Kontraktor projek Empangan Bakun diseru lepaskan air

0

KUALA LUMPUR: Timbalan Men-teri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit semalam meminta pihak yang bertangungjawab dalam proses menakung air di Empangan Bakun di Sarawak supaya melepaskan lebih banyak air bagi meningkatkan paras air Sungai Rajang.

Katanya proses menakung air di empangan itu telah menjejaskan industri pelancongan di kawasan itu dan mengakibatkan penduduk yang tinggal di kawasan hiliran menderita.

“Oleh kerana sungai-sungai di situ cetek, beberapa orang kehilangan kerja sebagai pemandu pelancongan kerana pelancong tidak datang selepas air sungai semakin susut.

“Mereka terpaksa menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual bagi menampung kehi-dupan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dawos berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut paras air yang rendah di kawasan hulu Sungai Rajang telah menjejaskan industri pelancongan di kawasan itu.

Tahap paras air sungai susut lebih empat meter berikutan proses menakung air Empangan Bakun bermula 13 Oktober lalu.

Dawos, yang juga bekas penasihat alam sekitar bagi projek Bakun, berkata salah satu syarat untuk kontraktor terbabit dalam projek itu ialah melepaskan 150 meter padu air sesaat.

“Tetapi sekarang, kontraktor ha-nya melepaskan 110 meter padu air sesaat,” katanya.

Berikutan kerja-kerja menakung air, paras air di beberapa batang sungai termasuk Sungai Balui dan Sungai Raja susut secara mendadak, menye-babkan operasi perkhidmatan bot  ekspres terjejas. — Bernama