IPD yang baru di Petra Jaya

0

Dilaksana dalam RMK-10, tangani gelaja sosial dan jenayah

KUCHING: Kerajaan akan membuka sebuah lagi Ibu Pejabat Polis Daerah di      Petra Jaya dalam Ranca-ngan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Dr Chan

Ini menurut beliau adalah antara langkah kerjaan bagi mengelak berlakunya mas-alah sosial di kawasan tersebut terutamanya yang melanggar undang-undang.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengusulkan untuk membina satu Ibu Pejabat Polis yang baru di kawasan Petra Jaya di bawah RMK-10 dan tapak untuk projek tersebut juga sudah diperolehi,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali-16 semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali (BN-Semariang) yang memohon kerajaan untuk membina balai polis khusus untuk kawasan Petra Jaya yang meliputi kawasan DUN Semariang.

Tambah beliau lagi, selain Petra Jaya, juga akan terdapat pembukaan Balai Polis di Bandar Baru Samariang, Muara Tebas dan Bako yang juga telah dicadangkan dalam RMK-10.

Sementara itu, Dr Chan turut memberitahu Balai Polis Gita dan Santubong yang beroperasi kini dibantu oleh Pa-sukan Gerakan Am (PGA), Patrol Anti-Jenayah, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daripada Ibu Pejabat Polis Simpang Tiga di sini.

“Balai Polis Santubong dan Gita kini mempunyai kekuatan anggota seramai 67 pegawai dan untuk menjaga ke-amanan dan keselamatan penduduk di kawasan tersebut yang semakin pesat, kedua-dua balai polis ini akan dibantu oleh PGA Patrol Anti-Jenayah, Unit MPV dan CID daripada Ibu Pejabat Polis Simpang Tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kepada pertanyaan Abdul Rahman Ju-naidi (BN-Pantai Damai) mengenai kebimbangan beliau terhadap bilangan kakitangan di Balai Polis Gita dan Santubong.

“Operasi anti-jenayah se-perti sekatan jalan raya, pos kawalan, ceramah dan sesi dia-log bersama dengan masya-rakat setempat juga diadakan dalam usaha untuk bersama-sama mengurangkan kadar jenayah,” katanya.