Bekas MB Perak kemalangan

0

IPOH: Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam satu kemalangan di sini pada jam 9.30 pagi semalam.Ketua Polis Trafik Negeri Wan Abdullah Ishak berkata kejadian berlaku ketika Anggota Parlimen Bukit Gantang itu dalam perjalanan dari kediaman beliau di Sungai Rokam menuju ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah di sini.

Mohammad Nizar, yang bersendirian, dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar dari sebuah simpang di Jalan Dr Raja Nazrin Shah, menyebabkan kereta Toyota Camry dipandunya hilang kawalan dan terbalik, katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Mohammad Nizar, yang mengalami kecederaan pada bahagian dada, kaki dan tangan, kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. — Bernama