Pemenang kuiz bonanza ‘Sorakan 1Malasyia 1Dunia’ diumumkan

0

KUALA LUMPUR: Nor Shahida Ceh Mat Zin, 21, dari Kajang, Selangor semalam diumumkan pemenang hadiah utama sebuah kereta pick-up LMG Trekker 2.2L (4X2) berharga kira-kira RM55,000 pada pertandingan

TAHNIAH: Ibrahim (enam, kanan) bergambar kenangan bersama dengan penaja dan pemenang Kuiz Bonanza Sorakan 1Malaysia 1Dunia Piala Dunia FIFA 2010 selepas upacara penyampaian hadiah di International Broadcasting Centre (IBC) Angkasapuri di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

TAHNIAH: Ibrahim (enam, kanan) bergambar kenangan bersama dengan penaja dan pemenang Kuiz Bonanza Sorakan 1Malaysia 1Dunia Piala Dunia FIFA 2010 selepas upacara penyampaian hadiah di International Broadcasting Centre (IBC) Angkasapuri di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

kuiz bonanza “Sorakan 1Malaysia 1Dunia” anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersempena Piala Dunia FIFA 2010.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir untuk berkongsi kegembiraan bersama pemenang lain kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Rancangan kuiz sebanyak 17 episod itu yang memulakan siarannya pada 13 Jun hingga 12 Julai lepas adalah untuk menarik penonton menyaksikan siaran bola sepak menerusi RTM pada sepanjang berlangsungnya perlawanan bola sepak piala dunia.

Pertandingan itu juga menawarkan hadiah pakej penginapan 4 hari 3 malam di rangkaian hotel Holiday Villa di Qatar, Vietnam dan Cherating, Pahang tajaan Kumpulan Holiday Villa Hotel.

Pemenang pakej penginapan di Holiday Villa Beach Resort and Spa Cherating, Pahang ialah Ahmad Nazrol Hud dari Cheras, Selangor dan Mohd Kahar Hassan dari Temerloh, Pahang manakala Rahimah Abu dan Mohd Albunai Karis dari Johor Baharu dan Samsuddin Nordin dari Setapak, Kuala Lumpur memenangi pakej penginapan Holiday Villa Halong Bay, Vietnam.

Bagi pakej penginapan di Holiday Villa Hotel and Residence Doha, Qatar pula dimenangi Nor Hayati Nordin dari Putrajaya, Zaileina Mohamed Razali dari Batu Caves, Selangor dan Samsuddin Nordin dari Setapak, Kuala Lumpur.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya di Pusat Penyiaran Antarabangsa, Angkasapuri di sini.

Bercakap kepada pemberita, Ibrahim berkata format kuiz ini memerlukan peserta menonton rancangan Sorakan 1Malaysia 1Dunia hingga ke akhir rancangan dengan mengumpul jawapan dan seterusnya menghantar kesemua jawapan menerusi laman web www.rtm.gov.my/pialaduniafifa2010.

“Sepanjang berlangsungnya perlawanan bola sepak itu, jumlah pengunjung ke laman tersebut berjumlah 120,219 orang dan 3,000 penyertaan diterima RTM untuk kuiz tersebut,” katanya.

Turut hadir Pengerusi LM Star Autoworld Sdn Bhd, Datuk Shikh Abdullah dan Pengurus Komunikasi Holiday Villa Hotel and Suites Subang, Adipah Ishak. — Bernama