PC Sale kini kembali ke Kompleks Beli-Belah ONETJ pada 8 April ini

0

KUCHING: PC Sale kembali lagi ke Kompleks Membeli- Belah ONETJ ICT dengan diskaun hebat, hadiah percuma dan produk baru dari 8 hingga 11 April.Ia merupakan acara jualan kedua yang dianjurkan sekali dalam tempoh tiga bulan pada tahun ini oleh ONETJ Management.

Menurut kenyataan akhbarnya, antara tawaran jualan yang menarik di acara itu nanti adalah pemain media Full HD, skrin LCD, media penyimpanan, pembesar suara dan aksesori komputer.

Selain itu, tawaran hebat juga diberikan bagi jenama ‘notebook’ terkemuka seperti Acer dan HP Compaq.

Contohnya , perisian Kaspersky Internet Security boleh dibeli dengan harga terendah RM130 bagi tiga lesen.

Pelajar dengan baucer wang tunai sah yang diedarkan sebelum ini akan menikmati diskaun tambahan selain harga rendah.

Setiap peruncit di ONETJ juga ada tawaran istimewa tersendiri selain tawaran yang diiklankan menerusi akhbar.

DiGi, Celcom dan REDtone turut menyediakan tawaran bagi mempromosikan khidmat jalur lebar.

Menurut jurucakap ONETJ, walaupun barang jualan, baucer wang tunai dan hadiah percuma disokong oleh jenama utama dan ONETJ Management, namun ia juga usaha gigih para peruncit sendiri untuk mendapatkan harga berpatutan daripada pembekal bagi menjayakan acara tersebut.

Sempena PC Sale, ONETJ juga mengalu-alukan pembukaan Standard Photo Station, iaitu kedai kamera digital baru di Aras 1 Unit 1.2 di berdekatan dengan Restoran Sugarbun.

Lot runcit masih ada untuk disewa di Kompleks Membeli- Belah ONETJ ICT.

Mereka yang berminat harus menggunakan peluang ini untuk menilai pertumbuhan ONETJ dan menjadi sebahagian daripada komuniti perniagaan yang semakin berkembang di kompleks tersebut.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur di talian 082-463998.