Gadis dakwa dirogol

0

SARIKEI: Polis tempatan menerima laporan yang dibuat oleh seorang gadis berusia 16 tahun yang mendakwa dia telah dirogol.Bila dihubungi bagi mendapatkan pengesahan, Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Philip Picha berkata kes itu membabitkan sepasang kekasih, kerana dari hasil siasatan mereka mendapati suspek adalah teman lelaki mangsa sendiri.  Kejadian yang didakwa dikatakan berlaku di bilik sebuah hotel di Sarikei di mana suspek dituduh membawa mangsa pada minggu lepas, kata Philip.

Ekoran laporan berkenaan, pihak polis menangkap dan menahan reman suspek bagi memudahkan siasatan, katanya lagi.

“Kami masih menyiasat kes itu dan jika bukti mencukupi, kami akan mendakwanya.