Pameran Elektronik Curtin tampil robot ciptaan pelajar ECE

0

MIRI: Pameran Elektronik Curtin University of Teknology(Curtin) Sarawak yang menampilkan robot-robot ciptaan pelajar-pelajar Kejuruteraan Komputer dan Elektrik (ECE) mendapat sambutan yang menggalakkan.

Aktiviti dua hari sempena Hari Belia itu dianjurkan bersama oleh Sekolah Kejuruteraan dan Sains dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Pusat Acara dan Rekreasi Curtin.

Aktiviti pada hari pertama melibatkan pelajar Curtin dan aktiviti hari kedua terbuka kepada orang awam dan pelajar dari sekolah-sekolah menengah di sini.

Pengerusi penganjur dan pelajar ECE tahun keempat, Sia Yee Yu memberitahu, objektif utama pameran ialah untuk mempromosikan pencapaian Jabatan ECE dan manfaat mempelajari kejuruteraan komputer dan elekrik di Curtin.

“Kita juga mahu memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang teknologi terkini, mempamerkan produk yang dihasilkan oleh pelajar ECE yang telah mengikuti pelbagai pertandingan dalam semester lalu serta membantu pelajar mengaitkan pelajaran teori dalam buku teks dengan mengaplikasikan ilmu berkenaan ke dalam kehidupan,” jelasnya.