Penceraian atasi perkahwinan

0

Trend kahwin awal menyumbang kepada penceraian hingga 50 peratus lebih tinggi dikaji

KUCHING: Kerajaan negeri semalam melahirkan kebimbangan terhadap angka penceraian di negeri ini yang  meningkat sehingga 50 pe-ratus daripada jumlah pendaftaran perkahwinan.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Dato Sri William Mawan berkata ke-rajaan juga mahu memahami mengapa masyarakat hari ini gemar untuk berkahwin cepat yakni di usia muda dan kemudian bercerai awal.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) akan memulakan kajian mengenai penceraian dan kehidupan kekeluargaan yang dijangka akan siap pada penghujung bulan Julai tahun hadapan.

Mawan memberitahu bagi memulakan kajian tersebut, KPSU akan bekerjasama dengan Majlis Sosial Negeri (MSN).

“Kami akan memulakan kajian mengenai masalah penceraian ini yang kian meningkat dan amat penting untuk kita memahami kenapa masyarakat kini yang ingin berkahwin cepat dan kemudiannya bercerai pun cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kelima hari ketujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16 semalam.

Mawan memberitahu dalam kebanyakan kes penceraian yang berlaku, golongan yang akan menjadi mangsa adalah kaum wanita dan kanak-kanak manakala kaum lelaki pula akan menjalani kehidupan seperti biasa, malah ada yang mencari pasangan baru.

“Akibat daripada pencerai-an ini, ia akan memberikan kesan yang negatif di mana akan adanya golongan yang tidak mampu menjaga diri mereka sepenuhnya seperti kes-kes ibu tunggal,” katanya.

Mawan memberitahu ke-semua kes-kes penceraian yang berlaku tidak mengira bangsa dan kerjaya.

“Kami akan mencari sebab mengapa trend ini semakin meningkat dan mungkin kita akan mampu menyediakan khidmat perunding profesio-nal untuk memperbaiki hubu-ngan perkahwinan sebelum mereka membuat keputusan untuk bercerai,” katanya.