BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Sukan

Liga Betong: Pasukan pilihan tunjuk taring
BETONG: Minggu pertama kejohanan Liga Betong-Naim 2013 menyaksikan empat perlawanan yang melibatkan lapan pasukan dengan tiga pasukan mencatatkan kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan.

Pasukan pilihan telah mencatatkan kemenangan apabila juara Liga Betong-Naim tahun lalu, MPOB Elite melakar kemenangan mudah menumpaskan pendatang baharu, Luban FC dengan 7-0.

Begitu juga pasukan 30 Junction, juara Piala Datuk Patinggi Jabu 2012 turut mencipta kemenangan menewaskan PMSB FC dengan 3-1.

Selain itu, pertemuan Pelados E-Putra menentang PDRM Betong juga berkesudahan dengan kemenangan 3-1.

Sementara itu, satu keputusan seri melibatkan perlawanan EG Galaxy yang berkongsi mata dengan AAZ FC apabila mencatatkan keputusan 4-4 dalam perlawanan masing-masing.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Majid Amit menjelaskan bahawa setiap perlawanan dilangsungkan pada minggu pertama yang melibatkan pasukan terbabit nampak memperlihat pasukan pilihan berjaya melepasi halangan masing-masing.

“Meskipun pada awal saingan setiap perlawanan tampak ada pasukan masih gugup dan tidak dapat mengawal permainan dengan sempurna, ini mungkin kerana ada pasukan yang menyenaraikan pemain baharu yang masih belum serasi berganding dengan pemain-pemain bepengalaman.

“Nampak ada juga pasukan menyenaraikan pemain muda dalam barisan pemain, memperlihat keserasian. Ini juga kemungkinan pemain terbabit pernah mewakili sekolah atau bahagian pada kejohanan di peringkat sekolah.

“Penyertaan pasukan baharu pula memperlihat minat mereka untuk bersaing dengan pasukan sedia ada harus dipuji, tetapi dari segi permainan masih jauh untuk menandingi lawan yang lebih berpengalaman,” katanya.

Semalam (Isnin) menyaksikan pertemuan EG Galaxy menentang Pelados E-Putra. Seterusnya perlawanan  MPOB Elite bertemu PDRM Betong (21 Mei), AAZ FC melawan PMSB FC (22 Mei) dan 30 Junction menentang Luban FC (23 Mei).

Semua perlawanan dilangsungkan di Kompleks Sukan Betong. Peminat-peminat bola sepak sekitar Betong dijemput datang menyaksikan perlawanan-perlawanan yang melibatkan semua pasukan bertanding.

22 pasukan bersaing Kejohanan Boling Padang Trofi Tan Sri P Ramlee
BARISAN IMPIAN: Pemain Team N Nurul Asma (kanan), Nurarmizam (dua kanan) dan Sukma C Haninah dan Mohd Haziq (kiri) yang akan menyertai Kejohanan Boling Padang Trofi Tan Sri P Ramlee.

KUCHING: Sejumlah 22 pasukan dijangka bersaing merebut kejuaraan Kejohanan Boling Padang Trofi Tan Sri P Ramlee di gelanggang Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA), Kompleks Stadium Negeri bermula hari ini.

Setiausaha SALBA, Buang Asim berkata sebanyak 18 pasukan telah pun mengesahkan penyertaan pada kejohanan tersebut.

“Kita menerima lebih banyak penyertaan pada tahun ini berbanding pada tahun lalu yang cuma sebanyak 12 pasukan,” katanya di sini semalam.

Mengetuai cabaran negeri ialah Team N, Sukma C, Comel dan PJ United yang muncul empat pasukan terbaik pada Kejohanan Piala Dato Sri Ali Mahmud pada bulan lalu.

Menyertai mereka adalah dua pasukan tempatan dan enam pasukan yang melibatkan atlet bayangan SUKMA.

“Kita mempunyai tiga pasukan dari Singapura dan satu pasukan dari Perlis, Kedah dan Johor,” jelas Buang sambil menambah dua pasukan Terengganu turut mengesahkan penyertaan pada kejohanan selama tiga hari itu.

Buang berkata, pertandingan itu juga menjadi kejohanan kebangsaan terakhir diadakan di Padang SALBA.

Ini kerana, katanya, persatuan bakal mempunyai padang baharu yang akan digunakan pada SUKMA 2016 di Sarawak kelak.

MSSM: Grace rangkul dua pingat emas bantu Sarawak mendahului di depan
AKSI TERBAIK: Grace Wong dalam acara melontar tukul pada Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-55 di Kuantan, Pahang.

KUCHING: Atlet olahraga, Grace Wong Xiu Mei merangkul dua pingat emas untuk membantu Sarawak menduduki tempat pertama pada hari kedua Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-55 di Kuantan, Pahang.

Kelmarin, Sarawak merangkul tujuh lagi pingat emas, empat perak dan lapan gangsa sekali gus meletakkan mereka di tempat teratas punggutan pingat.

Grace nyata tiada tandingan apabila mudah merangkul pingat emas dalam acara melontar cakera dan baling tukul besi.

Beliau merekod lontaran sejauh 34.96m dalam acara lontar cakera, sekali gus memadam rekod yang dilakukan oleh rakan senegeri, Queenie Ting Kung Ni pada 2011 dengan 34.56m.

Dalam acara baling tukul besi, Grace merekod balingan sejauh 42.60m untuk meraih emas.

Sementara itu, Norris Foo pula memenangi emas dalam acara lari berpagar wanita bawah 15 tahun dengan catatan masa 15.09s.

Ia merupakan emas kedua baginya setelah beliau beraksi cemerlang dalam acara 100m pada hari pertama.

Turut cemerlang ialah Quek Lee Yong yang berjaya merangkul emas dalam acara 110m lari berpagar lelaki bawah 15 tahun dengan catatan 14.60s.

Emas lain disumbangkan oleh Willy Ampi Marcos (110m lari berpagar lelaki bawah 18 tahun), Raphael Asun (lontar lembing lelaki bawah 18 tahun) dan Chung Woon Shyen (lontar peluru wanita bawah 12 tahun).

Pengurus Pasukan, Hassan Wa’Gani nyata amat gembira dengan peningkatan mendadak kontinjen negeri pada hari kedua.

“Ini adalah hari yang cukup cemerlang bagi kontinjen negeri setelah berjaya merangkul tujuh pingat emas, dan tiga daripadanya disumbangkan menerusi acara lari berpagar manakala yang lain acara melontar,” katanya semalam.

Hassan turut gembira apabila Willy Ampi Marcos berjaya melakukan kejutan dengan menumpaskan atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam acara 110m lari berpagar lelaki bawah 18 tahun.

“Dengan 10 emas yang kita perolehi, kontinjen Sarawak berjaya memintas Selangor di kedudukan teratas. Saya berharap hari ini kita dapat menambah tiga hingga lima pingat emas dalam acara melontar dan lari berganti-ganti untuk mengukuhkan kedudukan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Hassan memberitahu bahawa kontinjen Selangor, Perak, Sabah dan Pahang akan menjadi saingan sengit Sarawak dalam acara tersebut.

“Apa yang pasti, Sarawak berjaya mencapai separuh daripada sasaran 20 pingat emas dan beliau yakin atlet negeri mampu menghadiahkan lebih banyak pingat emas kali ini.

Awang Jobli bangga prestasi S’wak ketika bertemu Kelantan
KUCHING: Penolong Jurulatih skuad Piala Presiden Sarawak, Awang Jobli Awang Bidin gembira dengan prestasi ditunjukkan oleh anak-anak buahnya semasa pertemuan menentang Kelantan kelmarin.

Katanya, biarpun Sarawak gagal meraih kemenangan dalam pertemuan tersebut, prestasi skuad B itu jelas menunjukkan peningkatan.

“Pujian harus diberikan kepada para pemain kerana menunjukkan permainan yang cukup menghiburkan biarpun kita gagal mendapatkan kemenangan yang diperlukan.

“Pemain telah mencuba sedaya upaya namun nasib tidak menyebelahi kita. Apapun saya tetap berpuas hati kerana pemain berjaya mengaplikasikan apa yang telah dirancang,” katanya.

Menurut Awang Jobli, beliau mahu anak-anak buahnya mengekalkan prestasi itu apabila mereka bertandang ke Stadium Bandaraya menentang Pulau Pinang esok (Khamis).

“Saya yakin kita dapat memperbaiki kedudukan dalam liga sekiranya pemain kekal fokus dan memberi komitmen seratus peratus dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Negeri kelmarin, Sarawak sekadar seri tanpa jaringan dengan Kelantan biarpun menguasai permainan sepenuhnya.

Ayam tambatan, Eugene Thompson paling mencuri tumpuan dengan memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun gagal menemui sasaran.

Sarawak masih kekal pada kedudukan ke-16 setelah melalui 23 perlawanan dengan mengumpul 16 mata.

Sanjung Etika damba kukuhkan kedudukan
KUCHING: Sanjung Etika berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Samarahan-Naim 2013 apabila mereka menjadi tetamu Pulapol FC di Kompleks Sukan Pulapol B pada Jumaat ini.

Pengendal inya, Has san Jahi d menekankan anak-anak buahnya bahawa kemenangan amat diperlukan bagi menjarakkan mereka daripada pencabar Sambir Bistari yang hanya dibezakan satu mata.

“Pasukan lain mula menunjukkan keupayaan sebenar dan kita perlu berhati- hati agar tidak dipintas. “Justeru, amat penting bagi skuad mengekalkan corak permainan terbaik dan terus fokus dalam memburu kemenangan,” katanya.

Sementara itu, empat lagi perlawanan akan dilangsungkan pada Sabtu.

Wakil dari Serian, Gedong FC bakal bertemu dengan Ocean Eagle FC Samarahan di Kompleks Sukan Samarahan.

EK Partners FC yang menghuni tangga ketiga akan menguji kekuatan 10 RRD di KS Asajaya.

Skuad Daud Aba, Team Kickalob K2015 yang bermain cemerlang menundukkan Kaslo FC 3-1 minggu lalu bersedia melakar satu lagi kemenangan apabila melayan kunjungan Yow FC di Kompleks Sukan Kem Muara Tuang.

Manakala padang Kompleks Sukan Pulapol B pula menjadi pertembungan Kaslo FC menentang Kapaku FC.

Sarawak kembali ke Liga Super
BERBISA: Bobby terus menjadi senjata penggempur digeruni lawan selepas meledak dua gol pada masa kecederaan.

Menumpaskan Pos M’sia 3-0 pada pertemuan Liga Perdana di Stadium Selayang semalam

KUCHING: Sarawak mengesahkan slot ke Liga Super pada tahun hadapan setelah menumpaskan KL Pos Malaysia dengan 3-0 pada pertemuan Liga Perdana 2013 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selangor petang semalam.

Kejayaan mengutip tiga mata penuh itu juga memastikan impian Sarawak memburu kejuaraan semakin hampir dengan pencabar utamanya, Sime Darby terkandas 1-0 di di Stadium UiTM, Shah Alam menentang KL SPA Putrajaya.

Mesin gol Sarawak, Bobby Gonzales sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dengan menyumbat dua gol pada minit ke-88 dan 90, manakala satu lagi gol diledakkan oleh penyerang import baharu, Muamer Salibasic pada minit ke-64.

Sarawak yang turun dengan hasrat memburu kemenangan ke-15 untuk mengesahkan tempat ke Liga Super 2014 bermula dengan perlahan dan barisan penyerangnya banyak mensia-siakan peluang yang hadir pada separuh masa pertama.

Sebaliknya, tuan rumah (KL Pos Malaysia) lebih banyak melancarkan beberapa serangan berbahaya namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan pasukan pelawat (Sarawak).

Bagaimanapun, skuad Ngap Sayot mengejutkan tuan rumah dengan gol pertama pada minit ke-64 setelah Muamer melengkapkan bola hantaran pendek Mazwandi Zekeria untuk mendahului 1-0.

Jaringan Muamer itu ternyata belum memadai buat Sarawak apabila anak-anak buah Robert Alberts terus melancarkan serangan demi serangan dari pelbagai sudut untuk menambahkan jaringan.

Hasilnya, pada minit ke-88 Bobby berjaya memperdaya penjaga gol Pos Malaysia dengan lambungan cantik untuk gol kedua Sarawak.

Penyerang dari Sabah itu seterusnya mencatat jaringan peribadinya yang ke-19 dengan meledakkan gol ketiga dalam masa kecederaan akibat kesilapan pertahanan lawan.

Project Park terbayang gelaran
KE FINAL: Para pemain Project Park gembira meraikan kejayaan menempah tiket ke final Liga Piala Petronas edisi ke-19 di Bintulu petang kelmarin.

BINTULU: Project Park menempah tiket ke final apabila menewaskan CSD Petronas 4-2 menerusi sepakan penalti setelah mencatat kedudukan seri 2-2 pada masa penuh perlawanan separuh akhir Liga Piala Petronas edisi ke-19 di Padang A Dewan Suarah Bintulu, lewat petang kelmarin.

CSD Petronas mendahului dengan jaringan 2-1 dan hampir mencatat sejarah untuk ke final, namun Project Park dapat menyamakan kedudukan 2-2 pada minitminit akhir perlawanan.

“Kami mempertaruh ramai pemain muda dan empat pemain utama kami telah dibawa ke Semenanjung Malaysia untuk bermain di sana.

“Kami tidak menjangkakan akan mengulangi langkah tahun lalu memasuki perlawanan akhir,” kata ketua pasukan, Ahmad Saibi ditemui selepas perlawanan di sini petang kelmarin.

“Sudah pastinya kami akan melakukan yang terbaik untuk perlawanan akhir nanti bagi mempertahan kejuaraan Liga Petronas edisi ke-18 yang pernah disandang tahun lalu,” tambahnya yang mewakili jurulatih dan pengurus pasukan.

Katanya, kami menyandarkan kepada tiga pemain penyerang untuk melakukan sentuhan terbaik pada final kelak iaitu Saiful Putra Rahman, Imanlandes Jose dan Rosli Othman.

“Kejayaan menempah tiket ke final adalah hasil kerja keras semua pemain terutamanya Saiful Putra dan Syamsir Abdul Samad yang masing-masingnya menyumbang satu gol dalam perlawanan separuh akhir ini sehingga kedudukan seri 2-2 ke atas lawan CSD Petronas sekali gus mengheret ke sepakan penalti yang akhirnya menghasil kemenangan,” jelasnya.

Sementera itu, ketua jurulatih CSD Petronas, Mohamad Tuah Ismail meluahkan nada kecewa dengan kekalahan pasukannya berikutan hampir pasti untuk menempah sejarah ke perlawanan akhir.

“Kami sebenarnya telah mendahului dalam perlawanan ini (separuh akhir) tetapi pasukan lawan menyamakan kedudukan.

Mungkin satu sejarah buat kami sekiranya kami mampu melangkah ke final,” katanya sambil menambah satu insiden pemain lawan yang mana bola terkena tangan mungkin tidak sepatutnya berlaku yang mana terlepas pandang oleh pengadil perlawanan.

Menurutnya , denga n keadaan padang yang tidak begitu baik (Dewan Suarah) turut mempengaruhi rentak perlawanan kami dan sekiranya perlawanan akhir diadakan di Stadium Mini Bintulu mungkin keadaannya lebih baik.

Sementara itu, satu lagi pasukan yang bakal mengisi slot ke final ialah antara Suai Sebatu Bersatu dan Young Crane beraksi petang semalam (Ahad).

Dalam pada itu, perlawanan akhir dijangka akan diadakan pada 25 Mei di Stadium Mini Bintulu pada jam 3.

30 petang.

Dalam perkembangan lain, perlawanan beberapa pasukan dalam Liga Bintulu- Naim 2013 akan disambung semula pada 8 Jun akan datang dan berakhir sehingga 6 Julai nanti.

96 pemain beraksi pada Kejohanan Golf Lun Tau 2013 di Miri
MIRI: Seramai 96 pemain mengambil bahagian pada Kejohanan Golf Lun Tau 2013 di Eastwood Valley Golf and Country Club, di sini Sabtu lalu.

Kejohanan sehari itu dianjurkan ber sama Persatuan Lun Bawang dan Persatuan RURUM Kelabit dan disertai oleh pemain-pemain golf tempatan, Sabah, Brunei dan Indonesia.

Pengerusi penganjur, Jerry Siran Langan berkata kejohanan itu diperkenalkan sejak 2006 dan diadakan setiap tahun pada Mei.

“Objektif penganjurannya sempena sambutan festival Irau Aco Lun Bawang yang diraikan oleh komuniti Lun Bawang mulai 1 hingga 3 Jun selepas musim menuai,” katanya.

Beliau menambah, turut diadakan ialah majlis makan malam bertujuan mengumpul dana untuk membiayai pendidikan anak-anak komuniti Lun Tau.

Sementara itu, kejohanan golf itu terbahagi kepada kategori Lun Tau dan jemputan.

Fong dinobatkan Mr Star Mega Mall 2013
SIBU: Fong Hui Kong dari Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat (PBBAB) Sibu dinobatkan ‘Champion Of Champion’ sekali gus bergelar ‘Mr Star Mega Mall 2013’ pada pertandingan bina badan yang berlangsung di Pasar Raya Star Mega Mall di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, Fong mengungguli Kategori 70 Kilogram (kg) ke atas selepas mengenepikan cabaran Mohd Khairul Abdul Razak dari Body Work dan Mohd Sani Senawi dari Sri Aman selaku tempat ketiga.

Kejohanan bina badan ‘Mr Star Mega Mall 2013’ adalah anjuran Pasar Raya Star Mega Mall dengan kerjasama PBBAB Sibu sempena perasmian Gim Star Fitness milik pasaran tersebut.

Kategori 70 kg ke bawah menyaksikan tiga peserta dari PBBAB Sibu mengungguli tiga tempat teratas iaitu Lu Khim Kok (johan), Akmal Linggie (naib johan) dan Mohd Khairul Semion (ketiga).

Peserta sulung dari Sri Aman iaitu Mohd Sani Senawi tidak pulang dengan tangan kosong apabila dinobatkan juara Kategori Novice dengan menewaskan cabaran dua peserta dari PBBAB Sibu, Mohd Khairul Semion dan Yong Chin Ho.

Tiga pemenang teratas kategori- kategori yang dipertandingkan menerima hadiah berupa wang tunai, piala iringan, sijil penyertaan dan hamper produk protein.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Daesim Sdn Bhd, Lau Yew Chung.

Hadir sama Presiden PBBAB Sibu, Chia Soon Cheong dan Gim Master PBBAB Sibu, Thomas Lee.

Sementera itu, Kejohanan Mr Sarawak 2013 akan diadakan pada 25 Mei ini di Sibu, jam 7 malam.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Bina Badan Sarawak dan PBBAB Sibu dipilih sebagai tuan rumah pada kali ini.

Liga Betong-Naim: Pelados E-Putra benam PDRM
BETONG: Kemenangan 3-1 Pelados E-Putra ke atas lawan mereka PDRM Betong pada saingan pertama kedua-dua pasukan kejohanan Liga Betong-Naim 2013 di Kompleks Sukan Betong kelmarin, menjadi pencetus semangat pasukan yang dibarisi pemain muda dan berbakat untuk menghadapi lawan lebih mencabar pada perlawanan seterusnya.

Meskipun kemenangan tersebut tampak selesa, namun banyak kesilapan yang perlu ditebus untuk meneruskan aksi kecemerlangan sepanjang kejohanan liga berlangsung.

Perlawanan semalam menyaksikan PDRM mendahului apabila pemain mereka dikasari di dalam petak penalti dan dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Soney Agas pada minit ke-31.

Tersentak dengan itu, Pelados yang dibarisi pemain muda bangkit penuh semangat untuk memenangi perlawanan tersebut.

Hasilnya pada minit ke-42, Alexander Jabu Supol yang berjaya melepasi pertahanan lawan merembat masuk untuk jaringan penyamaan.

Ketika perlawanan menuju ke penghujung babak pertama, Mohd Sabree Talip menerima bola dari kawasan tengah padang terus mengelecek pertahanan lawan dan berjaya memperdaya penjaga gol dan menghasilkan gol kedua untuk Pelados.

Separuh masa kedua menyaksikan sebanyak tiga kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan.

Ini berikutan banyak kekasaran dilakukan oleh pemain.

Pemain Pelados, Alexander Jabu Supol menerima kad kuning pada minit ke-53.

Manakala dua pemain PDRM, Mohd Haffiz Abdul Gafar dan Romanus Adrian Alasa masing-masing pada minit ke- 55 dan 65.

Bagaimanapun, kemenangan Pelados semakin jelas apabila penyerang sensasinya, Nazreen Ismail berjaya mengatasi pertahanan lawan dengan kawalan bola kemas dan menyudahkan dengan jaringan pada minit ke-69.

Kemenangan tersebut memberikan tiga mata berharga kepada Pelados E-Putra bagi meneruskan cabaran saingan Liga Betong-Naim musim ini.

Penganjur berpuas hati sokongan bakat muda tempatan
KUCHING: Penganjur program ‘Mencari Ramli II’ berpuas hati dengan sokongan yang diberikan bakat muda tempatan sepanjang sesi pemilihan.

Acara dua hari itu diadakan pada 18 dan 19 Mei di Padang Yayasan Sarawak.

Menurut wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Yusoff, Kuching merupakan destinasi terakhir dan sokongan yang diberikan peserta amat menakjubkan.

“Kami berada di seluruh negara dan saya amat tertarik dengan semangat yang ditunjukkan anak-anak muda di sini.

“Kesungguhan yang mereka tunjukkan amat baik dan ada kalangan mereka mencuri tumpuan kita,” katanya.

Program yang diadakan di seluruh negara itu memberi peluang kepada pemain muda terpilih dihantar berlatih di Manchester United.

Tambah Ahmad, tidak dapat dipastikan bilangan pemain yang akan dipilih.

“Memang banyak pemain berkualiti yang kita kenal pasti.

Namun, proses pemilihan bukan mudah kerana kita mahu memilih mereka yang memenuhi kriteria,” katanya.

Wilfred juara Mr. Gym 1M’sia
JUARA ANTARA JUARA: Wilfred dinobatkan sebagai pemenang ‘Champion of Champion’ Mr Gym 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

KUCHING: Penampilan kedua dalam pertandingan bina badan ternyata membawa tuah kepada Wilfred Harding apabila dinobatkan sebagai pemenang ‘Champion of Champion’ Kejohanan Mr.

Gym 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013.

Wilfred yang mewakili Iron Hardcore Gym turut memenangi kategori 65 hingga 75kg mengalahkan empat pencabar lain.

Menurutnya, merangkul anugerah utama itu memang tidak dijangka kerana kebanyakan peserta merupakan mereka yang berpengalaman dalam arena bina badan.

“Saya memang tidak jangka menang ‘Champion of Champion’ dan tidak meletak harapan tinggi untuk kejohanan ini,” katanya di sini semalam.

Wilfred berasal dari Bau berkata, tumpuan selepas ini adalah untuk memperoleh keputusan terbaik pada Kejohanan Mr Sarawak di Sibu pada minggu depan.

“Saya sudah menjalani latihan intensif sejak tiga minggu lalu,” ujarnya yang terlibat sepenuh masa dengan bina badan sejak dua tahun lalu.

Selain itu, Kandan Anuar turut mencuri tumpuan apabila memenangi kategori novis dan kategori 75kg ke atas.

Fazri Sedi pula dinobatkan sebagai pemenang kategori 65kg ke bawah.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Penolong Pengarah Belia dan Sukan Sarawak, Ronnie Boniface.

Pemenang setiap kategori akan mewakili Sarawak pada Kejohanan Mr Gym 1Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Sarawak kekal di puncak liga
LICIK: Bobby cuba melepasi tiga pemain NS Betaria FC pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Negeri malam kelmarin. Sarawak menang 7-0. — Gambar Bernama

KUCHING: Skuad Ngap Sayot hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk kembali ke kancah Liga Super pada musim hadapan.

Ini susulan kemenangan besar 7-0 menewaskan NS Betaria di Stadium Negeri kelmarin, sekali gus mengekalkan mereka selaku pendahulu Liga Perdana dengan 46 mata.

Bobby Gonzales melengkapkan sasaran 15 golnya pada musim ini setelah menghadiahkan empat gol yang dijaringkan pada minit ke-38, 46, 52 dan 90.

Manakala tiga lagi gol disumbangkan oleh Zamri Morshidi, Guy Bwele dan Muamer Salibasic pada minit ke-28, 67 dan 75.

Corak permainan bertahan dipamerkan oleh NS Betaria menyebabkan Sarawak sukar mencari gol pada awal perlawanan.

Zamri akhirnya memecah kebuntuan menerusi gol pertama pada minit ke-28 setelah memanfaatkan pergelutan di hadapan pintu gol lawan.

Berselang 10 minit kemudian, penyerang prolifik Bobby tidak menghampakan hantaran cantik Bwele untuk memastikan Sarawak selesa dengan 2-0.

Tuan rumah hampir menutup separuh masa pertama dengan 3-0, namun cubaan Zamri gagal menewaskan penjaga gol NS Betaria, Mohd Khairul Izzuwan.

Tempoh 45 minit babak kedua ternyata milik Sarawak sepenuhnya dengan barisan penyerang mengasak kubu NS Betaria sebaik wisel dibunyikan.

Bobby menyumbat gol ketiga Sarawak setelah menerima umpanan cantik daripada pemain gantian, Muhd Dzulfadli Awang Marajeh pada minit ke-46.

Zamri mendapat peluang keemasan untuk menambah koleksi gol Sarawak pada minit ke-50, namun sekali lagi hampa setelah tendangan yang dilakukannya dari dalam petak penalti terbang tinggi.

Gol keempat Sarawak menjelma pada minit ke-52 menerusi Bobby, sekali gus melengkapkan hatriknya pada malam kelmarin.

Pemain kelahiran Sabah itu mudah menolak masuk bola yang dimuntahkan oleh Mohd Khairul hasil rembatan Salibasic dari jarak 20 meter.

Tonggak tengah dari Cameroon, Bwele turut meletakkan nama selaku penjaring pada minit ke-67 setelah berjaya melepasi perangkap ‘offside’.

Pesta gol Sarawak diteruskan oleh Muamer dengan menyumbat gol keenam pada minit ke-75 hasil hantaran kemas kapten pasukan, Shahrol Saperi.

Bobby melengkapkan malam cemerlang Sarawak dengan gol ketujuh apabila menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan.

Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts memuji persembahan ditunjukkan oleh anak-anak buahnya yang berjaya merekodkan kemenangan terbesar dalam saingan Liga Perdana setakat ini.

Katanya, mereka (Sarawak) mampu mencatat kemenangan lebih besar jika deretan peluang berjaya dimanfaatkan oleh pemain-pemainnya.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana ia merupakan kemenangan terbesar pernah kita capai setakat ini,” kata Alberts.

“Pujian untuk semua pemain yang telah menunjukkan kualiti terbaik dan sentiasa fokus dalam usaha memburu gol biarpun berhadapan dengan lawan yang cukup kental,” tambahnya.

Menurut Alberts, Sarawak akan kembali ke Liga Super pada tahun hadapan sekiranya berjaya mene-waskan Pos Malaysia Selasa depan.

BAM mahu jadi tuan rumah terbaik Piala Sudirman
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan jaminan akan menjadi tuan rumah terbaik Kejohanan Piala Sudirman edisi ke-13 yang bermula di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Pengurus Besarnya, Kenny Goh berkata mereka akan memastikan semua negara yang bertanding pada kejohanan campuran terbesar dunia itu mendapat layanan yang baik sepanjang pertandingan selama seminggu itu.

Beliau berkata, sistem pencahayaan di stadium itu akan dipertingkatkan bagi keselesaan pemain menampilkan aksi terbaik masing-masing.

Ketika ditemui Bernama selepas mesyuarat pengurus pasukan di sini semalam, Goh berkata segala persiapan telah diatur dengan sebaik mungkin bagi memastikan kejohanan itu dapat berjalan lancar.

Beliau turut meminta peminat tempatan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada skuad negara.

Hanya 12 daripada 30 pasukan keseluruhan pada kali ini akan bersaing untuk merebut kejuaraan manakala bakinya bertanding untuk merebut slot tunggal ke divisyen satu dan dua.

Malaysia berdepan laluan selesa sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku akhir selepas diundi dalam kumpulan C bersama Jerman dan Taiwan.

Malaysia akan membuka kempen dengan menentang Taiwan hari ini sebelum bertemu Jerman dua hari kemudian.

Pencapaian terbaik negara pada kejohanan dwtahunan itu mara ke separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China. — Bernama

Saya mahu pergi ke Manchester United: Shah
KUCHING: “Saya mahu pergi ke Manchester United,” demikian harapan diluahkan oleh Shah Rezza Iswandi salah seorang peserta yang menyertai program pencarian bakat ‘Mencari Ramli 2’ semalam.

Pelajar berusia 13 tahun dari SMK Petra Jaya itu sanggup keluar dari rumah seawal jam 6 pagi untuk mendaftar bagi menyertai program berkenaan yang diadakan di padang bola sepak Yayasan Sarawak.

“Saya amat meminati Manchester United dan berharap impian untuk menjejak kaki ke sana menjadi realiti dengan menyertai program ini.

“Tambahan lagi ibu bapa amat menyokong usaha ini dan mahu saya memberikan yang terbaik pada sesi ujian hari ini (semalam),” katanya ditemui di sini semalam.

Seorang lagi peserta Frederick Alek, 16, dari SMK Tun Abang Haji Openg turut menaruh harapan untuk terpilih menjalani latihan di Manchester United.

“Manchester United adalah antara kelab bola sepak terbaik di dunia.

Semua pemain mengimpikan untuk bermain di sana,” katanya.

Hampir 600 orang pemain bola sepak remaja merangkumi umur 13 hingga 16 tahun mencuba nasib pada hari pertama program yang berlangsung dari 18 hingga 20 Mei itu.

Ia dianjurkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelab Bola Sepak Manchester United dan Akademi Bola Sepak Frenz.

Objektif utama program itu mencari seberapa orang pemain dari peringkat umur 13 dan 14 tahun dan 15 dan 16 tahun untuk dibawa menjalani latihan di Manchester United.

Setiap peserta akan diuji keupayaan mereka mengawal, mengelecek dan menendang bola dengan baik.

MPOB Elite tunjuk lagak sang juara pada Liga Betong
BETONG: Pasukan jagoan, MPOB Elite yang juga juara Piala Liga Betong-Naim edisi tahun lalu membelasah pendatang baharu, Luban FC dengan 7-0 pada pertemuan sulung kedua-dua pasukan saingan Liga Betong-Naim 2013 di Kompleks Sukan Betong, di sini kelmarin.

MPOB Elite memulakan pesta gol apabila masing-masing menyumbang dua gol daripada Sapawi Ahmad yang membariskan nama sebagai penjaring pada minit keempat dan ke-27, Reduan Ata minit ke-41 dan 47 dan Azlan Ajis pada minit ke-61 dan 67.

Manakala satu gol dijaringkan oleh Sudirman Abdullah pada minit kelapan.

Barisan kesebelasan utama Luban FC nampak ampuh pada minit awal saingan ternyata bukan saingan untuk MPOB Elite meneruskan misi memburu gol dengan barisan yang cukup bersedia merangkul kejuaraan bagi tahun kedua.

Tidak hanya dengan itu, pelaburan yang cukup berbaloi apabila jurulatihnya menurunkan pemain utama yang berbakat dan berpotensi menyarung jersi Betong sekali gus menjadikan skuad MPOB terus digeruni dalam saingan liga kali ini.

Dengan ramuan yang tampak berhasil oleh jurulatih berpengalaman, Abdul Rahman Sapaiee, pertemuan dengan pendatang baharu dalam arena bola sepak di sini menjadi mangsa pertama kerakusan pemain yang jelas tidak tercabar.

Tiga mata penuh yang diperolehi oleh MPOB adalah bekalan awal untuk mengungguli carta liga sekali gus memastikan lawan cukup bersedia jika ingin menyaingi bekas juara yang sekali lagi mengimpikan kejuaraan berganda pada tahun ini.

Sibu raih tujuh piala saingan bot kawalan
SIBU: Tuan rumah Sibu diumumkan sebagai pemenang keseluruhan apabila menggondol tujuh daripada lapan kategori saingan bot kawalan jauh di Tasik Permai, Taman Soon Hup di sini.

Satu lagi kategori dimenangi oleh peminat bot kawalan jauh dari Kuching.

Harun Sudin dari Sibu memenangi tiga piala dalam pertandingan selama dua hari itu.

Harun muncul juara Kelas B, Kelas 1 enjin terbuka dan tempat ketiga Kelas A Super Race.

Pertandingan itu disertai oleh 283 peserta dari seluruh Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Brunei dan Indonesia, manakala pasukan Thailand menarik diri di saat-saat akhir kerana mahu pulang mengundi dalam pilihan raya di Thailand.

Kategori yang dipertandingkan ialah Kelas A hingga Kelas I.

Kepeli Bulu menjuarai Kelas A dan Kelas C, Samuel Mamat mengungguli Kelas D dan Kelas G, Ting Wee Kuao Kelas E dan Kelas F dan Kelas G, Mohd Baizuri Kelas H dan Harun Sudin Kelas I.

Daripada jumlah peserta yang menyertai pertandingan itu, Miri menghantar sepasukan lapan orang, Kuching 18 orang, Sibu sepasukan 18 orang, Bintulu juga 18 orang, Pulau Pinang dua orang, Kapit enam orang, Lawas seorang, Limbang tiga orang, Kota Kinabalu seorang, Labuan empat orang, Batu Niah dua orang dan Indonesia lima orang.

Harun yang ditemui pemberita kemudian memberitahu, jumlah bot kawalan jauh lebih banyak daripada peserta disebabkan seorang peserta ada yang membawa bersama empat buah bot pelbagai model dan kuasa kuda.

Setiap bot itu bernilai kira-kira RM3,000, katanya yang sudah lebih lima tahun menaruh minat dalam sukan berkenaan dan pernah memenangi beberapa kejuaraan di Kapit, Bintulu, Kuching, Miri, Selangor dan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

S’wak masih pasukan pilihan juara MSSM
MOGA BERJAYA: Abdillah (dua kiri) menyampaikan bendera MSSS kepada Tan (dua kanan) sambil disaksikan oleh Ellen (kiri) di SM St Anthony Isnin lalu.

KUCHING: Juara bertahan, Sarawak masih dilihat pasu­kan pilihan untuk meme­nangi kejuaraan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Ma­laysia (MSSM) 2013 edisi ke-17 yang bakal bermula di Kuantan, Pahang esok.

Pengurus Pasukan, Has­san Wa’ Gani optimis kon­tinjen Sarawak mampu merealisasikan impian itu pada kejohanan yang akan berlangsung dari 19 hingga 23 Mei ini.

“Kita telah membuat per­sediaan rapi dan semua atlet tidak sabar untuk bertarung di Kuantan. Malah, atlet kita juga telah menjalani latihan untuk acara yang berlang­sung pada waktu malam,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun, Hassan mengakui Sarawak bakal berhadapan tugas sukar kali ini memandangkan prestasi atlet-atlet dari negeri-negeri lain turut meningkat.

Namun, beliau tetap yakin kontinjen negeri mam­pu merangkul sekurang-kurangnya 17 hingga 20 pingat emas.

“Negeri-negeri lain telah diberi ‘amaran’ oleh Ket­ua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud pada tahun lalu agar mening­katkan prestasi untuk me­namatkan dominasi Sarawak pada kejohanan ini,” katanya sambil menjangkakan Jo­hor, Perak dan Pahang akan memberi saingan sengit ke­pada Sarawak kali ini.

Menurut Hassan, beliau gembira melihat semangat yang ditunjukkan oleh para atlet semasa mengadakan lawatan ke kem latihan di Sarikei selama 11 hari.

“Kita telah berlatih dengan gigih dan bersedia untuk memberikan yang terbaik pada hari Ahad ini,” ka­tanya.

Atlet yang berjaya meme­nangi pingat dan memecah rekod kejohanan akan diberi­kan insentif dengan setiap pemenang pingat emas, perak dan gangsa menerima RM100, RM50 dan RM40. Selain itu, Bank Rakyat turut menyumbang RM50, RM30 dan RM20 bagi setiap pingat yang dimenangi.

Turut memberi suntikan ialah Ketua Kontinjen, Tan Kiang Tuang dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Abdillah Adam yang turut menjanjikan in­sentif khas untuk pemenang pingat.

Kontinjen Sarawak akan di­wakili oleh Ketua Sektor Sum­ber Manusia, Jabatan Pela­jaran Negeri Sarawak Ellen @ Manium Engang yang turut bertindak selaku setiausaha Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS).

Beliau turut diiringi Tan, Koordinator Unit Sukan Apo Latit, Timbalan Pengarah Unit Sukan Johnny Rasit, Pengerusi Pembangunan dan Teknikal Olahraga MSSS, Ting Siew Nguong dan pengerusi, Sho Lina Sakai.

Kejohanan bermula jam 2 petang esok dengan Sarawak berpeluang meraih emas pertama dalam acara lon­tar peluru bawah 18 tahun wanita.

Jurulatih tempatan bertaraf dunia
MOTIVASI: Affandi (duduk tengah) diapit oleh Pengarah MSNS, Francis Nyurang Ding (kiri) dan Timbalan Pengarah, Abdul Muktalib Mohamad pada penutupan kem jurulatih bersama para pegawai dan jurulatih di Bintulu kelmarin.

KUCHING: Sarawak bakal memiliki jurulatih tempatan bertaraf dunia sebaik Pelan Pembangunan 10 tahun Ma­jlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dilaksanakan.

Setiausaha Tetap Ke­menterian Pembangunan Sosial, Affandi Keli berkata langkah awal yang akan di­laksanakan oleh MSNS ke arah itu adalah memperban­yak kursus dalam dan luar negeri untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran para jurulatih.

“Selain itu, amat perlu bagi kita mengubah sistem keju­rulatihan sedia ada melalui perkongsian ilmu dengan ju­rulatih dari negara lain yang telah maju dalam bidang sukan.

“Justeru, kita bercadang untuk mengambil jurulatih asing seperti dari Singapura, China, Jepun, Thailand atau Korea Selatan untuk mem­bantu melatih jurulatih tem­patan,” katanya pada majlis penutupan Kem Motivasi Jurulatih di Taman Negara Similajau, Bintulu kelmarin.

Kem persediaan meng­hadapi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA XVI) itu dihadiri oleh seramai 45 orang jurulatih dan koordinator su­kan MSNS.

Affandi yang juga Ketua Kontinjen SUKMA Sarawak berkata melalui pendekatan sedemikian, Sarawak dapat melahirkan lebih ramai juru­latih tempatan bertaraf dunia yang diyakini dapat mem­bantu menjulang semula nama negeri selaku kuasa sukan di Malaysia.

“Apa yang penting, kepaka­ran jurulatih tempatan dapat memantapkan persediaan at­let untuk menjuarai SUKMA 2016 yang akan diadakan di sini (Sarawak) kelak,” ka­tanya.

Beliau berkata, MSNS akan memfokuskan pembangunan atlet berusia 16 hingga 17 ta­hun sebagai persiapan meng­hadapi SUKMA 2016.

Jelasnya, edisi SUKMA 2013 dan 2014 di Perlis akan dijadikan penanda aras ke­mampuan kontinjen Sarawak dan memperbaiki kelemahan yang masih ada.

Dalam pada itu, Affandi yakin sasaran 12 emas pada temasya SUKMA XVI Kuala Lumpur mampu dicapai berdasarkan persediaan rapi kontinjen negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan harapan untuk muncul johan memandangkan Sarawak hanya menghantar penyertaan kecil kali ini.

Kontinjen negeri akan di­wakili oleh 150 atlet dan 50 pegawai pada temasya yang akan berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai di Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka menyertai 15 dari 20 acara yang dipertanding­kan iaitu bola tampar dewan, judo, pingpong, gimnastik artistik, futsal, lawan pedang, muaythai, bina badan, bola baling, bola keranjang, kriket, sofbol, ragbi, silambam dan kabaddi.

Pada SUKMA 2011, Sarawak sekadar menduduki tangga ke-12 dengan memunggut dua emas, empat perak dan lapan gangsa.

Amsterdam Arena saksi keunggulan The Blues
KAMI JUARA!: Para pemain Chelsea meraikan kejayaan mereka bersama trofi Liga Europa pada upacara penyampaian trofi di Amsterdam Arena, Belanda pada Rabu lepas. — Gambar AFP

AMSTERDAM, Belanda: Gol minit ke-93 oleh Branislav Ivanovic membolehkan Chelsea menewaskan Benfica 2-1 pada final Liga Europa ketika kelab dari Liga Perdana Inggeris itu memenangi trofi Eropah itu buat kali pertama Rabu lepas.

Perlawanan di Amsterdam diramal berlarutan ke masa tambahan selepas gol pembukaan Fernando Torres pada minit ke-60 berjaya diikat oleh Oscar Cardozo menerusi satu tendangan penalti sebelum Ivanovic menanduk satu tendangan sudut pada minit kecederaan untuk mengesahkan kejuaraan.

Kapten Chelsea, John Terry tidak diturunkan kerana kecederaan tetapi sama seperti final Liga Juara-Juara musim lepas di mana beliau digantung perlawanan, beliau menyarung jersi pasukan untuk menjulang trofi kejuaraan bersama- sama kapten perlawanan, Frank Lampard.

“ Ia satu perasaan yang hebat,” kata Ivanovic.

“Pasukan ini s e l ayaknya menang kerana kami mengharungi sat u musim yang sukar dan mengharungi banyak perlawanan.

” Kemenangan itu menj adika n Chelsea pasukan pertama yang memiliki kejuaraan Liga Juara-Juara dan Liga Europa dalam satu masa – walaupun sudah menghantar pulang trofi Liga Juara-Juara 10 hari yang lalu.

Apa yang lebih menarik, mereka menjadi hanya kelab keempat yang memenangi tiga kejuaraan utama di Eropah – termasuk Piala Juara Antara Juara – bersama-sama Ajax, Bayern Munich dan Juventus.

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez sementara itu menyertai Giovanni Trapattoni sebagai dua kelab yang memenangi trofi kejuaraan itu bersama dua kelab berbeza, selepas pernah memenanginya bersama Valencia pada 2004.

“Pasukan beraksi dengan hebat dalam separuh masa kedua walaupun menentang pasukan yang bagus,” kata Benitez, yang sudah melaksanakan tugas utama membawa pasukan layak ke Liga Juara-Juara walaupun beliau tetap tidak disenangi penyokong kelab.

“Pemain bekerja-keras sepanjang musim.

Saya berasa sangat bangga kerana ia bukan mudah.

Saya benar-benar gembira dan bangga.

” Kekalahan yang amat mengecewakan buat skuad kendalian Jorge Jesus itu bermakna Benfica sudah tewas tujuh final kejohanan Eropah secara berturut-turut sejak memenangi kejuaraan terakhir di peringkat benua pada 1962.

“Penyokong Benfica adalah lebih baik berbanding penyokong Chelsea,” kata Jesus.

“Mereka selayaknya mendapat kemenangan kerana kesungguhan dan sokongan mereka.

“Kekalahan ini bagi saya adalah sangat sukar untuk diterima kerana penyokong Benfica.

Sepanjang 93 minit permainan, Benfica sentiasa bermain lebih baik berbanding Chelsea.

” Benfica melihat impian mereka memenangi kejuaraan Liga Portugal terjejas selepas tewas gol minit akhir 1-2 kepada FC Porto pada perlawanan liga terakhir tetapi mereka menghilangkan segala keresahan apabila memulakan permainan dengan baik.

Apa yang pasti, mereka terus menguasai bola dan hanya ketumpulan jentera serangan menghalang Benfica membuka jaringan sebelum rehat.

Cardozo melihat satu tandukan awalnya melambung tinggi dari palang dan satu cubaan Eduardo Salvio berjaya dihadang sebelum Rodrigo gagal melakukan tendangan kemas sebanyak dua kali di hadapan pintu gol.

Nicolas Gaitan juga mempunyai dua peluang di hadapan pintu gol Chelsea.

Dengan bekas pemain Chelsea, Nemanja Matic mengemudi serangan Benfica, Chelsea kelihatan bergelut mencari rentak permainan.

Mereka hanya menguji penjaga gol Benfica, Artur, pada minit ke-27 apabila rembatan Oscar terus ke dakapan penjaga gol Benfica dan hampir keliru dengan rembatan Lampard tetapi sempat menepis bola keluar untuk mengekalkan kedudukan tanpa jaringan sehingga masa rehat.

Cardozo ada menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua dan walaupun keputusan itu tepat, beliau kelihatan berada sebaris dengan pemain terakhir Chelsea.

Salvio menyaksikan tandukannya diselamatkan penjaga gol Chelsea, Petr Cech pada minit ke-59 dan tidak lama selepas itu, pintu gol Benfica bolos apabila balingan jauh Cech dikuis Juan Mata kepada Torres, yang berjaya mengawal asakan kapten Benfica, Luisao sebelum menewaskan Artur.

Namun gol itu bertahan lapan minit apabila tendangan penalti diberikan kepada Benfica selepas bola terkena tangan Cesar Azpilicueta dalam kota penalti.

Cardozo melakukan rembatan deras ke pintu gol untuk gol ketujuh beliau dalam pertandingan ini.

Cech kemudian menepis satu volley cantik Cardozo sebelum Lampard hampir memastikan kemenangan Chelsea apabila rembatan jarak jauh beliau terkena palang.

Ketika kedua-dua pasukan membayangkan 30 minit masa tambahan, Ivanovic melakukan satu tandukan lambung untuk menewaskan Artur.

Benfica hampir mengikat kedudukan beberapa saat selepas itu apabila berlaku pergelutan dalam kotak penalti tetapi pertahanan Chelsea berjaya menendang bola keluar sebelum wisel penamat ditiup pengadil. — AFP