Pameran ‘Crossing Borders’ di Galleria

0

KUCHING: Galeri kesenian Galleria akan mengadakan pameran ‘Crossing Borders’ bermula esok (5 Februari) hingga 31 Mac.

BAKAT KESENIAN: Melton dan Daf dengan beberapa hasil karya mereka. Lihat lebih banyak hasil karya mereka di pameran ‘Crossing Borders’.

BAKAT KESENIAN: Melton dan Daf dengan beberapa hasil karya mereka. Lihat lebih banyak hasil karya mereka di pameran ‘Crossing Borders’.

Ia akan mempamerkan hasil karya artis dari Sarawak, Melton Kais dan pengukir berbangsa Irish, Daf.

Pameran percuma itu akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari-hari biasa dan dari 10.00 pagi hingga 2.00 tengah hari pada hari Sabtu.

Galleria dalam kenyataannya memberitahu tema ‘Crossing Borders’ (Merentasi Sempadan) dipilih oleh Melton, Daf dan pemilik Galleria, Irene Lim, kerana seorang kemampuan seseorang artis merentasi sempadan dalam banyak cara.

Kenyataan itu memberitahu: “Seseorang artis merentasi sempadan dalam fikiran serta karyanya dan bagi mereka yang tidak dapat melakukannya sendiri. Di sinilah artis memainkan peranan dalam masyarakat dan sebagai manusia, ia ada dalam DNA kita untuk meluahkan diri dan artis-artis melakukannya dengan merentasi sempadan (Crossing Borders).”

Daf terkenal kerana hasil karya batunya dan bekerja di tiga buah benua.

“Saya memanggil diri seorang ‘Artis Bertuah’ kerana hasil karya batu sayalah yang telah membawa saya ke seluruh dunia dan sudah tentulah ke Sarawak, tetapi mengukir batu seperti saya tanpa henti selama 25 tahun dan seorang diri boleh meletihkan badan, apatah lagi debu batu yang kita hidu 10 hingga 12 jam sehari.

“Sekarang saya sedang berusaha untuk menghasilkan sesuatu dengan tanah liat tempatan dan saya sedang mencipta semula diri sendiri sebagai seorang artis kerana tanah liat telah ia membolehkan saya untuk memperluaskan lagi sempadan imaginasi saya sehinggakan saya tidak tahu apa yang akan muncul,” katanya.

Daf sedang mengusahakan tema ‘My Pet’ menggunakan tanah liat dan akan mengetengahkan ‘My Pet (1)’ dan ‘My Pet (2)’ di pameran ‘Crossing Borders’.

Beliau kini sedang mengusahakan ‘My Pet (3)’ dan, bila siap nanti, ia akan berdiri setinggi enam kaki.

“Bila meneliti karya-karya ini, tidak ada dua orang yang akan ada perasaan atau kefahaman yang sama mengenai karya tersebut,” kata Daf, “dan bagi saya untuk menghasilkan karya itu adalah betul bagi saya; bagi saya, menyentuh emosi anda menerusi karya saya adalah betul bagi anda.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Daf dan hasil karyanya, layarilah www.deedaf.blogspot.com. Sementara itu, Melton akan menggaambarkan tradisi dan kebudayaan Bidayuh menerusi lukisan-lukisannya.

“Pembentangan saya untuk pameran ini merangkumi pelbagai subjek, yang sangat biasa bagi diri saya sendiri. Sebagai orang Bidayuh, saya bersedia berkongsi sebahagian daripada tradisi dan kebudayaan saya menerusi lukisanlukisan seperti ‘Sacred Ornaments’ (Hiasan Suci), ‘Shamans Dream’ (Mimpi Dukun) dan ‘Resurgence’ (Kebangkitan), yang mencerminkan harapan dan impian seorang pawing Bidayuh.

“Penghargaan saya bagi kebudayaan dan kaum lain serta tradisi mereka juga dapat dilihat dalam ‘Poskad dari Sarawak’, satu lukisan nostalgic mengenai gaya hidup nelayan-nelayan di pantai Sarawak dan ‘Table No.38’, yang menggambarkan meja No.38, yang ditutup dengan kain merah, nombor bertuah dan warna yang baik dalam masyarakat Cina,” katanya.

Galleria terletak di Westberly House, Lot 2812, Blok 195, Jalan Rubber Barat, 93400 Kuching. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-8865278.