Remaja maut setelah keretanya langgar tiang lampu dan terbalik

0

KUCHING: Seorang remaja yang baru meraikan hari lahirnya yang ke-17 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang di sini, semalam.

Lim Chien Yang

Lim Chien Yang

Mangsa, Lim Chien Yang, yang tinggal di Jalan Kung Ping, di sini mati di tempat kejadian setelah kereta yang dipandunya melanggar tiang lampu dan terbalik beberapa kali.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila Lim yang memandu kereta Perodua Kenari hilang ka-walan disebabkan keadaan  jalan yang licin selepas hu-jan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat serta anggota paramedik bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dari keretanya yang remuk.

Anggota paramedik yang tiba mengesahkan mangsa  telah meninggal dunia.

Mangsa dipercayai mati disebabkan kecederaan serius di kepala dan seluruh badannya.

TERPERANGKAP: Anggota Bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat Lim (gambar kecil) dari keretanya yang remuk.

TERPERANGKAP: Anggota Bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat Lim (gambar kecil) dari keretanya yang remuk.

Ahli keluarga mangsa tiba di tempat kejadian untuk mengenal pasti mayat mangsa.

Polis peronda juga turut berada di tempat kemalangan untuk menyiasat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.