Pembinaan pasar basah di Lingga tidak diluluskan

0

KUCHING: Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) telah mencadangkan projek pembinaan pasar basah di Lingga dengan kos RM600,000 tetapi tidak diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri John Sikie Tayai memaklumkan bahawa MDSA bercadang untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri bagi membina pasar basah berkenaan pada tahun depan.

“Untuk sementara waktu, Majlis Daerah Sri Aman akan mendirikan kanopi di tapak yang telah dikenal pasti untuk dijadikan pasar basah sementara,” katanya menjawab pertanyaan lisan Simoi Peri (BN-Lingga) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.