Monday, May 23

Polis mengesahkan remaja ditemui mati dibunuh dengan kejam sebagai mangsa rogol

0

KOTA BAHARU: Polis Ke­lantan mengesahkan, seorang remaja yang ditemui mati dibunuh dengan kejam di Sun­gai Bagan di Pulai Chondong, Machang tiga hari lalu, telah dirogol.

Timbalan Ketua Polis Ke­lantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan pihak hospital terhadap remaja berk­enaan mendapati mangsa di­rogol bagaimanapun pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada mangsa dirogol sebelum ditikam atau sebaliknya.

“Pihak polis masih men­jalankan siasatan lanjut ber­hubung kes ini dan sehingga kini kita hanya dapat mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol melalui bedah siasat yang di­jalankan pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Bagaimanapun sama ada mangsa dirogol sebelum di­tikam atau ditikam dan kemu­dian dirogol itu belum dapat kita pastikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari sempena lawatan persaraan beliau sebagai Tim­balan Ketua Polis Kelantan, di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Baharu, Pengkalan Chepa semalam.

Selain itu mengenai dakwaan mangsa dirogol beberapa kali itu juga, beliau berkata polis tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.

Amir Hamzah berkata, se­hingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya berhubung kes itu bagaimana­pun polis telah mengenal pasti seorang individu yang diper­cayai suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu.

Menurutnya tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membantu polis men­jalankan siasatan berhubung punca kejadian itu.

Tiga hari lalu, seorang gadis yang dikenali sebagai Ilya Na­bilah Rosnata, 19, yang berasal dari Kampung Pendek, Kota Baharu ditemui mati dibunuh dengan kejam di Sungai Bagan, Pulai Chondong, di Machang.

Mayat mangsa, yang di­percayai dibunuh kira-kira seminggu lalu ditemui tera­pung-apung di dalam Sungai Bagan yang terletak di sebuah ladang kelapa sawit itu dijumpai diikat pada sebatang pokok di tebing sungai oleh penduduk kampung dalam keadaan bogel selain terdapat kesan tikaman di dada.

Mengulas berkenaan majlis itu, Amir Hamzah berkata beliau akan bersara pada 12 Ogos ini selepas tiga tahun menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Kelantan iaitu pada 7 Ogos 2007.

Amir Hamzah mula berkhid­mat sebagai anggota polis selama 35 tahun iaitu pada 18 Jun 1975. — Bernama