Pendapatan SALCRA RM473j

0

Jika harga CPO kekal pemilik tanah dijangka menerima dividen tidak kurang RM50 jutaKUCHING: Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SALCRA) sehingga 31 Ogos pada tahun ini menghasil-kan pendapatan keseluru-han kumpulan sebanyak RM473.99 juta dan keuntu-ngan kumpulan sebelum cukai sebanyak RM119.71 juta.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu memberitahu sebanyak RM84.6 juta nilai le-bihan dicatat hasil daripada pengoperasian ladang.

“Sekiranya harga Minyak Kelapa Sawit Mentah (CPO) kekal menggalakkan untuk suku terakhir 2010, ia diramalkan operasi ladang akan mencapai nilai lebihan sekitar RM120 juta.

“Justeru, ini akan membolehkan lembaga SALCRA untuk memberikan dividen ter-tinggi iaitu tidak kurang dari-pada RM50 juta kepada pemilik tanah yang menyertai kita pada tahun ini (2010),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Mesyuarat Kedua Penggal Kelima hari ketujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16 semalam.

Menurut beliau juga, sehingga 1,060 hektar tapak baru telah dibangunkan dan sebanyak 4,105 hektar ladang kelapa sawit telah berjaya ditanam semula.

“Jumlah keseluruhan pembangunan tanah baru di bawah Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9) ialah 4,270 hektar dan 5,172 hektar tanah lagi untuk penanaman semula,” katanya

Selain itu juga, beliau turut memberitahu sebanyak 6,750 hektar tanah akan dibangunkan untuk penanaman kelapa sawit untuk tahun 2011 hingga 2012.

“Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi tahun 2011 hingga 2012, kerajaan pusat telah meluluskan sebanyak 6,750 hektar tanah untuk dibangunkan SALCRA bagi penanaman kelapa sawit.

“Justeru, saya ingin meng-ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana me-luluskan geran RM2.7 juta  untuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur ladang bagi membangunkan kawasan baru ini,” katanya.