Impian Villa masih di landasan tepat, kata Carew

0

BIRMINGHAM, England: Kemarahan Martin O’Neill pada bulan Mac sebagai pengurus Aston Villa telah diketahui ramai — tetapi penyerang John Carew menegaskan kempen mereka untuk Piala FA dan tempat dalam Liga Juara-Juara masih berada di landasan yang baik.O’Neill yang menjadi pengurus pada 2006, hanya menang satu daripada 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris sepanjang bulan Mac.

Kegagalan pada waktu yang sama pada musim lepas memusnahkan cubaan Villa untuk menamatkan musim di empat tempat teratas dan prospek bahawa perkara itu akan berulang lagi pasti akan merosakkan lagi cita-cita mereka pada musim ini.

Keputusan seri 2-2 yang mengecewakan Sabtu lepas dengan kelab bermasalah Wolves menyebabkan O’Neill marah dengan para penyokong yang mengejek pasukannya semasa mereka meninggalkan padang pada waktu rehat dan di wisel penamat.

O’Neill masih marah dengan ketidakpuasan penyokong selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga, walaupun akhirnya kalah di tangan Manchester United, selain melakukan lawatan sekali lagi ke Wembley dalam perlawanan separuh akhir menentang Chelsea dalam Piala FA.

Sementara itu, kemenangan ke atas Sunderland di Villa Park akan meletakkan pasukan Midlands itu dua mata di belakang Tottenham Hotspur, yang kini menduduki tempat terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Carew, yang menjaringkan dua gol yang sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri dengan Wol-ves, percaya mata itu mungkin ternyata penting dalam analisis terakhir.

“Ia adalah mata yang bagus. Sebarang mata dalam perlawanan kelab jiran sentiasa bagus. Mungkin kita harus menunggu dan lihat sehingga akhir musim, tetapi mata itu mungkin penting bagi kami,” kata Carew.

“Kami mahu menamatkan musim ini di tempat keempat liga. Itulah sasaran kami dan masih ada banyak mata untuk diperolehi. Saya tahu kami pudar pada musim lepas tetapi kami memiliki sebuah skuad yang jauh lebih kuat pada kali ini.

“Para pemain sangat cergas dan mereka boleh terus bermain untuk semua perlawanan penting yang akan diadakan,” tambahnya.

“Apa yang penting ialah semua pemain dan penyokong bersatu padu.”

Pemain antarabangsa Republik Ireland di Villa, Richard Dunne masih menjadi tanda-tanya selepas memburukkan kecederaan ‘Achilles tendon’ ketika bermain menentang Wolves.

Pemain pertahanan tengah itu telah menjalani rawatan rapi dalam usaha meneruskan pembabitannya dalam Liga Perdana sejak beliau dibeli dari Manchester City pada Ogos lalu. — AFP