Kakitangan DBKU cipta GISKU

0

Ia merupakan alat dalam bentuk maklumat digital,  guna sistem maklumat geografi bagi pelbagai tujuan

KUCHING: Kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sekali lagi membuktikan tahap kreativiti dan inovasi mereka tinggi dengan membangunkan Sistem Maklumat Geografi Kuching Utara (GISKU).

Pada 2001, alat jerangkap sampah sungai yang direka oleh kakitangan DBKU memenangi Anugerah Inovasi Kebangsaan.

Datuk Bandarnya, Mohd Atei Abang Medaan memberitahu GISKU merupakan alat dalam bentuk maklumat digital, yang menggunakan sistem maklumat geografi bagi pelbagai tujuan.

“Saya rasa sangat bangga kerana projek ini adalah usaha dalaman sepenuhnya. Jika kita melibatkan firma perun-ding, ia mungkin menelan kos melebihi RM5 juta.

“Tahniah kepada Geoffrey Ramji dan Maggie Tomeng yang menjadi perancang projek,” katanya di sini semalam.

Beliau menjelaskan GISKU dimajukan secara berperingkat-peringkat sejak 2005 dan ia kini sudah menjadi pangkalan data yang berguna bukan sahaja bagi pihak majlis tetapi juga masyarakat umum.

GISKU menyediakan maklumat dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan, pendidikan dan penyelidikan, perancangan dan pembangunan fizikal serta perniagaan dan industri, katanya.

Katanya, GISKU akan diterbitkan dalam bentuk buku bertajuk ‘City of Kuching North Map Guide’ dengan maklumat setiap zon meliputi mercu-mercu tanda, tarikan pelancongan dan lain-lain.

Tambahnya, di bawah sistem itu, DBKU dibahagikan kepada 28 zon untuk rujukan mudah.

Atei kemudian memberitahu, DBKU merancang untuk mempatenkan GISKU untuk melindungi hak miliknya.

“Kita perlu mempaten-kannya, jika tidak, sayang kerana kita sudah membuat banyak perkara seperti ini tetapi orang ramai meman-dang ringan mengenainya.

Beliau menjelaskan sistem itu kini belum dapat diperolehi menerusi internet namun orang ramai boleh berjumpa dengan pihak majlis untuk bantuan lanjut.

Selain itu, Atei berkata beliau gembira kerana DBKU sekali lagi menerima Anugerah Bandaraya Lestari dan menduduki tempat pertama di kalangan pihak-pihak kerajan tempatan dalam penarafan bintang di Sarawak bagi 2010.

“Dengan memenangi anugerah Bandar Raya Lestari buat kali kedua berturut-turut, kita membuktikan yang kitai sebenarnya bukan bernasib baik.

“Kita telah banyak berusaha untuk mencapai kejayaan ini,” katanya.

Beliau menasihatkan kakitangan DBKU supaya bersiap sedia bagi penilaian ISO 9001:2008 dan ISO 14001:2004 yang akan dijalankan dari 23 hingga 25 November.