Harga ayam naik 20 sen mulai hari ini

0

KUCHING: Pengguna akan membayar lebih 20 sen bagi sekilogram ayam yang masih hidup dan sudah diproses ber-kuat kuasa hari ini.Pengerusi Persatuan Pen-ternak Bahagian Kuching dan Semarahan Lim Jin Chiaw berkata harga runcit bagi ayam biasa dinaikkan kepada RM7.70 daripada RM7.50 sekilogram dan ayam hidup dinaikkan kepada RM5.80 sekilogram.

Beliau memberitahu ke-naikan harga ayam adalah di-sebabkan kenaikan harga ma-kanan ayam di pasaran sekarang sejak beberapa bulan lepas.

Menurut beliau harga bagi makanan ayam tersebut telah ditinjau pada hari tahun baru yang dinaikkan kepada RM20 untuk satu tan.

“Harga makanan ayam tersebut sudah dinaikkan sebanyak enam kali sejak Januari hingga September tahun lepas.

“Harga kenaikan secara ke-seluruhan adalah kira-kira RM130 dan harga jualan bagi satu tan makanan ayam tersebut adalah RM1,800,” kata Lim.

Ekoran daripada perkara tersebut, ahli jawatankuasa   persatuan penternak telah     mengadakan mesyuarat pada minggu lepas dan telah ber- setuju untuk menaikkan harga ayam.

Bagaimanapun Lee mem-beritahu kenaikan harga makanan ayam tidak mendatangkan banyak kesulitan kepada penternak ayam di sini kerana permintaan ayam di sini masih berada di tahap tidak membimbangkan.

Beliau juga memberitahu persatuan akan mengadakan perbincangan dengan kementerian untuk memastikan bekalan mencukupi sempena musim perayaan akan datang.