Wanita warga emas dan anak diberkas disyaki edar dadah

0

KUANTAN: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pengedaran dadah di sekitar Kuantan sejak setahun lepas.Kedua-dua beranak berusia 65 tahun dan 38 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Makbar, dekat sini, tiga hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata dalam serbuan pada jam 1.30 pagi itu, polis menemui 1.4kg heroin dan 0.4kg ganja, kesemuanya bernilai RM128,883 yang disembunyikan dalam sebuah mesin pemotong jalan yang berada di tepi tangga rumah itu.

“Kita percaya dua beranak terbabit aktif mengedar dadah di kawasan ini sejak tahun lepas dan bekalan dadah itu dibawa masuk dari negeri jiran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Polis turut merampas dan menyita harta dan barangan suspek seperti barang kemas, kereta bernilai RM85,500, serta wang tunai berjumlah RM2,278.

Pada hari sama, seorang wanita berumur 25 tahun, yang dipecayai aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lepas ditahan ketika menaiki sebuah motosikal di persimpangan Lorong Alor Akar Dua, dekat sini.

Katanya polis merampas 154gm heroin bernilai RM18,250. — Bernama