United belasah MLS All Stars

0

HOUSTON, Texas: Kelab gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United menamatkan jelajah Amerika Utara dengan membelasah MLS All Stars 5-2, Rabu lepas (Khamis waktu Malaysia).

PUAS HATI: Pemain tengah Manchester United, Darron Gibson (tengah) meraikan gol jaringannya bersama dengan rakan-rakan sepasukan ketika menentang MLS All Stars pada perlawanan persahabatan di Houston semalam. United menang besar 5-2. — Gambar Reuters

PUAS HATI: Pemain tengah Manchester United, Darron Gibson (tengah) meraikan gol jaringannya bersama dengan rakan-rakan sepasukan ketika menentang MLS All Stars pada perlawanan persahabatan di Houston semalam. United menang besar 5-2. — Gambar Reuters

Federico Macheda menjaringkan dua gol awal sementara Javier Hernandez menjaringkan gol pada penampilan sulung untuk kelab barunya.

Darron Gibson dan Tom Cleverley menambah gol buat United, yang akan membuat persediaan untuk memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris pada bulan hadapan.

Macheda menjaringkan dua gol dalam 13 minit pertama, sekali gus mematahkan semangat pemain-pemain MLS dan hampir 70,728 penonton.

Pasukan MLS bernasib baik kerana jaringan gol tidak bertambah lebih banyak kerana United tidak menurunkan beberapa pemain utamanya.

Brian Ching menjaringkan satu gol dan mengumpan satu lagi gol untuk MLS.

Perlawanan tersebut adalah yang terbesar untuk satu perlawanan Barisan Bintang MLS sejak perlawanan pertama pada 1996 menarik sejumlah 78,416 penonton di Stadium Giants.

Di Atlanta, Shay Given menepis dua sepakan penalti untuk membolehkan Manchester City menewaskan Club Amerika 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan persahabatan.

Emmanuel Adebayor, Silva Jo, Vladimir Weiss dan Patrick Vieira menjaringkan gol untuk empat tendangan penalti sementara Pardo Pavel menjadi penjaring tunggal Club Amerika.

Adebayor menjaringkan gol pembukaan City pada minit ke-36 tetapi Enrique Esqueda mengikat kedudukan pada minit ke-47.

Manchester City mempunyai rekod 2-2 sepanjang kem latihan mereka di Amerika Syarikat. — AFP