Pesawat ringan terhempas

0

Juruterbang maut, penumpang cedera tersangkut di atas pokok sebelum terjatuh

BERKECAI: Beginilah keadaan bangkai sebuah pesawat ringan persendirian yang terhempas di kawasan hutan dekat Simunjan, Samarahan semalam. Juruterbang pesawat itu Stanley Tiong (gambar kecil) terkorban manakala Dr Ngu cedera. — Gambar Bernama
BERKECAI: Beginilah keadaan bangkai sebuah pesawat ringan persendirian yang terhempas di kawasan hutan dekat Simunjan, Samarahan semalam. Juruterbang pesawat itu Stanley Tiong (gambar kecil) terkorban manakala Dr Ngu cedera. — Gambar Bernama

KUCHING: Seorang juruterbang maut manakala seorang doktor perunding pakar bedah dari Pusat Pakar Perubatan Normah di sini cedera apabila sebuah pesawat ringan persendirian yang dinaiki terhempas di kawasan hutan di Sungai Ladong Simunjan, Samarahan pagi semalam.

Ketua Polis Simunjan DSP Choo Yin Kok berkata, juruterbang yang terbunuh dikenali sebagai Stanley Tiong, 61, manakala Dr Ngu Siu Kong, 58, cedera apabila pesawat berkenaan terhempas di atas pokok di hutan tersebut.

“Kita terima panggilan daripada penduduk kampung berhampiran sekitar jam 9 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua pegawai dan 18 anggota polis,” kata-nya ketika dihubungi Ber-nama semalam.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui Dr Ngu yang masih berada dalam pesawat ber-kenaan pada kira-kira jam 11 pagi tetapi tiba-tiba beliau terjatuh dari pesawat berkenaan pada ketinggian 100 kaki, menyebabkan beliau meng-alami kecederaan.

Katanya, selain unit udara polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat pada  pagi semalam menggunakan helikopter Nuri.

Beliau tidak menyatakan bila pesawat tersebut berlepas dan tujuan penerbangan dilakukan. Bagaimanapun, Bernama difahamkan pesawat itu dalam penerbangan dari Kuching ke Sibu.

Sementara itu, ambulans milik Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pangkalan Udara Kuching yang membawa mayat mangsa dan doktor tersebut tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 1.40 petang semalam.

Turut kelihatan ialah saudara-mara mangsa dan doktor berkenaan yang berlegar sekitar pintu hadapan Jabatan Kecemasan HUS dan Rumah Mayat HUS.

Selepas mendapat rawatan di HUS, Dr Ngu dibawa ke Pusat Pakar Perubatan Normah bagi mendapatkan rawatan selanjutnya dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Usaha media untuk mendapatkan komen mengenai kejadian tersebut gagal ber-     ikutan permintaan anggota keluarga doktor berkenaan untuk memberi peluang kepada  doktor tersebut dirawat dan berehat.