Thursday, October 24

Mahkamah ketepikan tuntutan syarikat balak

0

Keruntum tuntut ganti rugi daripada k’jaan dan mendakwa pembatalan lesennya bermotifkan politik

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini kelmarin mengetepikan dengan kos tuntutan ganti rugi sebuah syarikat pembalakan terhadap kerajaan kerana membatalkan lesen syarikat tersebut pada Mac 1987 dan kali kedua pada Ogos 1988.Keruntum Sdn Bhd diberi Lesen T/0279 No Hutan Kayu, pada 10 Okt 1983 untuk jangka masa 25 tahun yang meliputi kawasan seluas 188.926 hektar.

Tetapi pada 10 Mac 1987, lesen itu ditarik balik bersama-sama dengan 25 lesen lain. Kerajaan mengatakan, pada masa itu, lesen dibatalkan kerana ada pemindahan saham kawalan yang telah dilakukan tanpa kelulusan daripada Pengarah Perhutanan berdasarkan Seksyen 2 (2) Ordinan Perhutanan.

Keruntum mendakwa bahawa pembatalan itu “bermotifkan politik”.

Pembatalan pada Mac 1987 itu diisytiharkan tidak sah dan kemudian dibatalkan oleh Mahkamah Agung atas sebab Keruntum tidak diberi sebarang peluang untuk kes itu didengar sebelum pembatalan lesen dikuatkuasakan oleh Pengarah Perhutanan ketika itu, Datuk Leo Chai.

Pada Ogos 1988, selepas Ordinan Perhutanan dipinda, kerajaan membatalkan lessen Keruntum untuk kedua kalinya.

Kawasan hutan dibahagikan kepada empat bahagian, dan kemudian lessen selanjutnya diberikan kepada PPES Resorts Sdn Bhd, anak syarikat SEDC dan dua syarikat lain.

Keruntum menamakan Penga r ah Pe rhut anan, Menteri Perancangan Sumber dan Kerajaan Sarawak sebagai defendan dalam tuntutan saman bagi ganti rugi contoh dan hukuman dengan mendakwa pembatalan kedua adalah tidak sah dan kesalahan telah berlaku iaitu penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa.

Kes ini didengar antara 1995 dan 2006 oleh empat hakim yang berbeza dan keputusan itu kali terakhir dibuat di Mahkamah Tinggi. Hakim yang mendengar kes ini, Hakim Datuk Clement Allan Skinner.

Hakim Skinner memutuskan ada pemindahan saham kawalan dalam Keruntum tanpa kebenaran daripada Pengarah Perhutanan yang melanggar Seksyen 2 (2) Ordinan Perhutanan.

Beliau menolak hujah Keruntum bahawa lessen tersebut dikeluarkan berdasarkan pelan umum untuk membantu masyarakat Orang Ulu dan badan-badan amal, seperti yang diilhamkan oleh bekas Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub.

Beliau mendapati ada bukti yang cukup bagi membuktikan kewujudan pelan umum tersebut.

Hakim Skinner berpendapat walaupun pelan umum sedemikian wujud, syarat bagi menetapkan pemindahan saham di bawah ordinan berkenaan harus dipenuhi.

Hakim juga menolak tuduhan berniat jahat dan penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan melalui pembatalan lesen itu.

Beliau mengatakan alasan bagi pembatalan itu konsisten dengan arahan yang dikeluarkan pada 1985 oleh Kementerian Perancangan Sumber bahawa pemindahan saham kawalan dalam syarikat, yang memegang lesen pembalakan, tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran daripada menteri berkenaan.

Beliau juga memutuskan siasatan telah dijalankan dengan betul terhadap pemilikan saham dari Keruntum dan lesen pembalakan lain oleh pegawai awam, pada awal 1987, sebelum pembatalan lesen Keruntum.

Bukti tersebut tidak menyokong dakwaan mengenai penyalahgunaan kuasa

atau niat jahat yang dibuat terhadap kerajaan.

Selain itu, pembatalan kedua dilakukan selepas nasihat undang-undang diperolehi daripada Ketua Peguam Negeri Sarawak ketika itu, Tan Sri Jemuri Serjan.

Sehubungan itu, mahkamah menolak tuntutan Keruntum terhadap defendan dan memerintahkan syarikat membayar kos.

Peguam Mohamad Ariff Yusof dan Colin Lau mewakili Keruntum manakala defendan diwakili oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Sarawak JC Datuk Fong.