Malaysia jadual semula penerbangan ke United Kingdom dan Eropah

0

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) semalam menjadualkan semula penerbangannya ke United Kingdom dan Eropah berikutan penutupan lapangan terbang yang merentasi negara-negara itu berikutan debu akibat letusan gunung berapi dari Iceland.

TERKANDAS: Keluarga Darren Oxforf dari United Kindom antara penumpang dari Eropah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kulala Lumpur (KLIA) apabila Penerbangan Malaysia MH04 ke London ditunda di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

TERKANDAS: Keluarga Darren Oxforf dari United Kindom antara penumpang dari Eropah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kulala Lumpur (KLIA) apabila Penerbangan Malaysia MH04 ke London ditunda di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

Menurut nasihat perjalanan dalam laman web MAS website, penerbangan itu sebenarnya dijadualkan berlepas pada 15 dan 16 April akan dijadualkan semula masing-masing kepada kepada 17 dan 18 April.

Penjadualan semula penerbangan pada 15 April kepada 17 April adalah Kuala Lumpur-Paris (MH20) dijadual berlepas pada 11.35malam, Kuala Lumpur-London (MH2) dijadual berlepas pada 11.40malam dan Kuala Lumpur-Amsterdam (MH16) pada 11.55malam.

Sementara itu, penjadualan semula penerbangan bagi 16 April kepada 18 April adalah Kuala Lumpur-London (MH4) dan dijadual berlepas pada 10.05pagi manakala Kuala Lumpur-London (MH2) akan berlepas pada 11.40malam.

Menurut nasihat itu, para pelanggan yang menempah penerbangan terbabit dinasihatkan untuk meneliti perkembangan terbaru melalui www.malaysiaairlines.com atau menelefon MAS Call Center 1300-88-3000 (di dalam Malaysia) atau 603-7843 3000 (luar Malaysia) sebelum pergi ke lapangan terbang. Para pelanggan juga digalakkan untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka dengan Malaysia Airlines untuk memudahkan pemakluman melalui SMS.

Menurut nasihat itu, pengecualian akan diberikan bagi bayaran penalti kepada pelanggan yang memegang tiket tambang khas dengan terma-terma dan syarat yang terhad sehingga 30 April.

Bagaimanapun, bagi sebarang pertukaran tempahan berikutnya, bayaran penalti akan dikenakan dan bayaran balik tidak terpakai.

Menurut nasihat itu, para pelanggan yang memegang tiket yang membenarkan pertukaran tarikh perjalanan boleh berbuat demikian tanpa yuran penalti. Bayaran balik dibenarkan dan ia tertakluk kepada yuran pentadbiran bagi bayaran balik.

Sementara itu, syarikat penerbangan Emiriyah Arab Bersatu, Emirates menasihatkan para pelanggannya yang melawat ke Paris, Nice, Frankfurt, Dusseldorf, Hamburg dan Moscow supaya meneliti status penerbangan mereka di www.emirates.com.

Pengurus negaranya ke Malaysia Kavin Martinus berkata para pelanggan terbabit boleh membatalkan tempatan atau menukar destinasi hadapan mereka tanpa caj. — Bernama