Pertandingan badminton di Limbang serba meriah

0

LIMBANG: Sebanyak 79 penyertaan melibatkan 58 pemain beregu dan 21 perseorangan telah memeriahkan pertandingan badminton anjuran Persatuan Badminton Limbang (LBA) di sini petang kelmarin.

KENANGAN: Dr Rahman (duduk barisan kedua kiri) merakam kenangan bersama para pemenang.

KENANGAN: Dr Rahman (duduk barisan kedua kiri) merakam kenangan bersama para pemenang.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan termasuk beregu lelaki junior, perseorangan senior, beregu campuran lelaki dan wanita, perseorangan lelaki junior, beregu wanita dan beregu lelaki terbuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail berkata kejohanan tersebut merupakan platform terbaik bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru lebih-lebih lagi dari kalangan remaja di Limbang.

“Limbang mempunyai ramai pemain badminton yang berbakat dan berpotensi untuk ditonjolkan supaya mereka mampu menjadi atlet bertaraf negeri dan kebangsaan,” katanya.

Hadir sama ialah setiausaha pertandingan, Arni Kassim dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur yang lain.

Beliau yang juga pengerusi persatuan memuji semangat yang ditunjukkan para peminat termasuk sambutan memberangsangkan melibatkan penyertaan dari Limbang dan Lawas.

Dr Rahman turut memuji usaha LBA kerana aktif menganjurkan pelbagai kejohanan bagi meningkatkan lagi prestasi pemain dan memartabatkan sukan badminton di daerah ini.

Beliau juga berharap agar lebih banyak pihak khususnya syarikat-syarikat swasta akan tampil membantu menaja kejohanan seumpama itu demi kemajuan sukan tersebut di bahagian ini.