Perpustakaan desa dibina di semua DUN

0

KEPALA BATAS: Perpus­takaan Negara Malaysia (PNM) menyasarkan untuk membina perpustakaan desa di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk manfaat masyarakat setempat.

Ketua Pengarah Perpus­takaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar berkata setakat ini kerajaan telah membina 1,089 perpus­takaan desa di seluruh negara membabitkan peruntukan berjuta-juta ringgit untuk memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir dalam mendapatkan bahan bacaan.

“Di Pulau Pinang saja terdapat 82 unit perpus­takaan desa dengan 28 unit diurus tadbir oleh Perpus­takaan Negara Malaysia manakala selebihnya diselia Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang,” ka­tanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian serentak perpustakaan desa Kampung Selamat, Taman Abdullah Fahim, Bakar Bata; dan Bakau Tua di sini, semalam.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tung­gal Datuk Roislan Saidin dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Shukriah Yon.

Raslin berkata secara pu­rata, kos pembinaan sebuah perpustakaan desa ialah RM300,000 membabitkan kos bangunan, buku-buku, pendawaian dan kemudahan Internet. — Bernama