Nyawa penduduk Long Panai terancam

0

Berhadapan risiko tanah runtuh pada bila-bila masa

MIRI: Rumah panjang Long Panai di  Tutoh-Apoh kini diancam tanah runtuh.Terdapat kesan rekahan pada lantai konkrit rumah panjang berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Lihan Jok berkata perkara itu boleh menye-babkan rumah panjang itu roboh jika tindakan sewajarnya tidak diambil dengan segera.

“Saya akan memaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri berikutan keadaan berbahaya yang dihadapi oleh penduduk Long Panai.

“Kita berharap jabatan tersebut akan membuat siasatan segera tentang kemungkinan bahaya berlaku tanah runtuh,” kata Lihan selepas mengadakan lawatan ke rumah panjang tersebut baru-baru ini.

Menurut beliau, 40 tahun yang lalu, tanah runtuh teruk pernah berlaku berdekatan rumah pan-  jang tersebut sehingga Sungai Tutoh tidak dapat digunakan sebe-lum tanah diangkut keluar dari su-ngai.

“Kita tidak mahu melihat kejadian tanah runtuh seperti itu berlaku lagi,” tambah Lihan.

Long Panai terletak di kawasan kerap berlaku banjir, di mana terletaknya Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh yang dilaporkan sering dilanda banjir, iaitu sehingga empat ke lima kali setahun.

Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk memindahkan sekolah tersebut ke tapak baru, di mana kerja-kerja pembinaan sekolah baru itu telah dimulakan.