Leukemia bantutkan cita-cita

0

Rawatan bertahun-tahun menyebabkan remaja Penan tidak berpeluang duduki UPSR,  PMR

LIMBANG: Seorang remaja kaum Penan Yoram Reman, 16, terpaksa memendam rasa dan keperitan berpanjangan apabila tidak berpeluang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akibat penyakit leukemia yang dihidapinya.

PERLUKAN BANTUAN: Yoram (kiri) di sisi ayahnya Reman (dua kiri) dan dua orang adik perempuannya di Pusat Penempatan Sementara kaum Penan di Limbang, semalam.

Dia yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, yang sudah menghidap leukemia seawal usia tujuh tahun, hanya mampu belajar setakat darjah lima kerana perlu mendapatkan rawatan susulan penyakit tersebut.

Yoram yang berasal dari Long Napir di sini mengakui agak sedih dan kecewa kerana tidak mampu memenuhi impian kedua-dua orang tuanya untuk belajar sekali gus meng-ubah kehidupan mereka se-keluarga.

“Sepatutnya saya sudah menduduki PMR tahun le-pas, tetapi hasrat tersebut ti-dak terlaksana kerana saya perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selama dua tahun lapan bulan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini semalam.

Ketika menceritakan detik awalnya menerima rawatannya, Yoram mengakui keadaan tubuhnya mengalami perubahan yang ketara dan membimbangkan kerana tidak dapat menerima rawatan yang diberikan.

“Beberapa minggu sebelum diagnosis, saya langsung tidak ada selera hendak makan, menyebabkan berat saya turun dan rambut banyak yang gugur.”

“Kedua-dua orang tua risau melihat keadaan saya yang kurus kering dan menggesa saya jalani pemeriksaan ke-sihatan.

“Atas nasihat doktor pada 2008 saya mula menjalani rawatan di Kuching selama dua tahun lebih sebelum kembali ke Limbang minggu lepas,” katanya.

Yoram yang baru pulang dari Kuching minggu lepas berkata, ini merupakan rawatan kali kedua selepas rawatan pertama yang dilakukan sembilan tahun lalu.

Katanya, selain Kuching, dia pernah mendapatkan rawatan dan kemoterapi selama empat bulan di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

Yoram bersyukur dalam tempoh rawatan tersebut banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi membiayai perbelanjaan perubatan.

Walaupun penyakit leukemia yang dihidapinya sekarang sudah mulai sembuh, doktor turut mengesahkan dia kini menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai ‘Burkit Lymphoma’ iaitu sejenis penyakit usus yang dikesan se-panjang mendapatkan rawatan berkenaan.

Penderitaan Yoram ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Namun dia tetap bersemangat dan tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapinya pada usia remaja.

“Doktor menyarankan agar saya lebih berhati-hati dalam aspek pemilihan makanan. Saya juga tidak boleh makan makanan dalam kuantiti yang banyak. Setiap hari saya hanya makan bubur dan ubat yang diberikan doktor bagi me-mastikan penyakit saya tidak bertambah teruk,” jelasnya.

“Jika kesihatan mengizinkan saya berhasrat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

“Namun semua itu bergantung kepada tahap kesihatan saya yang kadang-kadang tidak menentu,” jelasnya yang kini berada di Pusat Penempatan Sementara Kaum Penan.

Dia berkata sejak menghidap penyakit berkenaan, ramai pihak termasuk pihak kerajaan, hospital dan NGO, sukarelawan datang membantu dan menghulurkan bantuan.

“Bantuan ini penting bagi meringankan beban kami sekeluarga termasuk membiayai segala kos perubatan penyakit yang saya hidapi,” ujarnya.

Sementara itu bapa Yoram, Reman Paran 50, berharap ramai pihak tampil menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang dihadapi mereka sekeluarga.

“Kami bukan berasal dari keluarga yang senang. Sejak dulu lagi saya dan isteri tidak mempunyai pendapatan dan pekerjaan tetap.

“Pendapatan yang diperolehi hasil daripada tanaman juga tidak seberapa,” katanya.

Dia menjelaskan pada masa ini keluarganya juga terpaksa tinggal di bandar (di Pusat Penempatan Kaum Penan) memandangkan anaknya memerlukan rawatan dan penjagaan secara teliti.

Sehubungan itu mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Chua Limbang di talian  019-8145355.