Saturday, September 26

Projek takungan Bakun bermula semalam, jana tenaga pada Jun 2011

0

KUCHING: Empangan Ba-kun di daerah Belaga, mungkin mula menjana 300 megawatt (MW) bekalan elektrik Jun tahun depan, dengan takungan air bermula semalam, kata Pengarah Urusan Sarawak Hidro Sdn Bhd Zulkifle Osman.

Beliau berkata pintu tero-wong melencongkan air ditu-tup pada jam 10 pagi 13 September lalu dan banjir akan mengambil masa tujuh bulan untuk mencecah paras operasi minimum 195 meter (daripada paras laut) untuk ujian basah turbin.

“Kami menjangkakan penugasan pertama sebulan selepas ujian basah turbin — Jun 2011. Turbin pertama akan menjana 300MW bekalan elektrik,”  katanya kepada Bernama semasa dihubungi semalam.

Sarawak Hidro, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, ialah pemaju Empangan Bakun, yang akan menjana 2,400MW bekalan elektrik apabila kesemua lapan turbin beroperasi pada 2012.

Kawasan yang dibanjiri me-liputi 69,500 hektar tanah, kawasan seluas saiz Singapura.

Empangan Bakun, empangan batu konkrit kedua tertinggi di dunia, terletak di Sungai Balui di hulu lembangan Sungai Rejang, 37 km ke hulu Belaga.

Empangan itu dijangka siap menjelang Disember.

Kos keseluruhan Bakun sebanyak RM7.3 bilion, namun ekoran peningkatan kos, pampasan kerana kelewatan dan faedah, kos akhir dikatakan meningkat.

Sementara itu, bagi langkah keselamatan semasa takungan, Sarawak Hidro, dalam satu kenyataan mengingatkan bahawa kawasan alur limpah kolam terjunam  akan ditutup dan papan tanda amaran akan dipasang untuk makluman orang ramai.

Ia berkata air yang dilepas-kan dari alur limpah itu perlu jika berlaku banjir bagi me-mastikan keselamatan Em-pangan Bakun dan kawasan sekelilingnya.

“Sarawak Hidro akan bekerja rapat dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk memaklumkan kepada orang ramai dan pengguna     sungai,” katanya.

Bagi mereka yang menggunakan kawasan empangan Bakun pada masa depan,  Sara-wak Hidro berkata langkah khas perlu diambil bagi memastikan bot sesuai dengan keada-an memandangkan terdapat angin dan ombak kuat berikutan kawasan air yang luas.

“Peralatan keselamatan yang sesuai perlu ada dalam bot dan jaket keselamatan dipakai. Sarawak Hidro akan menyediakan pelantar pendaratan bot untuk pengguna empangan itu,” katanya.

Semasa takungan, Sarawak Hidro berkata aliran di kawasan hiliran empangan itu akan dikekalkan menerusi mekanisma pelepasan keluar air bagi mengekalkan aliran minimum dalam sungai.

Oleh itu, paras air sungai dijangka berkurangan.

“Suka dinyatakan bahawa pengangkutan sungai menggunakan bot ekspres dari Kapit ke kawasan hulu. yang kini sering terganggu semasa musim kering, akan dapat dijalankan sepanjang tahun apabila air dari Bakum dilepaskan dan apabila projek itu beroperasi sepenuhnya.

“Pelepasan air secara berkala menerusi alur limpah akan meningkatkan paras air  kawasan hiliran dan membantu navigasi air di Batang Rajang antara Kapit dan Belaga,” katanya.

Semasa operasi biasa selepas takungan, ia berkata pelepasan air menerusi penjanaan tenaga akan meningkatkan kualiti air yang dikumpul daripada lapisan atas 10m hingga 15m yang berkualiti tinggi untuk menggerakkan turbin.

ìTurun naik air di sungai akan dikawal dan oleh itu ia akan meningkatkan navigasi dan mengurangkan hakisan tebing serta pengangkutan mendapan akan memberi manfaat kepada penempatan di hilir sungai.    — BERNAMA