukan di kawasan itu dan bukannya individu lain.

Gaya hidup kurang sihat faktor peningkatan NCD
BINTULU: Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti amalan gaya hidup yang kurang sihat menjadi faktor penting peningkatan penyakit tidak berjangkit atau ‘Non-communicable diseases’ (NCD).

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata Kementerian Kesihatan memberi tumpuan dan komitmen penuh menangani masalah NCD itu di peringkat penjagaan primer melalui klinik-klinik kesihatan.

Katanya, Pelan Strategik Kebangsaan untuk NCD telah dibentuk pada 2010 memperkukuh usaha Kementerian Kesihatan dalam mencegah peningkatan penyakit kardiovaskular dan diabetes dengan lebih berkesan.

“Promosi pemakanan sihat merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bersama jabatan kerajaan dan bukan kerajaan dalam mendidik penduduk negeri ini tentang amalan makan secara sihat dan gaya hidup aktif,” katanya pada sambutan Bulan Pemakanan 2013 ‘Juh Hidup Sihat’ Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Esplaned di sini, semalam.

Jelasnya, usaha itu bertujuan membendung masalah NCD dan obesiti yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia pada ketika ini.

“Selaras dengan strategi yang digaris dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia 2006-2015,” katanya sambil menambah usaha membendung masalah pemakanan dan kesihatan harus dilengkapi dengan mendapat kerjasama swasta, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meningkat amalan makan secara sihat dan gaya hidup aktif.

Menurutnya, peningkatan NCD merupakan fenomena global yang mana pada September 2011, pemimpin-pemimpin dunia melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan Deklarasi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit.

“Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan kelaziman obesiti telah meningkat lebih kurang tiga kali ganda iaitu 4.4 peratus tahun 1996 kepada 15.1 peratus tahun 2011 dengan meletakkan angka orang dewasa di Malaysia yang obes pada 2.5 juta orang,” katanya.

Beliau berkata, kelaziman kencing manis juga meningkat daripada 11.6 peratus tahun 1996 kepada 15.2 peratus tahun 2011 dalam kalangan orang dewasa iaitu lebih kurang 2.6 juta rakyat Malaysia.

Manakala kelaziman tekanan darah tinggi kekal pada 32.7 peratus dengan anggaran 5.8 juta rakyat Malaysia dan 35.1 peratus atau 6.2 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi.

“Yang paling membimbangkan, kadar rakyat Malaysia yang mempunyai NCD tetapi tidak dikesan dijangka meningkat lebih tinggi,” ujarnya sambil menjelaskan amalan pemakanan tidak sihat, hidup tidak aktif, tekanan, alkohol dan merokok memainkan peranan penting dalam peningkatan NCD.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemakanan Bong Mee Wan, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr Azlee Ayub dan Pengarah Hospital Bintulu, Dr Mohd Nasir Habib.

Peningkatan NCD punca utama kematian awal
BINTULU: Peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan punca utama kematian awal dalam kalangan orang dewasa di negara ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Datu Dr Zulkifli Jantan berkata kesan NCD adalah ketidakupayaan dan kematian kalangan rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan umur masih produktif menjana ekonomi negara.

Katanya, keadaan ini memberi impak negatif terhadap sistem kesihatan awam yang dibebani kos rawatan dan pemulihan yang tinggi bagi pesakit-pesakit kronik contohnya pesakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi yang memerlukan penjagaan kesihatan sepanjang hayat.

Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius masalah NCD dan peningkatannya di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

“Antara faktor penyumbang NCD ialah gaya hidup orang dewasa yang kurang aktif dan amalan pemakanan yang kurang sihat,” katanya pada majlis perasmian sambutan Bulan Pemakanan 2013 `Juh, Hidup Sihat’ Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Esplaned semalam.

Katanya, tabiat makan hari ini berubah yang mana lebih ramai orang dewasa dan ahli keluarga mereka menghabiskan masa makan di luar rumah, manakala generasi muda lebih cenderung memilih makanan segera.

“Tingkah laku sebegini menyumbang kepada masalah kesihatan seperti obesiti, paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah tinggi dalam kalangan orang dewasa,” tambahnya.

Beliau berkata, Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) 2006-2015 merupakan satu pelan pemakanan yang komprehensif untuk pembangunan pemakanan negara.

Jelasnya, pelan ini terdiri daripada strategi, aktiviti dan sasaran tertentu telah melibatkan usaha dan komitmen menyeluruh daripada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

Katanya, di bawah NPANM, banyak program intervensi pemakanan dijalankan iaitu latihan pembekal makanan sihat untuk pengusaha kantin, katerer serta tukang masak di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan menekankan aspek kebersihan dan penyediaan hidangan sihat.

“Diikuti pengiktirafan kafeteria sihat untuk pengusahanya, promosi pemakanan sihat di sekolah dengan memantau penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah serta pengurusan berat badan murid-murid, Kembara Riang Ria dan Promosi Pemakanan Sihat di pasar raya besar seperti Giant,” katanya.

Selain itu, sambutan Bulan Pemakanan merupakan salah satu aktiviti di bawah NPANM yang dilaksanakan setiap tahun di seluruh negara.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah kesihatan, latihan pembekal makanan sihat, `juh’ kayuh sihat, karnival pemakanan untuk orang dewasa dan kanan, pameran kesihatan dan saringan kesihatan.

TUKA edisi ke-10 mendapat sambutan menggalakkan
MIRI: Acara tahunan bagi mengumpul dana anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri, Tarian Untuk Kemanusiaan Antarabangsa (TUKA) edisi ke-10 berlangsung pada 23 Jun ini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam termasuk badan korporat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datin Judy Wan Morshidi berkata penyumbang terbaharu ialah Persatuan Melayu Miri (PMM) yang baru-baru ini menderma sebanyak RM1,500.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden PMM, Datuk Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman semasa kunjungan jawatankuasa penganjur TUKA ke premis PMM tersebut.

“Selain memberi derma, PMM juga menghantar kumpulan penari untuk membuat persembahan semasa TUKA nanti. Turut menderma sebanyak RM1,000 ialah ahli Persatuan Wanita Petroleum Miri (PWPM) Rosie Chin,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Judy memuji Wan Morshidi yang juga suaminya di atas sumbangan yang pertama kali oleh PMM dan berharap pihak lain akan mencontohi beliau.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PBSM Miri menambah, pihaknya turut menerima sumbangan sejumlah RM10,000 pada Mac lalu daripada syarikat pelaburan yang baharu dibuka iaitu di Miri iaitu Global Peace And Loving Family.

“Kita tersentuh hati dengan penderma yang begitu bermurah hati dan juga kumpulan penari yang bekerjasama mengumpul dana daripada orang awam. Setiap sen dan apa jua bentuk sumbangan amat dihargai,” ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 50 kumpulan penari termasuk dari Kuching, Indonesia, Jepun dan penari tempatan dari Kolej Antarabangsa Fajar dan Sekolah Antarabangsa Tenby mengesahkan penyertaan dalam acara tersebut.

“Kita menyasarkan seramai 100 penari untuk mengambil bahagian dalam persembahan tanpa henti bakal berlangsung di Stadium Tertutup Miri, sekali gus mencatat Malaysia Book of Records,” katanya.

Sementara itu, kad bagi mengumpul derma telah diedarkan kepada orang ramai termasuk ahli-ahli, organisasi dan agensi berkaitan dan setiap derma RM5, orang awam layak memenangi hadiah cabutan tiket bertuah iaitu tiga hadiah utama di samping hadiah sagu hati yang lain.

Kerjasama antara jabatan k’jaan, swasta dan NGO penting capai KPI
MALAM PENGHARGAAN: Antonio Kahti (duduk tengah) bersama tetamu semasa makan malam penghargaan di Miri malam semalam.

MIRI: Kira-kira 350 kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diraikan dalam satu majlis makan malam penghargaan anjuran Pejabat Residen dan Daerah Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club malam semalam.

Mereka merupakan penyelaras dan petugas yang membantu jentera Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Miri pada 5 Mei lalu.

Berucap pada majlis tersebut, Residen Miri Antonio Kahti Galis berkata, kerjasama antara jabatan kerajaan, swasta dan NGO amat penting untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang tinggi di peringkat negeri.

“Saya berharap selaku penganjur, semua pihak terus bekerjasama dalam menjayakan aktiviti dan menggembleng tenaga sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan,” katanya.

Sementara itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, cabutan tiket bertuah dan penyampaian sijil penghargaan untuk semua jabatan yang terlibat.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kok Keong, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau, Datuk Sebastian Ting, Temenggung Abdul Rahman Fadzail, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf, ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta dan wakil NGO.

Tolong perjelas dengan terperinci
KUCHING: Bon Fire Team Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggesa Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen mendedahkan dengan jelas serta terperinci mengenai pendekatan digunakan bagi membantu rakyat memohon dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Ahli Bon Fire Team yang juga Ketua Pemuda SUPP Pusat Tan Kai berkata, Chong juga perlu mendedahkan sama ada beliau dan Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) lain telah diperuntukkan dana MRP.

“Dana MRP diperuntukkan hanya untuk Ahli Parlimen dipilih dan bagi Ahli Parlimen BN, mereka menggunakan saluran melalui Pejabat Daerah dan formula yang sama digunakan di negeri Pakatan Rakyat memerintah di mana hanya Ahli Parlimen Pakatan diberi peruntukan tersebut.

“Oleh itu, apabila Yang Berhormat Chong mendakwa beliau boleh membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memohon dana ini, saya ingin mengetahui sama ada beliau dan Ahli Parlimen DAP lain telah diperuntukkan dana MRP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bon Fire Team yang dihadiri ahli-ahli lain iaitu Amy Tnay selaku Ketua Wanita SUPP, Sivanesan Sanmugalingam dan Hannah Kho di Ibu Pejabat SUPP di sini, semalam.

Memberi respons kepada kenyataan Chong yang juga Setiausaha DAP Negeri sebelum ini bahawa kebanyakan NGO tidak bergantung semata-mata kepada dana kerajaan untuk menjalankan operasi, Tan Kai berkata realitinya ialah kebanyakan NGO masih kekurangan platform atau keupayaan untuk berdikari.

“Banyak NGO terutamanya badan-badan amal mengalami kekangan kewangan dan beliau (Chong) tidak sensitif untuk membuat kenyataan sedemikian. Ini kerana dana MRP akan membawa perubahan,” katanya.

Malangnya, ujar Tan Kai, SUPP telah kehilangan enam daripada tujuh kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, sekali gus memberi impak dari segi dana MRP kepada NGO.

“Mungkin ramai di kalangan kita tidak tahu tetapi setiap Ahli Parlimen BN telah diperuntukkan dana MRP sebanyak RM4 juta pada tahun lepas di mana ia diagihkan kepada pelbagai NGO di negeri ini.

“Bagaimanapun, kehilangan enam kerusi Parlimen juga bermakna kita kehilangan RM24 juta yang boleh secara drastik meringankan beban kewangan banyak NGO berskala kecil,” tegas Tan Kai.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Timbalan Presiden SUPP yang juga Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot Jaem sebagai Menteri Sumber Manusia, pihak Pemuda SUPP pusat yakin beliau akan memberikan yang terbaik.

“Beliau akan memberikan usaha yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia, terutama rakyat di konstituensinya kerana beliau telah diberi mandat oleh pengundi untuk berkhidmat kepada mereka bagi satu lagi penggal,” katanya.

12 Pengerusi Bahagian SPDP kecewa tiada wakil
SIBU: Seramai 12 Pengerusi Bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) wilayah tengah kecewa berikut ketiadaan wakil parti itu kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi SPDP, Kaunselor James Laju Ambok berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu SPDP memenangi kesemua empat kerusi yang diperuntukkan seterusnya menyumbang kepada usaha menjadikan Sarawak sebagai simpanan tetap BN.

“Malangnya, apabila kabinet persekutuan baharu dibentuk, tiada seorang pun Ahli Parlimen SPDP dilantik untuk membarisi kabinet tersebut.

“Ini sesuatu yang mengecewakan terutamanya di kalangan ahli dan juga penyokong parti,” katanya di sini semalam.

Rentetan itu, satu surat memohon pertimbangan Najib dengan ditangani semua pengerusi bahagian SPDP wilayah tengah akan disampaikan ke pejabat Perdana Menteri, Isnin ini.

Selain itu, surat yang sama turut ditangani pengerusi bahagian lain parti itu seluruh negeri agar Ahli Parlimen dari SPDP dipertimbangkan untuk dilantik ke kabinet sama ada menjawat jawatan timbalan menteri atau menteri penuh.

Menurut James, sebelum ini SPDP diperuntukkan dua kerusi timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang disandang Datuk Jacob Dungau Sagan dan Timbalan Menteri Pengangkutan yang dijawat oleh Jelaing Mersat.

Katanya, SPDP sebelum ini telah menghantar tiga nama iaitu Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dan Ahli Parlimen Mas Gading, Anthony Nogeh.

Tiong dilihat lebih berpotensi menjawat jawatan menteri penuh selepas kejayaannya mengekalkan kerusi Parlimen Bintulu buat kali keempat berturut-turut.

Selain itu, Tiong juga adalah Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

James yang juga Pengerusi SPDP Bahagian Bawang Assan memberi jaminan bahawa parti itu kekal bersama BN, walaupun diselubungi perasaan kecewa.

Justeru, pertimbangan Najib amat bermakna kepada parti bagi meyakinkan sokongan ahli-ahli parti dan juga rakyat Sarawak.

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi SPDP merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri, Paul Igai.

Sasar 1,000 golongan miskin dalam AZAM Kerja 1Malaysia tahun ini
KUCHING: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kementerian Sumber Manusia menetapkan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) seramai 1,000 penyertaan golongan miskin tegar dalam AZAM Kerja 1Malaysia tahun ini dalam usaha mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan JTK Sarawak Bruno Jong berkata, sasaran itu melibatkan 16 cawangan JTK di seluruh negeri.

“Terdapat tiga jenis kemiskinan iaitu miskin, separa miskin dan miskin tegar, jadi kita mahu keluarkan mereka dari garis kemiskinan itu serta mendapat pekerjaan.

“AZAM Kerja 1Malaysia merupakan program di bawah JTK dan kita ambil mereka yang miskin atau berpendapatan rendah untuk program ini iaitu secara rambang dari pangkalan data e-Kasih,” katanya pada sidang media Penempatan AZAM Kerja 1Malaysia di sini, semalam.

Terdapat penyertaan sebanyak 20 operator pekerjaan dengan 967 kekosongan jawatan ditawarkan pada program semalam.

Daripada jumlah itu, pengkelasan dibuat berdasarkan kategori pekerjaan iaitu penggubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus sebanyak 46 kekosongan, profesional (18), juruteknik dan profesional bersekutu (37), perkeranian (26), perkhidmatan (501), operator loji dan mesin pemasangan (71) dan pekerjaan asas (268).

“Setiap 16 cawangan JTK di negeri ini dikehendaki mencapai KPI antara 63 dan 80 peserta untuk program AZAM Kerja 1Malaysia ini.

“Kami menjalankan pelbagai aktiviti antaranya motivasi, kursus temu duga, cara menulis ‘resume’ dan banyak lagi, dan maklum balas akan dikaji selepas mereka diambil bekerja nanti.

“Kami turut berhasrat untuk menjalankan satu lagi program penempatan kerja sebelum menjelang penghujung tahun ini tetapi ia akan dimuktamadkan kemudian,” ujarnya.

Program sama akan diadakan di Dewan Suarah, Kota Samarahan dari 13 hingga 15 Jun depan.

Nabil azam bantu sebar dasar transformasi kerajaan
KUCHING: Sebagai ikon generasi muda, pelawak terkenal tanah air Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil berazam untuk membantu kerajaan terutama dalam aspek menyebarkan maklumat mengenai dasar dan program transformasi.

Beliau berkata, usaha itu penting agar generasi muda bersifat lebih terbuka untuk menerima setiap inisiatif kerajaan ke arah mencapai status negara maju.

Sebagai pelakon muda, menurutnya, watak yang ditampilkan dalam bidang lakonan diyakini mampu mempengaruhi generasi muda.

“Apa yang saya lakukan dalam bidang lakonan adalah untuk memberi pengaruh kepada anak muda.

“Ia (lakonan) merupakan platform terbaik untuk menggalakkan anak muda menyokong kerajaan,” katanya pada sidang media ketika sesi bertemu peminat semalam.

Selain menerusi lakonan, beliau yang juga aktivis laman sosial berkata, laman sosial turut digunakan untuk mempengaruhi generasi muda.

“Ini (laman sosial) merupakan idea baharu yang dilihat perlu digunakan dengan lebih kerap untuk menyampaikan maklumat kepada anak muda,” ujarnya.

Seorang lagi pelawak terkenal, Angah Iskandarsah mendedahkan perkembangan terbaharunya adalah terlibat dengan program Warong Angah.

“Program ini lebih berkonsepkan tanggungjawab korporat bagi membantu golongan kurang mampu,” jelasnya.

Menerusi program itu, beliau akan berniaga di pasar malam bersama peminat dan keuntungan yang diperolehi akan diagihkan kepada orang susah.

Sementara itu, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Soedirman Aini berkata, kehadiran kedua-dua pelawak itu adalah sempena Hari Keluarga SEDC yang diadakan di Damai Beach Resort.

“Seramai 874 orang kakitangan dan keluarga SEDC menyertai Hari Keluarga ini yang turut diserikan dengan senamrobik, sukan pantai, peraduan mewarna kanak-kanak serta persembahan,” katanya.

Kanak-kanak jadi lebih kuat dan sihat dengan Pureen Kids Kolostrum!
Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan faktor imun seperti imunoglobulin, laktoferin dan lain-lain protein khusus untuk melindungi badan kita.

Antara pelbagai faktor imunisasi, imunoglobulin G (IgG) memainkan peranan yang paling penting kerana ia adalah antibodi aktif yang paling banyak dijumpai dalam darah dan sistem limfa.

Pureen Kids Colostrum – Kini Membekalkan 40% IgG!

Pureen Kids Kolostrum adalah dirumus khas dengan kolostrum dari US yang mengandungi kepekatan IgG yang lebih tinggi, iaitu 40% IgG untuk melindungi kanak-kanak daripada bakteria. Kolostrum ini adalah diperolehi dari ladang ternakan lembu organik untuk memastikan ia selamat dimakan dan TIDAK MENGANDUNGI antibiotik, hormon, racun perosak dan bahan-bahan GMO (Ubahsuaian genetik)!

Manfaat Kesihatan Tambahan Daripada Pureen Kids Kolostrum

Selain kolostrum, Pureen Kids Kolostrum juga diperkaya khas dengan Kalsium Susu Asli dan alga-DHA yang membekalkan kalsium dan mineral penting untuk menggalakkan pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat di kalangan kanak-kanak.

Tambahan pula, Pureen Kids Kolostrum ditambah dengan Xylitol, sejenis gula asli yang tidak menyebabkan kerosakan gigi. Kanak-kanak anda kini boleh menikmati dan mengunyah Pureen Kids Kolostrum Tablet Kunyah tanpa kerosakan gigi! Sedap lagi sihat!

Pureen Kids Kolostrum Tablet Kunyah didapati dalam bentuk koala yang comel dengan 3 perisa yang sedap, iaitu Oren, Blackcurrant dan Nanas! Produk ini adalah sesuai untuk kanak-kanak satu tahun dan ke atas. Kanak-kanak hanya memerlukan 2 tablet kunyah sehari untuk badan yang lebih sihat dan kuat!

Usah tunggu lagi! Dapatkan Pureen Kids Kolostrum Tablet Kunyah dari farmasi berdekatan anda SEKARANG! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-76288830 atau layari www.pureen.com.my.

Artikel ini disumbangkan oleh Summit Company (M) Sdn Bhd.

Ibu bapa perlu seiring perubahan hidup
MIRI: Peranan ibu bapa sekarang harus seiring dengan perkembangan dan perubahan corak hidup moden, agar mereka mampu menangani cabaran-cabaran membesarkan anak-anak dan mengukuhkan institusi keluarga.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus khuatir kelemahan ibu bapa kerana kurang keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri dan tidak peka terhadap situasi semasa akan sedikit sebanyak akan menghakis rasa hormat anak.

“Kita takut keadaan menjadi terbalik iaitu ibu bapa takut dengan anak,” katanya pada majlis makan malam sempena Hari Ibu anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.64 Pujut di sini malam kelmarin.

Menurut Rosey, senario kehidupan sekarang banyak mempengaruhi sikap anak-anak khasnya menerusi pergaulan dengan rakan dan Internet.

Hubungan ibu bapa dan anak-anak akan bertambah renggang sekiranya ibu bapa tidak berupaya mengurus masa mereka sendiri kerana kesibukan bekerja, katanya.

“Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa bersedia meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Ini kerana, anak-anak kita adalah aset penting untuk kita,” tegas Rosey.

Sementara itu, Ketua Wanita PBB Pujut, Laila Mohamad berkata aktiviti tahunan itu dianjurkan untuk mengenang sumbangan dan memberi penghargaan terhadap golongan ibu.

“Ibu adalah nadi keluarga. Ibu memainkan peranan besar dalam mencorak hidup generasi dan masyarakat. Peranan harus juga dikongsi dengan golongan bapa. Kerjasama ibu bapa akan membantu kita mencapai agenda pembangunan masyarakat dan negara,” jelas Laila.

Majlis bertemakan era 60-an diserikan dengan persembahan nyanyian, tarian, pertunjukan fesyen tudung, tiket bertuah dan pemilihan ibu anggun.

Hadir sama Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau, Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Suzzanne Lee, Ketua Wanita PBB Senadin, Nilawati Simat dan Kaunselor Khatijah Datuk Muip.

Program ‘Katakan Ya Kepada Pengkomposan Sisa’ esok
MIRI: Miri Local Agenda 21 (LA21) Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kerjasama Pustaka Miri akan mengadakan Program ‘Katakan Ya Kepada Pengkomposan Sisa’ di Pustaka Miri pada esok (Isnin) bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Program berkenaan dianjurkan sempena sambutan Hari Bandar Raya Miri kelapan dan Miri May Fest.

Mereka yang berminat menyertainya boleh menghubungi Pegawai LA21 MBM, Dayang Siti atau Simon Nawang di talian 085-433501 (sambungan) 295 atau 286 pada waktu pejabat.

Sementara itu pada sebelah paginya, Institut Pengurusan Malaysia (MIM) turut menganjurkan ‘MIM – KAS CSR BOOT CAMP’ di Sarawak Ballroom 2, Marriot Resort & Spa Miri bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pendidik tonggak utama dalam pembangunan
MIRI: Golongan pendidik merupakan tonggak dan nadi utama dalam pembangunan untuk sesebuah negara, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau Jok.

Beliau menyifatkan guru sebagai penyumbang asas terhadap tenaga kerja pada masa hadapan.

“Setiap anak didik atau pelajar adalah sumber tenaga manusia yang sangat penting kepada negara,” katanya pada Majlis Jamuan Hari Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut 2013 di sini malam kelmarin.

Menurutnya, guru harus bekerjasama untuk memastikan sumber tenaga manusia meningkat dan berkualiti pada masa hadapan.

“Kita sedar zaman dah berubah dan keperluan untuk negeri terus maju adalah bergantung kepada kualiti pelajar yang bakal menyumbang tenaga mereka suatu hari nanti,” jelasnya.

Beliau memberikan contoh Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang sangat memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir ketika dilaksanakan kelak.

“Tidak kira sama ada tenaga mahir atau separa mahir, ia semua memerlukan kepakaran dan semuanya berada di dalam arus dunia berteknologi tinggi,” ujar Dennis.

Katanya, ini tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan negeri dan negara khasnya tidak ketinggalan dari segenap aspek.

Pada masa sama, ia turut bakal memperlengkap rakyat ke arah masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Dennis juga mengiktiraf segala bebanan digalas dan pengorbanan yang terpaksa diharungi oleh para guru dalam menjalankan kewajiban mereka.

“Oleh itu, kita harap semua pihak (guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling) dapat bekerjasama demi kebaikan masa depan secara total,” katanya.

Pada malam sama, jamuan turut bertujuan untuk menyambut ulang tahun ke-10 kewujudan SMK Pujut serta pelbagai anugerah dan penghargaan diberikan kepada warga pendidik sekolah berkenaan.

Turut hadir Pengetua Sumarni Said dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Albert Bangau Pengarah.

Ponton tenggelam jejas perkhidmatan bot
TENGGELAM: Keadaan ponton-ponton di Terminal 1 Sarikei yang tenggelam, semalam.

SARIKEI: “Kita dan masyarakat kecewa dengan sikap pihak berkaitan mengabaikan aduan masyarakat berkenaan masalah salah satu ponton di Terminal 1 Sarikei yang bocor petang kelmarin dan seterusnya mengakibatkan empat ponton lain turut tenggelam hari ini (semalam),” kata Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.

Jika pihak berkaitan mengambil berat terhadap aduan tersebut dan mengambil langkah drastik untuk mengatasinya, beliau yakin ponton-ponton tersebut tidak akan tenggelam.

“Masalah ini telah menyukarkan semua pengguna kemudahan di terminal tersebut, terutamanya pengguna bot-bot ekspres, khususnya dalam kerja punggah-memunggah barang serta urusan lain yang melibatkan beban.

“Kita menerima aduan orang ramai mengenai masalah ini dan satu perkara yang lebih mengecewakan ialah ada pengadu memberitahu pihak terbabit lebih bersikap seperti endah tak endah.

“Malah, beberapa orang pengadu berkata pihak terbabit turut berkata kepada mereka dalam nada yang berbaur ejekan, agar memberitahu dan mengadu masalah berkenaan kepada wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang memenangi kerusi Parlimen Sarikei pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) lalu,” katanya ditemui di sini semalam.

Tambahnya, perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku dan jika aduan masyarakat benar ini menggambarkan bahawa kakitangan pihak berkaitan tidak profesional dalam menjalankan tugas.

“Sepatutnya masalah ini tidak patut berlaku, di mana perkhidmatan yang sewajar kepada masyarakat tidak seharusnya dipolitikkan.

“Kemudahan ini bukannya untuk kegunaan pihak kita (DAP), tetapi adalah kemudahan semua pihak dan rakyat di negeri ini,” tegas Andrew.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dr Wong Hua Seh yang turut berada di lokasi tersebut semalam berkata, kelalaian dan sikap tidak peka pihak berkaitan terhadap aduan yang disampaikan masyarakat mengakibatkan pembaziran wang rakyat.

“Sekiranya masalah ponton bocor tersebut dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas, kita yakin masalah ini tidak akan berlaku dengan lebih serius.

“Sekarang, kelima-lima ponton tersebut telah tenggelam dan kita yakin untuk menimbulkan kembali ponton-ponton tersebut akan menelan perbelanjaan yang besar dan kerja-kerja yang banyak.

“Apa yang pasti sekarang ini ialah ponton-ponton tersebut sudah pasti akan dipenuhi oleh lumpur,” ujar Wong.

Menurut Wong, pihaknya telah menghubungi pihak jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei berbincang dengan segera pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Sementara itu, seorang pengusaha sebuah bot laju yang ditemui berkata, masalah kebocoran di ponton yang terletak di bahagian tengah terminal tersebut disedari beberapa pengusaha petang kelmarin.

“Sebaik sahaja mereka sedar masalah tersebut, mereka terus membuat aduan secara lisan kepada pihak berkaitan. Namun, hingga ke awal pagi tadi (semalam) belum ada usaha pihak bertanggungjawab mengatasi masalah berkenaan seperti mengepam keluar air yang memenuhi ruangan ponton yang bocor itu.

“Sekitar jam 7.45 pagi tadi (semalam), ponton yang bocor itu telah dipenuhi oleh air dan terus tenggelam dan sekitar 9.30 pagi yang sama juga kelima-lima ponton itu turut tenggelam kerana tidak mampu menahan bebanan berat ponton bocor yang tenggelam,” jelasnya yang berusia dalam lingkungan 50-an.

Berikutan ponton di Terminal 1 tersebut tenggelam, segala operasi di lokasi tersebut telah ditutup oleh pihak berkaitan.

Pada masa sama, segala urusan berkaitan perkhidmatan bot ekspres telah berpindah ke Terminal 2 yang terletak di Jalan Bank, Sarikei.

Rata-rata masyarakat yang bergantung sepenuhnya dengan kemudahan ini berharap agar masalah ponton itu dapat diselesaikan secepat mungkin dan beroperasi semula, terutamanya sebelum cuti sekolah dan perayaan Hari Gawai nanti.