Benitez tepis tekanan

0

Liverpool tersingkir daripada Piala FA selepas diaibkan Reading

LIVERPOOL, England: Rafael Benitez menepis tekanan yang semakin bertambah ke atas kedudukannya sebagai pengurus Liverpool ekoran penyingkiran mengaibkan daripada saingan Piala FA Inggeris pada Rabu lepas.Benitez, yang membimbing kelab Anfi eld itu sejak 2004, diejek bersama-sama dengan barisan pemainnya ketika mereka tersingkir selepas tewas 1-2 dalam masa tambahan di tangan kelab bergelut Liga Championship, Reading, pada perlawanan ulangan pusingan ketiga kejohanan.

Keputusan itu merupakan satu kekecewaan besar dalam usaha Benitez untuk menamatkan kemarau empat tahun tanpa kejuaraan, sekali gus bermakna beliau harus memenangi pertandingan kelas kedua Eropah, Liga Europa sekiranya mahu memberikan kejuaraan utama yang pertama sejak kemenangan Piala FA pada 2006.

“Ia benar-benar teruk. Semua orang mahu meneruskan kemaraan tetapi kami tidak mampu…sebab itu kami amat kecewa,” kata Benitez selepas kekalahan itu.

“Reading bekerja keras tetapi ada banyak perkara yang saya tidak suka. Kami mempunyai peluang, mereka juga mempunyai peluang. Mereka bermain dengan baik tetapi kami juga mungkin boleh menang. Peluang yang mereka cipta membimbangkan saya tetapi kami juga mempunyai peluang.

“Pada separuh masa kedua, kami menguasai permainan tetapi kami juga melakukan banyak kesilapan.

“Kami sedar Piala FA adalah satu kejohanan yang sangat penting dan kami mahu meneruskan kemaraan. Ketika ini, kami benar-benar kecewa, kepada penyokong yang datang menyokong pasukan.”

Benitez sudah pun tertekan sebelum sepak mula selepas tersingkir daripada Liga Juara- Juara dan kempen Liga Perdana Inggeris Mereka turut hambar yang menyaks ikan mereka ke t inggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Namun begitu, tewas kepada Reading telah mengembalikan kedudukannya di hujung tanduk menjelang perlawanan liga di Stoke City pada Sabtu ini. Bagaimanapun, Benitez menegaskan beliau mampu menangani kritikan.

“Selama tiga bulan, semua orang bercakap tentang saya. Pada akhirnya, sebagai seorang pengurus anda harus berasa kecewa tetapi kemudian melihat ke hadapan dan memikirkan tentang (perlawanan menentang) Stoke pada Sabtu ini,” tambah beliau.

“Kami semua kecewa tetapi anda harus meneruskannya. Semua orang kecewa. Kami harus membuat persiapan untuk perlawanan Sabtu ini kerana ia adalah sukar.”

Dan jika segalanya tidak cukup buruk buat Benitez, dua pemain terbaiknya, Steven Gerrard dan Fernando Torres diragui untuk diturunkan pada hujung minggu ini.

Torres berjalan terhincuthincut pada separuh masa pertama kerana kecederaan lutut, sementara Gerrard mengalami kecederaan hamstring dengan keduadua pemain akan menjalani pemeriksaan imbasan.

“Kita tunggu apa yang akan dikatakan oleh doktor,” kata Benitez, yang melengkapkan pembelian pemain sayap, Maxi Rodriguez dari Atletico Madrid awal Rabu lepas.

Dalam pada itu, pengurus sementara Reading, Brian McDermott menegaskan bahawa skuadnya berhak mencapai kemenangan itu.

“Kami bermain dengan agak baik,” kata beliau. “Kami melakukan semuanya dengan betul dan bermain dengan cara yang betul.

“Gol Liverpool boleh mengecewakan kami tetapi kami berjaya bangkit dengan baik. Saya gembira dengan semua pemain. Untuk dating ke sini dan menang adalah sesuatu yang hebat.” — AFP