S’wak destinasi pelaburan popular

0

Negeri ini merupakan antara lima destinasi pelaburan yang digemari di Malaysia: Jacob

KUCHING: Sarawak merupakan antara lima destinasi pelaburan yang digemari di negara ini kata Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Jacob Dungau Sagan.

DIALOG: Jacob ketika mempengerusikan sesi Dialog Pelaburan Tempatan 2010 semalam. Turut kelihatan Dr Chan (tengah) dan Asfia (kanan).

Menurutnya ia dibuktikan dengan jumlah pelaburan keseluruhan yang diluluskan sebanyak RM1.6 bilion daripada 27 projek bagi tempoh Januari hingga Julai 2010.

Kata beliau, antara sektor utama yang menarik pelaburan berkenaan termasuk produk elektronik dan elektrikal, produk besi dan produk petroleum serta petrokimia.

“Sumber semula jadi Sarawak yang banyak seperti petroleum dan produk pertanian menjadi kelebihan dari segi geografi serta ekopelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada majlis Seminar dan Dialog Pelaburan Tempatan 2010 anjuran Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) di sini, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Menurut beliau, hala tuju yang jelas serta insentif menarik di negeri ini membolehkan pelabur dan ahli perniagaan Sarawak merangka strategi bagi mengukuhkan pembabitan mereka dalam sektor masing-masing.

“Maka itu kita memohon sokongan kerajaan negeri agar mewujudkan iklim perniagaan yang mesra pelabur khususnya dalam memajukan infrastruktur cemerlang dan menyediakan insentif khusus bagi Sarawak,” tegas beliau.

Menyedari kepentingan sumbangan daripada Pengusaha Kecil dan Sederhana (SME) di negara ini, katanya pelbagai geran serta bantuan telah disediakan oleh SME Corporation.

Bagi Sarawak, sehingga kini 369 syarikat di negeri ini telah menikmati RM12.6 juta geran berkaitan, kata Jacob.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan kepada ahli perniagaan di negeri ini agar berusaha memaksimumkan perkhidmatan syarikat pengangkutan tempatan dan penyediaan khidmat logistik.

“Sarawak juga mempunyai hubungan dagangan yang erat dengan Jepun dengan nilai dagangan sebanyak RM17 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2010.

“Antara produk eksport utama Sarawak termasuk minyak mineral dan barangan pembuatan sementara import utama adalah termasuk peralatan jentera dan pengangkutan,” katanya.

Beliau dengan itu berharap komuniti perniagaan di Sarawak dapat mencari dan menggunakan perkhidmatan pusat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di luar negara bagi meningkatkan akses mereka ke dunia luar.

Negeri ini merupakan antara lima destinasi pelaburan yang digemari di Malaysia: Jacob

Oleh Jessica Jawing