Pakar bedah Malaysia ditangkap di Australia

0

MELBOURNE: Seorang pakar bedah neuro yang dilahirkan di Malaysia yang dituduh membekalkan dadah kepada seorang wanita yang didapati mati di apartmennya, ditangkap kerana melanggari syarat jamin polis.

Suresh Surendranath Nair, 41, ditangkap kira-kira tengah malam pada Jumaat apabila detektif Kings Cross menyerbu apartmennya di Bondi, Sydney, Australia.

Penangkapan itu dilakukan setelah polis pengawasan mendakwa bekas pakar bedah itu yang menggunakan tiga pengiring teman sosial wanita selama dua jam setengah, membawanya semula ke tingkat satu unitnya di Hall Street.

Sebagai sebahagian syarat jaminnya, Nair dilarang daripada menggunakan mana-mana pekerja seks atau mengambil ubat terlarang, menurut akhbar Sydney Morning Herald. — Bernama

Serbuan ke unit itu dilakukan seminggu selepas beliau keluar dari sebuah hospital swasta di mana dia menjalani rawatan sejak menghadapi pertuduhan berkaitan kematian Suellen Domingues Zaupa, 22, di unitnya pada 21 Nov tahun lepas.

Nair, yang kini sijil amalan perubatannya telah dibatalkan, dituduh membekalkan kokaine kepada Zaupa, yang dilaporkan bekerja sebagai pelacur.

Bagaimanapun sahabat dan keluarganya menafikan bahawa dia adalah seorang pekerja seks.

Polis Kings Cross dipanggil ke flat Nair setelah mayat wanita itu, yang kemudiannya disahkan sebagai teman pengiring sosial wanita Victoria McIntyre, didapati di situ pada 16 Feb tahun lepas.

Kes itu ditetapkan didengar di hadapan seorang ko-roner. Tidak ada pertuduhan dikenakan berkaitan kematian McIntyre.

Kira-kira tengah malam Jumaat, lebih 20 detektif menyerbu apartmen Nair setelah polis pengawasan mendakwa melihatnya memperoleh khidmat pelacur, menurut the Herald.

Bekas pakar bedah itu dihadapkan di Parramatta ocal Court pada Sabtu selama 22 saat. Dia tidak mohon dijamin.

Majistret Kevin Maughan menolak jamin dan memerintahkan Nair dihadapkan di Central Local Court di Sydney pada Isnin, yang dijangka memohon bagi ikat jamin.

Nair dijangka dihadapkan semula di Downing Centre Local Court pada 9 Feb atas tuduhan membekalkan dadah. — Bernama