Sunday, September 20

Pameran Multimedia PIKOM 2010 di empat lokasi minggu ini

0

KUCHING: Pameran Multimedia PIKOM 2010 akan diadakan di empat lokasi pada minggu ini.

Pameran tiga hari itu bermula 30 Julai dan diadakan di Pusat Sukan Antarabangsa Penan (PISA) di Pulau Pinang, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Berjaya Megamall Kuantan dan Dewan Merdeka Seri Manjung.

Menurut Persatuan Kebangsaan ICT Malaysia (PIKOM), lebih 205,000 pembeli akan berada di tempat-tempat berkenaan penghujung minggu ini.

Terdapat pelbagai teknologi dalam dunia canggih masa kini menjadi raihan pembeli  dan pembeli kini juga semakin bijak membeli barangan berteknologi yang berkualiti dengan jaminan.

Majlis akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Jumaat ini dan disertakan 10 cabutan bertuah kelolaan PIKOM.

Seramai 95,000 pengunjung dijangka hadir. Terdapat tiga cabutan dengan hadiah komputer, aksesori komputer, cakera memori keras akan diadakan pada jam 1, 4 dan 7 petang.

Pada hari terakhir, 10 cabutan akan diadakan pada jam 8 malam dengan hadiah mesin pencetak berwarna OKI C3300N sebagai hadiah utama.

Setiap pengunjung yang berbelanja melebihi RM100 layak menyertai peraduan cabutan bertuah berkenaan.

Pada masa yang sama, pengunjung juga layak menebus balik barisan produk teknologi PIKOM dengan resit bayaran tunggal sebanyak RM300 ke atas.

Manakala di Melaka bas pelawat disediakan untuk tujuan pelawat mengelilingi bandar bersejarah berkenaan bermula jam 10.30 pagi sehingga 9.30 malam.

Dijangka seramai 67,000 pelawat akan ke pameran di Melaka.