MCA akan cari punca kemerosotan sokongan pengundi Cina

0

PULAU PINANG: MCA akan mengadakan bedah siasat bagi mencari punca kemerosotan sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin dirasai selepas kekalahan BN pada pilihan raya kecil Sibu kelmarin.Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pihaknya juga akan cuba mencari strategi terbaik bagi menarik semula sokongan kaum Cina kepada BN.

Bagaimanapun perkara itu harus dipikul oleh semua parti komponen dalam BN bukan MCA semata-mata, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Ng yang diminta mengulas mengenai peralihan sokongan pengundi Cina yang semakin ketara sekarang berkata, pihaknya juga kecewa dengan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu itu yang menyaksikan calon DAP menang tipis.

“Namun pilihan rakyat harus dihormati dan rakyat berhak membuat pilihan mereka,” katanya. — Bernama