Monday, February 17

Spurs bangkit sebelum melangkah ke separuh akhir Piala FA Inggeris

0

LONDON, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp akan menentang bekas kelabnya, Portsmouth pada perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris di Wembley, selepas kebangkitan dalam separuh masa kedua memastikan pasukannya menewaskan Fulham 3-1 pada perlawanan ulangan peringkat suku akhir di White Hart Lane.Fulham membuka jaringan menerusi rembatan Bobby Zamora tetapi gol-gol oleh David Bentley, Roman Pavlyuchenko dan Eidur Gudjohnsen memastikan tempat Spurs ke separuh akhir.

Redknapp pernah memenangi Piala FA Inggeris bersama Portsmouth pada 2008 tetapi beliau pastinya terdesak untuk menewaskan bekas majikannya, yang sekarang berada dalam kemelut kewangan, pada pertemuan 11 April depan.

Pengurus Fulham, Roy Hodgson oleh difahami tidak terlalu kecewa dengan kekalahan itu kerana pasukannya sudah melangkah ke suku akhir Liga Europa selepas kebangkitan luar biasa menentang Juventus minggu lepas.

Hodgson menurunkan lima bekas pemain Spurs, Stephen Kelly, Paul Konchesky, Simon Davies, Danny Murphy dan Zamora dalam kesebelasan utama selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan asal.

Fulham, yang bersemangat dengan kemenangan hebat minggu lepas, kelihatan masih bersemangat dan mengasak dari awal permainan. Mereka mendapat ganjarannya pada minit ke-18 apabila Damien Duff tidak dicabar ketika membawa bola sebelum melakukan umpanan menewaskan pemain pertahanan Benoit Assou-Ekotto untuk Zamora, yang tenang menewaskan penjaga gol Mark Schwarzer.

Tottenham kemudian merayu satu tendangan penalti, 10 minit selepas itu apabila Kelly memeluk Peter Crouch dalam kotak penalti ketika penyerang tinggi lampai itu cuba mengawal bola tetapi pengadil Martin Atkinson tidak mengendahkannya.

Walau bagaimanapun, ketika itu semuanya tidak selamat buat Fulham apabila Gudjohnsen melakukan tolakan kaki belakang yang mencemaskan Schwarzer.

Di sebalik asakan demi asakan pasukan tuan rumah, Fulham mempunyai dua peluang menambah jaringan.

Breder Hangeland melakukan satu tandukan melepasi palang gol ekoran satu tendangan sudut Duff sebelum Zoltan Gera menemui Zamora yang tidak dikawal tetapi gagal melakukan satu tandukan kemas.

Redknapp jelas tidak gembira dengan permainan anak buahnya dalam separuh masa pertama dan beliau melakukan dua pertukaran pada masa rehat, mengeluarkan Assou-Ekoto dan pemain tengah, Niko Kranjcar, yang digantikan oleh Tom Huddlestone dan Bentley.

Redknapp tidak mengharapkan keputusan yang lebih baik lagi apabila Bentley berjaya menyamakan kedudukan hasil sumbangan pertamanya, menjaringkan gol dari satu tendangan percuma selepas Duff menjatuhkan Luka Modric di hadapan pintu gol.

Bentley jelas senjata utama Spurs dan ia tidak mengejutkan apabila beliau mencipta gol kedua Spurs, yang disempurnakan oleh seorang lagi pemain gantian, Pavlyuchenko tidak lama selepas satu jam perlawanan.

Spurs melengkapkan jaringan lima minit selepas itu apabila Gudjohnsen menjaringkan gol keduanya dalam tempoh lima hari. — AFP