Larian amal 16 Okt bantu dana Pusat Paliatif Miri

0

MIRI: Pusat Penjagaan Paliatif Miri akan mengadakan Larian Relay Amal Separa Maraton pada 16 Oktober ini di Kelab Bot Piasau bagi mengumpul dana untuk membiayai pusat itu.

Setiausahanya, Jacqueline Buri berkata, larian itu terbuka kepada lima peserta untuk satu pasukan yang mana peserta dewasa akan dikenakan yuran masuk RM10, manakala tiket barbeku pula RM25 untuk dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Beliau menambah, pendaftaran akan dibuka pada jam 2.30 petang manakala pertandingan akan bermula pada jam 3.30 petang.

Orang ramai yang ingin menyertai larian boleh menghubungi Kelab Bot Piasau menerusi talian 085-655313 atau Eric (017-8507056) manakala derma wang tunai boleh menghubungi PCHPM menerusi talian utama 082-420033 atau 012-8456480.

“Sejak ditubuhkan hampir lima tahun lalu, kebanyakan dana kita kumpul melalui penganjuran pelbagai aktiviti antaranya aktiviti utama tahunan seperti Larian  Relay Amal Separa Maraton dan maj-lis makan malam amal,” jelasnya.

“Mujurlah setakat ini kita banyak menerima bantuan kewangan daripada syarikat, persatuan tempatan selain keluarga pesakit kan-ser yang telah meninggal dunia. Kita turut menerima derma daripada penderma antarabangsa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar larian pada tahun ini turut mendapat sokongan bagi me-     mastikan pusat itu dapat berfungsi dengan lancar.