Wanita kerugian RM6,000 selepas jadi mangsa ragut

0

KUCHING: Seorang wanita kerugian RM6,000 selepas menjadi mangsa ragut di Sungai Maong, di sini semalam.Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi apabila wanita yang berusia 45 tahun itu berjalan menuju ke pasar dan beg tangannya diragut dari belakang.

Peragut yang berjalan kaki terus melarikan diri manakala wanita tersebut menangis meminta tolong daripada orang ramai.

Menurut wanita tersebut, dia kehilangan kad pengenalan, kad bank, telefon bimbit dan lain-lain dengan anggaran RM6,000.

Mangsa terus membuat laporan polis selepas kejadian berlaku.