Wednesday, October 16

Golongan miskin perlu ada azam tinggi ubah nasib

0

KUCHING: Golongan miskin perlu memiliki keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib mereka sendiri jika mahu keluar dari kepompong kemiskinan.

LANCAR: (Dari kiri) Asfia, Shahrir, Fatimah, Taib dan Norah melakukan gimik pelancaran Program Pintar Peringkat Negeri Sarawak, semalam.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber-kata, usaha untuk keluar dari kemiskinan tidak harus di-pertanggunjawabkan sepenuhnya kepada kerajaan.

Katanya, kemiskinan bukan takdir seseorang, kerana golongan miskin tegar dapat memperbaiki status kehidu-pan mereka sekiranya ber-   sedia mengubah cara hidup masing-masing.

“Ambil Pulau Bruit (Mukah) sebagai contoh, di mana paras kemiskinan masih tinggi, salah satu sebabnya adalah kawasan itu begitu terpencil dan terpisah dari dunia luar.

“Kerajaan telah mencuba pelbagai cara untuk membawa penduduk Pulau Bruit keluar dari belenggu kemiskinan tetapi ia tidak semudah itu kerana tidak mendapat sam-butan menggalakkan kerana mereka belum bersedia untuk berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Pintar Peringkat Negeri Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Maong Hilir, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Sejahtera Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Asfia Awang Nasar, Ahli Parlimen Tanjung Manis Norah Tun Rahman, dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Taib memberitahu, sukar untuk mengubah orang sekiranya mereka masih memilih untuk melakukan amalan lama mereka.

Menurutnya, ia merupakan cabaran terbesar dalam memperkenalkan beberapa perkara baru kepada masyarakat.

Selain itu, menurutnya mekanisme yang sesuai diwujudkan di Sarawak bagi memastikan semua bantuan yang disumbangkan oleh sektor swasta menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sampai kepada golongan sasar.

Beliau memberitahu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan mekanisme yang bersesuaian.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri amat menghargai usaha Yayasan Sejahtera kerana melibatkan diri untuk mencari jalan penyelesaian untuk membasmi kemiskinan di negeri.

Pembabitan semua pihak dari setiap peringkat sama ada akar umbi atau atasan termasuk kumpulan sasaran perlu bekerjasama dalam apa juga program CSR yang dilaksanakan, katanya.

“Sekiranya setiap pihak berganding bahu, semua ini (pengurangan kadar kemiskinan) boleh menjadi kenyataan,” katanya.

Menurut Taib, kerajaan negeri juga bersetuju memperuntukkan 2,000 hektar tanah di pulau tersebut untuk penanaman kelapa sawit sebagai salah satu langkah membasmi kemiskinan.

“Projek itu dijangka bermula menjelang hujung tahun ini dan diharap para penduduk di kawasan tersebut akan memanfaatkan projek itu sepenuhnya,” katanya.