Unimas cadang bina kompleks sukarelawan Suksis, Palapes

0

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mencadangkan agar sebuah kompleks baru dibina untuk menempatkan penuntut universiti berkenaan yang menyertai pasukan sukarelawan polis (Suksis) dan pasukan sukarelawan tentera (Palapes). Para Timbalan Naib Canselor Unimas (Hal Ehwal Pelajar dan Alumi) Profesor Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman semalam berkata kos anggaran bagi membina kompleks berkenaan ialah sekitar RM12 juta.Sementara menurut Komander Kor Suksis Unimas Mohd Fadzil, lokasi kompleks berkenaan terletak berhampiran kampus lama Unimas.

Beliau juga menambah pinjamankompleks berkenaan akan menyediakan persekitaran latihan lebih baik untuk Suksis dan Palapes Unimas.

“Maklumat lanjut mengenai projek ini akan diketahui sekitar Jun ini.

“Ia akan dilengkapkan dengan peralatan-peralatan tertentu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga pegawai Suksis Unimas di Kampus Baru Unimas kelmarin (Khamis).

Majlis penyerahan surat pelantikan itu disempurnakan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Mohmad Salleh.

Terdahulu Fadzil dalam ucapannya berkata Unimas telah mengadaptasi pendekatan temu duga terbuka dalam pemilihan pegawai kehormat.

“Saya percaya Unimas adalah universiti pertama di Malaysia mendapat pegawai kehormat Suksis menerusi temu duga terbuka.

“Pendekatan yang dibuka kepada semua akan membantu kita memilih calon sesuai,” jelasnya.

Sementara itu Mohmad berkata cadangan pembinaan kompleks itu merupakan insiatif baik dan dipercayai ia boleh memberi manfaat kepada Suksis dan Palapes universiti berkenaan.

Malah beliau memuji inisiatif Unimas menggunakan pendekatan sistem temu duga terbuka untuk melantik pegawai kehormat.

Beliau berkata dengan pelantikan pegawai kehormat, ia akan mengukuhkan lagi kerjasama antara universiti dengan polis.

Pada masa sama Mohmad menasihati ahli Suksis Unimas menjalani latihan mereka dengan komited.

“Penuntut yang menyertai Suksis boleh mempunyai prospek kerjaya cerah.

“Ini kerana dalam Suksis kita menekankan aspek disiplin. Disiplin yang tinggi adalah salah satu kriteria dipentingkan majikan.

“Selain itu, Suksis mempunyai kelebihan tambahan jika mereka mahu menyertai Polis Diraja Malaysia selepas tamat pengajian kerana mereka telahpun mempunyai pengalaman atau kemahiran asas serta relevan,” katanya.