Berikan kerjasama, maklumat sahih

0

BINTULU: Orang ramai diminta memberikan kerjasama penuh dan maklumat yang sahih kepada petugas-petugas banci di bahagian ini.

DEMI TUGAS: Tiga pembanci, Muntazirah Mosni, 18, (kiri) Norlida Ramlee, 21, (kanan) dan Bexter Paul Lasah, 21 (dua kanan) menemu bual responden di sebuah kedai di Taman Sri Dagang Bintulu semalam.

DEMI TUGAS: Tiga pembanci, Muntazirah Mosni, 18, (kiri) Norlida Ramlee, 21, (kanan) dan Bexter Paul Lasah, 21 (dua kanan) menemu bual responden di sebuah kedai di Taman Sri Dagang Bintulu semalam.

Orang ramai main peranan untuk pastikan proses banci berjalan lancar

Mesej ini diberikan oleh Jabatan Perangkaan Bahagian Bintulu kepada semua pemilik kediaman di sini supaya kerja-kerja Banci Perumahan dan Penduduk Malaysia 2010 yang bermula 6 Julai lalu hingga 22 Ogos depan di seluruh negara berjalan lancar.

Penolong Pegawai Perangkaan Bahagian Bintulu Maznah Idris berkata, sejak kerja banci dimulakan tiga hari lepas, petugas banci di sini telah mengendalikan temu bual bersemuka yang agak sukar memandangkan pemilik kediaman enggan memberi kerjasama dan maklumat berikutan bimbang maklumat diberi agak sensitif.

“Mereka tidak seharusnya risau berkenaan dengan maklumat peribadi memandangkan semua maklumat yang diberikan itu akan dijaga dengan rapi daripada sebarang kebocoran,” katanya semalam.

Maznah turut memberi jaminan bahawa semua maklumat yang dikumpulkan akan ditempatkan dalam satu data am dan bukan data individu.

“Justeru, kita meminta agar penduduk memberikan sokongan dan kerjasama kepada para pembanci apabila mereka datang mengetuk pintu kediaman penduduk,” tambahnya.

Begitupun, Maznah menasihati semua penduduk agar mengambil beberapa langkah keselamatan dengan bertanya kepada pembanci mengenai kad kuasa banci sebelum proses temu bual dijalankan.

“Kad kuasa khas itu mengandungi tandatangan pesuruhjaya banci daerah bagi mengelak daripada berlaku penyamaran oleh golongan bukan pembanci sah yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada penduduk,” katanya.

Dengan pertumbuhan kemudahan sambungan jalur lebar, Maznah turut menggalakkan orang awam untuk mengisi borang dan mengisi dokumen secara dalam talian melalui e-Census, iaitu satu daripada tiga cara pengumpulan data yang disediakan oleh jabatan.

“Ia sangat mudah, menjimatkan masa dan sesuai untuk penduduk yang sibuk di sini yang mana ada akses internet 24 jam. Mereka boleh masuk ke www.statistics.