Dua lagi gerhana matahari dijangka berlaku tahun ini

0

KUCHING: Gerhana matahari dijangka akan berlaku lagi pada 26 Januari dan 11 Julai tahun ini di bandar Lampung Indonesia dan Rusia.Ia berlaku dalam lingkungan dua hingga lima kali dalam setahun, kata Penasihat Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) Jacob Sebastian.

Kejadian ini katany, kadang- kadang menyebabkan banjir dan air pasang besar kerana tarikan graviti bulan yang kuat ketika ia berada dalam keadaan selari di antara bumi dan matahari.

Dalam majlis yang sama, Jacob berkata beliau berasa senang hati dengan sambutan yang ditunjukkan oleh para belia di Kuching kerana aktif dalam aktiviti persatuan.

SAS yang ditubuhkan sejak 1987 dan dirasmikan oleh Datuk Stephen Yong yang merupakan Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi ketika itu, kini mempunyai kirakira 400 ahli di seluruh Sarawak.

Kata Jacob, kini pengerusi SAS adalah Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Mohamed Atei Abang Medaan.

Antara aktiviti yang telah dijayakan dengan jayanya oleh persatuan ini adalah ceramah, kempen, seminar dan banyak lagi untuk menambah minat dan pengetahuan orang awam tentang angkasa lepas.

Gerhana matahari separa penuh dapat dilihat dari ruang angkasa Sarawak dari jam 3.34 sehingga 5.27 petang semalam.

Menurut Jacob gerhana matahari penuh dapat dilihat di pekan Dhanuskodi, Bangladesh selama 11 minit 8 saat semalam yang merupakan catatan paling lama pernah direkodkan setakat ini.

Katanya, pihaknya sangat mengalu-alukan orang ramai menyertai SAS dan jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi pejabat SAS di talian 082-415806 atau melayari laman web www.swkastro nomy.org.com.